27hb December 2009
Akhirnya Oleo telah pon selamat melahirkan 4 ekor anak. Hoyeaahh.. hihi
Pagi-pagi pukul 6 lebih Oleo dah start strong contraction. Kesian jgk tgk dia. Tak senang duduk. Kejap-kejap menahan nafas sambil mulut terbukak, kejap-kejap meneran.
Tapi paling aku takleh lupa...bila dia dah dekat nak deliver tu, dengar dia meneran mcm budak kecik meneran tu..lepas tu dia mengeow-ngeow 2 3 kali.
Tak lama lepas tu dia terus masuk dalam rumah kotak dia. Aku pon bukak lampu bilik. Tengok-tengok dah kuar sekor. Fuh..aku terpegun kejap. hehe
Aku terus menjerit ke luar ckp kat husband.."yang, dah kuar sekor!!". Mak mertua aku pon menyampok " Ni nurse dari mana ni.. dari hospital johor ea" sambil gelak-gelak..ahaha..
Anak pertama dia aku rasa warna oren, yang kedua hitam putih (aku suka ni), ketiga mcm brown tp tak confirm lg dan terakhir oren jgk mcm first.
Harini nampaknya aku tak sempat nak upload gambar anak-anak Oleo. Esok i will try my best lah yer.. hehe
Sejak dua menjak ni asyik busy jer. Nak abeskan cuti pon takleh dah. Dah la takleh bawa ke tahun depan.. sadiss... :D
Dan sekarang aku nak balik.. tak sabar nak tengok Oleo dan anak-anaknya..hihi..
Tataaaaaa.... hihi
5 comments:
sila tepek gambau anak oleo ok?
huhu..tungguuuuu... :D
tahniah ler
tak sabar nak tengok anak oleo..
mestie chomel..
syiomkan mereka tuk lin.
sekali kuar 4...ish kalau aku dapat anak kembar kan best..eh tetiba lari tajuk..haha
Post a Comment