Tuesday, February 23, 2010

Tomei & Aiko yang lahap

Inilah dia, dua ekor kucing yang sangat lapar. Walaupon perut kecik dan badan kecik tapi selera makan diaorg boleh tahan.
 

Nampak tu betapa diaorg tu lapar.. hahaha.. sebenarnya kitaorg yg letak kat atas tu..nak tgk reaksi diaorg.. Letak je diaorg kat situ..terus tak tahu nak start yg mana dulu. Semua tempat ada makanan..huhuhu..

Macam tak makan 2 3 hari lahapnyer tu.. huhu


Muat-muat pulak tu dengan diaorg.. kucing-kucing yang dewasa semua makan mcm biasa tak heran pon dengan Aiko dan Tomei.
 
Eh..tengok tu..tomei dah turun bawah dah.. sambung makan kat bawah pulak.. tggl la Aiko sekor tak abes2 lg.. 


p/s : Aku pon terasa macam nak makan je bila bau makanan kucing tu... haha

Kucing menguap @ yawn

 
Gambar di ambil dari SINI.
Adakah kucing menguap disebabkan reasons yang sama seperti manusia?

Manusia biasanya menguap disebabkan oleh penat atau pon mengantuk dan ia adalah sesuatu yang tak boleh dicontrol. Manusia menguap untuk menambah level oksigen dalam darah dan terus naik ke otak.

Kucing pon menguap sama reason nya seperti manusia. Cuma kadang-kadang kucing menguap sebab dia nak stretch semua muscles diseluruh bahagian muka dan mulut.. huhu..

p/s : Aku suka sangat tengok kucing2 menguap...nampak comel.. huhu

Friday, February 19, 2010

Nak tengok sesangat..

Dah lama aku tunggu citer Alice in Wonderland kuar. Yea yea... bulan depan boleh tengok.. yuhuuu..

 

Sebab utama aku nak tengok citer ni adalah Johnny Depp. Hehe.. Owh..aku minat sangat kat dia.. aku suka tengok dia berlakon..  nasib baik la en husband pon suka, kalo tak takde harapan la kot nak pergi tengok citer ni.

Tayangan 3D dia kuar 4hb ni.. agak2 best tak ek.. ah..best tak best aku tak kisah dah..asalkan ada Johnny Depp.. hak hak hak..

Tata titi tutuuuuu..... :D

Thursday, February 18, 2010

eeee...apa ni !?

 

Geli tak korang.. :P

Sebenarnya tu gumpalan bulu kucing ni ha.. Tengokla tu..Kucing tu pon malu nak tunjuk muka.. hahaha..



Ok..sebenarnya ni kucing sepupu en husband.. nama kucing ni tak ingat pulak.. maklumla dah tua. huhuhu.. Betina. Tuan kucing ni hantar kat rumah kitaorg sebab suruh tengokkan betul ke kucing dia ni tengah miang. Lepas tu suruh tengok2kan dia dah dimandulkan ke belum..Diaorg nak kawenkan la tu.

Kitaorg nasihatkan kat dia supaya hantar vaccin dulu sebelum nak kawenkan..yelakan..takut effect dekat kucing jantan tu kang..tak ke naya. Pernah terjadi tau.

2 hari kot kitaorg jaga kucing ni. Bulu dia banyak sangat gugur lepas tu kat bawah badan dia banyak bulu2 terjuntai2 macam gambar kat atas sekali tuh. Aku pon apa lagi.. suruh la en husband gunting elok2 lepas tu terus mandikan dia.. lepas mandi kitaorg sikat dia sampai la takde gumpalan2 bulu tu.


Lepas tu kitaorg hantar terus kat tuan kucing ni. Tuan kucing dia terkejut dan berkata "eh, bulu dia takde gugur lagi la..korang buat camne".. huh.. apela (dalam hati).. Aku pon dok bersyarah la kat dia.. "Tadi kitaorg mandikan dia...lepas tu sikat, bla bla bla".. dia pon cakap "owh..patutla....kitaorang selalunya lepas mandikan dia terus lepaskan camtu jer biar kering sendiri.."..   Aduss... patutla... hahaha..(dalam hati jgk)

Dah habis membebel2, kitaorg pon rekemen la klinik veterinar dekat shah alam.. siap kitaorg tolong hantar sama2 lagi. Harap2 lepas ni diaorg jaga la kucing tu betul2. Diaorg tak pernah jaga kucing bulu lebat mcm ni.. sebab tu tak tahu sangat. Kucing ni pon dia jumpa merayau-rayau tak tahu kucing sape..diaorg rembat jer :p
huhu..dari terbiar baik diaorg jaga je kan..

Ada lagi sekor kucing dia kat rumah..cantek..tapi tak sempat nak amek gambar..terlalu terkesima dengan corak bulu kucing tu sampai terlupa. Orite..gadego..daaaa

Wednesday, February 17, 2010

Yellow sudah bertukar kepada Cheezy

Aku dah lama dah sebenarnya nak cerita kat sini. Cerita tentang Yellow yang aku bela dulu tu, dah diberikan kepada org lain iaitu kembar dari Melaka.

Minggu lepas kitaorg duk baca2 blog diaorang pasal kucing2 diaorg termasuklah pasal Yellow (diaorg dah tukar nama cheezy).. tiba-tiba rindu plak kat dia.. uhuk uhuk.. hehe.. Yelah sape tak rindu. Dulu dari dia buruk dan sakit sampai la dia jadi sehat dan gemuk..kitaorg yang jaga.

Aku dah tak ingat bila Yellow kena amek.. tapi gambar-gambar dia saat kena ambil tu ada la.. hehe

 
Muka ketakutan kot.. :P

Lepas semuanya selesai..kitaorg tunjuk jalan dekat tuan baru Yellow tu nak ke highway.. aku sempat lagi amek gambar kete diaorg ..hihi
 

Kat bawah ni plak gambar terakhir aku ambil. Masa ni kitaorg nak terus, diaorg plak nak buat U-turn.. 
Macam mana nak ckp ea.. nak kata sedih tu sedih gak..tapi kitaorg terpaksa kurangkan kucing kat rumah. Sekarang kat rumah pon dah ada 5 ekor. Bukan tak sanggup jaga tapi takut tak terjaga.. seharian kat ofis jerkan..  thanks to eena dan twin dia.. jaga Cheezy elok2 yer.. hehehe

Friday, February 12, 2010

Info cuaca..

Keadaan diluar ofis aku (tingkat 6)...

 
Gelap... dan awan tu nampak cam rendah betul.. seram aku tengok..


Dari sudut yang lain plak.. 
Angin memang kuat lah..sampai kan tingkap tingkap ni mengeluarkan bunyi bising.. huhu..kalo sorang2 mesti ada yang seram jer.. 
Tapi tu sekejap jer...tak lama lepas tu clear.. tak hujan pon.. awan tu dah ditiup angin yg kuat pergi ke tempat lain.. chewah..pandai jer aku..kih kih kih


Tukar dah...hahaha

Akhirnya aku sudah tukar template... kih kih kih..

Ok tak.. kalo korang tak suka takper.. janji aku suka..hahahhaa.. berlagak

Esok adalah hari Sabtu dan aku kerja.. aduss... maklumlah pekerja berdedikasi la katakan..hehe.. berlagak lagi..

Oh..anak2 bulus ku semua sihat2... ni antara gambar terbaru diaorg.. gambar tak berapa cantek sebab pakai kamera enset.. tunggulah aku beli kamera mahal sket.. :P huhuhu.. ntah bila ntah tu..

 
Muka comot la Aiko ni.. gambar lepas dah bersihkan terlupa plak nak amek.. :P



Tomei tgh main dengan Comot.. eh..pegang2 tgn pulak.. :P

Keylah..esok aku upload gambar lg.. takde gmbr yg cantek2 laa.. hihi..

Berlaku perubahan pemenang....

Herm... suspen tak korang..semalam sebelum aku balik kerja.. tiba-tiba aku nak buat perubahan...
Perubahan apa tu.. haaa.. bukan perubahan pemenang la.. hihihi.. perubahan template blog ni jer.. ehhehe..

Tiba-tiba aku boring dengan template aku yang lama..
Tiba-tiba aku pening tgk template aku yang lama..

Jadinya.. dari aku pening-pening nak cari template berwarna-warna bercorak-corak bagai.. aku fikir baik aku biarkan ia kosong dan kemas.. macam bilik tidur aku yg kemas itu.. hehehe..

Aku sebenarnya masih mencari-cari template yang sesuai dengan jiwa aku ni.. so buat sementara ni aku pakai la template yang dah sedia ada... aku dah tak boleh tengok dah yg lama punyer tu.. BOSAN mcm nak MENYAMPAH dah.. hihi..

Korang bleh tak suggest template apa yang best2.. kot kot la ada yang terkenan dihatiku ini.. TQ

Thursday, February 11, 2010

Pemenang Bagi Contest Namakan dan Menang!!

Pemenang bagi nama yang terpilih ialah :


Pemenang bagi entry paling creative, pihak juri telah pilih..
*****************************
    Tahniah tahniah..!!hehe.. pada yang tak menang tu jangan la bersedih yer. Apa pon kittymitty dengan gembiranya nak berikan saguhati tuk korang jugak sebab sudi join contest.
    Diharap semua peserta dapat emailkan alamat untuk penghantaran hadiah.
    Lepas tu, PEMENANG SAHAJA jangan lupa pilih hadiah mana korang nak, samada untuk diri sendiri ke atau untuk kucing.
    Boleh emailkan kat yahoo.com atau gmail.com (id : iela7382).

    Ucapan terima kasih sangat2 kat semua yer..

     
    Untuk semua peserta ;)

    Tuesday, February 9, 2010

    3 nama yang terpilih buat masa ini..

    Salam, selamat pagi semua. Dah breakfast ker?

    Key, nak cepat ni sebab sat jer lagi aku dah takleh duk depan PC lama2..banyak keje dah menanti.. Selama 3 hari aku telah memikirkan 3 nama yang sesuai dan terbaik utk anak Oleo iaitu..

    • CREAMIEY
    • CHIKI
    • AIKO 

    Haa... siapa la yang bagi nama2 ni kaaaan.. korang cari la sendiri :P aku dah bagi pon senarai nama peserta haritu kan..

    So, tuan punyer badan..sila bergembira yer.. korang dah dikira sebagai top 3 la.. untuk pilihan nama yang kitaorg suka.

    Untuk entry paling creative tu pulak.. masih dalam perbincangan.. tunggu jer.. mungkin harini atau pon esok aku bgtau yer.. daaaa...

    p/s : eh...apesal aku pilih warna pink tetiba ni.. hihihi..

    Monday, February 8, 2010

    Cokolat & survenior mereka mereka itu

    First of all, nak ucap terima kasih la banyak2 tak terhingga kat member2 ofis ni ha. Diaorg baru balik dari Langkawi.. katanya ada kursus kat sana.huhu.. Jadinya harini semua org dapat coklat.

     
    Ha itu dia.. tak baper minit lepas tu aku dapat lagi cokolat..
     
    Nampak tak kipas warna biru tu.... eh..mana pergi selipar kecik yg kat atas tu... haaaa... jeng  jeng jeng...
     
    Dengan pantas aku terus sangkut kat sini.. nampak comel kepinkngan.. hehe.. kalo bg kat anak2 bulus aku ni confirm rabak.. haha.. 
    Tapi semua coklat yg korang bagi tu mmg sedap yummy2...especially yang kisses tu.. tu feveret en hubby aku tu.. aku bawak balik bg kat dia.. confirm ar liiicciiiiinnn.. huhu

    Tapi sebenarnya aku bukan penggemar coklat.. tapi kalo org dah bg..aku makan jer la kan..tapi mmg sedap la coklat yg korang bg tu.. sedap.. hehe

    Friday, February 5, 2010

    Berakhirlah sudah contest...

    Yess...nampaknya hanya 7 orang sahaja yang betul-betul mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dan yang betul-betul berminat nak join contest..yang kata nak join tu punyer la ramai..huhu.
    Okey, mereka itu adalah :
    1. Shaf lina
    2. Qisha
    3. sI tEDI
    4. meera^da cute..*_*
    5. en. AMD 
    6. My A,B,C,D......
    7. Hello Kitty
      Disebabkan hanya 7 orang sahaja yang mempunyai blog yang join, jadinya hadiah untuk "2 org pemenang bagi slogan yang paling kreatif atau menarik" telah pon digugurkan.

      Pengumuman pemenang akan diberitahu secepat mungkin disebabkan ramai sangat juri nak kena tanyer ni.. hehe..
      Aku dan en. hubby hanya akan jadi juri untuk pilih nama yang sesuai jer.. dan pemenang untuk entry paling creative akan dinilai oleh orang-orang terdekat kami seperti adik beradik.. ;) Aku harap minggu depan iaitu hari selasa aku boleh umum pemenangnya. Tak sabar nak bg hadiah :P hahaha

      Oh ya, harini aku telah terima berita sedih daripada Qisha iaitu salah seorang peserta, bahawa kucing kesayangannya Flex telah pon meninggalkan dia buat selamanya. Aku doakan semoga dia tabah dan kucing-kucing yang lain kat rumah dia selamat daripada jangkitan FIV. Jangan sedih2 sgt key.

      Ok..daaaa

      Contest Namakan dan Menang!!

      Yer..inilah masa yang ditunggu2 oleh semua org. :P [ poyo jer kan ]. Semalam aku dah berbincang dengan encik hubby nak korang namakan salah sorg sekor anak Oleo. Akhirnya, dia bersetuju untuk korang namakan anak Oleo yang berjantina betina. Yeaahhh... ini dia gambar2nyer..

       

      Yang jantan tu encik hubby aku ckp nak namakan Tomei.. pastu dia kata nak namakan yang betina ni pulak Habib.. hahaha.. takde takde..aku tidak setuju.. Ada ke nak dinamakan nama kedai jual barang kemas tu.. takmolah. huhu.. Jadi dengan ini,  aku nak korang namakan anak Oleo yang betina ni la.. Ha, boleh? hehe..

      Ok ok..Syarat-syaratnya mudah jer:
      1. Untuk kawan-kawan yang ada blog..
        • Jadi Follower blog ini.
        • Korang mestilah create satu entry berkenaan contest ni. Ataupon korang copy paste je entry aku ni. Jangan lupa tinggalkan nama anak kucing yer dalam entry tu. Buatlah secreative yang boleh. Nak edit gambar kucing tu pon boleh. No problem ma.
        • Tinggalkan link anda di dalam ruangan komen yer. Nanti aku jengah2.
      2. Untuk kawan-kawan yang takde blog tu jgn risau, korang hendaklah tinggalkan komen beserta slogan " Saya nak namakan anak Oleo dengan nama ..... kerana .... ". (buat ayat sendiri pon boleh).. tidak lebih dari 50 patah perkataan.
      3. Tarikh tutup adalah 5hb February 2010.
      Korang ajak la kawan-kawan lain join. Lagi ramai lagi bagus...huhu.

      Kategori pemenang :
      1. Seorang pemenang dengan nama yang telah dipilih oleh pihak juri..
      2. 2 org pemenang bagi blog entry yang paling kreatif atau menarik.
      3. 2 org pemenang bagi slogan yang paling kreatif atau menarik.