Showing posts with label MAKANAN KUCING. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN KUCING. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Rahsia bulu kucing ku lembut dan lebat

Bulan lepas 2 ekor anak Meon dah berpindah tangan.  Tuannya lain-lain. Tak sempat nak amek gambar.

Yang ni...
Dengan yang bawah ni....

Tuan baru diaorg ni semua suka sangat rasa bulu2 diaorg ni. Lembut dan lebat. Masing2 macam terkagum sebab Meon (mak diaorg ni) bulunya takde la lembut sangat. Macam kucing2 biasa jer. Anak Meon yang dulu pon bulunya tak lembut.

Rahsianya, kitaorg bagi makan EVO la masa Meon bunting tu. Memang berbeza anak Meon yg dulu dengan yg skrg ni. Kalo tak caya try la.

Dulu aku ada buat entry pasal makanan kucing ni. Baca Kucingku rindukan Evo


Selain dari tu, tahi diaorg pon kurang berbau. Dah ramai org yang datang rumah tanyer kenapa tahi kucing kitaorg tak berbau macam kucing2 lain. Memang makanan mempengaruhi fizikal dan perangai kucing.

Dulu kitaorg try gak bagi macam2 jenis makanan kucing. Tapi sejak bagi EVO ni kitaorg tak pernah dah tukar yang lain. Tapi memang susah nak dapat kat kedai ni. Nasib baik la kat shah alam ni ada satu kedai jual.

Aku takde la kata makanan kucing premium yang lain tak elok. Elok jer. Kadang2 tu ada kucing tak serasi dengan satu2 makanan tu. So, kena tukar gak nanti. Selagi kucing kita sihat dan tak cirit birit, kiranya makanan tu mmg sesuai la dengan dia. Ada gak kucing yang tak serasi dengan Evo. Apa2 pon kena try dulu la key. ;)

Oklah..nak ready g masuk kursus balik.. Hehehe..daaaa

Tuesday, February 23, 2010

Tomei & Aiko yang lahap

Inilah dia, dua ekor kucing yang sangat lapar. Walaupon perut kecik dan badan kecik tapi selera makan diaorg boleh tahan.
 

Nampak tu betapa diaorg tu lapar.. hahaha.. sebenarnya kitaorg yg letak kat atas tu..nak tgk reaksi diaorg.. Letak je diaorg kat situ..terus tak tahu nak start yg mana dulu. Semua tempat ada makanan..huhuhu..

Macam tak makan 2 3 hari lahapnyer tu.. huhu


Muat-muat pulak tu dengan diaorg.. kucing-kucing yang dewasa semua makan mcm biasa tak heran pon dengan Aiko dan Tomei.
 
Eh..tengok tu..tomei dah turun bawah dah.. sambung makan kat bawah pulak.. tggl la Aiko sekor tak abes2 lg.. 


p/s : Aku pon terasa macam nak makan je bila bau makanan kucing tu... haha

Tuesday, November 24, 2009

Kucingku rindukan Evo..

Inilah dia kedai yang jual makanan kucing. Dekat Seksyen 9, Shah Alam. Bangunan belakang Shell seksyen 9. Berdekatan dengan bank al-rajhi. Kat situ ada dua kedai. Tapi kedai ni je yang ada jual makanan anak2 buluku..


Inilah dia.. Nama makanan ni Evo. Kitaorg beli yang 7kg untuk 3 cats n 2 kittens. Evo lebih protein dan sudah pastinya tanpa pewarna. Evo ni lebih jimat. 7kg (RM130) boleh tahan 2 bulan. Diaorg makan pon sket jer dah kenyang. Makanan kucing yang sangat berkhasiat..boleh tengok kat sini dan juga di sini.

Aku copy sket la :
EVO Benefits
  • Grain free for when extra carbs and grain intolerances are a concern
  • High levels of protein from quality meat, poultry and fish
  • Excellent palatability
  • Skin and coat health
  • High digestibility and decreased waste
  • Energy and nutrient-dense
  • Formulated with added antioxidant vitamins
  • Fortified with vitamins and minerals


Ramai forumer yang kata Evo ni membuatkan bulu kucing diaorg cantek dan kucing diaorg bertenaga takdela lembik mcm kurang khasiat.. :p ehehe..
Kenapa 'grain free' itu bagus?
From all the research done on cats in the last 10 years, the cat's body cannot process carbohydrates and plant products well (not like dogs), it causes them much problems. That is the reason why grains-free cat food in the premium range were introduced (after studying the cat's natural diet in its natural environment, not as a pet living in a cage) and costs a lot more. But grains (carbohydrates and fibre) are used as fillers in cat food to lower the production cost (and hence cost price) and to give bulk (nampak banyak).
Tapi bukan sume kucing sesuai dengan Evo. Ada yang tak jugak.. Banyak lagi kedai makanan kucing kat pet shop mcm blackwood, iams, science plans..dan lain-lain  :D
  
Lepas tu kitaorg beli cat litter sand. Berbau Lemon. Walaupon tahi kucing kat rumah tu kurang berbau sebab makan Evo, hehe.. kitaorg tetap jugak belikan litter sand yang berbau lemon. Kat dalam ni ada dua beg plastik. Harga dia RM40 sahaja.


Lepas kitaorg dah beli sume2 tu kitaorg singgah Ani Sup Utara kat seksyen 9. Dah lama betul tak pergi kat situ.. dah cantek kau.. dulu suram jer.. skrg ada class gitu :P

Oklah..daaaaa....

Monday, November 23, 2009

Makanan kucing dah habis!!

Semalam (Ahad), kesian kucing2 kat rumah kelaparan. Makanan diaorg dah habes.. hihi.. terpaksa la beli yg lain dulu sebab kedai yang jual makanan diaorg tu..hari Ahad tutup. Kitaorg plak tak teringat nak pergi beli awal2.. masing2 busy ngan keje jer.. aku plak balik keje je dah tak ingat apa. Hehe.. jangan marah ar anak-anak bulu ku sekelian.. :D


Kucing kelaparan kat rumah, tuan dia plak hari Sabtu Ahad makan McD jer. Hahaha... Makan apa lagi kalo bukan prosperity burger...hak hak hak..aku tak pasti bila dia kuar..tapi sabtu lepas g McD ternampak plak...terus cancel nak beli cheese burger kegemaran ku itu.. hehe.. air dia kali ni takde kelainan. Kalo lain pon, aku bukan suka minum pon.. aku nak burger ngan fries jer...hihihi..

Wahai anak-anak buluku.. harini kitaorg janji kitaorg g beli makanan kucing yer.. Sabau tau..Hehe..

Thursday, November 5, 2009

Saya tak mau makan!!

Manusia : Kenapa dengan ko ni meow, takmo makan ke?
Kucing : Tuan ni tak paham² lagi ke..saya kata takmo takmo la..saya mana boleh makan tulang ikan..kalo tercekik sape nak tolong?
Manusia : Owh.. boleh tahan demand jugak ko ni ea.. aku dah bg tu makan jela. Kalo ko tak nak, aku bagi coklat yg aku makan ni, nak?
Kucing : Ish. Memang sah la tuan ni sengal. Tuan nak saya sakit jantung ke.

*Cerita di atas adalah rekaan aku semata-mata. Hehehe..*

Korang tahu tak makanan apa yang kucing tak boleh makan?
Kat sini aku terangkan la makanan yang biasa diberi kat kucing tapi sebenarnya tak elok untuk kesihatan kucing.

Tulang ayam / ikan

Tak boleh bagi ni sebab boleh menyebabkan tercekik dan luka pada bahagian perut & usus.
Tapi kalo bagi kat nizaa ni elok..licin ni.. hahaha

Sardin tin (Makanan manusia)

 Sardin yang manusia makan tu tak berkhasiat takut kucing tu kurang nutrisi dalam badan. Huhu..kalo manusia makan agaknya bertambah ke nutrisi? hahaha.. lu fikir la sendiri..

Coklat dan makanan yg berkafein

 Makanan ni mengandungi caffeine ,theobromine, theophylline yang toksik kepada kucing. Boleh menyebabkan masalah jantung dan sistem saraf.

Ikan mentah

Ikan mentah plak boleh menyebabkan kekurangan thiamine (sejenis vitamin B)dalam badan kucing, boleh menyebabkan hilang selera makan, sawan dan kematian. 

Sebenarnya byk lagi macam lemak ayam boleh menyebabkan pancreatitis (radang pancreas). Huhu.. tapi yang setahu aku.. ni jelah makanan yg kebanyakannyer org bagi. Betul tak.. (aku dulu pon bagi kat kucing sume ni....maklumlah zaman sekolah dulu mana ada internet boleh dapat maklumat dihujung jari) huhu...