Showing posts with label ANAK OLEO. Show all posts
Showing posts with label ANAK OLEO. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Oleo sudah tiada bersama kami

Akhirnya Oleo terpaksa dilepaskan ke orang lain.
Alhamdulillah owner dia yang baru ni memang pencinta kucing.

Biasanya kita akan tahu orang tu betul2 pencinta kucing ke tak.
Tak payah tunggu orang tu cerita dia suka kucing..
Suruh je dia duduk sebelah kucing, tengok kucing tu nak manja-manja tak dengan dia.
Lepas tu dia pulak layan ke tak kucing tu.

Tengok Oleo haritu mengada semacam je bila owner baru dia duduk depan dia.
Macam la orang tu dia pernah jumpa. Mengada lebih kau yer.

Nama owner baru Oleo Azly, dia la satu-satunya orang yang nak amek Oleo dengan anak-anak dia sekali. Kita orang tak mampu lagi nak jaga kucing sebab tak cukup masa.
Sejak ada Aqeef ni memang tak dapat nak layan kucing sangat.
Leka sekejap je tahu-tahu Aqeef dah panjat meja. Haih..

Kata husband aku, tak dapat pelihara kucing kita pelihara ikan lah pulak. Haha..

Ntah apa cerita la Oleo kat Kuala Selangor sana. Harap-harap dia happy dengan kucing-kucing yang lain.



Tuesday, November 16, 2010

Tummy dan Calico

Harini dah Selasa...yeah esok balik kampunggg.. wuhuuuuu.. haha..terOver plak :p

Ni saje je nak tunjuk video Tummy dgn Calico bermain dengan gembiranya selama sejam.. tapi video ni takde la sampai sejam..tak kose heh aku nak merakam lelama. Hehehe



Tuesday, October 26, 2010

Kelabu asap







Ni lah dia 2 ekor lagi anak Oleo (selain Tummy).. yang sekor tu dah selamat kat tangan orang lain (gambar ke 4 sampai yg last tu).

Tiga gambar yang first tu warna dia lebih cerah sikit. Yang ni masih ada lagi kat rumah. Masih takde nama lagi. Panggil kelabu je dulu.. hehe..

Wednesday, October 6, 2010

Tummy & Dua lagi adik badiknya...

Haritu tengah aku dok belek2 enset aku, aku ternampak ada video baru. Rupanya husband aku ada amek video anak Oleo. Aku ingat nak upload kat blog ni tapi disebabkan kat ofis ni mcm2 kena block, terbantutla hasrat aku nak upload.

Tummy dan adik beradik dia semua dah besar. Gambar terbaru tak sempat amek.. susah bebeno nak tangkap gambar diaorg. Last2 terus jadi malas. hehe

Yang warna kelabu tu dua2 dah sakit kat keliling mata. Abes bulu keliling mata tu gugur. Tinggal kulit gatal jer. Cukup 2 bulan kang memang kena hantar g vet la. Nak vaccin sekali. Kesian tengok diaorg dah buruk plak mukanyer. 

Anak Oleo dari yang first memang senang je kena fungus. Tapi anak meon ok je pulak. Hmmm..tu yg payah tu kalo bela kucing mix2 ni...huhu..

Monday, September 27, 2010

Tami diberi nama.

Husband aku cakap dia dah bagi nama dah untuk anak Oleo yang warna hitam putih tu. Dia bagi nama Tami (mcm tu la kot eja dia) huhu..

Semalam tetiba je Tami masuk rumah terus landing kat atas lantai depan pintu. Dengan jalan terkedek2 dia tu.. huhu.. geram je..mcm nak geget jer muka dia.

Susah gak nak amek gambar dia ni. Dia ingat org ajak main kot. Muka dia macam pakai spek mata tak.. huhu..

Nah..tadi nak sangat main tangan org. Jangan tertipu dengan warna mata dia. Warna mata dia yang sebenar blom kuar lagi. Kena tunggu dia cukup 2 bulan kang. Kalo la warna mata dia mcm ni je kan best. hehe..

Friday, September 24, 2010

Enam sekaligus..

Ha amek kau.. bape banyak nak kena jaga. Haritu dah kurangkan tinggal yang besar je 3 ekor. Sekali terus dapat 6 ekor lagi anak kucing. Huhuhu.. Tengok tu...masing2 pelahap.

Ok2... yang sebelah kanan sekali tu Meon. Anak dia yang baru 2 bulan tu semua sama je warna ngan dia. Oh yang kat atas Oleo tu Tam. 3ekor anak Oleo yang makan sama2 satu mangkuk tu.

Ha..konon malu la tu amek gambar dekat2. Tak padan ngan jantan. Oleo macam tahu2 je aku nak sangat warna hitam putih. Akhirnya dapat jugak.

Ok..aku blom ada nama lagi untuk semua anak-anak Oleo. Aku malas nak fikir. Tunggu la diaorg 4 5 bulan kang. Hehehe.. 
Kali ni Oleo deliver tanpa pemantauan aku. Tahu2 je dia dah beranak bawah katil kul 2 pagi. Patut la malam tu dia duk menepek tido dengan aku. Padahal sebelum ni tak pernah pon dia nak tdo sama. Tak lama pastu, aku sedar2 ada anak kucing mengeow kat bawah katil. Sepatutnya ada 4 ekor. Tapi sekor tu tak dapat diselamatkan.

Ha..ni dia anak Meon tengah melepak. Masing2 dah kekenyangan dan keletihan gaknyer. Tido pon nak dekat2 jer. Tak boleh berenggang. Huhu..

Sekor dah terjaga sebab dia dengar aku tengah amek gambar. Konon  nak posing la tu. Cehh..lepas tu dia sambung balik tido.

Ha nampak tu. Gate kat rumah dah letak jaring. Budak2 tu suka kuar sesuka hati diaorg. Aku tak masukkan diaorg dalam sangkar sebab masing-masing dah pandai berak ngan kencing kat pasir diaorg. Cuma kadang2 tu terkucil jugak diaorg kat tepi litter box tu..tapi jarang la. Boleh dimaafkan lagi sebab diaorg kecik lagi kan.

Thursday, September 23, 2010

Cak!..

Hai korang....hehe.. (buat-buat macam tak bersalah sbb dah lama tak update blog).

Harini baru ada mood nak berceloteh sket. Korang raya camner.. aku rasa raya tahun ni mmg aku beraya sakan lah.. duit raya pon sakan je kuar.. huhu.. nasib baik tak pokai. Harini aku bukan nak cerita pasal beraya. Lagi pon takde benda yang menarik nak diceritakan. Raya macam biasa la kan.

Aku cuma nak cerita pasal Oleo yang aku duk tangguh2 tu. Actually Oleo dah pon beranak. Anak dia 3 ekor. Sekor jantan warna hitam putih. Lagi dua tu betina warna kelabu asap. Harap maaf gambar tak dpt nak upload sbb bateri enset sudah kiok. Terlupa pulak nak bawak charger pergi kerja tadi.

Anak Oleo skang dah sebulan dah. Time ni mmg kena jaga Oleo la jawabnya. Takut dia menggatal balik. Kang berturut-turut dia bunting jerk. Nak mandulkan macam sayang pulak. Nak kurung je dalam sangkar pon kesian. Anak dia dah start masuk dalam sangkar dah. Nak ajar dia berak ngan kencing kat pasir. Aku tengok dah pandai dah. Alah..tak syiok plak takde gambar. Nak bercerita pon tak best. Esok aku sambung citer pasal Oleo ea.

Anak meon plak dah nak masuk 2 bulan dah. Dah lasak giler. Berlari ke sana ke mari. Gate depan umah pon dah pasang jaring tak kasi diaorg kuar. Kalo tak selamba badak jer duduk kat luar tu. Kena amek org baru tahu.

Semalam aku sempat transfer gambar sekor anak Meon ni. Dia yang paling aktif.

Masa ni pagi2 time aku nak pergi kerja. Melompat sana melompat sini. Geram jer aku tengok rasa macam nak cubit2 hidung dia. huhu..


Tuesday, June 1, 2010

3 ekor kucing...2 ekor kena chop..tinggal la seekor..

[UPDATE] Tiga2 sudah ada org ambik.. huhu..

Hoyeahhh.... semalam dah ada orang amek yang warna oren ngan warna kelabu. Nama dia Reen. Tapi terlupa nak amek gambar.. ehehe.. Tapi takper.. semalam aku dah amek gambar anak2 Oleo tu.







Dan lepas aku tengok balik gambar2 ni..rupa2nya yang warna oren/kuning tu tertinggal plak. Gambar dia ada..tapi tertinggal.. hehehe.. Dah ada yang berminat dengan sekor ni.. tapi tak confirm lagi.. so, sape cepat dia dapat.... ;)

Monday, May 24, 2010

Mak, nak mintak toloongg....

Aiko dengan Tomei sekarang dah makin aktif.... Sejak cuaca tak menentu ni kejap panas kejap sejuk, bulu dia pon senang gugur. Hari2 kena sikat. Tapi aku dah dilarang dekat2 dengan sangkar dan main2 ngan diaorg. Sila tengok dari jauh je. Nak bersihkan litter box dia lagi la dilarang. Aku dah nampak macam litter box tu  ada tanda pangkah warna merah besar di situ yer. Maksudnya dilarang usik atau dekat.

Sekarang ni aku tengah berfikir nak mintak tolong mak ngan adik aku kat rumah jaga Aiko dengan Tomei. Huhu.. Harap2 diaorg nak ler. Eh..mesti nak punye sebab Aiko ngan Tomei kan comel. Poyo jer aku ni :p Padahal tak bagi tau lg kat diaorg ni. Ntah diaorg setuju ke tak ntah..

Nak bagi kawan2 yang jaga mcm kesian pulak. Kawan2 semua dah banyak kucing. Yang ada kucing pon kena hantar balik kampung jugak sbb member tengah pregnant. Huhu..

Aku cuma nak mintak tolong jaga 3 4 bulan jer.. Oleo dengan anak dia yang kecik lagi tu..biar je kat rumah ni. Ha! Anak Oleo dah pandai jalan.. huhu...sgt comel. Nanti aku usaha amek gambar dia tgh berjalan yer. 

Meon pulak hari Sabtu haritu kena kejar dengan 3 ekor jantan yang tengah miang. Kesian dia. Tapi aku tahu dia pandai jaga diri. Kucing yang aku lepas cuma Meon dengan anak dia je Hitam (nama glemer kat rumah Tam). Diaorg ni kalo lepas confirm takde org nak amek. Tapi kalo yang lain2 ni aku lepas.. silap2 tak sampai sejam lesap terus. Samada kena amek org ataupon diaorg tak reti nak balik sebab jakun tengok kat luar. 

Oklah...aku nak sambung buat keje ni. Sejak akhir2 ni aku rasa malas betul nak update blog. Tolong la jangan malas oiiiiiittt....adehhh..

Monday, May 17, 2010

Harini dah 17 hari...

Alhamdulillah, dah 17 hari dah usia budak 3 ekor ni. Hehe.. Oh.. diaorg takde nama lagi... Biarlah orang yang akan jaga diaorg nanti yang berikan nama. Bila tengok diaorg ni semakin comel, rasa cam berat hati jer.

Tapi tak sanggup lah nak jaga lebih dari yang ada sekarang. Takut tak terjaga nanti kang. Kat bawah ni gambar2 diaorg yang terkini. Baru amek pagi tadi.



Huhu.. actually sampai sekarang aku tak reti beza dua-dua yang berwarna hitam tu..sebab sama je.. kuikuikui... Apa-apa pon warna diaorg actually bukan hitam legam. Dah macam nak kelabu pon yer jugak. Tapi kena tunggu diaorang besar gak lah kalo nak tahu warna sebenar. 

Yang oren tu betina. Yang hitam tu dua-dua betina (kalo tak silap la).. kang balik kena check balik semula. Aku pon ingat2 lupa sebenarnya. haha..

Bulan 7 ni ada cat show kat putrajaya... tengah fikir-fikir nak bawak Aiko ngan Tomei ke tak. Bulu diaorg pon dah naik balik lepas cukur aritu..Cukur sket je pon. Tak banyak. Nak bawak ke tak ek... fikir fikir fikir...

Monday, May 3, 2010

3 ekor kesemuanya...

Akhirnya Oleo selamat melahirkan 4 ekor tapi seekor tak dapat diselamatkan. Lagipon mmg kuar2 je dah lemah.

Yang tinggal 3 ekor jer. Dua warna hitam dan sekor lagi warna oren. Yang mati tu ada 3 warna macam Oleo jugak. Cantek tapi takde rezeki. Lain kali lah.

Inilah dia 3 ekor tu. Yang hitam tu takde la semua hitam..kaki ngan area muka diaorg putih. huhu..

Oleo selamat. Dia takde masalah nak beranak sebab dah ada pengalaman. Lepas tu dah pandai dah. Kalau masa bg susu tu anak dia bising je..dia luas kan lagi perut dia biar anak dia dapat menyusu... huhu.. dah macam org plak :p

Friday, March 12, 2010

Aiko

Pagi tadi sebelum pergi kerja aku berusaha ambik gambo budak kecik ni. Elok pulak dia duk diam jer. Macam tahu2 jer kan nak masuk dalam blog. Huh.. Kalo idok susah benor...

Opss.. kat belakang tu Si Tomei tgh melepas plak. Eh.. Aiko.. ada taik mata.. meh sini bersihkan.

Main tibai je amek gambar. Asalkan nampak muka oke..

Yeah akhirnya berjaya bagi dia tengok kamera...setelah lebih 10 kali aku snap n delete.. tipu la tu 10 kali..haha

Uish..budak kecik ni dalam gambar nampak plak bulu kat leher tu cam kembang semacam..

Thursday, March 11, 2010

Tomei - 2 bulan 12 hari

Harini dah 2 bulan 12 hari usia si Tomei. Hmmm...Dah besar dah. Tomei budak baik. Kalo mandikan, dia diam jer. Kalo usap2 dia, dia terus baring. Huhuhu.. Manja sangat.

Kalo dikeluarkan dari cage terus berlarian-larian nak main. Kalo ibu dia (Oleo) dekat je, sibuk nak menempek mintak susu.. manja Tomei ni.


Vet dekat Sek13 kata warna Tomei ni warna ginger. Doktor dengan pembantu kat situ semua suka sangat tengok dia. Diaorg kata comel sangat. Bulu lebat dan gebu.. Sampai doktor lelaki kat situ pegang dia nak cium2..huhu

Lepas tu doktor tu tanyer "Awak bagi makan apa?".. Kitaorg ckp la "Kucing kitaorg semua bagi makan Evo".
Doktor tu pon cakap "Owh...bagus2..Evo bagus."


 Waktu ni dia dah kepenatan main lari-lari dengan Aiko n ibu dia. Nasib baik la dia tak reti lagi sepahkan bilik.. huhu


Warna mata dia dah nampak dah warna Oren mcm ibu dia jugak. Muka pon dah ala2 ibu dia jugak. Mungkin sebab tu dia manja dengan ibu dia kot. Tak padan dengan jantan. ahaks..


P/S : Esok cerita pasal Aiko pulak. Aku belum berjaya ambil gambar dia dengan lebih elok sebab Aiko sangat la aktif berlari sana sini tak reti duduk diam.. kalo pegang, sekejap je dah meronta-ronta. Huh..letih..tak padan dengan betina.

Monday, March 1, 2010

Mandi time..

Masa untuk mandiiiiii !!!

Tengok la gambar-gambar anak bulus ni sewaktu dimandikan..

 
Aiko mulut paling bising.. nak kata takut air takde la sangat.. agaknya tak suka dipegang kot.. kalo pegang pon dapat pegang kejap je.. lincah sangat.. tak padan ngan betina.. huhu

  
Tak sempat nak ambil gambar masa Tomei kena mandikan. Tapi Tomei ni pulak senang sangat. Senyap jer. Duduk diam je. Bagus dia ni.. gud boy.. hihi
 
Jilat jilat.. huhuu.. kat atas sangkar diaorg ni ada kipas sebenarnya kitaorg biar diaorg kering sendiri pastu agak2 dah nak kering baru sikat. Bau.. mmmm...wangi.. huhu
 
Aiko dah tak sabar nak keluar.. Tgk Tomei tu...rileks jer... bg la kering dulu..
Keylah..time to balik.. :P daaa semua...



Tuesday, February 23, 2010

Tomei & Aiko yang lahap

Inilah dia, dua ekor kucing yang sangat lapar. Walaupon perut kecik dan badan kecik tapi selera makan diaorg boleh tahan.
 

Nampak tu betapa diaorg tu lapar.. hahaha.. sebenarnya kitaorg yg letak kat atas tu..nak tgk reaksi diaorg.. Letak je diaorg kat situ..terus tak tahu nak start yg mana dulu. Semua tempat ada makanan..huhuhu..

Macam tak makan 2 3 hari lahapnyer tu.. huhu


Muat-muat pulak tu dengan diaorg.. kucing-kucing yang dewasa semua makan mcm biasa tak heran pon dengan Aiko dan Tomei.
 
Eh..tengok tu..tomei dah turun bawah dah.. sambung makan kat bawah pulak.. tggl la Aiko sekor tak abes2 lg.. 


p/s : Aku pon terasa macam nak makan je bila bau makanan kucing tu... haha

Friday, January 15, 2010

Aksi tido anak bulus..

Semalam aku dapat amek gambar anak2 Oleo tido dengan gaya bebas.. Nah..

Masing2 tgh nyenyak tido tu

 
Warna dia ni sebenarnya warna coklat2.


Yang ni tgh mimpi indah kot. Huhu



Memang sah tgh mimpi best ni..


Dah terjaga..


Masih mamai teringat mimpi tadi kot.. haha



Lepas tu tido telentang plak..


zzzzzzz.........



Ni mesti dah boring asyik kena amik gambar jer.. huhu


 Oit.. pandang sini laaaaa... huh. sombong..

Itu jelah yang aku nak kongsi pada hari ini.. Sekian, terima kasih. ;) hehe