Akhirnya tuan baru Oleo dah upload gambar kat FB. Terlepas jugak rindu kat Oleo.
Kelmarin aku mimpi Aqeef boleh cakap..
Yang kelakarnya dia cakap "Mana Oleo..nak main dengan Oleo." Huhuhu..
Punya la rindu kat Oleo sampai mimpi macam tu.
Kurus je Oleo..mesti sebab rindu kat kitaorg. huhu
Muka Oleo memang macam tu..nampak garang tapi sebenarnya manja sesangat.
Nampak bulu dia dah semakin pulih.
Cuma tinggal kaki dia je tu tak lebat lagi.
Dulu bulu dia lagi nipis sebab baru lepas beranak.
Haritu pergi rumah makcik kat puchong..dia dah bela anak kucing. Baru 2 bulan.
Terlupa plak nak amek gambar. Comel sangat.
Warna oren. Long hair.
Hmmm..bila nak start bela kucing balik ek.
Kalo bela pon kucing biasa2 je kot.
Long hair ni kena perhatian lebih kat bulu dia tu. Takut tak sempat pulak.
Ada ke orang yang nak bagi kucing dia kat diriku ini.. hehehe
Sambung esok plak lah..dari tadi tergendala je nak sambung cerita..
Banyak kerja kena settlekan cepat.
Daaaaa...
Showing posts with label OLEO. Show all posts
Showing posts with label OLEO. Show all posts
Thursday, August 30, 2012
Wednesday, May 30, 2012
Oleo sudah tiada bersama kami
Akhirnya Oleo terpaksa dilepaskan ke orang lain.
Alhamdulillah owner dia yang baru ni memang pencinta kucing.
Biasanya kita akan tahu orang tu betul2 pencinta kucing ke tak.
Tak payah tunggu orang tu cerita dia suka kucing..
Suruh je dia duduk sebelah kucing, tengok kucing tu nak manja-manja tak dengan dia.
Lepas tu dia pulak layan ke tak kucing tu.
Tengok Oleo haritu mengada semacam je bila owner baru dia duduk depan dia.
Macam la orang tu dia pernah jumpa. Mengada lebih kau yer.
Nama owner baru Oleo Azly, dia la satu-satunya orang yang nak amek Oleo dengan anak-anak dia sekali. Kita orang tak mampu lagi nak jaga kucing sebab tak cukup masa.
Sejak ada Aqeef ni memang tak dapat nak layan kucing sangat.
Leka sekejap je tahu-tahu Aqeef dah panjat meja. Haih..
Kata husband aku, tak dapat pelihara kucing kita pelihara ikan lah pulak. Haha..
Ntah apa cerita la Oleo kat Kuala Selangor sana. Harap-harap dia happy dengan kucing-kucing yang lain.

Monday, November 15, 2010
Jariku melecur.. :(
Dah lama tangan aku ni tak melecur kena seterika. Sakiiitttt.. Ni semua sebab Oleo la ni... huhu.. Masa aku tgh iron baju boleh plak dia meleset2 kat kaki..pastu dia gigit kat betis. Kuat plak tu.. bercalar dah. Konon aku nak marah dia la, nak puk kepala dia.. dan dan tangan sebelah aku terkena iron yg panas tahap maximum tu.. aduuuhhh.. sakitnya lebih kurang sama mcm kena gigit kat betis.
Apela nasib ku di pagi subuh tadi. Dah kena gigit, bila nak marah kucing, kena sekali balasan time tu jugak.. Jari yang melecur ni mcm dah gelembung sikit. Terlambat letak ubat.
Atas dia tu dah gelembung sikit. Harap2 dia kecut balik la. Masa nak g keje tadi, aku hala kan ke aircond.. Rupa2nya makin sakit plak. Berdenyut2 macam nak pecah. Memang tak tahanlah. Cepat2 aku amek lip balm aku sapu kat situ... Aaahhh...lega giler.
Padan muka aku..sebenarnya aku tak pernah cepuk kepala Oleo. Tadi pagi la first time aku buat. Sori yer Oleo.. hehe.. terperanjat tau tak. Lain kali nak manja2 jangan la gigit2. Hmmm.. Oleo Oleo..
Thursday, October 7, 2010
Oleo yang garang..
Haritu ntah apa yang Hitam nak sangat pon tak tahu la. Asyik mengeow tak henti2. Kalo suara tu kecik je takpela. Mula2 tu aku layan kan jugak. Dah lama2 malas aku nak layan. Dah bagi makan dah bagi minum tapi bising lagi. Dibelai2 lagiiiii bising. So aku pon duduk je kat sofa tengok tv. Hitam plak dok menepek kat kaki aku.
Oleo dari awal tengokkan aje si Hitam tu bising. Masa aku tengah tengok tv tu Oleo pon ada baring kat depan tv. Yang si Hitam ni dah mula senyap sikit. Dia tengok orang tak layan dia gaknya.
Tengah aku dok melayan tv tu, aku alihkan kaki aku sikit. Hitam pon mengeow balik. Tiba2 Oleo datang kat dia terus dia gigit kat leher Hitam. Takmo lepas.. Hitam tak mampu buat apa2..sebab Oleo peluk dia kuat2. Bila Hitam dah tak tahan sakit dia terus bergerak2 suruh lepas. Agak2 Oleo dah puas hati dia pon lepas kan Hitam. Lepas tu Hitam terus senyap jerk. Huhuhu...
Huh..garang betul Oleo. Mesti dia tahan sabar jer awal2 tu. Dia geget dah la memang sakit. Aku ngan husband pernah kena geget kat kaki ngan Oleo. Dia geram apa tak tahu la. Tak pasal2 je kena. Huhu..
Hitam, lepas ni kalo ko bising2 lama sangat aku panggil Oleo je suruh geget tau. Hahaha..
p/s : Tiada gambar sebab waktu tu aku tak larat nak berlari masuk bilik amek enset. Almaklumla..mak buyung..hehe
Monday, August 16, 2010
Perangai baru Meon & Oleo
Korang, nak tahu tak sebab apa aku tak update2 blog. Sebabnya bubur lambuk yg aku teringin sangat tu tak dapat2 lg..bila tgk blog aku ni jer.. ternampak bubur lambuk..pastu terus terbantut nak post entry baru.. huahuahua.. alasan kan.. :P
Ok...sebenarnya aku nak citer perangai baru si Meon & Oleo ni.. Macam biasa la kalo bukan Meon yg mulakan dulu mesti Oleo yg mulakan. Pastu salah sekor mesti nak ikut. Diaorg skrg ni dah pandai cakar2 pintu depan umah nak masuk. Kalo pintu tertutup dia cakar2 pintu tu. Nak bgtau la nak masuk tu.
Alkisahnya, satu hari tu, kakak ipar aku ni bermalam kat rumah. Time tu aku takde..balik Johor. Bapak mertua aku yg cerita ni. Dia kata, malam2 time tsemua org dah tido kakak ipar aku dengar macam ada org cakar2 pintu kat depan. Dia ni pulak dah la jenis lemah semangat. Bapak mertua aku cakap dia siap amek surah yasin siap baca lagi.. kekeke.. Punya la lemah semangat. Bapak mertua aku dah cakap dah yang cakar tu kucing..tapi dia tak percaya. Huhuhu..tak percaya sudey...

Ha. harini aku nak buat bubur lambuk. Yeeeeeeaaahhhh...
Monday, May 24, 2010
Mak, nak mintak toloongg....
Aiko dengan Tomei sekarang dah makin aktif.... Sejak cuaca tak menentu ni kejap panas kejap sejuk, bulu dia pon senang gugur. Hari2 kena sikat. Tapi aku dah dilarang dekat2 dengan sangkar dan main2 ngan diaorg. Sila tengok dari jauh je. Nak bersihkan litter box dia lagi la dilarang. Aku dah nampak macam litter box tu ada tanda pangkah warna merah besar di situ yer. Maksudnya dilarang usik atau dekat.
Sekarang ni aku tengah berfikir nak mintak tolong mak ngan adik aku kat rumah jaga Aiko dengan Tomei. Huhu.. Harap2 diaorg nak ler. Eh..mesti nak punye sebab Aiko ngan Tomei kan comel. Poyo jer aku ni :p Padahal tak bagi tau lg kat diaorg ni. Ntah diaorg setuju ke tak ntah..
Nak bagi kawan2 yang jaga mcm kesian pulak. Kawan2 semua dah banyak kucing. Yang ada kucing pon kena hantar balik kampung jugak sbb member tengah pregnant. Huhu..
Aku cuma nak mintak tolong jaga 3 4 bulan jer.. Oleo dengan anak dia yang kecik lagi tu..biar je kat rumah ni. Ha! Anak Oleo dah pandai jalan.. huhu...sgt comel. Nanti aku usaha amek gambar dia tgh berjalan yer.
Meon pulak hari Sabtu haritu kena kejar dengan 3 ekor jantan yang tengah miang. Kesian dia. Tapi aku tahu dia pandai jaga diri. Kucing yang aku lepas cuma Meon dengan anak dia je Hitam (nama glemer kat rumah Tam). Diaorg ni kalo lepas confirm takde org nak amek. Tapi kalo yang lain2 ni aku lepas.. silap2 tak sampai sejam lesap terus. Samada kena amek org ataupon diaorg tak reti nak balik sebab jakun tengok kat luar.
Oklah...aku nak sambung buat keje ni. Sejak akhir2 ni aku rasa malas betul nak update blog. Tolong la jangan malas oiiiiiittt....adehhh..
Monday, May 3, 2010
3 ekor kesemuanya...
Akhirnya Oleo selamat melahirkan 4 ekor tapi seekor tak dapat diselamatkan. Lagipon mmg kuar2 je dah lemah.
Yang tinggal 3 ekor jer. Dua warna hitam dan sekor lagi warna oren. Yang mati tu ada 3 warna macam Oleo jugak. Cantek tapi takde rezeki. Lain kali lah.
Inilah dia 3 ekor tu. Yang hitam tu takde la semua hitam..kaki ngan area muka diaorg putih. huhu..
Oleo selamat. Dia takde masalah nak beranak sebab dah ada pengalaman. Lepas tu dah pandai dah. Kalau masa bg susu tu anak dia bising je..dia luas kan lagi perut dia biar anak dia dapat menyusu... huhu.. dah macam org plak :p

Wednesday, April 28, 2010
Oleo bunting lagi..
Yer kawan2.. Oleo bunting lagi. Actually benda ni tak dirancang pown. Ntah macam mana arituh Oleo terlepas. Dia pergi merayau plak. Haritu pulak dia tengah gatal miang2. Mungkin haritu jugak dia dah main ngan jantan kat kawasan rumah kitaorg tu.
Kat situ ada 2 ekor je jantan. Satu warna hitam (cantek gak bulu lebat, mix persian) satu lagi kucing biasa jer. Kitaorg tak tahu yang mana satu yang sangkut. Tak kisah la mana pon. Kalo dah kucing apa2 pon comel je bg aku ..ehehe..tapi dalam hati biarla dia kawen ngan yang hitam tu kan.
Dan sebenarnya aku pon tak tahu bila agak2 due date Oleo ni. Herm.. Nampaknya dalam masa terdekat ni kitaorg akan hantar Oleo pergi klinik untuk check dan suh doktor anggarkan bila tarikhnya.
Maap la kawan2. Gambar kucing2 semua kat dalam enset dan tak transfer lagi. Penyakit M datang sejak akhir2 ni. Nak update blog pon cam M M jer.. huhuhu..

Friday, March 5, 2010
Oleo dan air akuarium..
Sejak dua menjak ni Oleo suka sangat minum air dalam akuarium ikan kat depan rumah. Dia dah terikut perangai Meon. Mula-mula, dia tengok je Meon panjat kat atas akuarium tu. Esoknya.. dia pulak yang panjat. Haduuuuhh.. Air akuarium tu bukannya bersih sangat.
Kelmarin, tengah aku dok baca buku "CATS 500 QUESTIONS ANSWERED", tiba-tiba aku ternampak satu soalan dekat bahagian "Feeding your cat". Soalan dia mcm ni :
Why do cats drink dirty water?
Dia jawab,
Cats actively seek out water that is 'organic' - free of the chemicals used to treat tap water. This is because they know instinctively that the bacterial content will enhance gastric digestion.
Hmmm..bila aku fikir2 balik...air akuarium tu sebenarnya bebas dari chemicals sebab dah letak anti-klorin. Filter kat akuarium tu pon selalu dibersihkan.
Meon mmg jenis kucing yg memilih sikit. Makanan pon nak yg fresh jer. Yang dah lemau2 tu dia takmo... Huhu.. Sekarang dia dah ajar Oleo minum air akuarium tu pulak.
Sekarang habit Meon, selalu tunggu depan toilet. Dia nak aku bagi air kat dalam bilik mandi tu pulak. Oleo dengan hitam dah terikut sama. Last2 air yg aku letak dlm bowl kat tempat diaorg tu, tak terusik sangat. Lantak korang lah. Janji korang minum air. Tak minum air kang lagi aku pening..hihi

Wednesday, January 13, 2010
Sedih dan Gembira
Dekat 4 hari aku tak update blog ni. Selalu je aku jengah tapi takde masa nak post entry. Sorry sangat kat kawan2 yg tak sabar nak tahu perkembangan terbaru anak2 Oleo. Hehe..
Nak cerita sedih ke yang gembira dulu ek.. hermmmm.. cerita sedih dulu la ea.. Untuk pengetahuan korang anak Oleo yang berwarna hitam putih tu dah pon mati. Aku rasa dia tak dapat menyusu dari ibu dia kot. Yang aku perasan dia mengeow2 lemah. Baru aku teringat dah 2 hari aku tak jenguk2 anak Oleo.. yela aku malas nak tengok banyak2 kali takut Oleo pindah2kan anak dia. Rupa2nya sepanjang 2 hari tu anak Oleo yang hitam putih tu dah kurang menyusu atau pon tak dpt menyusu. Herm..
Lepas aku perasan dia sangat lemah tu, husband aku cepat2 beli susu kucing kat kedai nak suapkan sendiri. Kita org berjaya jugak susukan dia.. tapi sbbkan dia dah lemah.. dia tak dpt diselamatkan lg. Tak sampai sejam lepas aku ambil dia tu, dia pon mati. Kalo bawak g klinik pon aku rasa doktor tak boleh buat apa2.
Ni la gambar terakhir dia.. sedih jugaklah.. tapi nak wat camne kan...sayu jelaaa..
Ok ok..cukup2lah dengan cerita sedih tu. Kalo diingat mesti menyesal tak sudah. Yang berita gembira nyer..
Dua lagi anak Oleo adalah di dalam keadaan sihat walafiat.. dah gemuk2 belaka.. huhu.. Sekarang pon Oleo dah tak kisah nak pegang2 anak dia dah. Dia dah tak pindahkan lg anak dia. Mungkin sbb anak dia dah gemuk n dia pon tak larat nak bawak.. :P
Dua anak bulus ni memang suka sangat tido dekat2 lepas tu macam2 style.. tapi aku paling suka dengan style yang ni.. hihihi.. sgt comel
Comelkaaaannn.. haha.. kecik2 dah tido berpeluk..Lepas tu kan, diaorg ni suka sangat tido mcm terkujat2.. hubby aku cakap kena bedung kot.. :P (hahaha..ingat manusia ke nak bedung2 ni)
Akhir sekali, aku dah belikan Oleo rantai.. berlocengkan warna emas.. hehe.. lawa tak..
Oklah..aku nak balik dah ni..jam dah menunjukkan pukul 5:05pm.. Mari kita pulaaanggg... :D

Friday, January 8, 2010
Kisah Semalam
Alkisahnya, semalam (cerita dah basi ni) huhu... aku tertinggal beg tangan aku dekat rumah masa nak pegi keje. Nasib baik aku dah siap2 pakai kad pekerja aku. Kalo tak tak dpt la aku masuk ofis. huhu.. Duit dgn henset tu takpe.
Ni sumer Oleo punyer pasal. Aku keluar rumah dia pon sibuk gak nak keluar. Dah la dia dilarang sama sekali keluar rumah.. bukan apa takut diambil org. hehe.. Kereta pon lalu lalang..seram aku. Aku kejar-kejar..aku rasa beg tangan aku menyukarkan aku nak tertunduk-tunduk tengok Oleo kat bawah kereta nak suruh dia masuk.. Aku pon letak la beg aku dekat atas motor kat rumah.
Lepas je Oleo masuk rumah, aku pon terus tutup pagar..dan dengan berlenggang terus masuk dalam kereta. Sampai je kat ofis.. time tu la baru aku perasan beg tangan aku tertinggal.. huhu.. Jadinya semalam aku adalah berlenggang kangkung pergi ofis.. huhu.. Memang terasa lain mcm jer. :P
Aku rasa aku elok belikan Oleo benda ni la.. Senang aku nak bawak dia jalan-jalan. Lepas kan gian dia jer. huhu.. Rasanya sesuai tak kucing pakai ni ek. Selalu org pakaikan kat anjing jer..
Ini lah dia yang dipanggil Leather Stud Collar and Lead Set. Nak beli lah satu.

Thursday, December 31, 2009
Inilah dia..anak2 Oleo
Hoho.. akhirnya aku amek gak gambar anak-anak Oleo sebab ramai yang dah tak sabar nak tengok rupa dia..
Jadi sebelum habis tahun ni (apa kena mengena pon aku tak tahu ) ...aku tunaikanlah hasrat mereka2 itu..
Setelah ditilik-tilik semalam, yang pertama itu adalah betina dan yang lain itu adalah jantan.. haha..
Inilah dia untuk lebih dekat lagi.
Nampak tak yang putih hitam tu tengah buat per.. huhu
Dia tengah mencari susu la tu.. yg lain sumer dah sedap jer..
Nah tengok rupa putih hitam tu... yang lain2 rupa cam biasa je.. hehe
Muka hitam putih ni dah macam rambut belah dua jerk.. hahaha.. mcm langsir pon ada.. keke..
Ok ok.. kalo dah tengok tu korang boleh la start fikirkan nama yang sesuai. Tapi aku blom decide yang mana satu aku nak korang namakan. Tunggu jelah kemunculan contest aku nanti yer.. hehe..
Wednesday, December 30, 2009
Laporan penuh
Takdela laporan penuh sangat pon.. hehe.. aku just nak share gambar sewaktu Oleo melahirkan anak dia yang 4 ekor tu...
Seperti yang aku baca dalam buku tentang kucing, diaorg suruh sediakan sebuah kotak lebih kurang mcm ni la.. Lebih afdal rumah ni dikenalkan lebih awal supaya dia rasa selesa. Memang dah nak dekat deliver tu dia terus masuk dalam kotak tu seperti yang kitaorg harapkan... (tak sia-sia aku beli buku kucing tu okey) haha..
Ada jugak yang suruh kurung je dia dalam sangkar dengan kain2 takut dia beranak kat tmpt lain.. tapi aku kesian kat Oleo. Yelah..kan pregnant kena exercise kan (memandai aku jer).. lg pulak masa dia deliver, perlukan perhatian. Sebab kucing parsi tak mcm kucing kampung. Kalo kurung dalam cage aku takut dia stress takleh ke mana2 dia nak. Akhirnya dia beranak dalam kotak tu jer.. tak ke mana2 pon. Pandai Oleo.. huhu
Habis darah kat sana sini.. Rupanya kucing pon ada pecah air ketumban..huhu.. baru la aku tahu..lebih kurang manusia jer..lepas tu ada kuar darah.. samala.. huhu
Ni gambar belakang dia yang kotor.. busyuuukk!!

Dia beranak pagi lebih kurang kul 8 macam tu.. malamnya dia dah pindahkan anak dia bawah katil kitaorg.. tu la sifat2 semulajadi kucing. Pindah2kan anak kalo diaorg rasa tempat tu tak selamat. Hmmm..
Kitaorg buang kotak tu..sbb dah penuh darah n bau busuk. Oleo pon dah tak nak letak anak dia dlm kotak tu. Lantak lah..
Semalam, anak dia sekor mati. Anak yang ke 4. Yang ke 4 ni mmg lemah dr awal lahir lg. Aku dah perasan. Tapi semalam bukan sbb dia lemah. Tapi Oleo dah hempap anak dia. adeh.. Takpelah..takde rezeki nak hidup lama. Aku pon bukan 24 jam boleh jaga Oleo.
Lagi 3 ekor tu sihat dan dah membesar sket. Buat masa ni aku blom nak amek gambar anak Oleo.. biarlah diaorg duduk bawah katil tu dulu. Kang bila diaorg dah kuat baru la aku ambil gambar mcm2 gaya..hehe
Ok..adiosss... ;)
Monday, December 28, 2009
New Born Kittens..yeahhh
27hb December 2009
Akhirnya Oleo telah pon selamat melahirkan 4 ekor anak. Hoyeaahh.. hihi
Pagi-pagi pukul 6 lebih Oleo dah start strong contraction. Kesian jgk tgk dia. Tak senang duduk. Kejap-kejap menahan nafas sambil mulut terbukak, kejap-kejap meneran.
Tapi paling aku takleh lupa...bila dia dah dekat nak deliver tu, dengar dia meneran mcm budak kecik meneran tu..lepas tu dia mengeow-ngeow 2 3 kali.
Tak lama lepas tu dia terus masuk dalam rumah kotak dia. Aku pon bukak lampu bilik. Tengok-tengok dah kuar sekor. Fuh..aku terpegun kejap. hehe
Aku terus menjerit ke luar ckp kat husband.."yang, dah kuar sekor!!". Mak mertua aku pon menyampok " Ni nurse dari mana ni.. dari hospital johor ea" sambil gelak-gelak..ahaha..
Anak pertama dia aku rasa warna oren, yang kedua hitam putih (aku suka ni), ketiga mcm brown tp tak confirm lg dan terakhir oren jgk mcm first.
Harini nampaknya aku tak sempat nak upload gambar anak-anak Oleo. Esok i will try my best lah yer.. hehe
Sejak dua menjak ni asyik busy jer. Nak abeskan cuti pon takleh dah. Dah la takleh bawa ke tahun depan.. sadiss... :D
Dan sekarang aku nak balik.. tak sabar nak tengok Oleo dan anak-anaknya..hihi..
Tataaaaaa.... hihi
Monday, December 14, 2009
Pasangan Oleo...Raja
Siapa yang ada baca entry aku bulan Oktober yang lalu mesti kenal ngan kucing ni...
Ini la kucing yang aku kata nak matingkan ngan Oleo tu. Raja..
Kalo korang nak tahu, kucing ni dah kena curik!! Kalo tak silap 2 3 minggu selepas kitaorg matingkan dia dengan Oleo. Kitaorg ingat nak simpan je kat rumah. Tapi disebabkan keadaan yang tak mengizinkan kitaorg hantar balik kat kedai yang kitaorg amek suh dia simpan dulu.
Tahu2 dah kena kidnap.. huh..kat kedai tu ada dalam 5 ekor kucing dalam sangkar yg berkunci boleh kena kidnap??.. Tuan kedai tu pon tak tahu dah nak cakap apa. Terima je la dengan seadanya. Huhu..
So, anak Oleo nanti memang tak berkesempatan la nak tengok bapak dia. Kitaorg memang sangat2 tak sabar nak tengok macam mana la rupa anak Oleo tu nanti. Huhu.
Sekarang ni pon Oleo dah tak berapa larat nak berlari dengan jalan lama2. Asyik terbaring jer.
Apa2 berita terbaru, aku akan update ok! Daaa..
Thursday, December 10, 2009
Rumah Kotak Oleo
Hoho.. Semalam aku ada cakap encik hubby nak cari kotak untuk rumah Oleo kan. Jadi harini aku nak tunjukkan rumah kotak yang dah siap dibuat.. huhu..
Sebenarnya, rumah kotak ni dibuat untuk Oleo beranak/bersalin nanti. Selalu kan kucing bila dah dekat je tu, dia pon mula la mencari tempat sesuai nak beranak. Aku ada baca dalam buku pasal kucing. Dalam buku tu kata, seeloknya buat rumah yang kecil tapi selesa untuk kucing tu beranak untuk elakkan dia beranak kat tempat yang tersembunyi dan kita pon tak tahu kat mana. Kalo tak jadi la mcm Meon beranak bawah katil jer. Tahu2 dah ada kucing mengeow2 kat bawah katil. Lepas tu dah satu keje nak angkat tilam yang berat ntah bape kilo tu.. nak amek anak Meon.
Jadinya ni lah sebab musabab encik hubby buat rumah kotak ni.. huhu.. bukan susah pon nak buat.. ikut creativity sendiri jer.
Siap ada pintu lagi tu. Oleo pon mcm suka jer dengan rumah kotak dia tu. Aku ingat nak balut ngan pembalut kertas tapi tak jadi sebab Oleo suka cakar-cakar dekat kotak tu.. kang buang tenaga aku jer dok gam-gam bagai. Tengok la tu.... dengan gembira dia masuk kuar dari kotak.
Aku ada amek gambar kat belah dalam..tapi gelap gulita plak :p hehe.. Kat dalam kotak tu aku ada letak kain satu. Kot kot la dia sejuk kan nanti..boleh la dia buat selimut..
Dah siap buat tu aku pon baring2 la.. tiba2 aku nampak dia duk ketuk2 kat kotak tu. Nak tergelak plak aku. Macam ala2 budak2 kecik jakun dengan barang baru.. haha..
Sebenarnya dia dok ketuk2 benda yang dia nampak tu la.... Time tu aku tak nampak lagi sebab tak pakai spek.. Aku tak puas hati..aku tgk dekat2 apa la yg dia dok cuit2 ketuk2 dekat kotak tu...Rupa-rupanya dia ketuk benda ni.. [ Gambar bawah ni ]
Agaknya sebab apa dia suke sangat ngan logo ni ek :p huhu..
Wednesday, December 9, 2009
Berita tergempar!!!
Owh.. apa yg tergempar sangat ni.. Hehehe
Nampaknya dah 2 minggu aku tak update2 blog ni.. Padahal banyak je cerita aku nak bagitau kat korang sume. Tapi aku busy sampai terlupa nak update.. hehe.. [ yeke? ]
1hb haritu aku dan husband pergi hantar Yellow yang sakit haritu untuk kali kedua. Inilah dia klinik yang aku pergi hantar. Klinik Haiwan Yap. Aku rasa klinik ni better la service dia dari klinik yang dekat seksyen 13 tu. Doktor tu sangat tidak kedekut bagi info. Sumer kitaorg tanyer sumer dia jawab. Sepatah kitaorg tanyer , berpatah2 yang dia jawab..hihi
Keadaan klinik tu pon amat memuaskan hati pelanggan..
BERSIH DAN SELESA [ Wah huruf besar tu..hehe ]
BERSIH DAN SELESA [ Wah huruf besar tu..hehe ]
Tapi aku terconfius plak.. aku ni nak amek gambar kete tu ke atau nak amek gmbr signboard klinik tu.. huhu
Sebenarnya aku bawak jugak Oleo pergi klinik. Kitaorg suspect Oleo tengah pregnant. So, kitaorg saje bawak sekali suruh doktor tu check. Dan keputusanya mmg Positive!! Yeah.. nampaknyer bertambah lagi la anak2 buluss ku.. hihi.. Nampaknyer project kitaorg yang haritu menjadi. Hahaha...Cayalah. Husband aku plak sibuk nak mencari kotak nak buat rumah untuk Oleo dan anak2 dia nanti. huhu.. Aku akan cerita kemudian.
Doktor kata Yellow banyak sangat improved. Dah pulih hampir 70%. Berat badan dia pon dah naik 2 kilo dalam masa 2 minggu. Ada peningkatan oke. [ Tengok la sape yang jaga...sape lagi kalo bukan hubby ku...hihi ]
Niza.. ko ingat tak benda atas kepala kucing ku ini? :p Yer..itu lah dia hasil tangan Niza yang sudah dijadikan barang permainan kucing ku itu.. kekeke.. [ eh cantek lagi tau reben tu..keke ]
p/s : Awal tahun depan ada contest Namakan dan Menang!!.. Hadiah lumayan menanti anda.. Tungguuuuu...
Monday, October 26, 2009
3 Hari Bercuti..
Sori kawan². Jumaat lepas saya cuti balik kampung. Boleh je nak online. Tapi dah kat kampung tak ingat dah nak online. Asyik berjalan jer.. hehe..
Hari khamis lepas aku hantar Oleo pegi boarding dekat veterinar Sek13. Ingat nak bawak balik Johor. Tapi dia tak biasa lagi jalan jauh². Paling jauh pon pegi Ikano je bila antar dia grooming.huhu..Meon ngan anak² dia dah biasa kena tinggal rumah. Mesti pandai jaga diri punyer. Aku tak risau sgt.
Ni la vet yang aku hantar Oleo. Nurse n doctor kat situ boleh tahan cute n hensem..hehe.. tapi sori ler Oleo tak reti beza hensem dengan cute ni. Kalo manusia boleh gak sejukkan hati.. Hihihihi... Kat vet ni kena satu hari RM10. Kira ok la. Tapi keadaan tempat tinggal kucing tu kureng sket. Agaknya sbb dah banyak sgt kucing kot.
First time sebenarnya hantar dia kat vet 13 ni. Sebelum ni hantar dekat Petknode masa raya ritu. Servis boleh tahan jgk la kat situ.. Siap amik n hantar kucing kat rumah. Pastu siap MMS lagi keadaan kucing kita. Terkagum sekejap la masa dapat MMS diaorg. huhu..
Ni la kucing jantannyer (nama je jantan tapi suara mcm betina).. Semalam bukan main lagi Oleo ngan dia berkejar kejaran. Baru nak kenal². Aku dgn cik abg yang letih tgk diaorg ni. Paling² amek masa seminggu ni diaorg nak berhenti berkejar kejaran.
Ni kat rumah apa jadi pon tak tahu la.. harap² dah settle la.. hehe.. Meon plak tak suka kucing jantan ni.. Marah betul Meon kalo kucing ni dekat ngan dia. Marah dia dah mcm bunyi ular jer. huhu..aku gelakkan jela..
Apa² perkembangan terbaru pasal Oleo ngan kucing jantan ni akan diberitahu kemudian yer. Hehe
Hari khamis lepas aku hantar Oleo pegi boarding dekat veterinar Sek13. Ingat nak bawak balik Johor. Tapi dia tak biasa lagi jalan jauh². Paling jauh pon pegi Ikano je bila antar dia grooming.huhu..Meon ngan anak² dia dah biasa kena tinggal rumah. Mesti pandai jaga diri punyer. Aku tak risau sgt.
Ni la vet yang aku hantar Oleo. Nurse n doctor kat situ boleh tahan cute n hensem..hehe.. tapi sori ler Oleo tak reti beza hensem dengan cute ni. Kalo manusia boleh gak sejukkan hati.. Hihihihi... Kat vet ni kena satu hari RM10. Kira ok la. Tapi keadaan tempat tinggal kucing tu kureng sket. Agaknya sbb dah banyak sgt kucing kot.
First time sebenarnya hantar dia kat vet 13 ni. Sebelum ni hantar dekat Petknode masa raya ritu. Servis boleh tahan jgk la kat situ.. Siap amik n hantar kucing kat rumah. Pastu siap MMS lagi keadaan kucing kita. Terkagum sekejap la masa dapat MMS diaorg. huhu..
Oleo tengah menunggu doctor amek dia. Huhu.. Kesian Oleo kena tinggal 3 malam. Takpe..kawan² ramai kan.
Semalam aku collect dia dalam pukul 2 camtu. Balik tu mengiau². Sampai² rumah jer terus dia jadi miang. Miang nak kawen yer kawan². Adeh.. lama² tgk kesian jgk la. Yelah..dah berapa lama plak dia menahan tu.
Kesian punyer pasal cik abang sanggup pergi amek kucing jantan kat auntie yang baik hati kat kedai Klang. Hehe..
Ni kat rumah apa jadi pon tak tahu la.. harap² dah settle la.. hehe.. Meon plak tak suka kucing jantan ni.. Marah betul Meon kalo kucing ni dekat ngan dia. Marah dia dah mcm bunyi ular jer. huhu..aku gelakkan jela..
Apa² perkembangan terbaru pasal Oleo ngan kucing jantan ni akan diberitahu kemudian yer. Hehe
Thursday, October 22, 2009
My Persian
Apa la yang dimenungkan tu Oleo oi!
Oleo. Ni la nama dia. Betina jugak. Beli Oleo ni masa umo dia 4 bulan lebih. Sekarang Oleo dah dekat 7 bulan. Oleo ada 2 orang lagi adik beradik. Tapi aku tengok Oleo ni yang paling comel. hehe..
Dia suka sangat duduk macam ni. Dah macam katak pon ada.. hihi..
Konon comel la tu tido gaya gitu..
Dia ni very playful. Ye la kan muda remaja lagi.. tapi aritu dia dah miang² dah.. Aku buat dek je.. lantak ko la. Blom boleh kawen lagi okey. Tunggu Oleo setahun baru la boleh.. time tu baru la dah ready.. tul tak Oleo.. hehe..
2 3 hari lepas dia cirit birit muntah². Tapi skang dah ok dah. Nasib baik ada cik abang.. dia la tukang cuci sumer. Aku nak bersihkan kena marah plak nanti. Sungguh take care cik abang ku itu..hehe..
Oleo ni aku tak kasi kuar merata-rata. Yela kan kucing persian tu.. beli lagi. Kalo orang amek..sia² jer. Tak gitu?
Kucing yang dalam gambar cat cage tu Oleo la. Pandai betul dia beraksi. Nak amek gambar je mesti nak masuk gak.. adeh.. :P
Subscribe to:
Posts (Atom)