Thursday, October 29, 2009

Kucing minum guna tangan (kaki depan)..

Hah??!! Korang pernah dengar ke kucing minum guna kaki depan dia.

Jeng jeng jeng....

Kalo nak tahu Meon selalu minum air guna kaki depan dia sebelah kanan..Kalo air tu sejuk atau air yang dah lama dia mula la minum guna kaki dia tu. Baru pagi tadi aku paham kenapa. huhu.. Kalo tak, elok je Meon jilat2 cam biasa.

Sejak bila Meon minum guna kaki pon aku tak tahu. Tapi aku perasan sejak awal tahun ni la. Dah lama jugakla. Aku siap amek video lagi. Ada aku upload kat facebook.. Nanti kalo ada masa aku tunjuk kat korang yer.

Buat masa ni aku bagi tunjuk gambar jela okey..huhu..

Sambil² tu tengok² jugak la gambar anak Meon 2 ekor tu..
Tengok apa tu Comot oit...


Belang(aku bg nama ni) @ Comel(anak buah bg nama ni).. huhu..

Tunggu jela aku upload video tu yer.. takpon tgk jela kat facebook.. Ada facebook saye tak? Apa? takde? huh..tak nak kawan.

6 comments:

Papa meow said...

Haiyooo... so cute lah heheh

ada anak papa sorang tu pulak dia suka celup kaki kanan dalam air sebelum minum...macam2 lah diaorang ni kan.

papa xde facebook so xleh kwn lah hahaha

iela said...

huhu..papa ada berapa kucing kat rumah. mesti banyak kan.. hehe

kalo takde facebook takpe.. nnt iela upload kat sini..

A.R.A.S.H. 910 said...

bestnya ada meowww2...huhu

iela said...

hehe..memang best wo.. :D

Kamarul said...

pakai kaki depan sumer pun boleh.. cuba amek gambar kucing minum pakai kaki belakang.. mesti gempaq woo.. ahaha

iela said...

hakhakhak... celah mana dia nak jilat kalo guna kaki belakang :P