Showing posts with label ANAK MEON. Show all posts
Showing posts with label ANAK MEON. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

3 ekor anak Meon

3 ekor anak Meon yang aku katakan haritu.. Inilah gambar2 nya.




Dan untuk pengetahuan korang dah ada orang amek tiga2 sekali semalam. Mula2 tak rela gak nak bagi tiga2 sekaligus..tapi sebab tengok budak lelaki tu memang suka sgt dengan kucing, so aku dan hubby pon bersetuju..

Aku tak sempat lagi nak main2 ngan tiga2 ni..tapi takpelah..takde masa nak main dengan kucing sejak ada baby ni. Kalo bela pon takut tak terjaga. Semoga korang bertiga bergembira dengan tuan baru..hehe..

Tuesday, November 16, 2010

Tummy dan Calico

Harini dah Selasa...yeah esok balik kampunggg.. wuhuuuuu.. haha..terOver plak :p

Ni saje je nak tunjuk video Tummy dgn Calico bermain dengan gembiranya selama sejam.. tapi video ni takde la sampai sejam..tak kose heh aku nak merakam lelama. Hehehe



Monday, November 15, 2010

Meon bergurau dengan anaknya..

Aku suka sangat tengok Meon bergurau ngan anak dia. Sebab dia ajar cara yang betul nak bergurau.. Tapi kalo Oleo..huh..ganass.. gigit betul2..
Kat bawah ni ada video Meon bergurau ngan anak dia, Calico.





Tuesday, October 12, 2010

Sesi bergambar di pagi hari..

Biasanya pagi sabtu ngan ahad kalo tak pergi mana2, memang sangat memboringkan. Nasib baik la ada kucing2 buat kawan. Nak tengok TV pon takde citer menarik.

Mengemas rumah, basuh kain semua tu..sejam je pon boleh siap. Kadang2 tu dah settle semua keje, dah puas main ngan kucing, aku sambung balik tdo.. yeahhh.. Sejam jer la..pastu bangun nak masak untuk lunch.

Sabtu aritu akhirnya aku berjaya amek gambo anak Meon. Dah besar ni diaorg dengar cakap sket. Dah pandai manja2. Panggil2 pon dah pandai datang kat kita. Kan pagar depan dah berjaring kan. Tapi diaorg ni cerdik yang amat, boleh jugak keluar dari pagar tu. Hadeh..nasib baik la anak Oleo tak reti lagi. Aku risau je kalo anak Oleo dah pandai kang..mesti ada je yang meniru nanti.

Eh..terbebel lebih plak.. sebenarnya nak tunjuk gambar anak Meon ni ha.. hehe..

 Ha.. yang ni muka dia banyak warna itam. Tapi kat bawah putiiiihhh jer...

Bulu dia lembuuuutt dan lebat.. suka pegang dia ni. Kalo buat peluk sedap.. hehe

Yang ni plak aku sukeeerr.. sebab muka dia comelll..hehe

Bulu dia ni pon lembut jugak. 

 "Comel tak sayerrr"

Ha..yang ni plak lain dari yg lain. Kalo perasan, dari mata dia sampai la ke hujung kaki tu, belah kanan dan belah kiri lain... sebelah kuning, sebelah lagi hitam..

Ha..baru la nampak kan....dia ni lain sikit. Tak suka kena dukung. Suka kena belai jer. Kalo kena dukung dia punye mengeow tu macam kan kena pijak ekor. Sebab tu la gambar dia aku tak dapat amek macam 2 ekor lagi tu.

Ha..yang ni aksi terlampau diaorg. Dah 2 bulan lebih pon masih nak menyusu badan. Aku malas nak tahan2 sebab dari pengalaman dulu, Meon mmg pandai nak putuskan susu sendiri bila dia dah rasa sakit.

 
 

Friday, September 24, 2010

Enam sekaligus..

Ha amek kau.. bape banyak nak kena jaga. Haritu dah kurangkan tinggal yang besar je 3 ekor. Sekali terus dapat 6 ekor lagi anak kucing. Huhuhu.. Tengok tu...masing2 pelahap.

Ok2... yang sebelah kanan sekali tu Meon. Anak dia yang baru 2 bulan tu semua sama je warna ngan dia. Oh yang kat atas Oleo tu Tam. 3ekor anak Oleo yang makan sama2 satu mangkuk tu.

Ha..konon malu la tu amek gambar dekat2. Tak padan ngan jantan. Oleo macam tahu2 je aku nak sangat warna hitam putih. Akhirnya dapat jugak.

Ok..aku blom ada nama lagi untuk semua anak-anak Oleo. Aku malas nak fikir. Tunggu la diaorg 4 5 bulan kang. Hehehe.. 
Kali ni Oleo deliver tanpa pemantauan aku. Tahu2 je dia dah beranak bawah katil kul 2 pagi. Patut la malam tu dia duk menepek tido dengan aku. Padahal sebelum ni tak pernah pon dia nak tdo sama. Tak lama pastu, aku sedar2 ada anak kucing mengeow kat bawah katil. Sepatutnya ada 4 ekor. Tapi sekor tu tak dapat diselamatkan.

Ha..ni dia anak Meon tengah melepak. Masing2 dah kekenyangan dan keletihan gaknyer. Tido pon nak dekat2 jer. Tak boleh berenggang. Huhu..

Sekor dah terjaga sebab dia dengar aku tengah amek gambar. Konon  nak posing la tu. Cehh..lepas tu dia sambung balik tido.

Ha nampak tu. Gate kat rumah dah letak jaring. Budak2 tu suka kuar sesuka hati diaorg. Aku tak masukkan diaorg dalam sangkar sebab masing-masing dah pandai berak ngan kencing kat pasir diaorg. Cuma kadang2 tu terkucil jugak diaorg kat tepi litter box tu..tapi jarang la. Boleh dimaafkan lagi sebab diaorg kecik lagi kan.

Thursday, September 23, 2010

Cak!..

Hai korang....hehe.. (buat-buat macam tak bersalah sbb dah lama tak update blog).

Harini baru ada mood nak berceloteh sket. Korang raya camner.. aku rasa raya tahun ni mmg aku beraya sakan lah.. duit raya pon sakan je kuar.. huhu.. nasib baik tak pokai. Harini aku bukan nak cerita pasal beraya. Lagi pon takde benda yang menarik nak diceritakan. Raya macam biasa la kan.

Aku cuma nak cerita pasal Oleo yang aku duk tangguh2 tu. Actually Oleo dah pon beranak. Anak dia 3 ekor. Sekor jantan warna hitam putih. Lagi dua tu betina warna kelabu asap. Harap maaf gambar tak dpt nak upload sbb bateri enset sudah kiok. Terlupa pulak nak bawak charger pergi kerja tadi.

Anak Oleo skang dah sebulan dah. Time ni mmg kena jaga Oleo la jawabnya. Takut dia menggatal balik. Kang berturut-turut dia bunting jerk. Nak mandulkan macam sayang pulak. Nak kurung je dalam sangkar pon kesian. Anak dia dah start masuk dalam sangkar dah. Nak ajar dia berak ngan kencing kat pasir. Aku tengok dah pandai dah. Alah..tak syiok plak takde gambar. Nak bercerita pon tak best. Esok aku sambung citer pasal Oleo ea.

Anak meon plak dah nak masuk 2 bulan dah. Dah lasak giler. Berlari ke sana ke mari. Gate depan umah pon dah pasang jaring tak kasi diaorg kuar. Kalo tak selamba badak jer duduk kat luar tu. Kena amek org baru tahu.

Semalam aku sempat transfer gambar sekor anak Meon ni. Dia yang paling aktif.

Masa ni pagi2 time aku nak pergi kerja. Melompat sana melompat sini. Geram jer aku tengok rasa macam nak cubit2 hidung dia. huhu..


Monday, August 23, 2010

Gambar anak Meon

Yang ni pandai posing. Muka baik jer. Antara 3 ni nampak ni paling bijak.

Yang ni plak susah betol nak amek gambar dia. Aktif sgt. Bulu dia ni lebat dan panjang dari yang lain2.

Yang ni pulak penakut. Huhu..

Sekarang diaorg dah nak masuk sebulan dah. Nama pulak aku tak bagi lagi kat diaorg. Masih berfikir2 lagi.. huhu.. Anak buah nak bela sekor. Lagi 2 ekor tu kitaorg jaga sampai besar. InsyaAllah. Sebenarnya banyak lagi gambar diaorg ni. Nanti aku upload kat facebook jelah. Kalo ada yg cantek2 tu aku masukkan kat blog kemudian yer.

Oh yer... dah lama aku tak bercerita pasal Oleo. Aku citer pasal dia lepas raya nanti la yer. Buat masa ni aku citer pasal benda lain dulu. Huhu..

Monday, May 24, 2010

Mak, nak mintak toloongg....

Aiko dengan Tomei sekarang dah makin aktif.... Sejak cuaca tak menentu ni kejap panas kejap sejuk, bulu dia pon senang gugur. Hari2 kena sikat. Tapi aku dah dilarang dekat2 dengan sangkar dan main2 ngan diaorg. Sila tengok dari jauh je. Nak bersihkan litter box dia lagi la dilarang. Aku dah nampak macam litter box tu  ada tanda pangkah warna merah besar di situ yer. Maksudnya dilarang usik atau dekat.

Sekarang ni aku tengah berfikir nak mintak tolong mak ngan adik aku kat rumah jaga Aiko dengan Tomei. Huhu.. Harap2 diaorg nak ler. Eh..mesti nak punye sebab Aiko ngan Tomei kan comel. Poyo jer aku ni :p Padahal tak bagi tau lg kat diaorg ni. Ntah diaorg setuju ke tak ntah..

Nak bagi kawan2 yang jaga mcm kesian pulak. Kawan2 semua dah banyak kucing. Yang ada kucing pon kena hantar balik kampung jugak sbb member tengah pregnant. Huhu..

Aku cuma nak mintak tolong jaga 3 4 bulan jer.. Oleo dengan anak dia yang kecik lagi tu..biar je kat rumah ni. Ha! Anak Oleo dah pandai jalan.. huhu...sgt comel. Nanti aku usaha amek gambar dia tgh berjalan yer. 

Meon pulak hari Sabtu haritu kena kejar dengan 3 ekor jantan yang tengah miang. Kesian dia. Tapi aku tahu dia pandai jaga diri. Kucing yang aku lepas cuma Meon dengan anak dia je Hitam (nama glemer kat rumah Tam). Diaorg ni kalo lepas confirm takde org nak amek. Tapi kalo yang lain2 ni aku lepas.. silap2 tak sampai sejam lesap terus. Samada kena amek org ataupon diaorg tak reti nak balik sebab jakun tengok kat luar. 

Oklah...aku nak sambung buat keje ni. Sejak akhir2 ni aku rasa malas betul nak update blog. Tolong la jangan malas oiiiiiittt....adehhh..

Wednesday, March 3, 2010

Hitam yang tak semua pon hitam

Hitam.. nama dia sebenarnya kitaorg nak bagi Comot.. tapi sebab orang tua ku itu suka panggil hitam ..lama2 terus melekat nama dia hitam..


Kalo korang nak tahu, aku dah lama betul nak amek gambar dia ni. Tapi tak pernah dapat gambar yang cun melecun.. huhu.. takde la nak cun pon.. tapi bila amek je gambar dia.. muka dia jd lain mcm tak real.. apesal ntah.. Tapi aku berusaha jgklah amek gambar dia sampai jadi real ...hahaha (almaklumlah amek gmbr guna enset je pon)..huhu


Suara Hitam mcm serak2 basah gitu.. tak tahu sebab apa.. sebab kecik2 dulu suara dia biasa je. Makan apa ntah jd mcm tu.. huhu.. Kadang-kadang menyampah gak dgr suara dia tu...mcm dibuat2...hahahha



Kening dia (kening ker?) sebelah kiri adalah berwarna hitam dan sebelah kanan plak warna putih.. Dah la bulu warna hitam..kalo tak tengok betul2 mesti macam takde kening sebelah kiri.. macam cacat pon ada.. ..hihihi

Tapi Hitam ni sangat manja, cerdik dan mengada2.. huhu..

Wednesday, November 11, 2009

Pencarian anak Meon


Huhu...semalam aku tak sempat nak citer kat korang.. Kelmarin anak meon main2 dalam rumah berlari ke sana ke mari.. Oleo pon join jugak. Tapi Oleo bukan leh lama2 sgt berlari..lama2 sempot. Huhu.. Last2 tinggal anak Meon berdua jer yg main kat dalam bilik tamu [bilik tamu yg jarang digunakan].

Kisahnyer camni.. aku tengah tengok TV kat depan. Yang adik beradik ni bermain sukaria dalam bilik tamu tu. Tiba2 aku tgk meon masuk bilik tamu mengeow2 panggil anak dia.. aku pon jenguk la.. Meon tgk tertunduk2 nak tengok bawah sofa yg sempit tu. So, aku assume anak Meon ada la kat bawah tu.. memang dia suka main kat situ pon.

Lepas tu, aku rasa ada la dekat sejam dari berita start sampai la abes. Aku tgk Meon masih lagi menunggu depan sofa tu. Aku pon heran. Apesal dengan Meon ni..risau sgt dgn anak dia tu.. Selalunyer tak mcm ni. Bukannyer kat mana2 pon.. bawah sofa tu jer. Lepas tu, aku tak puas hati aku bukak la lampu bilik tamu. Aku jenguk2 kat bawah sofa tu.. takde pulak anak Meon. Aku pon tegur Meon "Meon, mana anak ko. Senyap jer..Takde bunyi anak ko main pon" [sambil usap2 kepala meon]. Tapi Meon diam je..... [tiba2 rasa mcm ckp sorg2 plak..huhu].

Habis aku round satu sofa tu tengok anak Meon takde pon. Tiba2 aku teringat kisah kucing terperangkap dalam sofa. Aku pon apa lagi.. aku pegang la tapak sofa tu.[sbbnya Meon asyik tgk bawah tu je kan]. Tiba2 aku rasa mcm ada benda berat kat bawah tu..


Rupa2nya anak Meon dah terperangkap dalam sofa.. aku pon tak tahu la dia masuk dari mana.  Jadinya, aku ketepikan suma bantal sandar tu.. A hah!!..ada lubang di situ.


Dengan pantas aku pon seluk tangan aku kat situ..cari sampai la ke bawah.. Nasib baik la tak jauh sgt dia pergi. Sampai skrg aku musykil..dari mana dia masuk?? Nak kata dari lubang ni macam tak logik.. sbb ada bantal sandar kat situ yg betul2 rapat. Aku tak sempat lagi nak investigate..[chewah].

Nasib baik la Meon menunggu kat depan sofa tu tak gerak2. Kalo tak aku pon tak beria-ia nak tengok. Meon pon macam tahu2 je anak dia dalam kesusahan. Nasib baik la tak lemas kat dalam tu. Hadeh.. apa la.. lepas aku dah kuarkan tu ...hah berebut2 nak minum susu plak. Mesti kehausan.

Meon pon jilat2 anak dia. Akhirnya pencarian anak Meon sudah pon selesai. Huhuhu.. Sekian, terima kasih.

Thursday, October 29, 2009

Kucing minum guna tangan (kaki depan)..

Hah??!! Korang pernah dengar ke kucing minum guna kaki depan dia.

Jeng jeng jeng....

Kalo nak tahu Meon selalu minum air guna kaki depan dia sebelah kanan..Kalo air tu sejuk atau air yang dah lama dia mula la minum guna kaki dia tu. Baru pagi tadi aku paham kenapa. huhu.. Kalo tak, elok je Meon jilat2 cam biasa.

Sejak bila Meon minum guna kaki pon aku tak tahu. Tapi aku perasan sejak awal tahun ni la. Dah lama jugakla. Aku siap amek video lagi. Ada aku upload kat facebook.. Nanti kalo ada masa aku tunjuk kat korang yer.

Buat masa ni aku bagi tunjuk gambar jela okey..huhu..

Sambil² tu tengok² jugak la gambar anak Meon 2 ekor tu..
Tengok apa tu Comot oit...


Belang(aku bg nama ni) @ Comel(anak buah bg nama ni).. huhu..

Tunggu jela aku upload video tu yer.. takpon tgk jela kat facebook.. Ada facebook saye tak? Apa? takde? huh..tak nak kawan.

Wednesday, October 21, 2009

Anak-anak buluku

Seperti yang dijanjikan, harini aku nak perkenalkan kucing² ku yang tomei itu.

Mula2 skali aku nak kenalkan kucing pertama yang aku bela kat umah.

Tadaaa... Meon nama dia.. hihi.. betina ni.
Mula² meon ni kakak ipar aku yang bela. Husband dia amek kat tempat keje. Tapi disebabkan kakak ipar aku tak dapat bela atas sebab² tertentu, aku pon bela la al-meonah ni..
Apa? Kenapa nama dia meon? huhu.. Anak² kakak ipar aku ni la. Ada ke dinamakan Meon. hehe.. Ikut ajelah. Haishh..

Meon kucing domestic/local je.. aku biar je dia nak bersosial dengan gembira bersama² kucing² kat luar tu. Bagus meon ni.. nak kawan ngan kucing yang hensem je.. kawen pon ngan persian hitam legam :P
Hasilnya Meon dapat anak 2 ekor..

Sekor tu belang sekor tu comot. Rasanya korang bleh agak yang mana belang yang mana comot la kan. huhu..Buat masa ni bagi nama ni la.. nnt dah tahu jantina baru bagi nama betul.
Gambar ni amek masa dia baru 3 minggu..sekarang dah sebulan dah.. nnt i update gambar dia yer. hehe

Oklah, nak wat keje.. esok aku citer kucing aku lagi sekor plak.. daaaa