Thursday, September 23, 2010

Cak!..

Hai korang....hehe.. (buat-buat macam tak bersalah sbb dah lama tak update blog).

Harini baru ada mood nak berceloteh sket. Korang raya camner.. aku rasa raya tahun ni mmg aku beraya sakan lah.. duit raya pon sakan je kuar.. huhu.. nasib baik tak pokai. Harini aku bukan nak cerita pasal beraya. Lagi pon takde benda yang menarik nak diceritakan. Raya macam biasa la kan.

Aku cuma nak cerita pasal Oleo yang aku duk tangguh2 tu. Actually Oleo dah pon beranak. Anak dia 3 ekor. Sekor jantan warna hitam putih. Lagi dua tu betina warna kelabu asap. Harap maaf gambar tak dpt nak upload sbb bateri enset sudah kiok. Terlupa pulak nak bawak charger pergi kerja tadi.

Anak Oleo skang dah sebulan dah. Time ni mmg kena jaga Oleo la jawabnya. Takut dia menggatal balik. Kang berturut-turut dia bunting jerk. Nak mandulkan macam sayang pulak. Nak kurung je dalam sangkar pon kesian. Anak dia dah start masuk dalam sangkar dah. Nak ajar dia berak ngan kencing kat pasir. Aku tengok dah pandai dah. Alah..tak syiok plak takde gambar. Nak bercerita pon tak best. Esok aku sambung citer pasal Oleo ea.

Anak meon plak dah nak masuk 2 bulan dah. Dah lasak giler. Berlari ke sana ke mari. Gate depan umah pon dah pasang jaring tak kasi diaorg kuar. Kalo tak selamba badak jer duduk kat luar tu. Kena amek org baru tahu.

Semalam aku sempat transfer gambar sekor anak Meon ni. Dia yang paling aktif.

Masa ni pagi2 time aku nak pergi kerja. Melompat sana melompat sini. Geram jer aku tengok rasa macam nak cubit2 hidung dia. huhu..


2 comments:

meowwmania said...

waaa byknya baby cat dia, sgt2 best

nak nengokkkkk......

Misz Pinkie Winkie said...

alolo.
bestnya......esok upload gambar yerk.
mestie comeiii