Showing posts with label KUCING CAT. Show all posts
Showing posts with label KUCING CAT. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Harini dah 17 hari...

Alhamdulillah, dah 17 hari dah usia budak 3 ekor ni. Hehe.. Oh.. diaorg takde nama lagi... Biarlah orang yang akan jaga diaorg nanti yang berikan nama. Bila tengok diaorg ni semakin comel, rasa cam berat hati jer.

Tapi tak sanggup lah nak jaga lebih dari yang ada sekarang. Takut tak terjaga nanti kang. Kat bawah ni gambar2 diaorg yang terkini. Baru amek pagi tadi.



Huhu.. actually sampai sekarang aku tak reti beza dua-dua yang berwarna hitam tu..sebab sama je.. kuikuikui... Apa-apa pon warna diaorg actually bukan hitam legam. Dah macam nak kelabu pon yer jugak. Tapi kena tunggu diaorang besar gak lah kalo nak tahu warna sebenar. 

Yang oren tu betina. Yang hitam tu dua-dua betina (kalo tak silap la).. kang balik kena check balik semula. Aku pon ingat2 lupa sebenarnya. haha..

Bulan 7 ni ada cat show kat putrajaya... tengah fikir-fikir nak bawak Aiko ngan Tomei ke tak. Bulu diaorg pon dah naik balik lepas cukur aritu..Cukur sket je pon. Tak banyak. Nak bawak ke tak ek... fikir fikir fikir...

Friday, May 14, 2010

The Facts About Pregnancy and Cat Litter

 Pic credit to iStockPhoto/Anna Furman

Hoh..byk article yang aku baca mengatakan ibu mengandung tidak perlu menjauhkan diri dari kucing. Cats and pregnant women can co-exist safely and have been doing so for thousands of years!!

Ni salah satu article yang aku dapat dari about.com :

"Because toxoplasmosis can cause birth defects in children, pregnant women sometimes assume that they must get rid of their cat. This is entirely unnecessary, as a few simple measures will thoroughly safeguard against catching the disease, especially from your cat. Toxoplasmosis is a disease caused by a parasite that can infect your cat if she eats prey already harboring the parasite or comes into contact with contaminated soil. Toxoplasmosis is rare among indoor-only cats.
Note that cats who contract toxoplasmosis do not always show symptoms. To prevent getting infected with the disease, whenever you scoop or clean the litter box, wear disposable gloves and wash your hands immediately afterward. Even better, get a friend or adult member of the family to take over litter box maintenance while Mom is pregnant."

Toxoplasmosis juga ada kat tanah dan daging mentah. So dinasihatkan pada ibu2 mengandung supaya sentiasa basuh tangan sentiasa yer. Hehehe..

Yang penting, jaga kebersihan dan kesihatan anda dan kucing anda.


Monday, May 10, 2010

Kucing Terbesar di MCFA - TICA

Masa pergi MCFA kat Sunway aritu.. benda pertama yang aku berminat sangat adalah benda ni...


Gambar diambil dari tingkat atas. Mula-mula tak perasan benda tu.. pastu tengok sana tengok sini, terus terperasan. Aku pon cepat cepat turun bawah..

Aku rasa aku sorang je kot jakun ngan benda ni. Orang lain dok lalu macam takde perasaan pon. Tengok budak kat dalam gambar tu..rileks je lalu dengan mak dia. Aku ke yang macam budak-budak.. hahaha

Yessss... akhirnya dapat jugak bergambar depan kucing gergasi batu ni. Cute aper. Cuma dia takleh mengeow jela kan. Hehehehe...

Ok..gadego!

Wednesday, April 21, 2010

Boring punye pasal.

 

Harini entri dimulakan dengan Bismillah..  Almaklumlah, baru je dapat email yang menginsafkan aku. Sape2 yang dapat email dari member kat ofis ni mesti paham :P (dah tentu2 budak2 ofis aku je yg paham).. hehe..
Sape2 yang nak aku forwardkan email tu sila la tinggalkan email kat komen ek. huhu

Ni nak citer. Tak tahu la sebab apa, dari pagi tadi aku mengantuk la sesangat. Menguap je tak abes2. Dah la ofis ni sejuk je kan. Memang kalo tdo ni enak sungguh lah. Tapi harini tak mengizinkan aku untuk tido barang seminit dua.

Harini adalah hari yang amat penting bagi aku. Sebab kerja aku melibatkan org-org besar UiTM iaitu Naib Canselor dan juga pengarah-pengarah kampus cawangan. Oh.. berdebar-debar seh. Projek blom jalan tapi Naib Canselor dah nak guna projek ni. Projek apa? Web conference jer. Kalo tak tahu search Adobe Connect Pro yer. Hehe.. nak citer kang panjang lebar plak. Hahaha..

Sementara aku tunggu kul 1:30, aku pon bukak la paint kat PC aku ni. Lepas tu terhasil lah lukisan kat bawah ni, hasil dari kreativiti yg tak seberapa. Hahaha.. kalo jual pon tak laku :P


Kuikuikui... kelako tak? Hahaha.. Aku rasa text tu je yg cantek.. Yg lain cam harem.. hahaha.. Takpe.. lepas ni aku polish lagi bakat aku yang terpendam ni.. hahaha.. poyos :P

Nanti bila aku dah pandai melukis guna mouse, muka korang pon aku boleh lukis tau.. hihihi.. impian tinggi selangit nampaaakkk..

Korang komen la sket.. walaupon aku tahu korang akan cakap "cantek tapi kena gilap lagi.." ahaks.. Udah udah.. aku ni kena buat keje ni. Daaaa...

Assalamualaikum..

Sunday, April 18, 2010

Fakta menarik mengenai kucing.


Setiap cap hidung kucing adalah berbeza dengan kucing yang lain... seperti cap jari manusia jugak. Hidung kucing bukan sahaja untuk bernafas tapi boleh mengesan perubahan suhu...  
 
Kucing boleh dikatakan separa buta warna.. hehe
 
Keadaan ekor kucing tu menggambarkan mood diaorg.
 
Kucing yang sedang mencakar sebenarnya diaorg nak membersihkan kuku, marking territory dan diaorg nak stretching2.. bukan diaorg nak menajamkan kuku yer..

Wednesday, April 14, 2010

Flea Collar

 Pic dicopet dari En. Google

Aku baru tahu benda ni ada. Selama ni pakai spot on jer.

Ada tak sape2 yang pernah pakai flea collar ni. Bukan apa aku just nak tahu harga dan keberkesanan benda ni je.

Sunday, April 11, 2010

Perkara yg perlu anda tahu sebelum memiliki kucing.

Ramai member-member aku tanye macam mana nak bela kucing. Nak bela betina ke jantan? Nak kucing biasa ke kucing yang berbulu tebal? Huhuhu... macam-macam lagi soalan. Kalo aku senaraikan soalan je dah lebih satu muka surat agaknya.
Nak bela kucing ni sama jugak macam getting into a marriage. Kuang kuang kuang... tapi serius beb.. nak bela kucing ni bukan senang. Macam-macam kena fikir. Pertama sekali DUIT.

Kewangan
Kalo duit menjadi masalah pertama, so batalkan jela hasrat tu ea.. hahaha.. Oh kejam sungguh aku ni kan. Yela..bela kucing ni perlukan kos tau. Sangkar kucing, mangkuk, makanan kucing ...ha tu baru kos yang pertama. Kalo dia sakit, nak bawak pergi klinik plak. Duit lagiiiiii... 

Budak kecil
Kat rumah korang ada budak kecik tak. Yang bawah dari 5 tahun. Ha. kalo ada kena consider jugak. Budak-budak ni sensitif sket kan. Sistem immune diaorg tak cukup kuat lagi. Nampaknya sape2 yang ada anak kecik tu kena la tunggu beberapa tahun lagi yer.

Furniture
Ha, ni pun penting gak ni. Kucing ni kan suka mencakar2 kan. Takut nanti dia cakar sofa kulit korang kan. Mahu korang menjerit satu rumah. Silap2 dengan kucing2 tu korang pekik2 kan. Kucing tu plak buat dek je macam tak bersalah. Hahaha.. Mesti geram kan. Sebenarnya ada je cara nak train diaorg. Tapi perlukan kesabaran. Nanti aku bgtau camne nak train.

Travel
Orang yg kerja dia selalu kena outstation dan jarang duk rumah memang tak sesuai la tuk bela kucing. Melainkan kat rumah ada org gaji atau ada orang lain yg boleh jaga sama. Kalo tak memanjang la korang kena hantar boarding. Tak ke membazir tu namanya. Kalo ada kawan yg boleh jaga pon, sampai bila kan.

Jenis kucing
Bila semua kat atas dah ok, baru lah korang fikir kucing yang mcm mana korang nak bela.


Korang nak kitten ke kucing dewasa?
Jantan ke betina?
Lepas tu nak kucing spesis apa. Persian ke bengal ke kucing biasa ke.. fikir fikir..byk lagi jenis kucing.. Korang kena study betul2 kucing punyer personality dan macam2 lagi lah. Sebab lain spesis lain diaorg punyer personality.
Dah habis fikir baru la korang survey2 carik yg cantek2 dan murah2.
Kalo tak nak beli, ramai org yg nak bagi je kucing diaorg. Free aje. Boleh survey kat petfinder.my dgn mudah.my .

Oklah.. itu je kot aku nak share. Kalo ada yang kurang tu korang tambah2 la ea.. hehe

Monday, March 15, 2010

Kucing pon pandai rindu?

Betul ke kucing pon rindukan kita bila kita takde. Huhu..meh sini aku nak cerita.


Kucing kebiasaannya akan sukakan seseorang yang konsisten dan mempunyai rutin yang sama setiap hari. Kucing pon pandai memilih tau. Huhu..

So, pastikan setiap hari kita kena buat perkara yang lebih kurang sama seperti bagi makan waktu pagi dan petang sahaja. Rutin yang sama boleh menyebabkan diaorg tahu macam mana nak control keadaan.
Contohnya waktu pagi diaorg tahu kita takde, diaorg akan buat hal sendiri. Sebelah malam pulak, bila kita ada, kucing kita boleh control kita mcm suruh datang layan diaorg ker atau ikut kita ke mana- mana. Sebab tulah, ada kucing yang tahu bila waktu kita balik kerja jer diaorg dah duduk tercongok dengan pintu tunggu kita.

Jadi, berbalik pada tajuk kita tadi, kucing sudah tentu akan rindukan kita bila kita tinggalkan dia beberapa hari. Rutin harian diaorg jugak mesti akan berubah. Jadi jangan buat diaorang frustrated oke. Hehe

Tips untuk meninggalkan kucing :
  1. Beberapa hari sebelum tu, jangan terlalu melayan kucing anda. Huhuhu.."no fuss, no emotion and no eye contact".
  2. Cari orang yang boleh menjaga kucing kita di rumah. Lepas tu, suruh orang itu betul2 bagi makan mengikut timetable. Kalo tak, hantar boarding kat vet atau tempat yg ada servis untuk boarding. Cari mereka yang betul2 berpengalaman.
  3. Kalo nak tinggalkan kucing anda sendirian dalam jangka masa pendek (tak lebih dari 1 hari), boleh bagi makan menggunakan automatic feeder dan jugak covered litter tray.
Kalo korang ada tips2 lain yang berguna boleh la share kat sini. Aku malas nak tulis banyak²..hahaha.. tenkiuk semua... hihi

Tuesday, March 9, 2010

Bukan kucing aku..

 
Nama Kucing : Aku tak tahu...tak sempat tanyer tuan dia.
Tuan Punya Kucing : Tak ingat nama.
Tempat tinggal : Sungai Buloh.. berdekatan dengan penjara Sg. Buloh.


 
Kucing jantan. Aku rasa umur dia baru 5 - 6 bulan.
Telinga panjang.
Suka main.


 
Comelll...Bersih..
Tengok tompok hitam dekat hidung tu... huhu.. kelakar.. 

Tuesday, March 2, 2010

Korang Felinophile ke?

Harini aku dapat tahu sesuatu yang baru..hehehe..
Mungkin aku ketinggalan..kot.. haha.. sape yang dah tahu tu dok diam-diam ea.. info ni sesuai untuk orang yang tak tahu lagi maksud felinophile je. lalalala....

Felinophile maksudnya orang yang sayang dan suka sangat dengan kucing. Perkataan tu dapat dari perkataan Latin.

Dah tahu kan sekarang.. Sebab itu, dengan gembiranya aku letak follower aku sebagai felinophile...hihihi.. (suka-suka je kan...macam la semua follower aku suka kucing.. kan)


Sape yang tak suka kucing atau phobia dengan kucing dengan ini aku panggil diaorg felinophobia.. huhu..

Korang dalam golongan mana? Felinophile ke felinophobia.. ha..cepat mengaku sekarang.

Tuesday, February 23, 2010

Kucing menguap @ yawn

 
Gambar di ambil dari SINI.
Adakah kucing menguap disebabkan reasons yang sama seperti manusia?

Manusia biasanya menguap disebabkan oleh penat atau pon mengantuk dan ia adalah sesuatu yang tak boleh dicontrol. Manusia menguap untuk menambah level oksigen dalam darah dan terus naik ke otak.

Kucing pon menguap sama reason nya seperti manusia. Cuma kadang-kadang kucing menguap sebab dia nak stretch semua muscles diseluruh bahagian muka dan mulut.. huhu..

p/s : Aku suka sangat tengok kucing2 menguap...nampak comel.. huhu

Tuesday, November 10, 2009

Mengarutlah!!

Korang pernah dengar tak org kata kalau kita ambil gambar kucing, kucing tu x kan hidup lama?? Betul ker. Macam tak caye jerk. Kucing aku sblm2 ni sehat dan riang gembira je. Orang yg cakap tu mesti tak reti bela kucing. Huh..

Kalo camtu kalo kita buat cerita catwomen dia punyer kelemahan mesti la camera kan.. mcm dalam cerita cicakman kelemahan dia kan getah...tul tak?? [apa aku merepek ni..huhu..]
Setakat ni pon takde lagi kajian saintifik yang dibuat. Tapi kan... kenapa kucing?? binatang lain tak ke?? Jadinyer MENGARUT!!..  [eh, marah nampak? ] huhuhu...

So, klik gambar di bawah sebagai bukti. hahaha... thanks to saharil.

Hahaha..kelakar..


Thursday, November 5, 2009

Saya tak mau makan!!

Manusia : Kenapa dengan ko ni meow, takmo makan ke?
Kucing : Tuan ni tak paham² lagi ke..saya kata takmo takmo la..saya mana boleh makan tulang ikan..kalo tercekik sape nak tolong?
Manusia : Owh.. boleh tahan demand jugak ko ni ea.. aku dah bg tu makan jela. Kalo ko tak nak, aku bagi coklat yg aku makan ni, nak?
Kucing : Ish. Memang sah la tuan ni sengal. Tuan nak saya sakit jantung ke.

*Cerita di atas adalah rekaan aku semata-mata. Hehehe..*

Korang tahu tak makanan apa yang kucing tak boleh makan?
Kat sini aku terangkan la makanan yang biasa diberi kat kucing tapi sebenarnya tak elok untuk kesihatan kucing.

Tulang ayam / ikan

Tak boleh bagi ni sebab boleh menyebabkan tercekik dan luka pada bahagian perut & usus.
Tapi kalo bagi kat nizaa ni elok..licin ni.. hahaha

Sardin tin (Makanan manusia)

 Sardin yang manusia makan tu tak berkhasiat takut kucing tu kurang nutrisi dalam badan. Huhu..kalo manusia makan agaknya bertambah ke nutrisi? hahaha.. lu fikir la sendiri..

Coklat dan makanan yg berkafein

 Makanan ni mengandungi caffeine ,theobromine, theophylline yang toksik kepada kucing. Boleh menyebabkan masalah jantung dan sistem saraf.

Ikan mentah

Ikan mentah plak boleh menyebabkan kekurangan thiamine (sejenis vitamin B)dalam badan kucing, boleh menyebabkan hilang selera makan, sawan dan kematian. 

Sebenarnya byk lagi macam lemak ayam boleh menyebabkan pancreatitis (radang pancreas). Huhu.. tapi yang setahu aku.. ni jelah makanan yg kebanyakannyer org bagi. Betul tak.. (aku dulu pon bagi kat kucing sume ni....maklumlah zaman sekolah dulu mana ada internet boleh dapat maklumat dihujung jari) huhu...



Tuesday, November 3, 2009

Maine Coon Cat

Harini aku nak cakap sket pasal kucing maine coon. Korang pernah tak dapat email atau tgk gambar kucing yang besar tu.. mcm niii...


Gambar di ambil dari sini.

Ha..besar giler kan kucing tu. Tu la kucing yang dinamakan maine coon. Kucing ni bulu dia sangat lembut. Lagi lembut dari kucing biasa. Kalo korang berminat nak pegang atau tengok kucing ni boleh la inform kat aku. Kucing ni intelligence dan sangat baik. Huhu..takde la nak kata kucing lain tak baik.
Maine coon ni adalah kucing yang paling besar antara kucing2 lain. Kalo dapat peluk pown sedap ni.hehe

Kalo korang berminat lagi nak tahu lebih lanjut boleh la pergi ke laman web cat-central.
Aku skang ni tengah menunggu kucing maine coon gak. Nanti kalo dah ada aku share2 la kat sini yer.
Mungkin tahun depan baru dapat.

Kalo korang nak beli kucing maine coon ni kena hati2 sket. Kadang2 tu ada yg menipu. Kalo takde certificate tak usah la nak percaya. Tapi kalo korang tahu nak bezakan kucing biasa ngan maine coon takpe.
Apa2 pon harga dia sangat mahal okey.. huhu.. mahu ribu riban. Tapi kalo korang nak beli cakap kat aku. Aku boleh tolong bagi contact number orang yang nak jual kucing maine coon. Harga boleh kawtim ma. No problem punyer.. hehe..

Ok..dah nak kul 2pm dah ni... nak start buat keje.. daaaaa...

Tuesday, October 27, 2009

ABDUL LATIP TALIB: Seekor Kucing

http://latiptalib.blogspot.com/2004/06/seekor-kucing.html
Tersentuh plak baca blog saudara ni..

Aku pernah jugak dengar kata-kata ni...
'Kata orang tua-tua, kalau nak memelihara kucing, pilih yang bulunya ada tiga warna kerana dipercayai kucing seperti itu jenis pembersih dan membawa tuah kepada tuan rumah'

Macam kucing aku ni Meon..memang dia sangat pembersih dan dah banyak bawa tuah pada aku dan husband. Contohnya, kalo dulu memang terasa susah betul nak beli makanan kucing yg mahal tu..tapi skang mmg makanan diala yang paling mewah.. mcm tu jgk dengan kitaorg..

Alhamdulillah..semua rezeki tu datang dari yang MAHA ESA.

RAJA...sesuai ker??

Semalam masa balik keje husband cakap dia nak namakan kucing jantan tu RAJA. Adeh..aku gelak je.. sesuai ker? Aku cakap, kalo PRINCE ke TIGER ke takpe jgk. Tapi husband cakap, 'ala...itu english'.

Aku ikutkan ajelaaa...skang ni dah tukar dah.. pagi² jer dah panggil Raja Raja.. aku je macam tak terkeluar dari mulut nak panggil Raja. Hihihi..

Semalam dapat amek gambar RAJA dengan kamera yg lagi elok.. saksikan model kita hari ini..

 Kucing Parsi mmg suka duduk macam ni ke? huhu

Tengok depan la!!


 

Ok dah, cukup.

~ THE END ~