Showing posts with label VETERINAR. Show all posts
Showing posts with label VETERINAR. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009

Berita tergempar!!!

Owh.. apa yg tergempar sangat ni.. Hehehe
Nampaknya dah 2 minggu aku tak update2 blog ni.. Padahal banyak je cerita aku nak bagitau kat korang sume. Tapi aku busy sampai terlupa nak update.. hehe.. [ yeke? ]

1hb haritu aku dan husband pergi hantar Yellow yang sakit haritu untuk kali kedua. Inilah dia klinik yang aku pergi hantar. Klinik Haiwan Yap. Aku rasa klinik ni better la service dia dari klinik yang dekat seksyen 13 tu. Doktor tu sangat tidak kedekut bagi info. Sumer kitaorg tanyer sumer dia jawab. Sepatah kitaorg tanyer , berpatah2 yang dia jawab..hihi


Keadaan klinik tu pon amat memuaskan hati pelanggan..
BERSIH DAN SELESA [ Wah huruf besar tu..hehe ]
Tapi aku terconfius plak.. aku ni nak amek gambar kete tu ke atau nak amek gmbr signboard klinik tu.. huhu

Sebenarnya aku bawak jugak Oleo pergi klinik. Kitaorg suspect Oleo tengah pregnant. So, kitaorg saje bawak sekali suruh doktor tu check. Dan keputusanya mmg Positive!! Yeah.. nampaknyer bertambah lagi la anak2 buluss ku.. hihi.. Nampaknyer project kitaorg yang haritu menjadi. Hahaha...Cayalah. Husband aku plak sibuk nak mencari kotak nak buat rumah untuk Oleo dan anak2 dia nanti. huhu.. Aku akan cerita kemudian.

Doktor kata Yellow banyak sangat improved. Dah pulih hampir 70%. Berat badan dia pon dah naik 2 kilo dalam masa 2 minggu. Ada peningkatan oke. [ Tengok la sape yang jaga...sape lagi kalo bukan hubby ku...hihi ]



Niza.. ko ingat tak benda atas kepala kucing ku ini? :p Yer..itu lah dia hasil tangan Niza yang sudah dijadikan barang permainan kucing ku itu.. kekeke.. [ eh cantek lagi tau reben tu..keke ]

p/s : Awal tahun depan ada contest Namakan dan Menang!!.. Hadiah lumayan menanti anda.. Tungguuuuu...

Wednesday, November 18, 2009

Cat Parasite

Semalam aku ngan husband pergi vet dekat klang.. Klinik Haiwan Yap.. [tak sempat amek gambar sbb hujan..hehe].
Kitaorg pergi hantar Yellow [adik beradik Oleo], sebab dia dah teruk sangat dijangkiti parasite atau org melayu kata kurap [doktor yg kata]. Memang teruk la keadaan Yellow. Sebenarnya kitaorg amek Yellow dekat kedai kawan kitaorg. Sebelum ni ok jer. Dia tak reti jaga kucing agaknya sampai jadi teruk. So, sebelum dia mati baik kitaorg bawak larik pergi vet. [Lepas ni jadi kucing kitaorg laaaa..huhuhu]

Tengokla tu..beza giler kan.. tu baru sket.. tak tgk betul2 lagi telinga, kaki dengan ekor dia.. habis bulu2 dia gugur. Bulu dia dulu cantek. Sekarang dah tinggal sket. Warna pon dah pudar. [tak sanggup aku nak tunjuk kat korang gambar terbaru dia]. Kang tak pasal2 budak ofis pon tak nak dekat ngan aku sebab takut kena jangkit parasite..hahahaha.. taklah..aku tak pegang pon kucing tu.. husband yang sapu cream sume kat dia.. hehe...ai pegang sekejap boleh la.
Doktor suruh kitaorg kuarantinkan kat rumah. Jauhkan dari kucing lain. Parasite tu manusia pon boleh berjangkit. So, doktor pesan lepas pegang Yellow terus basuh tangan. Doktor kata kalo kitaorg dah start tergaru sana sini cepat2 la pergi farmasi beli ubat. Huhu.. [tiba2 je aku terasa gatal satu badan....hehe..acah je...]
Lagi 2 minggu kitaorg kena hantar lagi pergi vet..buat injection sumer. Harap2 dia cepat sembuh. Dulu aku memang suka sgt kat Yellow ni..sebab bulu dia cantek. Soft jer.
 

Sekarang dah jd mcm ni..uhuk uhuk..

 Kesian dia....Mengenang nasib dia kena kuarantin dekat sebulan.
Sabo ye Yellow..

Monday, October 26, 2009

3 Hari Bercuti..

Sori kawan². Jumaat lepas saya cuti balik kampung. Boleh je nak online. Tapi dah kat kampung tak ingat dah nak online. Asyik berjalan jer.. hehe..

Hari khamis lepas aku hantar Oleo pegi boarding dekat veterinar Sek13. Ingat nak bawak balik Johor. Tapi dia tak biasa lagi jalan jauh². Paling jauh pon pegi Ikano je bila antar dia grooming.huhu..Meon ngan anak² dia dah biasa kena tinggal rumah. Mesti pandai jaga diri punyer. Aku tak risau sgt.


Ni la vet yang aku hantar Oleo. Nurse n doctor kat situ boleh tahan cute n hensem..hehe.. tapi sori ler Oleo tak reti beza hensem dengan cute ni. Kalo manusia boleh gak sejukkan hati.. Hihihihi... Kat vet ni kena satu hari RM10. Kira ok la. Tapi keadaan tempat tinggal kucing tu kureng sket. Agaknya sbb dah banyak sgt kucing kot.

First time sebenarnya hantar dia kat vet 13 ni. Sebelum ni hantar dekat Petknode masa raya ritu. Servis boleh tahan jgk la kat situ.. Siap amik n hantar kucing kat rumah. Pastu siap MMS lagi keadaan kucing kita. Terkagum sekejap la masa dapat MMS diaorg. huhu..


Oleo tengah menunggu doctor amek dia. Huhu.. Kesian Oleo kena tinggal 3 malam. Takpe..kawan² ramai kan.

Semalam aku collect dia dalam pukul 2 camtu. Balik tu mengiau². Sampai² rumah jer terus dia jadi miang. Miang nak kawen yer kawan². Adeh.. lama² tgk kesian jgk la. Yelah..dah berapa lama plak dia menahan tu.
Kesian punyer pasal cik abang sanggup pergi amek kucing jantan kat auntie yang baik hati kat kedai Klang. Hehe..



Ni la kucing jantannyer (nama je jantan tapi suara mcm betina).. Semalam bukan main lagi Oleo ngan dia berkejar kejaran. Baru nak kenal². Aku dgn cik abg yang letih tgk diaorg ni. Paling² amek masa seminggu ni diaorg nak berhenti berkejar kejaran.

Ni kat rumah apa jadi pon tak tahu la.. harap² dah settle la.. hehe.. Meon plak tak suka kucing jantan ni.. Marah betul Meon kalo kucing ni dekat ngan dia. Marah dia dah mcm bunyi ular jer. huhu..aku gelakkan jela..


Apa² perkembangan terbaru pasal Oleo ngan kucing jantan ni akan diberitahu kemudian yer. Hehe