Thursday, October 7, 2010

Oleo yang garang..

Haritu ntah apa yang Hitam nak sangat pon tak tahu la. Asyik mengeow tak henti2. Kalo suara tu kecik je takpela. Mula2 tu aku layan kan jugak. Dah lama2 malas aku nak layan. Dah bagi makan dah bagi minum tapi bising lagi. Dibelai2 lagiiiii bising. So aku pon duduk je kat sofa tengok tv. Hitam plak dok menepek kat kaki aku.

Oleo dari awal tengokkan aje si Hitam tu bising. Masa aku tengah tengok tv tu Oleo pon ada baring kat depan tv. Yang si Hitam ni dah mula senyap sikit. Dia tengok orang tak layan dia gaknya.

Tengah aku dok melayan tv tu, aku alihkan kaki aku sikit. Hitam pon mengeow balik. Tiba2 Oleo datang kat dia terus dia gigit kat leher Hitam. Takmo lepas.. Hitam tak mampu buat apa2..sebab Oleo peluk dia kuat2. Bila Hitam dah tak tahan sakit dia terus bergerak2 suruh lepas. Agak2 Oleo dah puas hati dia pon lepas kan Hitam. Lepas tu Hitam terus senyap jerk. Huhuhu... 

Huh..garang betul Oleo. Mesti dia tahan sabar jer awal2 tu. Dia geget dah la memang sakit. Aku ngan husband pernah kena geget kat kaki ngan Oleo. Dia geram apa tak tahu la. Tak pasal2 je kena. Huhu..

Hitam, lepas ni kalo ko bising2 lama sangat aku panggil Oleo je suruh geget tau. Hahaha..

p/s : Tiada gambar sebab waktu tu aku tak larat nak berlari masuk bilik amek enset. Almaklumla..mak buyung..hehe

5 comments:

faiza said...

hehehe...mesti comey...oleo nak jaga mummy die tu...oleo takmo mummy die tension2...

m4rilyn said...

punya la si Oleo dah tak tahan nak marah,
amek ko Hitam

Misz Pinkie Winkie said...

hehhe.
itam tue mengiow nak mengawan ker?
sian itam

Hisham2u said...

nak mengawan g mengiow kat luar ar.. ada ke mengiow dalam umah.. :P entah2 dia mintak tunjuk ar kot.. ekeke

meowwmania said...

aah la...dia nak mengawan kot