Semalam dah cerita jalan-jalan di waktu pagi.. ni nak cerita pulak sebelah petang ke malam pulak. Cerita yang penting2 je dah la kan. Lebih2 kang korang menyampah pulak.. hehe
PETANG
Petang dalam pukul 4 macam tu kitaorg gerak ke Sunway Pyramid. Tiba-tiba aku teringin plak makan makanan Korea. Aku selalu tengok citer kat Astro Discovery Channel citer pasal makanan Korea.. Kat dalam TV biasa la kan mesti la nak cerita yang best jer.. sedap la bagus la.. So aku pon teringin la jugak nak rasa.
Cari punye cari, AKHIRNYA jumpa jugak restoran Korea.. yeah.. Nah aku persembahkan makanan korea dekat korang. Boleh tahan sedap jgk la..
Nama Kedai tu Ko Hyang.. pekerjanya bukan Warga Korea yer.. huhu
Yeah..ini dia..
Aku makan benda ni.. nasi dengan Kim Chi stew... vege yer.. sodaaappp.. Dalam kuah tu ada tauhu dengan Kim Chi.. Air pulak aku order air Peach Tea.
En. Hubby dia makan mee udang kot.. kalo tak silap la :P Dia kata rasa macam meggi.. haha...
Tapi ramai org cina datang kedai ni makan benda ni jer.
Boleh tahan sedap. Licin jugak la en hubby makan.
MALAM
Kitaorg masih lagi dekat Sunway Pyramid nak tunggu wayang pukul 9:45.. Lepas tu en hubby nak pergi urut kaki plak. Sambil menunggu nak pukul 9 tu kan. Aku malas nak join..Mood aku waktu tu dah tak sabar nak tengok Alice in Wonderland je.. hehe...
9:45PM dah kat depan panggung dah. Akhirnya aku dapat jugak tengok Alice in Wonderland 3D. Walaupon cerita dia agak boring, tapi aku tak kisah sebab dapat tengok Johnny Depp berlakon.. hehe..
Dari lima bintang aku bg 3 bintang je untuk movie ni. Tapi lakonan Johnny Depp aku bagi 5 bintang. Nampak sangat aku nak tengok movie ni semata-mata sebab dia je kan.. :P
Pandai betul diaorg promote cerita ni. Watak utama dalam cerita ni mesti la Alice kan.. tapi diaorg dok promote2 Johnny Depp jer. Mentang2 la ramai yg suka kat dia. Huh..
Ok, dah la setakat ni jelah yer. Daa...