Showing posts with label LAIN-LAIN. Show all posts
Showing posts with label LAIN-LAIN. Show all posts

Tuesday, May 18, 2010

Kucing punye peribahasa...

Melakak kucing di dapur.
   *Melakak = memukul dengan barang keras.
    Maknanya: Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita.

Membeli kucing dalam karung.
     Maknanya: Membeli sesuatu dengan tidak melihat barangnya. 

 Menantikan kucing bertanduk.
    Maknanya: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. 


p/s : Tiga peribahasa je cukup la eh... hehehe


Friday, April 30, 2010

Kucing Tuan Kurus mati dibelit ular sawa.

Aku baru je baca dari blog Papa Meow. Kawan dia Tuan Kurus, telah kehilangan kucing warna oren. Kucing dia mati dibelit ular sawa. Kesian sangat.

Harap2 tuan kurus tak bersedih lama2. Ni sebahagian gambar yang di ambil dari blog Papa Meow.

Ni la ular sawanya. Dah mati di bunuh oleh orang kampung Papa Meow.

Keadaan kucing Tuan kurus yang dah kaku. Berdarah sana sini.

Tuan kurus memeluk kucingnya sebaik saja tiba ditempat kejadian. Menangis sambil memeluk kucing nya. Bertabahlah tuan kurus.


Cerita penuh di SINI.

Thursday, April 22, 2010

Earth Day

Happy Earth Day!!!


Harini adalah Hari Bumi 2010

Jagalah alam sekitar.. Sayangilah bumi kita yang tercinta ini.
Pesanan dari KittyMitty untuk semua.

Terima kasih.

Pic from Clarku.


First time ni tau....auuuww

Inilah kali pertama aku di tag.. Terima kasih ellis. Hehehe

Tajuk tag ialah barang pertama..hmmm...

1. Barang kahwin pertama yg dipakai
Walaupon soalan ni soalan yang pertama, tapi ni la soalan yang aku jawab paling last sekali. Sebab aku pon tak berapa nak ingat nak barang kahwin yang pertama aku pakai. Kasut ke gelang. Hmmm... fikir2. hahaha

2. Barang elektrik pertama yg beli bersama pasangan slps sah bernikah dan dok sebumbung
Hmm... lama jugak aku berfikir ni. Sebab aku dok rumah mak mertua kan. Semua barang pon dah ada.. hahahaha.. 
Selepas lama berfikir... baru aku teringat.. A HAH!! Hair Dryer.. kuikuikui..

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran
Duit hantaran aku tak guna untuk peribadi.. tapi kalo duit mas kahwin tu yela. 

4. Barang peribadi pertama yg dibeli slps bergelar isteri
Mana nak hengat dek non oi..

5. Barang mahal pertama yg dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)
Sebijik kereta myvi...huahuahua


Disebabkan soalan2 nyer sesuai untuk org yg dah kahwin, aku nak tag kat orang yang baru je kahwin iaitu :


Jawab jangan tak jawab.. huhuhu

Wednesday, April 21, 2010

Boring punye pasal.

 

Harini entri dimulakan dengan Bismillah..  Almaklumlah, baru je dapat email yang menginsafkan aku. Sape2 yang dapat email dari member kat ofis ni mesti paham :P (dah tentu2 budak2 ofis aku je yg paham).. hehe..
Sape2 yang nak aku forwardkan email tu sila la tinggalkan email kat komen ek. huhu

Ni nak citer. Tak tahu la sebab apa, dari pagi tadi aku mengantuk la sesangat. Menguap je tak abes2. Dah la ofis ni sejuk je kan. Memang kalo tdo ni enak sungguh lah. Tapi harini tak mengizinkan aku untuk tido barang seminit dua.

Harini adalah hari yang amat penting bagi aku. Sebab kerja aku melibatkan org-org besar UiTM iaitu Naib Canselor dan juga pengarah-pengarah kampus cawangan. Oh.. berdebar-debar seh. Projek blom jalan tapi Naib Canselor dah nak guna projek ni. Projek apa? Web conference jer. Kalo tak tahu search Adobe Connect Pro yer. Hehe.. nak citer kang panjang lebar plak. Hahaha..

Sementara aku tunggu kul 1:30, aku pon bukak la paint kat PC aku ni. Lepas tu terhasil lah lukisan kat bawah ni, hasil dari kreativiti yg tak seberapa. Hahaha.. kalo jual pon tak laku :P


Kuikuikui... kelako tak? Hahaha.. Aku rasa text tu je yg cantek.. Yg lain cam harem.. hahaha.. Takpe.. lepas ni aku polish lagi bakat aku yang terpendam ni.. hahaha.. poyos :P

Nanti bila aku dah pandai melukis guna mouse, muka korang pon aku boleh lukis tau.. hihihi.. impian tinggi selangit nampaaakkk..

Korang komen la sket.. walaupon aku tahu korang akan cakap "cantek tapi kena gilap lagi.." ahaks.. Udah udah.. aku ni kena buat keje ni. Daaaa...

Assalamualaikum..

Tuesday, April 20, 2010

Anne ngasri bercerai??

Harian Metro hari ini menulis tentang rumahtangga Anne Ngasri & Abdul Wafi kini di’landa masalah & kemungkinan besar menuju perpisahan.

Nasib perkahwinan mereka yang akan genap 5 tahun tidak lama lagi akan di’tentukan oleh keputusan mahkamah atau keputusan mereka berdua sekali.

“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan”, kata Anne Ngasri kepada media.

Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.

------------------------------------------------
Oh...adakah ini badi sehati berdansa.. Ish ish...  Oh tidak.. Harap2 perkahwinan diaorg masih boleh diselamatkan.

Sunday, April 18, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia...

Malam tadi masa pergi minum kat Seksyen 11, member husband aku cakap Achik Spin dah meninggal dunia sebab accident. Mula-mula aku macam blur.. Achik Spin sape? ahahaha..

Sejak akhir2 ni makin ramai pulak artis yang meninggal dunia. Dah macam musim pulak. Ada musim bercerai, musim berkahwin, musim bercinta...hmmm... tapi kalo dah qada dan qadar kan..takleh nak kata apa lah.

Aku percaya semua org dah search googling2 cerita pasal arwah Achik ni kan. Aku tak nak cerita banyak cuma nak letak gambar keadaan di tempat kejadian jer.

Seram aku tengok. Pic credit to azfarul.com

Pic credit to ondscene

Apa pon aku nak ucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Al-fatihah...

Thursday, April 15, 2010

Salah cikgu matematik ke cikgu bahasa ni??

Aku saje je nak share kat korang. Tadi aku dapat email dari member. Korang layan la gambar kat bawah ni. Lepas tu korang bagi komen yang bernas yer.. huhuhu

Wednesday, April 14, 2010

Flea Collar

 Pic dicopet dari En. Google

Aku baru tahu benda ni ada. Selama ni pakai spot on jer.

Ada tak sape2 yang pernah pakai flea collar ni. Bukan apa aku just nak tahu harga dan keberkesanan benda ni je.

Saturday, March 27, 2010

Pertandingan kucing antarabangsa 4 ring..

Sape pecinta kucing tu jom la kita pergi beramai2...


23 April 2010. 11am - 9pm. Pedigree Cat Exibition
Colouring Contest Age 5years - 7years
Cat Breed Explaination on Stage
24 April 2010. 11am-9pm Pedigree Cat Exibition.
Colouring Contest Age 8years - 10years
Cat Breed Explaination on Stage
Cat busket and Cage Decoration Contest

Cat fancy Dress Competition
25 April 2010. 8am - 6pm 4ring International Cat Competition
1 judge from Denmark.
1 judge from Austria.
2 judge from Japan.

Entry fees. RM 30.00 for HHP. & RM 140.00 for Pedigree Cat
Cash price reward RM1000.00 for Best In Show Cat ! A lot of prices to be win !


Keterangan lanjut boleh la lawat website diaorg tu.. macam best kan? Jom laaaaa...

Friday, March 12, 2010

TUAN, BUKAN SAYA YANG BUAT LA...

Harini aku dapat email yang sama dari Asura dan jugak Masita. Cute sangat email ni... Aku nak letak dalam blog jugak tak kira. lalala..

Tajuk email : TUAN, BUKAN SAYA YANG BUAT LA..

di suatu petang yg nyaman....sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..  

 kendian, benda tu bergerak ke badan 

 
 rasa cam kena patuk kat perut..... takkan kutu kot? 

 bila toleh.... rupenyer si ijou, burung tecik yg tuan saya baru beli semlm

 saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni 

 tapi dia xmau, and masih patuk2 saya 

 pastu masih nak naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni. 

tak lama kendian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak... rupanye mengerjakan hp tuan saya 

 saya pun jerit "Oi!rosak nanti, tuan marah lah". 

 dia melawan lak tu 

 masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak 

 akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri 

 oh.... di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan~~             




Cute kaaaannn.. ahaha

Tuesday, March 2, 2010

Monday, January 4, 2010

Kasut tumit tinggi boleh jejaskan kesuburan wanita.



LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan.

Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."

Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.

Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.

Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur.

"Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit.

"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja," katanya.

Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.

Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.


FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi

* Jejaskan peluang untuk dapat anak
* Punca rambut gugur
* Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
* Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
* Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid

----------

Cuma nak share dengan korang pasal article ni.. aku terjumpa plak masa tgh googling.. hehehe.. :D

Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita --> ada ke orang yang pakai kasut tumit tinggi sampai 5inch? huhu.. gila ah

Hmmm..betul ker?

Friday, January 1, 2010

Thursday, November 26, 2009

Yeah...Raya Haji..!!

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk sume!!

Yer.. aku masih bekerja hari ini.. Hoyeahhh... hihi..
Nah, kad hari raya haji untuk korang..


Bye..Sambung hari Isnin yer.. :D

Thursday, November 12, 2009

Cinta kucing pada manusia.

Aku sangat tertarik dengan satu cerita ni pasal kucing dengan seorang budak lelaki.
Ceritanya macam ni...... korang baca la sendiri kat bawah.. huhu

Klik kat gambar untuk enlarge okey. hehe..

Bukan kucing sahaja.. Kalo kita pon, betul2 cintakan seseorang.. walau mcm mana dia lukakan hati kita..kita tetap cintakan dia.. betul tak. Huhu..cakap pasal cinta la pulak aku harini :P malu ai..

Boleh la nnt korang cerita pasal kucing dgn manusia ni kat husband korang atau tunang atau boifren..atau sape2 yg korang sayang. Semoga ia menjadi pedoman pada setiap insan itu.. Amiiinnn... :D

p/s : Aku bukan doktor cinta. hehe

Tuesday, November 10, 2009

Mengarutlah!!

Korang pernah dengar tak org kata kalau kita ambil gambar kucing, kucing tu x kan hidup lama?? Betul ker. Macam tak caye jerk. Kucing aku sblm2 ni sehat dan riang gembira je. Orang yg cakap tu mesti tak reti bela kucing. Huh..

Kalo camtu kalo kita buat cerita catwomen dia punyer kelemahan mesti la camera kan.. mcm dalam cerita cicakman kelemahan dia kan getah...tul tak?? [apa aku merepek ni..huhu..]
Setakat ni pon takde lagi kajian saintifik yang dibuat. Tapi kan... kenapa kucing?? binatang lain tak ke?? Jadinyer MENGARUT!!..  [eh, marah nampak? ] huhuhu...

So, klik gambar di bawah sebagai bukti. hahaha... thanks to saharil.

Hahaha..kelakar..


Wednesday, October 28, 2009

Berjaya jugak akhirnya...yeah..

Huhu... Akhirnya aku berjaya mengumpul 7 gelas McD. Dari warna pink sampai la ke crystal clear.
Dengan penuh riang gembiranyer aku tunjukkan gelas2 itu..hahaha

Dalam gambar ni yg paling lawa warna biru (kesukaan kancilbiru ni) , lepas tu warna Lime yang kat atas tu.. Cantek kaannn... hehe


Eh ada lagi...
Nasib merah takde kalo tak mesti eliss dgn redmummy suka kannn... hehe..



Tuesday, October 27, 2009

ABDUL LATIP TALIB: Seekor Kucing

http://latiptalib.blogspot.com/2004/06/seekor-kucing.html
Tersentuh plak baca blog saudara ni..

Aku pernah jugak dengar kata-kata ni...
'Kata orang tua-tua, kalau nak memelihara kucing, pilih yang bulunya ada tiga warna kerana dipercayai kucing seperti itu jenis pembersih dan membawa tuah kepada tuan rumah'

Macam kucing aku ni Meon..memang dia sangat pembersih dan dah banyak bawa tuah pada aku dan husband. Contohnya, kalo dulu memang terasa susah betul nak beli makanan kucing yg mahal tu..tapi skang mmg makanan diala yang paling mewah.. mcm tu jgk dengan kitaorg..

Alhamdulillah..semua rezeki tu datang dari yang MAHA ESA.

Wednesday, October 21, 2009

Cat Cage

Ha.. kali ni nak promote sket sangkar kucing yang cik abang saya jual. Sape nak beli? Mai mai jualan murah jualan murah. Cat cage baru punyer.. 3 tingkat. Details :

Condition: NEW

Item at: Shah Alam, Selangor

Sales Price: RM 250.00

Shipping Method: Self Collect

Package includes:
1. 1x Pet Cages / Sangkar Kucing
Black Finishing
3ft[L] x 2ft[W] x 4ft[H]

2. 1x Solid Tray anti-dust

FREE 2x Food Tray - While Stock Lasts

Contact method/details:
Call/ SMS: 012-3727 969
E-mail: hisham2u"@"gmail.com

Contoh gambaq yang aku dah pakai kat umah..sebijik macam ni la.

 
 
 

So, sape² yang berminat tu boleh la calling² yer.. hehe.. msg kat sini pon boley.. takde hal lah.

Bukan sangkar 3 tingkat je ada.. 2 tingkat pon ada.. tapi tak amek lagi gambar. Harga dia RM150 jer. Mana nak dapat murah macam ni weh.

Kat kedai sangkar 3 tingkat ni 300 ke 400 lebih tau. Apa lagi... hehe