Showing posts with label AIKO. Show all posts
Showing posts with label AIKO. Show all posts

Monday, May 24, 2010

Mak, nak mintak toloongg....

Aiko dengan Tomei sekarang dah makin aktif.... Sejak cuaca tak menentu ni kejap panas kejap sejuk, bulu dia pon senang gugur. Hari2 kena sikat. Tapi aku dah dilarang dekat2 dengan sangkar dan main2 ngan diaorg. Sila tengok dari jauh je. Nak bersihkan litter box dia lagi la dilarang. Aku dah nampak macam litter box tu  ada tanda pangkah warna merah besar di situ yer. Maksudnya dilarang usik atau dekat.

Sekarang ni aku tengah berfikir nak mintak tolong mak ngan adik aku kat rumah jaga Aiko dengan Tomei. Huhu.. Harap2 diaorg nak ler. Eh..mesti nak punye sebab Aiko ngan Tomei kan comel. Poyo jer aku ni :p Padahal tak bagi tau lg kat diaorg ni. Ntah diaorg setuju ke tak ntah..

Nak bagi kawan2 yang jaga mcm kesian pulak. Kawan2 semua dah banyak kucing. Yang ada kucing pon kena hantar balik kampung jugak sbb member tengah pregnant. Huhu..

Aku cuma nak mintak tolong jaga 3 4 bulan jer.. Oleo dengan anak dia yang kecik lagi tu..biar je kat rumah ni. Ha! Anak Oleo dah pandai jalan.. huhu...sgt comel. Nanti aku usaha amek gambar dia tgh berjalan yer. 

Meon pulak hari Sabtu haritu kena kejar dengan 3 ekor jantan yang tengah miang. Kesian dia. Tapi aku tahu dia pandai jaga diri. Kucing yang aku lepas cuma Meon dengan anak dia je Hitam (nama glemer kat rumah Tam). Diaorg ni kalo lepas confirm takde org nak amek. Tapi kalo yang lain2 ni aku lepas.. silap2 tak sampai sejam lesap terus. Samada kena amek org ataupon diaorg tak reti nak balik sebab jakun tengok kat luar. 

Oklah...aku nak sambung buat keje ni. Sejak akhir2 ni aku rasa malas betul nak update blog. Tolong la jangan malas oiiiiiittt....adehhh..

Friday, May 7, 2010

Rumah baru..

Yeah... akhirnya dah dapat dah rumah baru. Seminggu kitaorg survey2. Nak cari yang murah, besar dan tahan lasak. huhu..

Eh.. bukan rumah untuk aku. Tapi rumah untuk anak-anak bulus dua ekor tu la. Aiko dgn Tomei. Kesian aku tengok Aiko n Tomei duduk dalam sangkar kecik. Nak berjalan pon dapat 2 3 langkah jer.. huhu.. Maklumlah dah besar dah budak2 ni.

Sangkar ni aku beli RM490 after discount. Huhu.. tawar punya tawar dapat la kurang sket. Oh...aku bab tawar menawar ni kureng sket, tak berapa nak reti lah. Husband pandai la. Terbalik pulak kan. Bukan perempuan ke selalu terer bab2 macam ni.. Hahaha..

Hoh.. berpeluh kitaorg pasang sangkar ni.. kalo buat sorang2 memang lagi lambat la jawabnya... Kitaorg pasang siap semua dekat 2 jam lah. Dari proses bukak kotak tu sampai la kotak tu dilipat2 dan dibuang.. ahahaks..


Aiko dengan Tomei ni time orang nak amek gambar time tu la dia nak main2. Susah bebenor la korang ni nak amek gambar. Saje je nak suh kitaorg beli kamera canggih kan. Huh..

Cage ni tak sebesar cage Oleo yang dulu. Tapi ni pon dah ok sgt la 2kaki x 3kaki x 4kaki++. Besinya pulak tak mudah karat. Okla kan.... Aiko ngan Tomei berdua jer pon...

Tengok tu.. susah betul nak amek gambar diaorg ni. Sebelum aku amek gambar tu duduk diam elok jer. Bila dah set nak amek gambar, time tu la diaorg tak reti dok diam.

Ha... hujung minggu ni plan nak mandikan diaorg. Dah busyuk masham dah. Bulu pon dah serabai. Hari2 sikat pon nampak macam dah berapa hari tak sikat. Kalo boleh mandikan hari2 dah lama dah hari2 kitaorg mandikan. Nasib baik la tak boleh. Huhuhu..

Ok...gadego.. ;)

Friday, March 12, 2010

Aiko

Pagi tadi sebelum pergi kerja aku berusaha ambik gambo budak kecik ni. Elok pulak dia duk diam jer. Macam tahu2 jer kan nak masuk dalam blog. Huh.. Kalo idok susah benor...

Opss.. kat belakang tu Si Tomei tgh melepas plak. Eh.. Aiko.. ada taik mata.. meh sini bersihkan.

Main tibai je amek gambar. Asalkan nampak muka oke..

Yeah akhirnya berjaya bagi dia tengok kamera...setelah lebih 10 kali aku snap n delete.. tipu la tu 10 kali..haha

Uish..budak kecik ni dalam gambar nampak plak bulu kat leher tu cam kembang semacam..

Monday, March 1, 2010

Mandi time..

Masa untuk mandiiiiii !!!

Tengok la gambar-gambar anak bulus ni sewaktu dimandikan..

 
Aiko mulut paling bising.. nak kata takut air takde la sangat.. agaknya tak suka dipegang kot.. kalo pegang pon dapat pegang kejap je.. lincah sangat.. tak padan ngan betina.. huhu

  
Tak sempat nak ambil gambar masa Tomei kena mandikan. Tapi Tomei ni pulak senang sangat. Senyap jer. Duduk diam je. Bagus dia ni.. gud boy.. hihi
 
Jilat jilat.. huhuu.. kat atas sangkar diaorg ni ada kipas sebenarnya kitaorg biar diaorg kering sendiri pastu agak2 dah nak kering baru sikat. Bau.. mmmm...wangi.. huhu
 
Aiko dah tak sabar nak keluar.. Tgk Tomei tu...rileks jer... bg la kering dulu..
Keylah..time to balik.. :P daaa semua...



Tuesday, February 23, 2010

Tomei & Aiko yang lahap

Inilah dia, dua ekor kucing yang sangat lapar. Walaupon perut kecik dan badan kecik tapi selera makan diaorg boleh tahan.
 

Nampak tu betapa diaorg tu lapar.. hahaha.. sebenarnya kitaorg yg letak kat atas tu..nak tgk reaksi diaorg.. Letak je diaorg kat situ..terus tak tahu nak start yg mana dulu. Semua tempat ada makanan..huhuhu..

Macam tak makan 2 3 hari lahapnyer tu.. huhu


Muat-muat pulak tu dengan diaorg.. kucing-kucing yang dewasa semua makan mcm biasa tak heran pon dengan Aiko dan Tomei.
 
Eh..tengok tu..tomei dah turun bawah dah.. sambung makan kat bawah pulak.. tggl la Aiko sekor tak abes2 lg.. 


p/s : Aku pon terasa macam nak makan je bila bau makanan kucing tu... haha

Friday, February 12, 2010

Tukar dah...hahaha

Akhirnya aku sudah tukar template... kih kih kih..

Ok tak.. kalo korang tak suka takper.. janji aku suka..hahahhaa.. berlagak

Esok adalah hari Sabtu dan aku kerja.. aduss... maklumlah pekerja berdedikasi la katakan..hehe.. berlagak lagi..

Oh..anak2 bulus ku semua sihat2... ni antara gambar terbaru diaorg.. gambar tak berapa cantek sebab pakai kamera enset.. tunggulah aku beli kamera mahal sket.. :P huhuhu.. ntah bila ntah tu..

 
Muka comot la Aiko ni.. gambar lepas dah bersihkan terlupa plak nak amek.. :P



Tomei tgh main dengan Comot.. eh..pegang2 tgn pulak.. :P

Keylah..esok aku upload gambar lg.. takde gmbr yg cantek2 laa.. hihi..

Friday, January 15, 2010

Aksi tido anak bulus..

Semalam aku dapat amek gambar anak2 Oleo tido dengan gaya bebas.. Nah..

Masing2 tgh nyenyak tido tu

 
Warna dia ni sebenarnya warna coklat2.


Yang ni tgh mimpi indah kot. Huhu



Memang sah tgh mimpi best ni..


Dah terjaga..


Masih mamai teringat mimpi tadi kot.. haha



Lepas tu tido telentang plak..


zzzzzzz.........



Ni mesti dah boring asyik kena amik gambar jer.. huhu


 Oit.. pandang sini laaaaa... huh. sombong..

Itu jelah yang aku nak kongsi pada hari ini.. Sekian, terima kasih. ;) hehe