Tuesday, February 14, 2012

Rotavirus

Semalam aku dapat tahu kawan aku Liza. Anak dia kena tahan kat ward sebab rotavirus. Sekarang ni memang tengah musim kan. Malam tadi aku tengok kat berita ada kes kat Perak tu sebab diaorg minum ais yang ada rotavirus ni.

Tapi anak Liza ni tak tahu la kena sebab apa. Tapi ada sorang lagi member aku cakap sekarang banyak budak2 yang duduk nursery kena serang virus tu. 

Liza kata kat hospital anak dia duduk tu pon ramai budak kena virus tu. Aduh...risau pulak aku dengan anak aku ni. Korang pon jaga la elok2 anak korang yer. Apa2 pon masak air sebelum minum, sentiasa basuh tangan sebelum makan atau buat sesuatu.

Kebersihan tu penting. Sekarang ni macam2 virus ada. Puncanya pon dari kita jugak. 

Ini dia anak Liza. Cian tengok muka dia.. e eh..tangan sebelah tu letak kat mana tu..kekeke


Thursday, February 9, 2012

Anak buah yang bertuah.

Tadi mak aku call. Cerita pasal anak buah perempuan (anak adik aku) ni. Aku panggil dia Nur. Dia ni tak padan ngan pempuan. Aktifnya mcm anak lelaki..huhu.. pantang leka sikit tahu2 je dah hilang.


Dari kiri Nur, Aqeef & Hafy


Mak aku cakap, hari Selasa haritu Aman (adik aku) ngan wife dia datang umah. Masa tu diaorang semua termasuk la mak aku tengah leka tengok cerita Gemersik Kalbu tu. Tak perasan yang Nur ni dah masuk ke bilik air. 

Waktu tu lampu kat dapur dgn bilik air semua terbuka. Terang benderang lah waktu tu. Nur ni kalo gelap memang dia tak pergi ke situ. Ntah macam mana waktu tu semua lampu terbuka. Agaknya time tu semua orang dah tak sabar nak tengok citer gemersik kalbu tu kot. hahaha...

Mula-mula sekali yang perasan mesti la mak si Nur ni kan. Dah tengok anak takde tiba-tiba... pergi la mencari.
Tahu-tahu haaa... kepala Nur dah masuk dalam baldi kat bilik air!!! Haduh.. 
Kata mak, Nur nak mencapai air dalam baldi..dalam baldi tu pulak air sikit. Tu yang dia boleh termasuk dalam baldi tu.

Maknyer pon cepat2 angkat.. haaaa... tercungap2 ko.
Mata merah, hidung berair dari rambut sampai ke bahu habis basah lencun.
Aku tanya mak aku Nur nangis tak. Mak aku kata, tercungap2 sampai tak sempat nak menangis pon. 
Agaknya terkejut kot.

Nasib baiklah cepat. Panjang umur ko Nur.
Sama la ngan Aqeef ni.. tak boleh leka sikit.. 
Pengajaran di sini..jangan leka. Sentiasa tutup pintu bilik air atau jamban. 

Sekian.

Wednesday, February 1, 2012

Mencari kucing yang tersembunyi.

Tadi kat facebook ada org share satu picture ni. Dia suruh cari kucing yang tersembunyi dalam gambar. Kalo korang dah jumpa boleh la share2. Kalo tak jumpa dok diam2.. haha


Sila klik pada gambar untuk lihat lebih jelas yer.

Tuesday, January 31, 2012

Diet mengikut jenis darah lebih berkesan

Apa jenis darah korang? O, A, B, AB? Aku darah B. Bagi aku diet mengikut jenis darah ni memang bagus dan berkesan. Kalo ikut apa yang dikatakan oleh  Dr. Peter Dadamo
"A chemical reaction occurs between your blood and the foods you eat. This reaction is part of your genetic inheritance" 
Macam aku ni darah B, aku tak boleh makan ayam dan kena lebihkan makan daging. Korang boleh pergi tengok kat website Dr. Peter Dadamo ataupun pergi website DrLam yang aku rasa lebih senang nak faham dan lebih detail. Aku malas nak membebel2 banyak2 kat sini. Tentu2 la korang tak sabo2 nak baca ikut jenis darah korang kan.. :p hihihi

So dengan ini aku berazam nak mengamalkan diet mengikut jenis darah. Hehehe.. azam la sangat kan. Macam mana la aku nak tolak dari makan ayam..aduuuhh

Monday, January 30, 2012

Perangkap lipas..Terbaekk punyer.

Sape kat sini geli dengan lipas..angkat tangan!!.. ahahaha.. Aku pon geli dengan lipas..lagi-lagi dengan lipas yang boleh terbang tu. Tapi kalo nampak lipas aku rasa macam nak bunuh je. 

Pernah satu hari tu..bapak mertua aku lupa nak tutup lubang kat bilik air.. sekali keluar lebih 10 ekor ko!..haaaa.. Aku pon apa lagi ..pergi amek penyapu lidi..aku libas sekor2. Habis semua mampos. Kekeke..gile kejam. Tapi nak wat camne kan..nak sembur dengan ridsect pon takde. Dah habis..

Lepas tu aku terjumpa perangkap lipas ni. Ada orang jual online. Kalo tak silap kat kedai serbaneka tu pon ada kot...tapi tak sure la.


Macam ni la rupa sebeno benda nyer.


Lepas tu ko letak je kat dalam bilik air ke..kat dapur ke..kat bilik ke.. ha..nnt diaorg berpusu2 la nak masuk dalam tu. Lepas dah termasuk, memang tak boleh kuar la kan. Hahaha.. Benda ni boleh pakai berulang kali. Ada la dia bagi tahu cara-caranya kat dalam tu. Korang baca jelah.

Lepas korang rasa dalam tu dah ada lebih kurang 10 ekor lebih..korang letak je kat luar bawah matahari. Sampai la lipas2 ni mati dengan sendirinyaaa...Lepas tu buang la lipas2 tu..benda ni boleh guna balik.. Haa...senang je kan.

Kalo korang nak, boleh la order kat aku. 

Harga satu ni RM15.00 jer.
Kalo nak beli borong pon boleh. Minimum 15 bijik. Harga dia RM8.00 satu. 

Kalo nak lagi murah beli la secara borong.. pakat2 la dengan adik beradik ke sedara mara ke kawan2 ke..beli terus byk2.. huhuhu...

Harga ni tak termasuk dengan kos penghantaran ya.