Tuesday, March 27, 2012

Doakan kami..

Masuk bulan Mac tahun ni (dah nak habis bulan Mac pon) dah cukup 4 tahun aku duduk rumah mak bapak mertua. Selama aku duduk dengan diaorg dan adik beradik ipar, macam² dah berlaku. Bersuka ria sama², berduka sama², bergaduh pon ada juga. Hahaha.. biasala gaduh sikit² kan. Takde la sampai bercakaran or gaduh2 mulut. Setakat merajuk² terasa hati sikit tu ada la.

Aku bersyukur sebab dapat mak bapak mertua yang baik. Diaorg takde terlalu control kitaorg. Apa nak buat, buat la. Janji tak susahkan diaorg. Kan ada sesetengah mak mertua yang terlalu control menantu. Buat ini tak boleh buat itu tak boleh. Rasa macam semua benda tak betul je pada dia. Semua nak ikut cara dia je.

Mak mertua aku ni pulak, bila aku ajak shopping barang² dapur, nak amek barang apa pon dia tanya aku dulu. Padahal aku dah cakap amek jela apa yang nak amek takyah tanye. Pastu bila dah sampai counter nak bayar je, tengok² tak banyak barang. Rupa²nya segan nak amek banyak². Hahahaha.. baik tak mak mertua ku. Tapi kalau dah baik sangat, orang kata nanti orang lain pijak kepala kita. Macam tu lah mak mertua aku..selalu je kena dengan orang lain. Nasib baik la aku tak amek kesempatan di atas kebaikan mak mertua ku itu. Ceh..puji diri sendiri nampak. Hahaha..

Bulan 6 ni InsyaAllah adik ipar aku(lelaki) nak kahwin dah. So, aku dan husband plan nak pindah. Bagi menantu baru pulak duduk situ. Huhu..

Aku dah usha² dah rumah..eh silap, apartment. Harap² plan kitaorg takde sebarang masalah. Korang doakan ya.

Oleo pon akan dibawa pindah sekali. Sekarang dia tengah pregnant. Kesian kat dia, dah banyak kali pregnant. Lepas ni nak kurung je kat rumah. Duduk rumah mertua ni takleh nak kurung dia, rumah dah padat dengan barang. Nak letak cage pon takde ruang yang luas.

Harap² bulan Mei nanti kitaorg boleh pindah ke apartment yang diidamkan tu. Huhuhu...Harap² jugak Oleo suka dengan tempat baru nanti.. wuhu!

Monday, March 26, 2012

Tingkatkan daya ingatan anda dengan formula semulajadi.

Hahaha..tajuk tak boleh blah. Dah macam iklan pulak.

Ok ok..entry ni memang nak iklankan produk tapi bukan aku yg jual. Aku cuma nak share jelah apa yang aku rasa lepas makan produk ni.

Aku cerita dari awal la yer. Aku sebenarnya dari sekolah ada masalah nak menghafal. Jadi aku kena la rajin dok tatap benda yang aku nak hafal ni. Ulang2 sampai berpuluh kali baru la aku dapat hafal. Itupon mcm terkial2 jgk la nak ingat balik. Nasib baik zaman sekolah aku berkawan dengan budak yang baik2, plus mak aku plak garang mcm harimau. So, takdela aku leka sangat bermain ataupun bersosial.

Lepas tu bila dah masuk U, aku perasan aku banyak hilang fokus. Diploma aku ok lagi. Tapi bila dah masuk degree aku terus ke laut. Tapi takpe.. itu cerita dolu2. Tak baik sesalkan apa yg dah berlaku kan.

Bila interview pulak, aku selalu hilang fokus bila orang yang interview tu tanya soalan yang panjang² atau pon ayat belit² sikit. Mesti aku akan jawab terpesong sikit dari soalan. Kalau soalan pendek² tu ok lagi.

Kalau meeting ke discussion ke..aku selalu hilang fokus. Memang aku perasan. Sebab tu aku kena tulis apa saje yang penting². Korang pernah tak masa lecturer mengajar, otak ke lain.. Ha...mcm tu la aku. Tapi aku ni selalu!! Jenis suka berangan.. arrgghh..

Sampai la satu hari, aku kena sound dengan ketua aku. Dia kata aku buat keje tak serius. Hah..yer..time dia berceramah tu pon aku tak berapa fokus. Bila aku fikir balik nak nangis pon ada. Kenapa la aku macam ni. Lepas kena ceramah tu memang la aku nangis. Aku tak salahkan sesiapa kecuali diri aku sendiri. 

Entah macam mana, ada orang ni introduce produk yang dia jual. Mungkin Allah nak tolong aku. 

Orang ni cerita semua testimoni orang yang dah try produk ni. Dari budak sekolah 7 tahun sampai la ke orang tua 60 tahun makan benda ni. 

Aku dah makan nak dekat sebulan dah. Memang nampak sedikit perbezaan la setakat ni..walaupon dia kata kena tunggu 3 bulan baru nampak perbezaan yang ketara.

Apa yang aku rasa? Lepas seminggu makan, aku dapat rasa :
PERTAMA : Kurang penat. Balik keje boleh lagi main² dengan anak. Selalunya balik keje terus mcm nak baring.

KEDUA : Dah lebih fokus. Apa yang orang cakap atau ajar aku cepat tangkap atau faham.

KETIGA : Tak banyak berangan. 

KEEMPAT : Kurang stress.


Nama produk ni MEMO PLUS GOLD. Siapa pernah dengar? 

Memo Plus Gold is an all natural memory enhancer that is derived from the plant Brahmi, which is part of the Scrophulariaceae family. Interestingly, this all natural substance has been used for the last 5000 years in India, but it is only recently that this “secret” has been made available to the wider world. 

Kalau sesiapa yang nak beli ke atau nak tahu lebih lanjut boleh email kat aku. Nanti aku bagi contact no. orang tu. 

Harga sekotak ni aku beli RM59.90 (60 kapsul). Tapi sekarang ada promosi RM57. Kalo beli banyak dapat la murah lagi kot. Cer korang tanya la nanti. Hihihi...

Berangan gak nak jual produk ni. Tapi kena tunggu 3 bulan baru la konfiden nak cerita kat orang. Hahaha..


Saturday, March 24, 2012

Tips untuk elakkan badan berangin atau sakit kepala yang teruk sebelum haid.

Aku pun tak sure sejak bila kalau aku nak period je..beberapa hari atau sehari sebelum tu mesti pening kepala sampai nak muntah (dah muntah pon). Tapi dah 2 bulan aku terperasan benda ni jadi. 

Memang sangat tak best bila sakit kepala kat office. Lepas tu tengah dok layan sakit kepala nak muntah plak. Last2 muntah dalam tong sampah. Nasib baik tong sampah kat belakang aku ni je. 

Rupa-rupanya benda ni normal. Tapi tak semua orang alaminya.

Khamis lepas aku terkena serangan angin dan sakit kepala. Aduh.. memang tak suka betul aku. Pastu angin kuar banyak..tapi sakit kepala tak reda gak. Dah muntah dengan muntah2 angin sekali..baru la lega sikit. Setelah aku selidik..cewah...selidik la sangat. Rupa2nya, orang yang macam aku ni..bila nak datang period je, akan dapat water retention atau fluid retention. Bahasa melayunya korang carik sendiri lah..haha..


Jadinya..kalau korang rasa macam dah nak dekat je hari nak datang period tu, mcm 2 3 hari sebelum tu..kurangkan la makan benda2 masin yer. Macam makanan ringan, makanan segera mcm maggi, lepas tu makanan yang dimasak terlebih garam pon takleh. 

Lepas tu banyakkan la minum air masak yer kawan². Minum la air sebanyak 2 liter atau lebih lagi bagus. Minum sebanyak yang mungkin. 

Khamis lepas, pagi tu aku makan mee goreng (beli kat ofis) yang masin. Memang padan muka aku la.

Yerr...jadinya lepas ni aku kenalah beringat. Memang aku ni..lidah yang tahan masin2 tapi badan aku ni plak tak tahan. Hehehe.. jenis ikut tekak je aku ni. Kalo manis2 aku memang takleh tahan. Dan dan tu jugak aku pening kepala tahan manis. Haha..

Ok, semoga info ni berguna untuk kita semua. Tata!!

Friday, March 23, 2012

Kata orang bijak pandai..

Assalamualaikum.. oyeah.. sedar tak sedar dah nak habis dah bulan Mac kan. Cepat betul masa berlalu.
Takde apa nak cerita pon harini. Cuma nak share kata-kata hikmah yang aku terjumpa tadi.

A wise man once sat in the audience & cracked a joke.
All laughed like crazy. After a moment he cracked the sameJoke again and a little less people laughed this time.
He cracked the same joke again & again,
When there was no laughter in the crowd, 
He smiled and said,
“When u can’t laugh on the same joke again & again,Then why do u keep crying over the same thing over and overagain” Learn to move on’-…!!!! 

Fikir-fikirkan dan selamat beramal !!.. :D

Thursday, March 8, 2012

Kuala Lumpur Banjir Kilat | 7 Mac 2012

Huhu.. malam tadi hujan sampai la ke pagi kan. Aku ingat kat Shah Alam je. Rupanya KL pon hujan gak. Tadi terbaca kat blog Syahrulzaman.

Berita terkini tengok berita. Hahaha..

Monday, March 5, 2012

Pneumococcal Vaccine

Kalau yang pernah ambil vaccine ni untuk anak-anak, tahniah diucapkan kerana anda amat prihatin tentang kesihatan anak anda.. Chewah... 

Eh..serius.. pada aku vaccine ni kena diwajibkan ambil..tapi kat Malaysia belum diwajibkan.. tapi kat Singapore ia diwajibkan.
" Pneumococcal infection can cause ear infection, sinus infection, pneumonia, blood infection (bacteremia), and meningitis (infection of the covering of the brain)."
Biasanya yang lebih terdedah mendapat infection adalah bayi, kanak-kanak dan orang dewasa yang lemah sistem imun seperti warga emas. 

Macam mana ia merebak? Dari udara contohnya batuk dan juga sentuhan dari orang yg sihat yang membawa bakteria tersebut. Biasanya kanak-kanak yang duduk dekat taska adalah amat digalakkan ambil vaccine ni.

Kalau dah terkena infection, mestilah dirawat dari awal, kalo tidak ia boleh menyebabkan kematian. So, lebih baik lah kita ambil vaccine ni dulu sebelum terjadi infection.

Cepatlah bertindak untuk anak anda.

Nak tahu lebih lanjut, tengok kat sini :


Iklan jap :

Comel tak beg ni.. hihi






Ok... bye.. :D

Friday, March 2, 2012

Mari shopping barangan wanita..

Mari kita sama-sama cuci mata tengok barang-barang ni. Huhuhu...

Handbags








Wallets





Watches & Accessories








Klik kat gambar nak tengok lebih jelas yer. hihihi..