Wednesday, January 13, 2010

Sedih dan Gembira

Dekat 4 hari aku tak update blog ni. Selalu je aku jengah tapi takde masa nak post entry. Sorry sangat kat kawan2 yg tak sabar nak tahu perkembangan terbaru anak2 Oleo. Hehe..

Nak cerita sedih ke yang gembira dulu ek.. hermmmm.. cerita sedih dulu la ea.. Untuk pengetahuan korang anak Oleo yang berwarna hitam putih tu dah pon mati. Aku rasa dia tak dapat menyusu dari ibu dia kot. Yang aku perasan dia mengeow2 lemah. Baru aku teringat dah 2 hari aku tak jenguk2 anak Oleo.. yela aku malas nak tengok banyak2 kali takut Oleo pindah2kan anak dia. Rupa2nya sepanjang 2 hari tu anak Oleo yang hitam putih tu dah kurang menyusu atau pon tak dpt menyusu. Herm..

Lepas aku perasan dia sangat lemah tu, husband aku cepat2 beli susu kucing kat kedai nak suapkan sendiri. Kita org berjaya jugak susukan dia.. tapi sbbkan dia dah lemah.. dia tak dpt diselamatkan lg. Tak sampai sejam lepas aku ambil dia tu, dia pon mati. Kalo bawak g klinik pon aku rasa doktor tak boleh buat apa2.

Ni la gambar terakhir dia.. sedih jugaklah.. tapi nak wat camne kan...sayu jelaaa..


Ok ok..cukup2lah dengan cerita sedih tu. Kalo diingat mesti menyesal tak sudah. Yang berita gembira nyer..
Dua lagi anak Oleo adalah di dalam keadaan sihat walafiat.. dah gemuk2 belaka.. huhu.. Sekarang pon Oleo dah tak kisah nak pegang2 anak dia dah. Dia dah tak pindahkan lg anak dia. Mungkin sbb anak dia dah gemuk n dia pon tak larat nak bawak.. :P

Dua anak bulus ni memang suka sangat tido dekat2 lepas tu macam2 style.. tapi aku paling suka dengan style yang ni.. hihihi.. sgt comel

Comelkaaaannn.. haha.. kecik2 dah tido berpeluk..Lepas tu kan, diaorg ni suka sangat tido mcm terkujat2.. hubby aku cakap kena bedung kot.. :P (hahaha..ingat manusia ke nak bedung2 ni)

Akhir sekali, aku dah belikan Oleo rantai.. berlocengkan warna emas.. hehe.. lawa tak..


Oklah..aku nak balik dah ni..jam dah menunjukkan pukul 5:05pm.. Mari kita pulaaanggg... :D

8 comments:

sI tEDI said...

R.I.P hitam putih!!

oeyn adik beradik tu comel..

rantai tu haiah sbb beranak lah tu!

nizaa said...

weyy comel tu tido peluk peluk tu... kecik2 dah pandai peluk.yang mati tu pesal hitam putih warna dia?

iela said...

sI tEDI : haha..pandai sI tEDI. :P

nizaa : tu la..comelkan.. :P Oleo kan ada warna hitam, oren dgn putih.. yang lain dah amek warna oren byk..dia dpt hitam la.. :P kekeke

Misz Pinkie Winkie said...

lieya.
comelnya tido berpelok tue.
sama cam lola time kecik.kalo perasan ada gambar dia tido berpeluk.tapie pelok darie belakang.lawak sungguh.
rasa nak kejutkan jerk..nak picit2 mereka.
geram lorrr.

iela said...

Misz Pinkie Winkie : tu la..geram betul..huhu..

Snowwhite Zone said...

comeyy la dia tido mcm tu...

Juz Call Me Sharz said...

comey dua2..
:D

RAIFANA said...

tomei a dia tido gitu. bile ag oleo nk beranak. nk seko.. hihihi