Monday, November 19, 2012

Bintat-bintat

Kat kaki aku ada bintat dari hari Sabtu pagi. Sampai sekarang tak elok-elok lagi. Aku tahaannn je tangan aku ni dari menggaru. Aku pon tak tahu kena gigit nyamuk ke apa. Bila dah tergaru.. adoyy... memang takleh stop la. Last-last aku sapu Mopiko je.


Ada dua pulak tu. Sampai sekarang aku musykil kena gigit dengan apa..semut kot. Selalu kalau nyamuk sekejap je hilang. Tapi aku check-check kat cadar dan kat lantai bilik semua takde pon semut. Mungkin hama kot..hehehe

Ok ni takpe lagi. Sekarang ni Aqeef dah dapat satu alergi sama itu durian.. adoiii.. kesian ko nak. Tak dapat la ko menikmati kesedapan durian..haha

Mula-mula tu kitaorg tak tahu pon dia alergi dengan durian. Habis kuar bintat-bintat kat leher dengan muka. Kebetulan sebelum tu dia ada kesat muka dia kat cadar toto rumah nenek dia. Cadar tu pulak tak pernah dibasuh..so kitaorg assume dia kena serangan hama la. *seranganla sangat..hehe. 

Balik dari rumah mak mertua aku tu, kitaorg pergi beli durian. Balik rumah je terus serang durian. Hahaha.. Aku bagi la Aqeef rasa sikit. Habis comot la mulut dia.. Lepas je cuci muka dengan badan dia terus naik merah-merah bintat. Dengan segera kitaorg pergi klinik. Yelah..tak pernah tengok muka dia teruk naik bintat-bintat banyak. Seram tengok. Balik dari klinik tengok macam dah ok je pulak. Mungkin sebab kena aircond kat dalam kete kot. Waktu ni aku syak dua je...samada kena hama atau dia alergik durian.

Esoknya..aku try la bagi durian sikit. Nak tengok jadi ke tak. Tak sampai 5 minit..dia dah tergaru-garu..naik bintat kat muka. Terus aku bagi ubat alahan yang doktor bagi semalam. Fuh..nasib baik tak teruk macam yg first.

So, lepas ni Aqeef adalah dilarang untuk sentuh durian apatah lagi makan durian atau yang seangkatan dengannya seperti aiskrim durian dan lain-lain.

Mula-mula tu macam tak percaya la..sebab sebelum ni pernah jugak bagi dia makan durian tapi ok je. Aku google memang ada orang yang macam Aqeef. First time ni aku tahu ada orang alergic dengan durian.. Hmmm.. Sorry la takde gambar.. Sebab laki aku cakap " Suke ke tunjuk kat orang anak tu sakit"..

Menyampah...nak ambil gambar pon salah. Bukan tunjuk nak suke-suke..tapi nak share kat orang kot kot la ada yang sama macam Aqeef kan. Hmmm...

Semalam aku makan durian gila banyak sampai sendawa pon berbau durian. Laki aku geleng kepala je bila dia terbau...hahaha..sorryyyy...Lepas tu Aqeef keluar ruam kat leher..tergaru-garu..Aku rasa mesti sebab aku makan durian terlebih sangat. Dia pulak masih breastfeed. Huhuhu..nasib ko la nak.

Jadi sekarang aku teringin nak Durian Crepe pulak. Laki aku pon kata dia geram bila tengok gambar Durian Crepe yang menggiurkan itu. Ramai yang jual sekarang ni..Tak tahu nak pilih yang mana takut sekali dapat yang tak sedap pulak kan.. Tapi kalau buat dengan durian D24 confirm sedap kot. Ntah la.. Korang pernah makan yang betul-betul sedap tak.

1 comment:

Eliss Mie said...

ada jugak erk alergik durian. selalu dengar kacang jer atau seafood sampai naik bintat.

durian crepe @ sweet chat setia alam tak tahu laa sedap ke tak. dulu mkn yg trainer kitorang beli kat the garden mid valley