Wednesday, May 30, 2012

Oleo sudah tiada bersama kami

Akhirnya Oleo terpaksa dilepaskan ke orang lain.
Alhamdulillah owner dia yang baru ni memang pencinta kucing.

Biasanya kita akan tahu orang tu betul2 pencinta kucing ke tak.
Tak payah tunggu orang tu cerita dia suka kucing..
Suruh je dia duduk sebelah kucing, tengok kucing tu nak manja-manja tak dengan dia.
Lepas tu dia pulak layan ke tak kucing tu.

Tengok Oleo haritu mengada semacam je bila owner baru dia duduk depan dia.
Macam la orang tu dia pernah jumpa. Mengada lebih kau yer.

Nama owner baru Oleo Azly, dia la satu-satunya orang yang nak amek Oleo dengan anak-anak dia sekali. Kita orang tak mampu lagi nak jaga kucing sebab tak cukup masa.
Sejak ada Aqeef ni memang tak dapat nak layan kucing sangat.
Leka sekejap je tahu-tahu Aqeef dah panjat meja. Haih..

Kata husband aku, tak dapat pelihara kucing kita pelihara ikan lah pulak. Haha..

Ntah apa cerita la Oleo kat Kuala Selangor sana. Harap-harap dia happy dengan kucing-kucing yang lain.



3 comments:

Eliss Mie said...

contohnya macam laki aku, kucing suka ajer dekat dengan dia dan dia sukaa laa sgt layan kucing. seb baik dia x berniat lagi nak pelihara kucing..

meowwmania said...

alhamdulillah...mudah-mudah Oleo dan anak-anaknya sihat-sihat selalu ^_^

Sharz said...

baru je bace entry nie..patutla kite pelik nape dah lame tak post sal kucing..kite ngah cari entry pasal makanan kucing -evo..nak tukar ke evo pulak..huhu..

tuan baru oleo kat kuala selangor..kg kite tue.. =)