Friday, September 24, 2010

Enam sekaligus..

Ha amek kau.. bape banyak nak kena jaga. Haritu dah kurangkan tinggal yang besar je 3 ekor. Sekali terus dapat 6 ekor lagi anak kucing. Huhuhu.. Tengok tu...masing2 pelahap.

Ok2... yang sebelah kanan sekali tu Meon. Anak dia yang baru 2 bulan tu semua sama je warna ngan dia. Oh yang kat atas Oleo tu Tam. 3ekor anak Oleo yang makan sama2 satu mangkuk tu.

Ha..konon malu la tu amek gambar dekat2. Tak padan ngan jantan. Oleo macam tahu2 je aku nak sangat warna hitam putih. Akhirnya dapat jugak.

Ok..aku blom ada nama lagi untuk semua anak-anak Oleo. Aku malas nak fikir. Tunggu la diaorg 4 5 bulan kang. Hehehe.. 
Kali ni Oleo deliver tanpa pemantauan aku. Tahu2 je dia dah beranak bawah katil kul 2 pagi. Patut la malam tu dia duk menepek tido dengan aku. Padahal sebelum ni tak pernah pon dia nak tdo sama. Tak lama pastu, aku sedar2 ada anak kucing mengeow kat bawah katil. Sepatutnya ada 4 ekor. Tapi sekor tu tak dapat diselamatkan.

Ha..ni dia anak Meon tengah melepak. Masing2 dah kekenyangan dan keletihan gaknyer. Tido pon nak dekat2 jer. Tak boleh berenggang. Huhu..

Sekor dah terjaga sebab dia dengar aku tengah amek gambar. Konon  nak posing la tu. Cehh..lepas tu dia sambung balik tido.

Ha nampak tu. Gate kat rumah dah letak jaring. Budak2 tu suka kuar sesuka hati diaorg. Aku tak masukkan diaorg dalam sangkar sebab masing-masing dah pandai berak ngan kencing kat pasir diaorg. Cuma kadang2 tu terkucil jugak diaorg kat tepi litter box tu..tapi jarang la. Boleh dimaafkan lagi sebab diaorg kecik lagi kan.

9 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

alolo..comelnya.
gebus-gebus.
geramm jerk tengok.
hehheh

nur anis said...

comelnya semua anak2 kucing tu..geram ngan tengok..saya pun dpt 8 ekor anak kucing sekali gus..2 ibu jugak..tp tinggal 4 je sekarang..yg lain da mati..

ItaJeff said...

rezeki tu...lagi byk dorang ni lagi meriah kat rumah kan...:D

p.s. kak ada 16 ekor...hehehe

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kalo anak aku tengok ni confirm tak bergerak kemana mengulit kucing tu :P

m.q said...

aloh aloh cumelnya anak meon & oleo

meowwmania said...

haloh halohh shomel nyewww geramm!!

e.t.t.y said...

geram!!!!!!

Juz Call Me Sharz said...

bestnyer... bile la dapat kucing byk camnie...meriah rumah... =)

anis said...

comelnyer...
yg tortoiseshell 2 cam capuk je...
hihi