Wednesday, November 11, 2009

Pencarian anak Meon


Huhu...semalam aku tak sempat nak citer kat korang.. Kelmarin anak meon main2 dalam rumah berlari ke sana ke mari.. Oleo pon join jugak. Tapi Oleo bukan leh lama2 sgt berlari..lama2 sempot. Huhu.. Last2 tinggal anak Meon berdua jer yg main kat dalam bilik tamu [bilik tamu yg jarang digunakan].

Kisahnyer camni.. aku tengah tengok TV kat depan. Yang adik beradik ni bermain sukaria dalam bilik tamu tu. Tiba2 aku tgk meon masuk bilik tamu mengeow2 panggil anak dia.. aku pon jenguk la.. Meon tgk tertunduk2 nak tengok bawah sofa yg sempit tu. So, aku assume anak Meon ada la kat bawah tu.. memang dia suka main kat situ pon.

Lepas tu, aku rasa ada la dekat sejam dari berita start sampai la abes. Aku tgk Meon masih lagi menunggu depan sofa tu. Aku pon heran. Apesal dengan Meon ni..risau sgt dgn anak dia tu.. Selalunyer tak mcm ni. Bukannyer kat mana2 pon.. bawah sofa tu jer. Lepas tu, aku tak puas hati aku bukak la lampu bilik tamu. Aku jenguk2 kat bawah sofa tu.. takde pulak anak Meon. Aku pon tegur Meon "Meon, mana anak ko. Senyap jer..Takde bunyi anak ko main pon" [sambil usap2 kepala meon]. Tapi Meon diam je..... [tiba2 rasa mcm ckp sorg2 plak..huhu].

Habis aku round satu sofa tu tengok anak Meon takde pon. Tiba2 aku teringat kisah kucing terperangkap dalam sofa. Aku pon apa lagi.. aku pegang la tapak sofa tu.[sbbnya Meon asyik tgk bawah tu je kan]. Tiba2 aku rasa mcm ada benda berat kat bawah tu..


Rupa2nya anak Meon dah terperangkap dalam sofa.. aku pon tak tahu la dia masuk dari mana.  Jadinya, aku ketepikan suma bantal sandar tu.. A hah!!..ada lubang di situ.


Dengan pantas aku pon seluk tangan aku kat situ..cari sampai la ke bawah.. Nasib baik la tak jauh sgt dia pergi. Sampai skrg aku musykil..dari mana dia masuk?? Nak kata dari lubang ni macam tak logik.. sbb ada bantal sandar kat situ yg betul2 rapat. Aku tak sempat lagi nak investigate..[chewah].

Nasib baik la Meon menunggu kat depan sofa tu tak gerak2. Kalo tak aku pon tak beria-ia nak tengok. Meon pon macam tahu2 je anak dia dalam kesusahan. Nasib baik la tak lemas kat dalam tu. Hadeh.. apa la.. lepas aku dah kuarkan tu ...hah berebut2 nak minum susu plak. Mesti kehausan.

Meon pon jilat2 anak dia. Akhirnya pencarian anak Meon sudah pon selesai. Huhuhu.. Sekian, terima kasih.

7 comments:

cik EPAL said...

ganas jugak kucing ni..hehe..

klik iklan nuff anda ;)

ridduan said...

nasib baik ler....if x lemas karang..dulu kt kg@sekincan..rumah dkt sawah padi..so dkt ler dgn parit, ular pun byk ler...nak di ceritanakn kucing saya ampon asyik diam jer..dok renung bawah almari..mula saya biar jer..last arwah mak kata mesti ada sesuatu...try jenguk//last2 ada ular bawah meja...terus pukul kasi mati...nasib baik ader kucing..kasi signal...if tak mesti perkara buruk terjadi...

iela said...

cik epal : bukan ganas..nakal..hihihi

ridduan : tu la salah satu kebaikannya bela kucing ni kan.. :D

nizaa said...

dasat tu kan..walaupun anak dia tak mngiau, dia still tau anak dia dalam tu..naluri seorang ibu...kucing. hahaha

iela said...

nizaa : tu la.. mmg hebat.. berikan tepukan gemuruh utk MEON!!.. hihihihi

sI tEDI said...

nasib baik selamat!!

iela said...

tedi : mmg bernasib baik la anak2 Meon tu..huhu