Thursday, November 26, 2009

Yeah...Raya Haji..!!

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk sume!!

Yer.. aku masih bekerja hari ini.. Hoyeahhh... hihi..
Nah, kad hari raya haji untuk korang..


Bye..Sambung hari Isnin yer.. :D

Wednesday, November 25, 2009

A Christmas Carol - 3D Movie

Pic from Shockya.com

Semalam pergi tengok cerita ni dekat Sunway Pyramid. Plan asal sebenarnya nak tgk citer 2012. Tapi disebabkan tak pernah tgk 3D movie kan..kitaorg tukar la plan tgk citer ni. Sekali boring plak.. dah hujung2 baru la nak best. English dia tu kena dengar betul2 sebab english classic. Cakap pon mcm bunyi angin jer..hehehe..
Tapi aku tabik spring dekat Jim Carrey. Jim Carrey memainkan 4 watak.. watak utama iaitu Scrooge, lagi 3 tu adalah hantu-hantu yang scrooge jumpa. Memang berbeza betul suara dia dalam 4 watak tu..mcm org lain-lain.


Inilah spec 3D. First time aku pakai. Berat jugakla. Dah la aku memang pakai spek..terkemek hidung aku yg sedia kemek ini.. huhuhu..
Apa pon cerita ni cam biasa je.. mcm cerita sebelum-sebelum ni jugak..citer hantu krismas yang menyedarkan orang yang tak suka merayakan christmas....kelainannya kali ni dalam 3D je.
Bagi aku yang first timer ni memang best la, mcm real jer.. masa part hantu mula2 tu..terkejut beruk aku dibuatnya. Macam depan mata jer.. hehe
Tetiba teringat camne entah rupa aku pakai spek 3D ni semalam..bayangkan la 2 spek aku pakai....mesti macam pakai kanta besar je.. haha


Tuesday, November 24, 2009

Kucingku rindukan Evo..

Inilah dia kedai yang jual makanan kucing. Dekat Seksyen 9, Shah Alam. Bangunan belakang Shell seksyen 9. Berdekatan dengan bank al-rajhi. Kat situ ada dua kedai. Tapi kedai ni je yang ada jual makanan anak2 buluku..


Inilah dia.. Nama makanan ni Evo. Kitaorg beli yang 7kg untuk 3 cats n 2 kittens. Evo lebih protein dan sudah pastinya tanpa pewarna. Evo ni lebih jimat. 7kg (RM130) boleh tahan 2 bulan. Diaorg makan pon sket jer dah kenyang. Makanan kucing yang sangat berkhasiat..boleh tengok kat sini dan juga di sini.

Aku copy sket la :
EVO Benefits
  • Grain free for when extra carbs and grain intolerances are a concern
  • High levels of protein from quality meat, poultry and fish
  • Excellent palatability
  • Skin and coat health
  • High digestibility and decreased waste
  • Energy and nutrient-dense
  • Formulated with added antioxidant vitamins
  • Fortified with vitamins and minerals


Ramai forumer yang kata Evo ni membuatkan bulu kucing diaorg cantek dan kucing diaorg bertenaga takdela lembik mcm kurang khasiat.. :p ehehe..
Kenapa 'grain free' itu bagus?
From all the research done on cats in the last 10 years, the cat's body cannot process carbohydrates and plant products well (not like dogs), it causes them much problems. That is the reason why grains-free cat food in the premium range were introduced (after studying the cat's natural diet in its natural environment, not as a pet living in a cage) and costs a lot more. But grains (carbohydrates and fibre) are used as fillers in cat food to lower the production cost (and hence cost price) and to give bulk (nampak banyak).
Tapi bukan sume kucing sesuai dengan Evo. Ada yang tak jugak.. Banyak lagi kedai makanan kucing kat pet shop mcm blackwood, iams, science plans..dan lain-lain  :D
  
Lepas tu kitaorg beli cat litter sand. Berbau Lemon. Walaupon tahi kucing kat rumah tu kurang berbau sebab makan Evo, hehe.. kitaorg tetap jugak belikan litter sand yang berbau lemon. Kat dalam ni ada dua beg plastik. Harga dia RM40 sahaja.


Lepas kitaorg dah beli sume2 tu kitaorg singgah Ani Sup Utara kat seksyen 9. Dah lama betul tak pergi kat situ.. dah cantek kau.. dulu suram jer.. skrg ada class gitu :P

Oklah..daaaaa....

Monday, November 23, 2009

Petknode Online Pet Store

Semalam aku tengok-tengok blog aku ni kejap. Tiba-tiba aku terperasan ada sorang lagi follower yang baru iaitu Petknode.




Siapa?? Kenapa dengan petknode??



Macam ni.. Hari Raya yang lepas kitaorg mencari orang atau tempat yang boleh jaga Oleo. Maklumlah..raya takde sape kat rumah kan. Nak bawak dia balik Johor, dia plak tak pernah jalan jauh2.
Cari punyer cari.. husband jumpa website Petknode ni la.. ada aku cerita sket kat entry yang dulu.

To Petknode, thanks yer jaga Oleo raya lepas... Raya haji kali ni kitaorg beraya sini je.. Hehe..

Bagi tuan-tuan kucing yang berada di area Klang Valley, tak perlu risau kalo tak tahu jalan ke Petknode atau takde masa nak hantar kucing. Petknode menyediakan perkhidmatan 'pick up n return'. Bagus kannn... hehe ;) Selain dari cat boarding..ada macam2 lagi.

Apa-apa pon boley la pergi ke website Petknode untuk keterangan lanjut.

Makanan kucing dah habis!!

Semalam (Ahad), kesian kucing2 kat rumah kelaparan. Makanan diaorg dah habes.. hihi.. terpaksa la beli yg lain dulu sebab kedai yang jual makanan diaorg tu..hari Ahad tutup. Kitaorg plak tak teringat nak pergi beli awal2.. masing2 busy ngan keje jer.. aku plak balik keje je dah tak ingat apa. Hehe.. jangan marah ar anak-anak bulu ku sekelian.. :D


Kucing kelaparan kat rumah, tuan dia plak hari Sabtu Ahad makan McD jer. Hahaha... Makan apa lagi kalo bukan prosperity burger...hak hak hak..aku tak pasti bila dia kuar..tapi sabtu lepas g McD ternampak plak...terus cancel nak beli cheese burger kegemaran ku itu.. hehe.. air dia kali ni takde kelainan. Kalo lain pon, aku bukan suka minum pon.. aku nak burger ngan fries jer...hihihi..

Wahai anak-anak buluku.. harini kitaorg janji kitaorg g beli makanan kucing yer.. Sabau tau..Hehe..

Wednesday, November 18, 2009

Cat Parasite

Semalam aku ngan husband pergi vet dekat klang.. Klinik Haiwan Yap.. [tak sempat amek gambar sbb hujan..hehe].
Kitaorg pergi hantar Yellow [adik beradik Oleo], sebab dia dah teruk sangat dijangkiti parasite atau org melayu kata kurap [doktor yg kata]. Memang teruk la keadaan Yellow. Sebenarnya kitaorg amek Yellow dekat kedai kawan kitaorg. Sebelum ni ok jer. Dia tak reti jaga kucing agaknya sampai jadi teruk. So, sebelum dia mati baik kitaorg bawak larik pergi vet. [Lepas ni jadi kucing kitaorg laaaa..huhuhu]

Tengokla tu..beza giler kan.. tu baru sket.. tak tgk betul2 lagi telinga, kaki dengan ekor dia.. habis bulu2 dia gugur. Bulu dia dulu cantek. Sekarang dah tinggal sket. Warna pon dah pudar. [tak sanggup aku nak tunjuk kat korang gambar terbaru dia]. Kang tak pasal2 budak ofis pon tak nak dekat ngan aku sebab takut kena jangkit parasite..hahahaha.. taklah..aku tak pegang pon kucing tu.. husband yang sapu cream sume kat dia.. hehe...ai pegang sekejap boleh la.
Doktor suruh kitaorg kuarantinkan kat rumah. Jauhkan dari kucing lain. Parasite tu manusia pon boleh berjangkit. So, doktor pesan lepas pegang Yellow terus basuh tangan. Doktor kata kalo kitaorg dah start tergaru sana sini cepat2 la pergi farmasi beli ubat. Huhu.. [tiba2 je aku terasa gatal satu badan....hehe..acah je...]
Lagi 2 minggu kitaorg kena hantar lagi pergi vet..buat injection sumer. Harap2 dia cepat sembuh. Dulu aku memang suka sgt kat Yellow ni..sebab bulu dia cantek. Soft jer.
 

Sekarang dah jd mcm ni..uhuk uhuk..

 Kesian dia....Mengenang nasib dia kena kuarantin dekat sebulan.
Sabo ye Yellow..

Thursday, November 12, 2009

Cinta kucing pada manusia.

Aku sangat tertarik dengan satu cerita ni pasal kucing dengan seorang budak lelaki.
Ceritanya macam ni...... korang baca la sendiri kat bawah.. huhu

Klik kat gambar untuk enlarge okey. hehe..

Bukan kucing sahaja.. Kalo kita pon, betul2 cintakan seseorang.. walau mcm mana dia lukakan hati kita..kita tetap cintakan dia.. betul tak. Huhu..cakap pasal cinta la pulak aku harini :P malu ai..

Boleh la nnt korang cerita pasal kucing dgn manusia ni kat husband korang atau tunang atau boifren..atau sape2 yg korang sayang. Semoga ia menjadi pedoman pada setiap insan itu.. Amiiinnn... :D

p/s : Aku bukan doktor cinta. hehe

Wednesday, November 11, 2009

Pencarian anak Meon


Huhu...semalam aku tak sempat nak citer kat korang.. Kelmarin anak meon main2 dalam rumah berlari ke sana ke mari.. Oleo pon join jugak. Tapi Oleo bukan leh lama2 sgt berlari..lama2 sempot. Huhu.. Last2 tinggal anak Meon berdua jer yg main kat dalam bilik tamu [bilik tamu yg jarang digunakan].

Kisahnyer camni.. aku tengah tengok TV kat depan. Yang adik beradik ni bermain sukaria dalam bilik tamu tu. Tiba2 aku tgk meon masuk bilik tamu mengeow2 panggil anak dia.. aku pon jenguk la.. Meon tgk tertunduk2 nak tengok bawah sofa yg sempit tu. So, aku assume anak Meon ada la kat bawah tu.. memang dia suka main kat situ pon.

Lepas tu, aku rasa ada la dekat sejam dari berita start sampai la abes. Aku tgk Meon masih lagi menunggu depan sofa tu. Aku pon heran. Apesal dengan Meon ni..risau sgt dgn anak dia tu.. Selalunyer tak mcm ni. Bukannyer kat mana2 pon.. bawah sofa tu jer. Lepas tu, aku tak puas hati aku bukak la lampu bilik tamu. Aku jenguk2 kat bawah sofa tu.. takde pulak anak Meon. Aku pon tegur Meon "Meon, mana anak ko. Senyap jer..Takde bunyi anak ko main pon" [sambil usap2 kepala meon]. Tapi Meon diam je..... [tiba2 rasa mcm ckp sorg2 plak..huhu].

Habis aku round satu sofa tu tengok anak Meon takde pon. Tiba2 aku teringat kisah kucing terperangkap dalam sofa. Aku pon apa lagi.. aku pegang la tapak sofa tu.[sbbnya Meon asyik tgk bawah tu je kan]. Tiba2 aku rasa mcm ada benda berat kat bawah tu..


Rupa2nya anak Meon dah terperangkap dalam sofa.. aku pon tak tahu la dia masuk dari mana.  Jadinya, aku ketepikan suma bantal sandar tu.. A hah!!..ada lubang di situ.


Dengan pantas aku pon seluk tangan aku kat situ..cari sampai la ke bawah.. Nasib baik la tak jauh sgt dia pergi. Sampai skrg aku musykil..dari mana dia masuk?? Nak kata dari lubang ni macam tak logik.. sbb ada bantal sandar kat situ yg betul2 rapat. Aku tak sempat lagi nak investigate..[chewah].

Nasib baik la Meon menunggu kat depan sofa tu tak gerak2. Kalo tak aku pon tak beria-ia nak tengok. Meon pon macam tahu2 je anak dia dalam kesusahan. Nasib baik la tak lemas kat dalam tu. Hadeh.. apa la.. lepas aku dah kuarkan tu ...hah berebut2 nak minum susu plak. Mesti kehausan.

Meon pon jilat2 anak dia. Akhirnya pencarian anak Meon sudah pon selesai. Huhuhu.. Sekian, terima kasih.

Tuesday, November 10, 2009

Mengarutlah!!

Korang pernah dengar tak org kata kalau kita ambil gambar kucing, kucing tu x kan hidup lama?? Betul ker. Macam tak caye jerk. Kucing aku sblm2 ni sehat dan riang gembira je. Orang yg cakap tu mesti tak reti bela kucing. Huh..

Kalo camtu kalo kita buat cerita catwomen dia punyer kelemahan mesti la camera kan.. mcm dalam cerita cicakman kelemahan dia kan getah...tul tak?? [apa aku merepek ni..huhu..]
Setakat ni pon takde lagi kajian saintifik yang dibuat. Tapi kan... kenapa kucing?? binatang lain tak ke?? Jadinyer MENGARUT!!..  [eh, marah nampak? ] huhuhu...

So, klik gambar di bawah sebagai bukti. hahaha... thanks to saharil.

Hahaha..kelakar..


Monday, November 9, 2009

Dah tengok Pisau Cukur!!


Huhu.. saje je nak share kat korang sume. Sabtu lepas aku g tgk citer PISAU CUKUR. Memang best la. i like...hehe.
Mula-mula tu mcm was-was masa baru nak start movie tu. Sbb macam biasa je.. tapi lama-lama makin best.
Teruja gitu..hahaha
Oh my Gucci, oh my Vior, oh my LV dah menjadi sebutan org2 yg tengok citer ni..
Panas!!.. hihi..
Yang dah tgk tu paham la.... ehehe...yang tak tgk lagi tu..apa lagi..pegi la serbu panggung wayang.
Confirm puas hati. Ole!! hehe ;)



Friday, November 6, 2009

Menyesalnyer tak amek...

Semalam malam aku ternampak kucing warna hitam putih yang husband aku kata "esok kita amek kalo takde yang amek", mati kena langgar [sape la yang langgar kucing tu..uhuk uhuk]. KESIAN SANGAT. Rasa menyesal sangat tak amek awal².
Pagi tadi husband ai dah alih kucing tu ke tepi supaya takde orang langgar dan reput kat tengah jalan.
Masih lagi terasa ralat. Hmmm...



Thursday, November 5, 2009

Saya tak mau makan!!

Manusia : Kenapa dengan ko ni meow, takmo makan ke?
Kucing : Tuan ni tak paham² lagi ke..saya kata takmo takmo la..saya mana boleh makan tulang ikan..kalo tercekik sape nak tolong?
Manusia : Owh.. boleh tahan demand jugak ko ni ea.. aku dah bg tu makan jela. Kalo ko tak nak, aku bagi coklat yg aku makan ni, nak?
Kucing : Ish. Memang sah la tuan ni sengal. Tuan nak saya sakit jantung ke.

*Cerita di atas adalah rekaan aku semata-mata. Hehehe..*

Korang tahu tak makanan apa yang kucing tak boleh makan?
Kat sini aku terangkan la makanan yang biasa diberi kat kucing tapi sebenarnya tak elok untuk kesihatan kucing.

Tulang ayam / ikan

Tak boleh bagi ni sebab boleh menyebabkan tercekik dan luka pada bahagian perut & usus.
Tapi kalo bagi kat nizaa ni elok..licin ni.. hahaha

Sardin tin (Makanan manusia)

 Sardin yang manusia makan tu tak berkhasiat takut kucing tu kurang nutrisi dalam badan. Huhu..kalo manusia makan agaknya bertambah ke nutrisi? hahaha.. lu fikir la sendiri..

Coklat dan makanan yg berkafein

 Makanan ni mengandungi caffeine ,theobromine, theophylline yang toksik kepada kucing. Boleh menyebabkan masalah jantung dan sistem saraf.

Ikan mentah

Ikan mentah plak boleh menyebabkan kekurangan thiamine (sejenis vitamin B)dalam badan kucing, boleh menyebabkan hilang selera makan, sawan dan kematian. 

Sebenarnya byk lagi macam lemak ayam boleh menyebabkan pancreatitis (radang pancreas). Huhu.. tapi yang setahu aku.. ni jelah makanan yg kebanyakannyer org bagi. Betul tak.. (aku dulu pon bagi kat kucing sume ni....maklumlah zaman sekolah dulu mana ada internet boleh dapat maklumat dihujung jari) huhu...



Wednesday, November 4, 2009

Teka Peribahasa

Sape tahu maksud peribahasa ni?

Besar paip dari tangki.

Sape jawab betul aku bagi hadiah.. huhu.. cepat cepat!!!

Tuesday, November 3, 2009

Maine Coon Cat

Harini aku nak cakap sket pasal kucing maine coon. Korang pernah tak dapat email atau tgk gambar kucing yang besar tu.. mcm niii...


Gambar di ambil dari sini.

Ha..besar giler kan kucing tu. Tu la kucing yang dinamakan maine coon. Kucing ni bulu dia sangat lembut. Lagi lembut dari kucing biasa. Kalo korang berminat nak pegang atau tengok kucing ni boleh la inform kat aku. Kucing ni intelligence dan sangat baik. Huhu..takde la nak kata kucing lain tak baik.
Maine coon ni adalah kucing yang paling besar antara kucing2 lain. Kalo dapat peluk pown sedap ni.hehe

Kalo korang berminat lagi nak tahu lebih lanjut boleh la pergi ke laman web cat-central.
Aku skang ni tengah menunggu kucing maine coon gak. Nanti kalo dah ada aku share2 la kat sini yer.
Mungkin tahun depan baru dapat.

Kalo korang nak beli kucing maine coon ni kena hati2 sket. Kadang2 tu ada yg menipu. Kalo takde certificate tak usah la nak percaya. Tapi kalo korang tahu nak bezakan kucing biasa ngan maine coon takpe.
Apa2 pon harga dia sangat mahal okey.. huhu.. mahu ribu riban. Tapi kalo korang nak beli cakap kat aku. Aku boleh tolong bagi contact number orang yang nak jual kucing maine coon. Harga boleh kawtim ma. No problem punyer.. hehe..

Ok..dah nak kul 2pm dah ni... nak start buat keje.. daaaaa...