Monday, May 24, 2010

Mak, nak mintak toloongg....

Aiko dengan Tomei sekarang dah makin aktif.... Sejak cuaca tak menentu ni kejap panas kejap sejuk, bulu dia pon senang gugur. Hari2 kena sikat. Tapi aku dah dilarang dekat2 dengan sangkar dan main2 ngan diaorg. Sila tengok dari jauh je. Nak bersihkan litter box dia lagi la dilarang. Aku dah nampak macam litter box tu  ada tanda pangkah warna merah besar di situ yer. Maksudnya dilarang usik atau dekat.

Sekarang ni aku tengah berfikir nak mintak tolong mak ngan adik aku kat rumah jaga Aiko dengan Tomei. Huhu.. Harap2 diaorg nak ler. Eh..mesti nak punye sebab Aiko ngan Tomei kan comel. Poyo jer aku ni :p Padahal tak bagi tau lg kat diaorg ni. Ntah diaorg setuju ke tak ntah..

Nak bagi kawan2 yang jaga mcm kesian pulak. Kawan2 semua dah banyak kucing. Yang ada kucing pon kena hantar balik kampung jugak sbb member tengah pregnant. Huhu..

Aku cuma nak mintak tolong jaga 3 4 bulan jer.. Oleo dengan anak dia yang kecik lagi tu..biar je kat rumah ni. Ha! Anak Oleo dah pandai jalan.. huhu...sgt comel. Nanti aku usaha amek gambar dia tgh berjalan yer. 

Meon pulak hari Sabtu haritu kena kejar dengan 3 ekor jantan yang tengah miang. Kesian dia. Tapi aku tahu dia pandai jaga diri. Kucing yang aku lepas cuma Meon dengan anak dia je Hitam (nama glemer kat rumah Tam). Diaorg ni kalo lepas confirm takde org nak amek. Tapi kalo yang lain2 ni aku lepas.. silap2 tak sampai sejam lesap terus. Samada kena amek org ataupon diaorg tak reti nak balik sebab jakun tengok kat luar. 

Oklah...aku nak sambung buat keje ni. Sejak akhir2 ni aku rasa malas betul nak update blog. Tolong la jangan malas oiiiiiittt....adehhh..

4 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

alahai..
harap ada mak n adik tolong jagakan.
jaga kesihatan yerk.

meowwmania said...

nape tu sakit kew??

Kancilbiru said...

meh nak gigit bagi rajin sikit...hahaha

aidanisme said...

aunty aku ade kucing, tp sbb nak kenduri tgh nak cari org jaga, husband aku pulak ckp "bg iela je, mesti die suke".. hahahhha

tp last2 decide anta nursery..