Betul ke kucing pon rindukan kita bila kita takde. Huhu..meh sini aku nak cerita.
Kucing kebiasaannya akan sukakan seseorang yang konsisten dan mempunyai rutin yang sama setiap hari. Kucing pon pandai memilih tau. Huhu..
So, pastikan setiap hari kita kena buat perkara yang lebih kurang sama seperti bagi makan waktu pagi dan petang sahaja. Rutin yang sama boleh menyebabkan diaorg tahu macam mana nak control keadaan.
Contohnya waktu pagi diaorg tahu kita takde, diaorg akan buat hal sendiri. Sebelah malam pulak, bila kita ada, kucing kita boleh control kita mcm suruh datang layan diaorg ker atau ikut kita ke mana- mana. Sebab tulah, ada kucing yang tahu bila waktu kita balik kerja jer diaorg dah duduk tercongok dengan pintu tunggu kita.
Jadi, berbalik pada tajuk kita tadi, kucing sudah tentu akan rindukan kita bila kita tinggalkan dia beberapa hari. Rutin harian diaorg jugak mesti akan berubah. Jadi jangan buat diaorang frustrated oke. Hehe
Tips untuk meninggalkan kucing :
- Beberapa hari sebelum tu, jangan terlalu melayan kucing anda. Huhuhu.."no fuss, no emotion and no eye contact".
- Cari orang yang boleh menjaga kucing kita di rumah. Lepas tu, suruh orang itu betul2 bagi makan mengikut timetable. Kalo tak, hantar boarding kat vet atau tempat yg ada servis untuk boarding. Cari mereka yang betul2 berpengalaman.
- Kalo nak tinggalkan kucing anda sendirian dalam jangka masa pendek (tak lebih dari 1 hari), boleh bagi makan menggunakan automatic feeder dan jugak covered litter tray.
Kalo korang ada tips2 lain yang berguna boleh la share kat sini. Aku malas nak tulis banyak²..hahaha.. tenkiuk semua... hihi






