Thursday, December 10, 2009

Rumah Kotak Oleo

Hoho.. Semalam aku ada cakap encik hubby nak cari kotak untuk rumah Oleo kan. Jadi harini aku nak tunjukkan rumah kotak yang dah siap dibuat.. huhu..
Sebenarnya, rumah kotak ni dibuat untuk Oleo beranak/bersalin nanti. Selalu kan kucing bila dah dekat je tu, dia pon mula la mencari tempat sesuai nak beranak. Aku ada baca dalam buku pasal kucing. Dalam buku tu kata, seeloknya buat rumah yang kecil tapi selesa untuk kucing tu beranak untuk elakkan dia beranak kat tempat yang tersembunyi dan kita pon tak tahu kat mana. Kalo tak jadi la mcm Meon beranak bawah katil jer. Tahu2 dah ada kucing mengeow2 kat bawah katil. Lepas tu dah satu keje nak angkat tilam yang berat ntah bape kilo tu.. nak amek anak Meon.
Jadinya ni lah sebab musabab encik hubby buat rumah kotak ni.. huhu.. bukan susah pon nak buat.. ikut creativity sendiri jer.


Siap ada pintu lagi tu. Oleo pon mcm suka jer dengan rumah kotak dia tu. Aku ingat nak balut ngan pembalut kertas tapi tak jadi sebab Oleo suka cakar-cakar dekat kotak tu.. kang buang tenaga aku jer dok gam-gam bagai. Tengok la tu.... dengan gembira dia masuk kuar dari kotak.



Aku ada amek gambar kat belah dalam..tapi gelap gulita plak :p hehe.. Kat dalam kotak tu aku ada letak kain satu. Kot kot la dia sejuk kan nanti..boleh la dia buat selimut..
Dah siap buat tu aku pon baring2 la.. tiba2 aku nampak dia duk ketuk2 kat kotak tu. Nak tergelak plak aku. Macam ala2 budak2 kecik jakun dengan barang baru.. haha..



Sebenarnya dia dok ketuk2 benda yang dia nampak tu la.... Time tu aku tak nampak lagi sebab tak pakai spek.. Aku tak puas hati..aku tgk dekat2 apa la yg dia dok cuit2 ketuk2 dekat kotak tu...Rupa-rupanya dia ketuk benda ni.. [ Gambar bawah ni ]


Agaknya sebab apa dia suke sangat ngan logo ni ek :p huhu..


6 comments:

sI tEDI said...

wah!! oleo dah ada rumah baru seyyy....

nizaa said...

dah ada rumah baru...pasangannya?

e.l.i.s.s.m.i.e said...

mungkin dier nampak macam serangga kot logo tu..

iela said...

sI tEDI : rumah sementara jer :P nnt duk sangkar besi gak.. ahaha

nizaa : nnt aku cite mana pasangan dia pergi.

e.l.i.s.s.m.i.e : agaknya kot.. huhu.. tapi kucing kan suka main ngan benda yang gerak2.. benda tu tak bergerak2 pown.. :P

nur said...

mau tau apesal dia pijak2 lambang tu?...hmm tu dia cilok perangai manusia la tuh..lagi cakap jangan, lagi dia buat...letak lambang jangan pijak kat situ, lagi dia nak pijak..degil nie..huhu..

iela said...

nur : hahaha.. ada betul jugak apa ko cakap ni :P kekeke