Wednesday, December 19, 2012

Big Bang

Ok sekarang ni aku dah kemaruk nak tengok video big bang.. padahal sebelum ni aku tak ambik kisah pon lagu fantastic baby tu.. Oh tidak..

Walaupun aku belum hafal dan tak tahu lagi nama sorang sorang big bang ni..tapi aku apa kisah..janji aku terhibur tengok video diaorg..hahaha...

Sat lagi aku buat semua benda pun teringat-ingat kat muka diaorang, terngiang-ngiang lagu diaorang tu. Semuanya sebab aku terbaca komen kat mana ntah..orang tu cerita pasal big bang ni dilatih sejak dari kecik macam mana nak jadi penghibur.. ha...tak pasal-pasal aku terus terhibur. haha..

Aku ada la search latar belakang big bang ni.. tapi macam tu jela..sekali imbas..takde la nak menghafal. Nama diaorang pun aku tak tahu yang mana satu G-Dragon, yang mana satu T.O.P. dah aku tengok muka semua macam samaaaaa je. Takde la semua tapi ada 2 3 orang tu yang muka lebih kurang. Kalau tengok live nampak la bezanya..tapi dah kalau dapat tengok gambar je aku pun pening. Kejap tengok gambar ni rambut panjang..kejap tengok kat sini rambut pendek..muka berubah-ubah. 

Jadinya baik takyah la nak tahu kot. Bukan dapat jumpa diaorg secara live pon. *nada keciwa

Ok..aku nak tengok lagi sekali video diaorg sampai muntah..hahahaha.. bye

Friday, December 14, 2012

Kewangan suami isteri

Zaman sekarang ni tak dinafikan ramai pasangan suami isteri yang kedua-duanya bekerja. Ada jugak yang isteri gaji dia lebih tinggi dari suami. Ada jugak isteri jadi bos di tempat kerja sedangkan suami orang bawahan sahaja. Kadang-kadang suami bergaji tinggi dah memang cukup untuk tanggung anak bini, tapi isteri dibenarkan bekerja dan isteri memang nak bekerja.

Tak kira la isteri bekerja atau tidak, gaji lebih dari suami ke apa semua, isteri tetap kena jaga maruah suami. Jangan menampakkan seperti suami tu tak membantu dalam kewangan keluarga. Walaupun suami sememangnya tak membantu banyak pun. Tolonglah jangan cerita pada sesiapa pun termasuk keluarga sendiri kecuali kalau dah terlalu mudarat sangat kan.

Sebenarnya pagi tadi aku dengar kat radio, ada la sorang pemanggil ni cerita perihal belanjawan dia dan suami dia.
"Saya dan suami dah bincang tentang belanjawan tahun depan. Kami ada anak sorang. Tahun depan nak masuk tadika. Saya dah pilih dah tadika. Sekarang ni, rumah saya yang bayar. Saya yang beli rumah ni atas nama saya. Nanti duit tadika anak saya pun saya yang bayar. Saya tak kisah la tu. Tapi suami saya cakap takde tempat lagi murah ke tadika untuk anak. Bila saya tanya pendapat dia atau kat mana tadika yang murah dia tak jawab. Dia mengelak. Cuba tukar topik. Jadi macam mana. Macam tergantung je sekarang ni." *ayat ada berubah sikit...tapi maksud yg sama.hehe

Aku rasa tak perlu la nak mention yang kau beli rumah tu, kau yang bayar la apa la semua. Aku rasa suami dia ni mesti banyak makan hati dengan isteri dia ni. Sebab yang pertama, dia dah pilih tadika untuk anak dia tapi tak tak bincang dulu dengan suami. Tahu-tahu je dah masuk dalam belanjawan. Dan aku rasa suami dia bukan tak terima tadika tu, mungkin dia nak isteri dia dengar pendapat suami dia dulu. 

Oh aku terlupa...ada satu lagi ayat yang buat aku terkejut jugak la dia cakap pasal suami dia. Lebih kurang macam ni la ayat dia 
" Mana la tahu rezeki dia nanti naik pangkat pulak kan.. haa.."

Nampak sangat la dia sebenarnya nak menjatuhkan air muka suami dia sendiri. Aku rasa isteri dia ni gaji lebih tinggi dari suami dia. Tapi tak perlu la nak bagi tahu semua orang kot. Lagipun point utama dia cuma nak cerita pasal tadika anak dia je kot. Bukan hal besar pun. Settle sendiri sudah la.. ini nak mengadu domba kat DJ radio pulak. Adoyaiii..

Kalau la suami dia dengar radio pagi tadi..agaknya macam mana la perasaan suami dia.. Hmmm... Macam menampakkan suami dia tak membantu sangat dalam hal belanjawan tu. Kalau betul pun suami dia macam tu, sepatutnya dia simpan je la sorang-sorang. Nanti bila suami kau dapat kerja lagi bagus, gaji lagi tinggi..baru la kau nak bercerita kat semua orang kau cerita lah.

Wednesday, December 12, 2012

Budak-budak

Sebenarnyakan aku ni tak suka budak-budak dalam lingkungan umur 3 tahun sampai 7 tahun. Aku tak boleh nak terima perangai diaorang. Aku rasa rimas, menyampah dan menyusahkan. Hahaha..Gile jahat aku ni..

Sebenarnya bukan semua budak aku tak suka. Kalau jenis yang pendiam...baik dan sopan santun aku boleh la layan. Tapi kalau jenis yang tak faham bahasa tu yang aku tak boleh nak control amarah sikit.. hehehe..

Ok. Contohnya la kan. Nak mintak tolong tapi tak kena tempat. Aku memang tak suka kalau aku tengah buat keje..contohnya basuh pinggan. Lepas tu, budak ni mintak aku tolong masukkan straw kat air kotak tu. Adoyyy... Dengan segera aku akan cakap " Tak nampak ke tengah buat apa ni. Suruh orang lain boleh tak?" Dalam nada yang garang. Hahaha..

Aku pon tak tahu la sifat siapa yang aku warisi ni. Huhu...Dari aku sekolah sampai la sekarang, sikap ni aku tak boleh nak buang. Memang aku tak boleh jadi cikgu tadika la kan. Mesti aku jadi cikgu yang paling garang kat tadika tu.

Budak-budak ni kadang-kadang suka mendesak aku. Mungkin dah nasib aku jumpa budak-budak berperangai macam ni.. hahaha.. nasib korang la tak dilayan dengan baik. Lepas tu nanti bila anak aku dah besar..anak aku plak kena dengan orang lain. Baru padan muka aku. Hehe..

Lagi satu, aku paling pantang kalau budak-budak ni main ambil je hak orang tak mintak kebenaran. Tapi aku jugak pantang kalau budak ni nak apa yang kita ada...contohnyer handset atau makanan..diaorg tengoooookkk je lepas duduk depan kita. Bila mintak kebenaran aku plak tak bagi.. hahahaha...

Bila aku fikir-fikir balik budak yang umur macam ni la kita nak ajar diaorg jadi budak yang bersopan santun, sebelum nak buat atau mintak sesuatu tu cakap dengan elok-elok. Tapi masalahnya, aku ni pulak yang tak boleh cakap elok-elok. Boleh tu boleh..sekali je la..lepas tu budak tu mesti tak paham bahasa. Bila tak paham bahasa aku terus tak layan. Ko mintak la apa pon..aku buat macam dia takde depan aku je.  Kalau agak-agak tak paham jugak lagi aku buat jelingan maut. Hahaha..

Berbeza la dengan husband aku..dia pandai nak elak dari budak-budak mintak macam-macam kat dia. Walaupun budak tu mintak beribu kali..dia dengan sabarnya melayan je karenah diaorang.

Kadang tu aku sendiri yang malu dengan sikap aku ni. Husband aku yang lelaki tu pon boleh bersabar.. Aku ni kenapa nak cepat marah-marah kan? Diaorang tu kan budak lagi. Mana la tahu mana betul mana salah. Hadeh...tapiiiiii aku tetap tak boleh berubah..dah cuba dah...hmmm *buat muka duckface.

Yang kesiannya adalah anak-anak buah aku la. Diaorang la yang selalu kena. Bila kecik-kecik aku layan elok. Bawak pergi jalan sana jalan sini. Bila dah 3 tahun ke atas..aku dah start jadi garang kat diaorang. Bila dah sekolah rendah baru la aku boleh melayan diaorang balik. 

Sekarang ni aku ada anak buah (anak kakak ipar).. 4 tahun. Dia la sekarang ni yang selalu kena dengan aku. Nama dia Dania.

Semalam masa kat rumah mak mertua aku. Si dania ni main ambil je biskut yang aku beli untuk Aqeef. Langsung tak mintak kebenaran. Nasib baik la mak mertua aku yang sound dulu. Kalau aku sound kang diaorang cakap apa pulak. Pastu husband aku suruh dia pergi ambil mangkuk kecik kat dapur.

Datang-datang kat aku, aku tengok dia pergi ambil bekas besar penutup merah macam buat isi biskut kuih raya tu. Adoii.. aku pon cakap la.. "Takde mangkuk lain ke?" sambil buat muka tak puas hati...

Pastu husband aku terus sound.."takpela..dia tak tahu..dah tu yang dia jumpa kat dapur".. 
Waktu tu jugak aku terus insaf. Huhuhu..

Monday, December 10, 2012

Rancangan

Gila malas nak update blog. Haritu dah rajin line plak slow. Nak upload gambar pon tak boleh. Terus terbantut nafsu nak update.

Tahun 2012 dah nak sampai ke penghujung dah. Tahun ni macam-macam perkara yang sedih dan gembira yang berlaku. Apa-apa pun tahun depan kontrak aku tak disambung. Jadinya tahun depan macam-macam benda yang aku nak buat selain jaga anak kat rumah.. hahaha.. 

So, plan aku tahun depan ialah :

Pertama, aku nak berniaga online dengan adik aku. Kitaorg plan nak start bisnes ni awal bulan Januari nanti. Memandangkan adik aku pon tak dapat lagi kerja, so aku pun ajak la dia join sekali. At least ada la duit poket untuk dia nanti. Takde tercangak je kat rumah tu. Aku pun boleh la menambah pendapatan walaupun duduk kat rumah je nanti. hehehe..

Keduanya, aku ingat nak cari satu atau dua produk kesihatan untuk jadi pengedar. Dah ada dua produk setakat ni yang aku rasa boleh la aku nak join. Tapi aku kena test dulu sebulan dua nanti.

Ketiga, sebelum nak buat yang pertama dan kedua ni, aku kena tunggu result interview haritu dalam bulan ni jugak. Kalau dapat kerja, aku kena jadikan pertama dan kedua tu sebagai sampingan jela. Kerja hakiki mestilah diutamakan..ecewah..

Keempat, insyaAllah kitaorg plan nak dapat anak kedua tahun depan. Hihihi..

Kelima, nak beli rumah!!!!!!... hahahaha...


Yeah..itulah dia rancangannya..harap-harap semua berjalan dengan lancar. 

Ok bye..

Monday, November 19, 2012

Bintat-bintat

Kat kaki aku ada bintat dari hari Sabtu pagi. Sampai sekarang tak elok-elok lagi. Aku tahaannn je tangan aku ni dari menggaru. Aku pon tak tahu kena gigit nyamuk ke apa. Bila dah tergaru.. adoyy... memang takleh stop la. Last-last aku sapu Mopiko je.


Ada dua pulak tu. Sampai sekarang aku musykil kena gigit dengan apa..semut kot. Selalu kalau nyamuk sekejap je hilang. Tapi aku check-check kat cadar dan kat lantai bilik semua takde pon semut. Mungkin hama kot..hehehe

Ok ni takpe lagi. Sekarang ni Aqeef dah dapat satu alergi sama itu durian.. adoiii.. kesian ko nak. Tak dapat la ko menikmati kesedapan durian..haha

Mula-mula tu kitaorg tak tahu pon dia alergi dengan durian. Habis kuar bintat-bintat kat leher dengan muka. Kebetulan sebelum tu dia ada kesat muka dia kat cadar toto rumah nenek dia. Cadar tu pulak tak pernah dibasuh..so kitaorg assume dia kena serangan hama la. *seranganla sangat..hehe. 

Balik dari rumah mak mertua aku tu, kitaorg pergi beli durian. Balik rumah je terus serang durian. Hahaha.. Aku bagi la Aqeef rasa sikit. Habis comot la mulut dia.. Lepas je cuci muka dengan badan dia terus naik merah-merah bintat. Dengan segera kitaorg pergi klinik. Yelah..tak pernah tengok muka dia teruk naik bintat-bintat banyak. Seram tengok. Balik dari klinik tengok macam dah ok je pulak. Mungkin sebab kena aircond kat dalam kete kot. Waktu ni aku syak dua je...samada kena hama atau dia alergik durian.

Esoknya..aku try la bagi durian sikit. Nak tengok jadi ke tak. Tak sampai 5 minit..dia dah tergaru-garu..naik bintat kat muka. Terus aku bagi ubat alahan yang doktor bagi semalam. Fuh..nasib baik tak teruk macam yg first.

So, lepas ni Aqeef adalah dilarang untuk sentuh durian apatah lagi makan durian atau yang seangkatan dengannya seperti aiskrim durian dan lain-lain.

Mula-mula tu macam tak percaya la..sebab sebelum ni pernah jugak bagi dia makan durian tapi ok je. Aku google memang ada orang yang macam Aqeef. First time ni aku tahu ada orang alergic dengan durian.. Hmmm.. Sorry la takde gambar.. Sebab laki aku cakap " Suke ke tunjuk kat orang anak tu sakit"..

Menyampah...nak ambil gambar pon salah. Bukan tunjuk nak suke-suke..tapi nak share kat orang kot kot la ada yang sama macam Aqeef kan. Hmmm...

Semalam aku makan durian gila banyak sampai sendawa pon berbau durian. Laki aku geleng kepala je bila dia terbau...hahaha..sorryyyy...Lepas tu Aqeef keluar ruam kat leher..tergaru-garu..Aku rasa mesti sebab aku makan durian terlebih sangat. Dia pulak masih breastfeed. Huhuhu..nasib ko la nak.

Jadi sekarang aku teringin nak Durian Crepe pulak. Laki aku pon kata dia geram bila tengok gambar Durian Crepe yang menggiurkan itu. Ramai yang jual sekarang ni..Tak tahu nak pilih yang mana takut sekali dapat yang tak sedap pulak kan.. Tapi kalau buat dengan durian D24 confirm sedap kot. Ntah la.. Korang pernah makan yang betul-betul sedap tak.

Friday, November 16, 2012

Dua minggu lepas bawa Aqeef pergi zoo negara.
Aku pun teruja sama sebab tak pernah pergi lagi.
Kesian kan. haha..
Tiket murah je.



Kalo dah nama zoo tu mesti la bau macam-macam kan.
Bau bahan buangan binatang-binatang kat situ usah cerita la..
Tapi boleh tahan lagi la.

Mula-mula plan nak gerak pagi kul 9. 
Sebab sekarang ni kan asal petang je hujan.
Ingat nak bawak aqeef tengok show pukul 11 pagi.
Petang pun ada pukul 3 tapi aku agak mesti hujan punya.

Tapi last-last pergi lewat... sebabnya...babah Aqeef bangun lambat.
Geraaamm je aku.
Aku ni pantang betul kalau bertukar plan last minute.
Lagi pulak kita nak pergi awal sebab nak elak hujan..
Kalau petang confirm tak hujan takpela jugak.

Ok takpelah.
Dah sampai zoo pon kan.
Layankan jela gambar-gambar yang aku sempat snap.
Yang tak sempat tu sebab aku tengah pegang Aqeef atau aku amek video..

Jirapah..hihi


Tengah cari ikan..

Bila aku hala kan kamera je kepala ko turun ke bawah..bila tak pegang kamera..ko tinggikan kepala pulak..
Pandai ko eh..

Burung unta..

Burung apa ntah ni..aku main amek gambar je..haha

Hello bird..

Haiyaa...tidur la pulak..Ish..

Aku agak rimau ni tengah melepas dalam air.. hahaha

Yang ni pulak duk berpusing macam bertawaf.. mungkin lapar kot.

Ini jela pun gambar yang ada.
Kat sana banyak tempat makan. So takyah bawak bekal la..sediakan duit je.
Pastu kat sana ada zoo hut.
Kalau penat berjalan boleh la berehat kat situ.
Banyak gak zoo huts ni kat sana.

Zoo Huts

Kalau korang tak larat nak jalan boleh la naik tram kat zoo ni.
RM2.00 je sorang.
Aku kalau berdua je dengan husband lagi rela jalan kaki..
Sebab tram ni tak bawak kat semua tempat. Dia sekadar lalu je.
Agak rugi jugak la sebenarnya kan.
Tapi kalau dah bawak anak memang tak larat la..Dia pon tak larat lagi nak jalan jauh2.

Tram rides.
Sebelum pukul 3 kitaorg dah lepak kat tempat animal show tu.
Tepat pukul 3..hujan pun mula turun.. 
Makin lama makin lebat..
Show tu terpaksa la dibatalkan separuh jalan.
Sempat tengok burung, sea lion dengan bangau je.

Takpelah..dah nasiiibb..
Lain kali boleh pergi lagi.
Ni semua babah Aqeef punya pasal..Hoh!

Wednesday, November 14, 2012

Berangan..

Masa sekolah rendah dulu aku ni kuat berangan..
Sebelum nak tido aku suka berangan aku jadi orang miskin duduk dalam bilik yang kecik.
Selalunya orang berangan nak jadi kaya..hahaha..
Ntah apa-apa la aku ni.

Pastu aku cakap sorang-sorang.
Apa yang aku cakap pon aku dah tak ingat la..
Tapi ada satu hari tu..tiba-tiba mak aku bukak pintu bilik..
Mak aku tanya "Mak ada dengar bunyi orang bercakap la"
Pastu aku dengan cover malunya aku cakap "Mana ada!"
Huhuhu..malu plak bila ingat balik.
Bila aku dah penat nak tido..aku boleh sambung esok plak.

Itu satu..
Lagi satu ni, aku kalau kena marah-marah ngan mak aku, mesti berangan nak lari rumah.
Bila kena marah teruk je.. aku berdiri depan pintu tengok kat depan rumah..
Depan rumah aku ada banyak pokok..macam hutan jugak la..tapi tak la hutan sangat..
Banyak pokok getah ngan semak samun je.

Pastu aku start berangan... nak lari rumah..
Berangan nak duduk kat hutan tu..*alahai..jauhnya ko nak lari..haha
Siap terfikir nak pasang khemah bagai..hahah..lawak betul.
Pastu dulu aku selalu simpan duit dalam purse kecik warna merah..
Konon duit tu mampu la nak tampung selama aku lari dari rumah..
Padahal dalam tu ada 2 3 inggit je pown..haha..

Tengah berangan-angan tu tetiba kena sampuk dengan mak aku..
"Ha..tengah fikir nak lari rumah la tu.. lari la!"..
Adoyai...malu lagi.
Mesti mak aku pon dulu-dulu macam aku jugak..tiada kemusykilan lagi
Macam tahu tahu je kan anak dia fikir nak lari rumah....dah biasa buat la teww..hahaha

Berangan jelah..tak berani buat punyeer...
Kalau aku lari aku rasa lagi teruk kena sebat ngan mak aku ada la.
Hihihi..

Nasib baik la sekolah menengah perangai berangan tu dah kurang..
Kalau tak mesti terbawak-bawak sampai sekarang..haha..

Aku rasa mesti ramai yang perangai macam aku ni kan.
Biasa la budak-budak..imaginasi kuat sikit..huhu..

Thursday, October 25, 2012

Nenek..jangan simpan sorang2 okey..

Sejak raya haritu nenek aku selalu tak sihat. Dia kata breast dia selalu bengkak.
Berdenyut-denyut dan sakit sangat. Sakit sampai nenek aku selalu je demam.
Lepas raya haritu mak aku ada hantar pergi berurut..
Nenek aku memang selalu macam tu. Bila sakit badan je..terus pergi berurut.
Oh lupa nak bgtau..nenek aku umur dia 64 kot. Aku pon lupa. Tapi dalam lingkungan 60-65 macam tu la.

Nenek aku ni adalah mak kepada mak aku.
Sebelah mak, ada dua nenek dua atok.
Nenek aku ni dulu bercerai..lepas tu dua-dua kahwin lain.
Dan dua-dua ni sehingga sekarang masih tak berapa baik.
Tapi dia tak pernah memburuk-burukkan atok aku kat anak-anak dan cucu-cucu dia.
Sebab tu aku sayang dua-dua atok dan nenek aku... hihi..

Tapi aku paling sayang nenek aku ni la sebab susah senang kitaorg satu family semua nenek tolong.
Dulu setiap minggu mak aku balik rumah nenek.
Kadang-kadang tu aku sampai malas nak ikut..
Malas nak ikut sampai nenek sanggup pujuk..jahat tul aku ni.
Bukan apa..aku balik kampung sebab nak spend time kat rumah mak aku..
Tapi kena pulak tido rumah nenek.. haii..penat tau...huhu
Tapi sejak mak aku sound.. "Balik jela rumah nenek sementara nenek masih hidup ni"
Oh..sungguh menusuk ke jiwa gitu.
Sejak dari tu, aku dah tak kisah dah..
Kalo nenek ajak datang rumah dia..aku dan suami dengan rela hati pergi je.

Ok..sambung balik kepada cerita awal-awal tadi.
Awal bulan ni mak aku cakap nenek aku dah tak tahan sakit dah.
Dia kata breast nenek dah bengkak sangat dah.
Dulu adik nenek(nenek sedara) pon macam tu jugak...tapi dah operate. Tapi bukan cancer la.
So, kitaorg assume bukan cancer sebab dalam family takde sejarah lagi.
Lagipun nenek aku tengok selama ni sihat je..tahun ni je kureng sikit.

Hari Selasa lepas mak aku bawak nenek aku pergi hospital kat Batu Pahat.
Adik aku pon ikut sekali. So aku suruh dia tanya nenek sebab aku nak tahu sangat.
Nenek kata dah jadi cancer dah. Tapi dia banyak mengelak dari menjawab soalan-soalan adik aku tu.
Makcik aku, Cik Erin (menantu nenek) yang duduk kat Port Klang tak puas hati.
Cik Erin try call hospital sebab nak tahu lebih lanjut.
Tanya nenek pon macam tak nak cakap je kan.
Rupa-rupanya cancer nenek aku tu dah TAHAP 4.

Semalam adik aku call bagitahu aku semua ni.
Aku macam tak tahu nak cakap apa.
Tahap 4 tu maksudnya dah level yang terakhir kan?
Biasanya bila dah sampai level ni peluang untuk survive tu sangat tipis.
Mungkin 5 tahun mungkin 2 tahun..dan mungkin lagi singkat.

Adik aku ada cakap nenek nak jadikan rumah dia kat kampung tu homestay 2 tahun lagi.
Aku sedih sangat..tapi takpelah...kitaorg masih ada masa nak membahagiakan nenek.
Walaupon masa mungkin singkat.
Memang ada cara nak melambatkan proses cancer tu..tapi aku tak tahu la nenek nak ke tak nak.
Pakcik-pakcik aku semua berkerjaya dan berduit..
tapi kalau nenek aku tak nak buat macam mana kan.

Nasib baik nenek sempat mengerjakan haji...so takde la dia terkilan tak dapat pergi ke tanah suci.
Aku tak sabar nak jumpa nenek raya haji ni.
Yang penting buat dia happy je.

Hmm..nenek oh nenek..

Monday, October 22, 2012

Review : Rice dispenser yang comel iteww..

Adeh..sori la sebab lambat buat review pasal rice dispenser ni.
Dah lama dah amek gambar tapi tak tertepek2 gak kat blog.

Ingat tak lagi entry rice dispenser aritu.
Rice dispenser tu sampai ke rumah 11 Oct hari khamis.
Dah dekat seminggu lebih la kan....

Memang syiok wa cakap luu..
Hahaha
Rugi sape tak beli.

Ini la dia.. alamak tak comel pulak sebab aku g cabut kertas kat depan tu..sekali gam dia kuat pulak..

Nanti korang kena pasang sendiri.. dekat kotak dia ada bagi penerangan..
Aku lupa pulak nak ambil gambar kat kotak dia.

Gambar atas tu menunjukkan keadaan di dalam bekas tu la yer.. 
Nampak tak ruang yg kat tengah2 tu..nanti beras akan masuk dalam tu.


Ini aku dah isi dengan 5kg beras. Masih boleh isi 5kg lagi.
Sebenarnya rice dispenser ni boleh diisi sehingga 12kg yer kawan2..
Abaikan budak togel itu....

Kalo turunkan slide tu ke bawah, beras akan turun dan mangkuk kat bawah tu ko takleh nak tarik.
Satu kali turun bersamaan dengan 150g / secawan.
Bila ko naikkan slide kelabu tu, beras akan jatuh ke dalam corong, macam yang kat gambar atas tadi.
Kalo nak dua tiga cawan ko slide la byk kali..pastu baru tarik bawah tu.

Ok..ni 1 cawan saje.

Aku rasa sangat best pakai benda ni sebab beras tu sentiasa tertutup.
Jadi kefreshan (suka2 je kefreshan) tu terjaga.
Dah la dapat murah kaann..memang puas hati laa.. haha..

Haritu ada kuar sekali lagi dekat MilkAdeal.. tapi harini aku tengok dah takde pulak.
Mungkin bila-bila akan keluar lagi kot.
Rajin-rajin la korang jengah MilkAdeal yer.
Ok bai..



Wednesday, October 17, 2012

Kenangan Silam...

2 bulan sebelum raya puasa haritu aku ada add FB sorang minah ni.
Aku pon tak tahu nak start cerita dari mana.
Mmmmm...ok ok..macam ni..

Actually minah ni dulu minat dekat boyfren aku masa aku keje lepas SPM tahun 2000.
Aku keje dekat kilang Asahi..jadi minah kilang gitu.. haha
Waktu tu aku baru belajar nak bercinta la kiranya.
Masa sekolah NO NO NO bercinta okeeyyy..
Memang NO la sebab mak aku garang nak mampuih..haha

Ni nak kata first love la ni...*geli aii..
Sebenarnya exBF aku ni org IBAN bukan beragama Islam.
Aku mula-mula tak suka pon kat dia ni..
Tapi orang kata tak kenal maka tak cinta..*wakaka..berfalsampah pulak dah

Yang budak perempuan ni masuk keje kat situ lepas 2 or 3 bulan lepas aku masuk.
Tetiap hari dia jumpa BF aku ni waktu rehat.
Kawan2 aku semua tak puas hati kenapa aku tak marah.
Ish..sape tak marah.
Tapi aku ni kan BARU nak belajar bercinta.. hahahaha.. alasan.
Aku sebenarnya bukan apa..
Aku fikir macam ni.
Kalo orang tu betul2 suka kat kita, biar berapa ramai perempuan suka kat dia pon..dia takkan layan..
Betul tak?

Tapi BF aku ni layan gak.
Pernah la bergaduh ke apa semua.

Tak silap aku lepas keje hampir 7 bulan macam tu la.. aku pindah keje tempat lain.
Lepas tu aku dapat sambung belajar kat UiTM Shah Alam.
Waktu tu kitaorg masih on lagi.
BF aku tu pindah keje kat tempat lain.
DAN budak perempuan tu ikut sekali.. *menyampah..

Waktu aku belajar lagi la macam2 dugaan.
Ko bayang la..
Hari-hari dia jumpa dengan perempuan tu.
Sampaikan perempuan tu boleh bercakap bahasa IBAN.
Aku ni pulak jauh....jumpa dia pon jarang.

So, aku amek keputusan nak putus jelah.
Apa la guna couple tapi dia melayan orang lain..
Aku ni pulak tak tahu status sebenarnya macam mana.
Mungkin tu yang dia nak..nak tunggu aku kata putus.
Dia kata dia sayang dua2.. sangat vongok ok..
No No No.. lelaki macam ni mmg takleh buat laki.
Time tu memang aku berlagak sikit la..sebabnya aku dapat belajar kat U. Hahaha..
So, buat apa aku nak tunggu dia lagi.
Buang masa je kot.
Dua-dua tu memang sepadan la kan.
Berlagak gila wa cakap lu...hahahaha..

Aku siap tulis surat mintak putus.
Lepas tu ex aku ni nak berdrama plak dengan aku.
Dia kata dia pengsan lepas baca surat aku.
Hoh..ingat aku percaya?
Nehiiii...
Time tu memang dah takde perasaan dah kat dia.
Lantak dia lah nak pengsan ke apa..perempuan tu kan ada kan.. hahaha

Tak lama lepas putus tu..aku tukar no enset.
Telefon rumah pon dah potong.
So kitaorg memang putus hubungan terus.
No dia pon aku tak simpan.
Yang aku simpan dalam kepala otak aku ni..nama perempuan tu dgn nama ex aku jer.

Kitaorg putus tahun 2002,
So maknanya dah 10 tahun terpisah tanpa khabar berita.

Dulu ada sorang akak ni tilik aku tau.
Dia tengok tangan aku n then dia kata aku akan mengalah tapi berdendam.
Lepas tu dia tengok tangan budak perempuan tu dia kata budak perempuan tu akan menang.
Mula2 aku tak percaya..
Tapi betul2 terjadi.
Tapi aku tak berdendam ok..
Teringat kisah lama tu biasa la kan.

Sebenarnya aku nak cerita, 2 bulan sebelum raya aritu aku tetiba teringat kat perempuan ni.
Aku saja la nak tahu apa kesudahan cerita diaorg ni.
Kawen ke tak. Kalo kawen bagus la...
Mula-mula aku search nama ex aku ni kat google.. takde pulak.
Aku search nama budak perempuan ni.. sekali terjumpa pulak FB dia kaann..
Canteekk..

Akhirnya diaorg kaweeennn.. dah dua anak dah pon.
Sorang tu dah sekolah rendah.
Baguslah.. aku happy utk diaorg.
Aku add la dia.. dia pon accept.

Tapi esoknya aku tengok dia tukar profile picture bukan main lagi..
Berpeluk dengan laki dia la..
Mula2 tu gambar biasa je.. gambar raya tahun lepas punya.
Dalam hati aku..aik.. dan dan la nak tukar profile picture.
Aku tak heran ok. Hahahaha..

Aku tak paham...
yang dia nak gelabah tu kenapa macam la aku nak sangat kat laki dia tu.
Lepas tu siap buatkan FB utk laki dia... nama lebih kurang macam aku..
Contohnya..aku punya FB Sham n Iela.. dia pon nak jugak.. Adam n Hawa (bukan nama sebenar)
Adoyyy..ni sape yang terlebih dendam ni...wakakakaka..

Tujuan aku add dia, aku nak berkawan dengan dia..tanya khabar.
Tapi sebab dia dah buat mcm ni..tak jadi lah.
Aku takut dia gaduh laki bini pulak kan.
Mana la tahu kan. *baeknye aku keeennn.. ahhaha

Nanti mesti ada yang kata nak buat apa baik ngan dia.
Bukan apa..kitaorg kenal pon time tu budak2 lagi. Baru 18 19 tahun kot.
Baru nak belajar bercinta.
Time tu macam bodoh2 lagi.
Perangai pon ntah apa2.. ahaha
Kalo ingat balik macam nak gelak pon ada.
Aku memang tak simpan perasaan dendam pon kat dia..
Cuma teringat kisah lama jer.. macam lucu pon ada.
Walaupon dulu pernah bergaduh...gaduh dalam phone je pon...hahaha..

Apa-apa pun aku harap dia tak berdendam la dengan aku.
Yelah dulu aku pernah sound dia sebab dia kata nak bunuh diri kalo tak dpt ex aku tu... *eh tercerita jugak..haha
Mungkin dia masih terasa apa yang aku cakap tu kot.
atau...
mungkin dia nak berbangga dia dapat ex aku tu..
OK...tahniah.. sampai hati kawen dulu tak ajak aiii...
hahahaha...

Tuesday, October 2, 2012

Belanjawan 2013 - Komen sikit

Sebenarnya aku tak suka cerita pasal politik2 ni.. 
Kalau laki aku tu yela..hari-hari kalau tengok berita ada je dia nak complain...
Tapi sejak belanjawan 2013 haritu aku terasa macam nak komen sikit la..

Aku rasa pembentangan belanjawan haritu dah macam jadi medan untuk berkempen pulak.
Tetiba aku merasa muak dan menyampah.
Setahu aku kalau pembentangan belanjawan cerita pasal belanjawan je la kan.. 
Yang duk puji memuji...kutuk mengutuk tu kenapa.
Tak faham betul aku.

Aku takde la benci dekat PM kita tu.
Ada setengah orang tu tengok gambar PM je pon dah meluat.
Aku tak menyebelahi mana-mana parti pon.

Tapi kalau dah asyik nak memburukkan orang je..lepas tu puji diri sendiri tu apa benda.
Dari kita dok cerita pasal keburukan orang adalah lebih baik kita fikirkan cara nak memperbaiki diri sendiri. 
Nak burukkan orang..belum tentu kita ni baik dan betul sangat. Betul tak?

Lepas tu bila PR buat pembentangan ramai orang-orang BN plak takde. 
Kosooongg jer.
Sungguh tak professional.
Macam mana la nak jadi pemimpin kalau tak hormat orang lain.

Hadoy...memang letih la bila fikir pasal politik ni.
Sebab tu aku tak suka.

So, korang pilih la mana yang terbaik.
Undi anda adalah rahsia..
Hehehehe...

Thursday, September 27, 2012

Rice dispenser murah!!

Aku dah lama betul perhatiiiii jer rice dispenser kat Tupperware tu. Tapi mahal laaa...
Kat rumah, aku biar je beras dalam plastik sebab tak jumpa lagi bekas yang sesuai dan cantik.


Macam ni la rupa rice dispenser jenama Tupperware yang aku teringin sangat nak beli itew.
Tapi mengenangkan harga nya RM200++ aku terpaksa pendamkan dulu perasaan membuak2 tu.
Hahaha...poyo je ayat.

Tadi aku saja la masuk web MilkADeal
Scroll punya scroll tetiba ternampak pulak benda ni..

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Harga sangat murah!!.. Kalo nak tahu harga dia pergi la jenguk kat MilkADeal sekarang.

Tanpa membuang masa, aku dah beli satu dah tadi. Kah kah kah..
Akhirnya penantian aku berbaloi.

Korang kalo berminat apa lagi..klik klik klik je weh.. janji ada duit la.. hehehe..

Tak sabar nak tunggu.. dah dapat nanti aku tunjuk kat korang... weeeeee...

Wednesday, September 26, 2012

Ni semua aida punya pasal..hahaha

Kalau Aida baca tajuk entry ni mesti dia terkejut..
Kah kah kah..
Mesti dia kata.."eh..apesal tetiba nama aku naik ni. Ini boleh menaikkan darah aku ni."
Hihihi..

Tapi memang betul..ni semua aida punya pasal.. 
Aku sudah terpengaruh membeli baju dekat thepoplook.com. Esok dapat..insyaAllah.
Ini la dia baju yang sudah aku rembat semalam. hehe



Dress ni takde lengan..so boleh pakai dengan cardigan or jacket la.
Aku memang teringin sangat nak pakai dress..tapi sebab Aqeef masih menyusu badan, niat aku tu terbantut. Tapi semalam gatal-gatal gak survey dress...sekaliiii ternampak dress ni. 
Yang penting ada BUTANG. Jadinya kalo nak menyusukan Aqeef senang la.. Hoyeaahhh.. 
Masa ternampak baju ni aku tersenyum lebaaaar.. hahahaha...

Ada jugak dress lain yang ada butang tapi aku terpaksa pilih satu je dulu. 
Yang lain tu tunggu bulan depan lah.
Harap-harap bulan depan ada yang baru dan lawa dan berbutang..hihi

Eh ada lagi satu aku beli.. ini diaa..


Lawa tak? Tak tahu la baju ni jarang ke tak.. Mungkin jarang sebab dalam gambar ni mcm nampak je kan. Ada warna lain..tapi aku berkenan warna ni pulak. Kalau bulan depan warna lain tu takde orang amek..aku beli jugak. Hahaha...

Tak sabar rasanya nak tunggu hari esok..kuikuikui.. Yang penting kena tunjuk dekat Aida dengan Nurul.
Inilah dia hasil rembatan ku semalam. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan Aida.
Harap-harap Nurul pon terpengaruh.. hahaha

Ok bye..itu saje.


Wednesday, September 19, 2012

Rojak..

Mak aii..lamanya tak update blog. Malas seh.. heay..

Aku dah pindah rumah baru dah. Apartment dekat Batu Tiga Shah Alam. 
Kat rumah tu semua dah ada kecuali TV jerk.. kekeke..

Takpe..aku duduk rumah pon bukannya tengok TV sangat pon. 
Baik duit yang ada tu simpan dulu. 
Bapak mertua aku nak bagi TV dia yang kat rumah tu..
tapi fikir2 balik ..takpelah. 
Lagipun TV tu besar dan berat. 
Kang kalo kitaorg dah beli TV baru dah satu kerja plak nak memulangkan balik. 
Dah la duduk tingkat 10. Huhu

Kain baju semua tak habis kemas lagi. Tak habis lagi masukkan dalam almari. 
Harini nak settlekan tu semua. 
Harap-harap Aqeef tak mengacau. 
Aku pon tak faham kenapa budak2 suka sangat mengumbah baju yang dah berlipat.
Mungkin nampak menarik bagi diaorang. hoh..

Ahad haritu pakcik (adik mak) aku kawen. 
Pakcik aku ni dah 40 lebih dah. Baru bertemu jodoh. 
Kesian mak aku..seminggu sebelum majlis dia la yang paling busy. 
Maklumlah..adik beradik mak aku dia sorang je perempuan. Sulong pulak tu. 
Adik beradik lain pulak semuanya duduk KL. 


Kenduri ni biasa2 je..takde baju pengantin n pelamin pon. Dah berumur katanya. 
Tapi belah perempuan pakai jugak baju pengantin. Ada pelamin lagi. hihi..

Oh yer..semalam kitaorang pergi GM kat klang..rupanya GM dah pindah kat bangunan baru.
Aku ingatkan dah tutup sebab masa nak parking tu aku tengok semua kedai kat dalam tu tutup.
Banyak lagi kedai yang belum bukak.

Inilah dia bangunan GM yang baru.

Masuk2 jer...sekali aku ternampak kipas ceiling gergasi. Besau dari kipas helikopter kot.

Nampak tak..

Kalo tak nampak kita kasi dekat sikit...


Nampak tak? Kalo tak nampak korang pergi la tengok secara live gitu.


Pusing punya pusing..last2 beli mainan aqeef dengan spek mata bapaknya jer.
Aqeef pon tak reti nak duduk diam.
Dukung taknak.. bila nak dukung je..dia lembik2 kan badan dia..merengek2
pastu baring atas lantai.
Bila bagi jalan sendiri semua kedai dia nak masuk.
Lepas tu berlari-lari ke escalator. 
Letih betul melayan...




Adios..


Thursday, August 30, 2012

Oleo

Akhirnya tuan baru Oleo dah upload gambar kat FB. Terlepas jugak rindu kat Oleo.
Kelmarin aku mimpi Aqeef boleh cakap..
Yang kelakarnya dia cakap "Mana Oleo..nak main dengan Oleo." Huhuhu..
Punya la rindu kat Oleo sampai mimpi macam tu.



Kurus je Oleo..mesti sebab rindu kat kitaorg. huhu
Muka Oleo memang macam tu..nampak garang tapi sebenarnya manja sesangat.
Nampak bulu dia dah semakin pulih.
Cuma tinggal kaki dia je tu tak lebat lagi.
Dulu bulu dia lagi nipis sebab baru lepas beranak.

Haritu pergi rumah makcik kat puchong..dia dah bela anak kucing. Baru 2 bulan.
Terlupa plak nak amek gambar. Comel sangat.
Warna oren. Long hair.

Hmmm..bila nak start bela kucing balik ek.
Kalo bela pon kucing biasa2 je kot.
Long hair ni kena perhatian lebih kat bulu dia tu. Takut tak sempat pulak.
Ada ke orang yang nak bagi kucing dia kat diriku ini.. hehehe

Sambung esok plak lah..dari tadi tergendala je nak sambung cerita..
Banyak kerja kena settlekan cepat.
Daaaaa...

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA DARI SAYA DAN KELUARGA!!!



Berhati-hati dijalan-raya bagi mereka yang drive. Beraya nanti jangan makan berlebihan yer.. Hihihi..
Harini aku nak shopping baju raya sebab baju raya cuma ada satu jer. *muka monyok*
Laki ku dengan anak ku sudah settle semua tinggal aku je.
Duit raya nak diagihkan blom masukkan lagi dalam sampul. Takpelah..itu kacang jer. haha

Tetiba teringat kat kucing ku OLEO...rindu kat dia.
Harap-harap dia sihat la dengan tuan dia sekarang. 
Abang tu kata nak masukkan gambar oleo kat fb tapi sampai sekarang takde pon aku tengok.
Gambar kucing-kucing lain ada la.
Tapi haritu dia ada cakap oleo pregnant lagi. Adeh..sian oleo...subur sangat.

Oklah..tak nak bebel banyak sangat sebab ada keje.. Kat ofis ni..esok pon masih keje lagi.
takpe..kan raya hari ahad.. haha.. saje sedapkan hati..padahal dlm hati dah terasa nak cuti jer ni. 

Ok babaiiiiii

Friday, August 10, 2012

Sesuatu betul.. huhu

Dari semalam aku terasa macam sesuatu jer perasaan aku ni. Huhuhu.. Lama jugak aku fikir apa yang aku rasa. Macam perasaan gembira pun ada. Tapi aku rasa aku takde benda yang nak digembirakan sangat pun.

Fikir punya fikir baru la harini aku tahu...rupanya aku dah terasa suasana nak beraya. Pelik jugak aku sebab aku tak dengar pun lagi lagu raya sebab dah lama tak dengar radio. Baru je harini aku dengar radio. Pagi ni jer dah lebih 8 lagu raya aku dengar kat radio HOTFM.. hahaha.. Best giler.

Raya tahun ni aku balik naik keretapi sebab ayah aku kata nak beraya kat sini. Aku beraya kat sini dulu. Balik kampung raya ketiga pagi. Tak sabarnyerrrr....

Sebenarnya raya ni dua tiga hari je yang paling best pun kan. Lepas tu dah boring. 

Pada pendapat aku bulan puasa lagi best. Sebab macam-macam ada. Time puasa la kita beli baju raya, time puasa la ada bazar ramadhan. Bulan ni jugak la kita tengok ramai orang pergi masjid dan surau. Jalanraya pulak setiap hari sesak time balik kerja. Bulan ramadhan pun ramai orang balik kampung sebab nak berpuasa kat kampung. Lagu raya pun awal2 ramadhan dah main kat radio. Macam-macam lagi yang best dalam bulan Ramadhan ni kan. Ha..best ke tak.*angkat kening terbeliakkan mata*

Mari kita sama-sama dengar lagu raya ni.. hihi



Wednesday, August 8, 2012

Menitis air mataku..

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tentu ramai yang dah pergi menjengah ke blog Alia Haryanie.
Kesakitan yang ditanggung tak dapat aku bayangkan.
Melihat raut wajah anak-anak Puan Yanie lagi aku bertambah sedih.
Puan Yanie nampak tabah dan kuat.
Kalau aku ditempat beliau belum tentu aku akan kuat dan setabah itu.

Dulu aku patah tangan je, tapi bila mak aku datang kat aku, aku nak nangis.
Dulu aku kehilangan bayi dalam perut pun sedih yang amat.
Inikan pulak kalau aku sakit macam Puan Yanie.

Yang aku tahu dia ada penyakit saraf..dan sakit tu semakin teruk.
Hidup 3 beranak, tiada pendapatan tetap.
Ditinggalkan suami tanpa khabar berita. Tergamak suami dia...hmmm..
Orang kata sudah jatuh ditimpa tangga lah.
Sedih kan?

Jadi di bulan Ramadhan yang mulia ni apa kata kita menghulurkan sedikit bantuan kepada Puan Yanie. 
Semoga bantuan itu dapat meringankan beban Puan Yanie dan anak-anaknya.


BANK : Maybank
NO AKAUN : 164034266923 
NAMA : Haryani Binti Mat Hussin


Nabi saw. bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)


Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)

Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmidzi)


Sekian...wassalam.



Tuesday, August 7, 2012

Sains Solat...patut baca!

Haritu (tak ingat bila). Aku rasa hari Sabtu kot. Pagi tu tengok cerita Nasi Lemak Kopi 'O'. 
Ada satu slot tu cerita pasal kelebihan solat dari segi kesihatan mengikut sains.
Bila kita duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.. kan hujung ibu jari kaki tu kena bengkok kan..



Sebenarnya ada kelebihannya dari segi sains. Dr. tu kata bila kita bengkokkan jari kaki kita tu, secara tak langsung lemak dalam badan terbakar.

Solat berjemaah pon ada kelebihannya. Sebenarnya setiap pergerakan di dalam solat ada kelebihannya.


Sumber dari BERITA HARIAN :


KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi marilah kita sama-sama beli buku untuk menambah ilmu di dada... hihihi


Ini la bukunya.
Ada banyak lagi buku. Kalau nak boleh tengok kat sainssolat.com

Friday, July 20, 2012

Riak itu syirik kecil..



Riak ialah menampakkan ibadah dan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapat pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad) 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Orang tidak tahu jika kita riak. Kita juga tidak boleh mengatakan orang lain itu riak. Ini adalah kerana riak adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat dan hasrat di hati kita. 

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk menilai kemungkinan terjadi riak. 

1. Rajin beramal jika mendapat pujian atau sanjungan dan malas atau berkurang amal jika mendapat celaan dan kecaman.
2. Rajin beramal apabila bersama-sama dengan orang lain dan malas atau tidak beramal bila bersendirian.
3. Menjauhi larangan Allah jika bersama orang lain dan melanggar larangan-larangan-Nya jika ia sedang sendiri dan jauh dari penglihatan manusia.

Ibadah orang yang riak akan DITOLAK serta tiada nilai disisi Allah.

Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Firman Allah, "Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak." ( Al Ma'un: 4-6)

Nabi saw. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat ganjaran sesuai dengan niatnya.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 

Nabi saw. bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (menceritakan amalnya), maka Allah akan menceritakan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 

Abu Hurairah yang berkata, ”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 
“Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?” Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?” Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.” Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?” Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Muslim)

Jadi sama-samalah kita betulkan niat kita. Hindarilah riak. Selamat beramal ;)

Thursday, July 19, 2012

Hai hai..

Sebenarnya pagi tadi dah nak post entry kat blog tapi tergendala sebab tak habis lagi cerita.
Takpe tu sambung esok jelah. Petang ni kita cerita benda lain.

Harini aku dah bebas dari batuk dan selsema...yeaaahhh..
Tapiiiii...tak period lagi ...OMG
Aku memang takde plan apa-apa lepas bersalin haritu. Kalau ada, ada la. Kalau takde pun takpe.
Berserah je...sekarang pun dah rasa macam sengal2 nak period tapi tak tahu la betul ke tak.

Ha! Wife abang aku dah pregnant dah...sekarang dah 4 bulan kot kalau tak silap perkiraan.
Mak aku cakap "Abang menang la kali ni" Ceeesss.. 
Aku cakap "Takpelaa..dah rezeki dia." tapi dalam hati......"aku dah ada dua dah pun. Cuma satu tu dah simpan" Hahahaha...naaaak jugak menang kan..

Esok last day bulan Syaaban. Rasa macam sekejap je dah nak puasa.
Puasa tahun lepas macam masih terasa lagi.
Aku tak tahu lagi bila nak balik Johor ni.
Minggu depan kot...lagipun dah lama tak balik Kluang.
Kat sana berbuka puasa awal 10 minit dari Shah Alam.. Hahaha...motif?

Bapak mertua aku teringin nak makan nasi impit puasa hari pertama ni.
Esok nak pergi shopping barang dapur.
Yang penting kena beli barli dan kurma. Menu wajib bagi bapak mertua ku. Huhu..
Dia suka minum air barli di bulan puasa. Aku pulak suka air teh or soya panas.
Air sejuk aku memang kureng sikit bulan puasa. Nanti perut sebu.

Mak bapak mertua aku ni suka bangun sahur awal. Kul 4 dah bangun.. 
Aku pulak suka bangun lewat2 sikit..kul 5 la biasanya.
Lepas ni kena bangun awal sikit la kot.
Memandangkan sekarang aku tido pun dah awal sekarang ni. Sebelum kul 10 dah tido.
So nak bangun kul 4 tu takde masalah kot.
Banyak sikit air aku boleh minum kan. Hahaha..
Bukan nak beramal ke baca quran ke apa...air yang aku fikir..ish ish..

Tahun lepas puasa time pregnant. So memang la tak uzur.
Tahun ni tak tahu lagi camne. Huhuhu..

Ok bye...

Wednesday, July 18, 2012

Interview dan lawatan kerja.

Semalam aku interview. Jawatan Pen. Peg. Teknologi Maklumat.
Aku kan kontrak kat UiTM. Ni kali ke 4 aku interview untuk try dapat tetap.
Memang mula-mula tu malas bebeno nak apply. Aku takut kecewa lagi dan aku rasa macam nak jadi suri rumah je kot. Hahaha..

Selama aku interview kat sini banyak juga pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat.
Contohnya sediakan portfolio.
Interview tahun lepas aku siap buat portfolio segala. Memang bersemangat waja.
Tapi...kontrak juga aku dapat...setahun pulak tu
Yer..aku paham rezeki tu Allah yang bagi.
Aku redha jer..

Interview semalam lain dari yang sebelum ni. 
Sebelum sesi interview, orang pendaftar datang nak buat personality test.
Soalan kena jawab secara spontan hokey. Ada 160 soalan. Cuma jawab Ya atau Tidak jer.
Itu takpela. Setakat nak tahu personaliti kita je kan.

Bila dah masuk bilik interview haaa...menggagau aku nak jawab soalan.
Kena selesaikan masalah guna programming.
Tak kisah ada error ke tak janji ada konsep yang betul la.
Aku rasa aku failed tu. Kecewa di situ.

Lepas tu panel tanya 'Apa persediaan awak untuk interview ni? Ada bawa resume ke portfolio ke?'
Aduuuuh.. memang takde la kalau dah aduh tu.
Nasib baik la panel tu baik.
Dia kata lepas ni kalo dapat 2nd interview buat portfolio, bla bla bla....
Aku angguk angguk jela.
Dulu masa bawak portfolio takde pulak panel tu nak tengok sangat. Pembantu je yang tengok.
So, kali ni aku rasa macam takyah la bawak. Macam beria la pulak.
Beria-ria pon tak dapat kan. haha..

Tapi aku tak tahu lah dapat ke tak 2nd interview. 
2nd interview 27hb ni. Dapat ke tak..takpelah...

Okkk..
Lepas interview semalam terus pergi Tabung Haji kat KL ada lawatan kerja.
First time aku masuk bangunan tabung haji tu.
Tetiba teringat tabung aku dulu masa kecik-kecik.. hihi

Chief IT kat situ kata kalau nak kerja kat Tabung Haji kena ada akaun tabung haji
dan kena pergi haji. Waaahh..best seh..
Staff kat situ kebanyakannya dah Haji n Hajah.
Tetiba berangan nak mintak kerja kat tabung haji kaann.. hahaha.berangan jela..
Interview kat uitm poooon tak lepas. Hoh..

Eh..dah kul 5 la.. Nak baliiikkkk...
Sebelum hujan ni baik aku balik..dah la naik motor. Kang ada plak yang sampai rumah malam.
Bersambung esok............


Friday, July 13, 2012

Durian..

Dulu tetiap tahun family aku dapat makan durian dari kebun.
Takyah pergi beli kat tepi jalan.
Nenek sedara aku duduk Simpang Renggam, Johor. Duduk kat Kg Hj. Salam.
Belakang rumah dia ada kebun durian.
Lepas tu bila aku sekolah menengah nenek aku buat rumah sebelah rumah nenek sedara aku ni.
Dia pun tanam pokok durian.

So, memang dari dulu tetiap tahun banyak gila durian kat rumah sampai busuk-busuk
sebab tak larat nak habiskan.
Aku bukannya hantu durian pun. Lepas tu tak suka tempoyak (masa sekolah dulu la)
Duduk kat universiti berkawan dengan ramai orang..terus suka pulak tempoyak ni.
Budu pon aku suka.

Duduk dengan mak mertua pulak..mak mertua yang gila tempoyak.
Sepanjang tahun walaupun durian dah habis musim...tempoyak still ada dalam peti ais. 
Berbalang-balang dia simpan.
Nasib baik la dia dapat menantu yang tak kisah bau durian.
Kalau dapat menantu yang tak boleh bau durian, dah sudah. Hahaha..

Malam ni plan nak pergi makan durian dekat SS2.
Ni gara-gara tengok kat FB ramai pulak yang share gambar durian.
Tak boleh tahaaaannn...

Tak boleh tahan sebab nenek aku dah takde kebun durian....uwaaaaa
Semua dah kena tebang.. tengah nak buat rumah untuk anak-anak dia
Haiiii...untuk cucu takde ke nenek.. hehehe..

Oklah... sape nak pergi SS2 malam ni.. JOMMMM...

Thursday, July 12, 2012

Ayam masak cencalok

Siapa suka makan cencalok angkat dua dua tangan tinggi tinggi!!   \o/

Aku pandai makan cencalok ni sejak duduk dengan mak mertua la.
Dulu mak aku memang jarang buat. Sebab kalau ada pun dia makan sorang je. Membazir je beli.
Sekarang aku tersuka sangat kat cencalok. Boleh menambah selera la katanya.
Kalau biasa makan sepinggan boleh tambah lagi satu pinggan.
No no no...tak bagus untuk perut. Nanti muncit. Hehehe

Semalam aku menyinggah ke blog Mat Gebu.
Sekali ternampak resepi ayam cencalok. OMG.. nampak menyelerakan.
Harus aku terai buat hari Sabtu ni.


Tak tahu la rasanya macam mana. First time dengar ayam cencalok ni.
Orang Melaka mesti tahu la kot. Sebab ni resepi Baba Nyonya katanya la.

Kalau yang suka makan cencalok macam aku mesti suka kaannn..
Tak sabarnya nak tunggu hari Sabtu. Harap-harap plan tak tergendala.
Laki aku nak makan ke tak ntah :p

Dulu dia ikan pekasam pon takmo makan. Rasa sikit je pun nak muntah. Apee la..
Sekaraaannngg ikan pekasam tu kalau boleh makan sekor sorang sorang pon dia sanggup.
Hahahaha.. siapa lagi yang ajar dia kalau bukan aku. kuikuikui..

Dulu cheezy wedges pon dia tak makan.. haa..sebab aku suka, dia pon terikut suka. Baguss..
Dulu dia tak suka sarapan pagi..memerut nanti katanya... sekarang sarapan pagi tu mestiii...
Semua aku jugak yang mengajor.

Oklah..tengah nak hafal resepi ayam cencalok ni.
Malas nak salin salin.
Aku tak suka masak sambil tengok resepi.
*berlagaksiot..

Kah kah kah...

Wednesday, July 11, 2012

Budak comot...



Anak aku sehari tukar baju 3 4 helai.
Bila makan jer habis dengan baju-baju dia sekali pun kena.

Semalam pagi dia makan roti canai.
Tengok orang cicah kari dia pon nak cicah gak.
Bila makan dia cuma hirup kuah yang kat roti tu je..rotinya dia tak makan. Ciss..
Lepas tu, dah la dia pakai baju baru.
Actually bukan baru sangat pun.
Ada orang bagi hadiah birthday dia haritu, tapi tak muat lagi.
Sekarang dah muat.
Muat tapi longgar jugak la.. lengan dengan kaki pun kena lipat-lipat.
Tapi ok lagi la. Tak nampak besar sangat.

Aqeef ni bila tangan dia kotor suka sangat kesat kat baju.
Tapi semalam bukan sebab dia kesat kat baju tapi kuah kari tu menitis kat seluar dia pulak.
Kalau dah kari tu confirm la susah sikit nak hilangkan.
Geram jer.

Dah pakai vanish pun tak hilang gak.
Hilang sikit jer.

Hampir semua baju baru beli, dah ada kesan-kesan kotor.

Yang peliknya aqeef ni kalau seluar kotor, baju tak kotor.
Kalau yang baju kotor, seluar pulak tak kotor.
Aku plak suka beli baju budak yang sekali dengan seluar
Kalau baju dengan seluar yang elok lagi tu boleh matchingkan takper jugak.
Nampaknya lepas ni kena belikan dia seluar dengan baju lain-lain.

Sekarang ni kalau aku balik je benda pertama kena susukan dia dulu.
Barulah aku boleh makan.
Lepas tu bila dah pukul 6 petang kena bawak dia keluar jalan-jalan.
Jalan kat depan rumah jer.

Sekarang dah pandai kayuh basikal.
Senang sikit. Takyah aku menolak.
Lepas tu dah nak dekat pukul 7 tu memang masak la nak ajak dia balik.
Memang kena paksa jelah. Nangis tu perkara biasa.
Kadang-kadang je ok.

Hari-hari tu lah yang aku buat bila balik kerja.
Kecuali kalau hujan ataupun nak pergi jalan-jalan tempat lain.
Malam biasanya tidur sebelum pukul 10.
Hahaha..

Gaduh

Sekarang tengah batuk.
Aku rasa dah 3 bulan kalau nak period je aku diserang batuk ataupun selsema.
Kenapa ek. 

Bila batuk ni minum air pun berbotol-botol.
Lepas tu asyik ulang alik ke toilet jelah.
Letih siot.

Takpelah..

Dua tiga hari ni kan aku asyik mimpi bergaduh dengan suami (sopannya guna suami..puuii).
Malam tadi pun aku mimpi bergaduh dengan dia.
Tapi aku tak ingat pulak gaduh pasal apa.
Sebab tengah-tengah bergaduh tu anak pulak terjaga.
Waktu tu kul 12 lebih.
Tu yang terlupa kot.

Dalam mimpi bukan main lagi aku menjerit-jerit marah.
Yang dia pulak diam jer.
Selalunya mimpi memang macam tu.
Terbalik.. kan? hehehe..

Tapi kalau betul-betul memang tak terkeluar suara aku.
Kalau nak cakap pun cakap sekali je.
Kau dengar ke tak dengar lantak lah.
Pastu diam jer.
Yang banyak cakap adalah encik suami. Hehe.. (jangan dia baca ni sudah)

Tapi biasanya yang pujuk balik dia jugak.
Aku ni belum terer lagi bab pujuk.
Kesian laki aku. Hahaha..

Korang tengok tak cerita Dejavu di Kinabalu.
Si Bazli tu kan, baik tersangat-sangat kan?
Ada lagi ke orang macam tu ek.
Tunang pergi rumah lelaki lain pun masih rileks lagi.
Tak marah pun.

Aku yang tengok ni pun naik bosan.
Bercinta kalau takde bergaduh sikit macam tak best kan?
Sebab pada pandangan aku la, bila bergaduh lepas tu berbaik semula, 
waktu tu lah kita lebih menghargai pasangan dan hubungan kita.

Tapi mungkin la si Bazli buat macam tu sebab takmo tengok tunang dia sakit lagi.
Kang tiba-tiba tengah marah-marah tunang dia pengsan pulak kan. 
Hahaha..memandai je aku kan. Padahal drama je pun..hihi

Lepas tu Uzma tu memang annoying lah.
Watak ni memang ada dalam real life.
Huhuhu...

Sebenarnya aku nak cakap, kalau mimpi gaduh ni pun bagus jugak.
Bila terjaga jer sedar-sedar 'Oh..mimpi rupanya. Nasib baik' 
Kaaaaaannnn,....



Tuesday, June 26, 2012

Nasi ambang

Cara sebut dia bukan nasi ambang tapi ambeng.. sebut beng tu bukan mcm bengkok.. tapi bengkak..
Ha..paham tak? tak paham sudah..



Sebenarnya aku pernah cerita pasal nasi ambang ni kat SINI.
Tapi tak detail sangat.
Makanya harini aku nak cerita sikit la pasal nasi ambang.
Kalau orang johor especially jawa mesti pernah makan dan tahu buat.

Biasanya kat dalam nasi ambang ada :

AYAM
Ayam masak merah

atau
Ayam masak kicap

MEE
Mee Goreng
atau

Bihun Goreng


LAIN-LAIN
Ikan masin bulu ayam
Sayur Goreng Jawa

Serunding Kelapa

Ada jugak yang letak ayam goreng jer.
Ada jugak yang letak bergedil.
Tapi yang kat atas ni adalah yang mesti kena ada.

Yang buat sedap tu sebenarnya serunding dengan ikan masin tu.
Kalau berniaga untuk bulan ramadhan nanti mesti laku kan.
Huhuhu..

Korang pernah makan nasi ambang ker?
Kalau belum meh datang rumah aku buatkan.. Hihihi


p/s: entry orang tengah lapar.