Showing posts with label YELLOW. Show all posts
Showing posts with label YELLOW. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

Yellow sudah bertukar kepada Cheezy

Aku dah lama dah sebenarnya nak cerita kat sini. Cerita tentang Yellow yang aku bela dulu tu, dah diberikan kepada org lain iaitu kembar dari Melaka.

Minggu lepas kitaorg duk baca2 blog diaorang pasal kucing2 diaorg termasuklah pasal Yellow (diaorg dah tukar nama cheezy).. tiba-tiba rindu plak kat dia.. uhuk uhuk.. hehe.. Yelah sape tak rindu. Dulu dari dia buruk dan sakit sampai la dia jadi sehat dan gemuk..kitaorg yang jaga.

Aku dah tak ingat bila Yellow kena amek.. tapi gambar-gambar dia saat kena ambil tu ada la.. hehe

 
Muka ketakutan kot.. :P

Lepas semuanya selesai..kitaorg tunjuk jalan dekat tuan baru Yellow tu nak ke highway.. aku sempat lagi amek gambar kete diaorg ..hihi
 

Kat bawah ni plak gambar terakhir aku ambil. Masa ni kitaorg nak terus, diaorg plak nak buat U-turn.. 
Macam mana nak ckp ea.. nak kata sedih tu sedih gak..tapi kitaorg terpaksa kurangkan kucing kat rumah. Sekarang kat rumah pon dah ada 5 ekor. Bukan tak sanggup jaga tapi takut tak terjaga.. seharian kat ofis jerkan..  thanks to eena dan twin dia.. jaga Cheezy elok2 yer.. hehehe

Wednesday, November 18, 2009

Cat Parasite

Semalam aku ngan husband pergi vet dekat klang.. Klinik Haiwan Yap.. [tak sempat amek gambar sbb hujan..hehe].
Kitaorg pergi hantar Yellow [adik beradik Oleo], sebab dia dah teruk sangat dijangkiti parasite atau org melayu kata kurap [doktor yg kata]. Memang teruk la keadaan Yellow. Sebenarnya kitaorg amek Yellow dekat kedai kawan kitaorg. Sebelum ni ok jer. Dia tak reti jaga kucing agaknya sampai jadi teruk. So, sebelum dia mati baik kitaorg bawak larik pergi vet. [Lepas ni jadi kucing kitaorg laaaa..huhuhu]

Tengokla tu..beza giler kan.. tu baru sket.. tak tgk betul2 lagi telinga, kaki dengan ekor dia.. habis bulu2 dia gugur. Bulu dia dulu cantek. Sekarang dah tinggal sket. Warna pon dah pudar. [tak sanggup aku nak tunjuk kat korang gambar terbaru dia]. Kang tak pasal2 budak ofis pon tak nak dekat ngan aku sebab takut kena jangkit parasite..hahahaha.. taklah..aku tak pegang pon kucing tu.. husband yang sapu cream sume kat dia.. hehe...ai pegang sekejap boleh la.
Doktor suruh kitaorg kuarantinkan kat rumah. Jauhkan dari kucing lain. Parasite tu manusia pon boleh berjangkit. So, doktor pesan lepas pegang Yellow terus basuh tangan. Doktor kata kalo kitaorg dah start tergaru sana sini cepat2 la pergi farmasi beli ubat. Huhu.. [tiba2 je aku terasa gatal satu badan....hehe..acah je...]
Lagi 2 minggu kitaorg kena hantar lagi pergi vet..buat injection sumer. Harap2 dia cepat sembuh. Dulu aku memang suka sgt kat Yellow ni..sebab bulu dia cantek. Soft jer.
 

Sekarang dah jd mcm ni..uhuk uhuk..

 Kesian dia....Mengenang nasib dia kena kuarantin dekat sebulan.
Sabo ye Yellow..