Friday, April 30, 2010

Kucing Tuan Kurus mati dibelit ular sawa.

Aku baru je baca dari blog Papa Meow. Kawan dia Tuan Kurus, telah kehilangan kucing warna oren. Kucing dia mati dibelit ular sawa. Kesian sangat.

Harap2 tuan kurus tak bersedih lama2. Ni sebahagian gambar yang di ambil dari blog Papa Meow.

Ni la ular sawanya. Dah mati di bunuh oleh orang kampung Papa Meow.

Keadaan kucing Tuan kurus yang dah kaku. Berdarah sana sini.

Tuan kurus memeluk kucingnya sebaik saja tiba ditempat kejadian. Menangis sambil memeluk kucing nya. Bertabahlah tuan kurus.


Cerita penuh di SINI.

Wednesday, April 28, 2010

Besday Party & Potluck

Kul 12 tadi kat ofis sambut harijadi 3 org ofismate. Masing-masing bawak bekalan daripada rumah. Ada gak yang bawak KFC.. hermm...semua sedap. Tapi takleh nak sumbat semua lagi. Ada yang aku tak dapat nak makan. Full perut aku ni beb.. huhu..

Meh la jamu mata korang semua dgn gambar sepanjang majlis tu... tak banyak pon gambar nak masukkan.. yang penting2 jerla yer.

Ni lah antara makanan yang ada. Banyak kan? .. Huhuhu.. tak terlarat aku nak merasa semua... Oh.sila abaikan 2 org tu yer. Tengok makanan tu jer. hihihi..

Pantang nampak kamera terus nak buat muka kan. Konon cam cute la tu. Huh.. tak kose i.. hahaha

Hahaha.. time ni bos cakap nak masukkan gambar Aida dengan makanan kat dalam blog. Bos sebenarnya jeles ngan ko Aida. Dia sebenarnya pon nak makan banyak2..tu :P..

Apa la yang di cakap kan si Nizaa tu oi.. uhuhu

Majlis berjalan dengan lancar dan semua makanan yang sedap2 telah habis dengan kadar yang segera. Next besday party dalam bulan 6. So, dari sekarang korang plan la yer nak bawak apa pulak :P.. ehehe..

Oleo bunting lagi..

Yer kawan2.. Oleo bunting lagi. Actually benda ni tak dirancang pown. Ntah macam mana arituh Oleo terlepas. Dia pergi merayau plak. Haritu pulak dia tengah gatal miang2. Mungkin haritu jugak dia dah main ngan jantan kat kawasan rumah kitaorg tu.

Kat situ ada 2 ekor je jantan. Satu warna hitam (cantek gak bulu lebat, mix persian) satu lagi kucing biasa jer. Kitaorg tak tahu yang mana satu yang sangkut. Tak kisah la mana pon. Kalo dah kucing apa2 pon comel je bg aku ..ehehe..tapi dalam hati biarla dia kawen ngan yang hitam tu kan.

Dan sebenarnya aku pon tak tahu bila agak2 due date Oleo ni. Herm.. Nampaknya dalam masa terdekat ni kitaorg akan hantar Oleo pergi klinik untuk check dan suh doktor anggarkan bila tarikhnya.

Maap la kawan2. Gambar kucing2 semua kat dalam enset dan tak transfer lagi. Penyakit M datang sejak akhir2 ni. Nak update blog pon cam M M jer.. huhuhu..

Sunday, April 25, 2010

Keputusan Pilihanraya Hulu Selangor P94

Aku dengar2 keputusan tak rasmi BN dah menang. BN dah mendahului 1694 undi. Fuh..ntah betul ke tak kita sama2 nantikan mlm ni. Tunggguuuu...

Ha..harini aku tak dapat pergi Sunway tgk pertandingan kucing. Tapi semalam dpt gak la pergi tgk cat exhibition.

Esok aku masukkan gambar kucing yang diaorg pamerkan. Huhu.. Sape2 yang pergi tu meh la share sekali. Yang aku tahu lebih 200 org masuk pertandingan kucing tu. Ramai betul.

Aku tak dpt nak masuk sbb tomei n aiko baru je lepas cukur aritu. Lepastu diaorg pon kecik lg. Takut stress. Tak biasa jumpa org ramai2.

Oleo plak tgh bunting. Huh.. Apa2 pon aku smbg esoklah yer. Daaa


Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 22, 2010

Earth Day

Happy Earth Day!!!


Harini adalah Hari Bumi 2010

Jagalah alam sekitar.. Sayangilah bumi kita yang tercinta ini.
Pesanan dari KittyMitty untuk semua.

Terima kasih.

Pic from Clarku.


First time ni tau....auuuww

Inilah kali pertama aku di tag.. Terima kasih ellis. Hehehe

Tajuk tag ialah barang pertama..hmmm...

1. Barang kahwin pertama yg dipakai
Walaupon soalan ni soalan yang pertama, tapi ni la soalan yang aku jawab paling last sekali. Sebab aku pon tak berapa nak ingat nak barang kahwin yang pertama aku pakai. Kasut ke gelang. Hmmm... fikir2. hahaha

2. Barang elektrik pertama yg beli bersama pasangan slps sah bernikah dan dok sebumbung
Hmm... lama jugak aku berfikir ni. Sebab aku dok rumah mak mertua kan. Semua barang pon dah ada.. hahahaha.. 
Selepas lama berfikir... baru aku teringat.. A HAH!! Hair Dryer.. kuikuikui..

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran
Duit hantaran aku tak guna untuk peribadi.. tapi kalo duit mas kahwin tu yela. 

4. Barang peribadi pertama yg dibeli slps bergelar isteri
Mana nak hengat dek non oi..

5. Barang mahal pertama yg dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)
Sebijik kereta myvi...huahuahua


Disebabkan soalan2 nyer sesuai untuk org yg dah kahwin, aku nak tag kat orang yang baru je kahwin iaitu :


Jawab jangan tak jawab.. huhuhu

Wednesday, April 21, 2010

Boring punye pasal.

 

Harini entri dimulakan dengan Bismillah..  Almaklumlah, baru je dapat email yang menginsafkan aku. Sape2 yang dapat email dari member kat ofis ni mesti paham :P (dah tentu2 budak2 ofis aku je yg paham).. hehe..
Sape2 yang nak aku forwardkan email tu sila la tinggalkan email kat komen ek. huhu

Ni nak citer. Tak tahu la sebab apa, dari pagi tadi aku mengantuk la sesangat. Menguap je tak abes2. Dah la ofis ni sejuk je kan. Memang kalo tdo ni enak sungguh lah. Tapi harini tak mengizinkan aku untuk tido barang seminit dua.

Harini adalah hari yang amat penting bagi aku. Sebab kerja aku melibatkan org-org besar UiTM iaitu Naib Canselor dan juga pengarah-pengarah kampus cawangan. Oh.. berdebar-debar seh. Projek blom jalan tapi Naib Canselor dah nak guna projek ni. Projek apa? Web conference jer. Kalo tak tahu search Adobe Connect Pro yer. Hehe.. nak citer kang panjang lebar plak. Hahaha..

Sementara aku tunggu kul 1:30, aku pon bukak la paint kat PC aku ni. Lepas tu terhasil lah lukisan kat bawah ni, hasil dari kreativiti yg tak seberapa. Hahaha.. kalo jual pon tak laku :P


Kuikuikui... kelako tak? Hahaha.. Aku rasa text tu je yg cantek.. Yg lain cam harem.. hahaha.. Takpe.. lepas ni aku polish lagi bakat aku yang terpendam ni.. hahaha.. poyos :P

Nanti bila aku dah pandai melukis guna mouse, muka korang pon aku boleh lukis tau.. hihihi.. impian tinggi selangit nampaaakkk..

Korang komen la sket.. walaupon aku tahu korang akan cakap "cantek tapi kena gilap lagi.." ahaks.. Udah udah.. aku ni kena buat keje ni. Daaaa...

Assalamualaikum..

Tuesday, April 20, 2010

Anne ngasri bercerai??

Harian Metro hari ini menulis tentang rumahtangga Anne Ngasri & Abdul Wafi kini di’landa masalah & kemungkinan besar menuju perpisahan.

Nasib perkahwinan mereka yang akan genap 5 tahun tidak lama lagi akan di’tentukan oleh keputusan mahkamah atau keputusan mereka berdua sekali.

“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan”, kata Anne Ngasri kepada media.

Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.

------------------------------------------------
Oh...adakah ini badi sehati berdansa.. Ish ish...  Oh tidak.. Harap2 perkahwinan diaorg masih boleh diselamatkan.

Sunday, April 18, 2010

Fakta menarik mengenai kucing.


Setiap cap hidung kucing adalah berbeza dengan kucing yang lain... seperti cap jari manusia jugak. Hidung kucing bukan sahaja untuk bernafas tapi boleh mengesan perubahan suhu...  
 
Kucing boleh dikatakan separa buta warna.. hehe
 
Keadaan ekor kucing tu menggambarkan mood diaorg.
 
Kucing yang sedang mencakar sebenarnya diaorg nak membersihkan kuku, marking territory dan diaorg nak stretching2.. bukan diaorg nak menajamkan kuku yer..

Achik Spin Meninggal Dunia...

Malam tadi masa pergi minum kat Seksyen 11, member husband aku cakap Achik Spin dah meninggal dunia sebab accident. Mula-mula aku macam blur.. Achik Spin sape? ahahaha..

Sejak akhir2 ni makin ramai pulak artis yang meninggal dunia. Dah macam musim pulak. Ada musim bercerai, musim berkahwin, musim bercinta...hmmm... tapi kalo dah qada dan qadar kan..takleh nak kata apa lah.

Aku percaya semua org dah search googling2 cerita pasal arwah Achik ni kan. Aku tak nak cerita banyak cuma nak letak gambar keadaan di tempat kejadian jer.

Seram aku tengok. Pic credit to azfarul.com

Pic credit to ondscene

Apa pon aku nak ucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Al-fatihah...

Thursday, April 15, 2010

Salah cikgu matematik ke cikgu bahasa ni??

Aku saje je nak share kat korang. Tadi aku dapat email dari member. Korang layan la gambar kat bawah ni. Lepas tu korang bagi komen yang bernas yer.. huhuhu

Wednesday, April 14, 2010

Flea Collar

 Pic dicopet dari En. Google

Aku baru tahu benda ni ada. Selama ni pakai spot on jer.

Ada tak sape2 yang pernah pakai flea collar ni. Bukan apa aku just nak tahu harga dan keberkesanan benda ni je.

Tuesday, April 13, 2010

Pening

Yo!. Memang sekarang ni aku tengah pening. Tapi topic kali ni pasal benda lain. Tadi aku berblogwalking... jenjalan sana jenjalan sini..Oppss..aku buat keje ok.. Cuma tengah pening2 ni aku kena stop sekejap2. Layan blog kejap..pastu buat keje kejap. Tapi aku tak kira plak yg mana lebih..layan blog lebih ke layan keje lebih.. hahaha..

Masa jenjalan tgk blog orang dengan tidak semena2 aku pening dan lembap nak baca entry sesetengah blog yg aku jelajahi. (chewah! ayat ketika pening). Yer tiba2 aku terasa adakah aku sudah tua, oh.. aku baru 28.. masih muda tau. haha..poyos. Adakah aku tidak mengikut peredaran zaman. Aduhh...

Apa aku merepek ni kan. Sebenarnya, aku tak paham short form yg diaorg gunakan kat dlm blog tu. ok contoh ea :

Tak ....jadi ta
Nak ...jadi na
Aku ...jadi ak
Boleh ..jadi ley

Sebenarnya byk lagi tapi aku bg ni jelah. Kalo ayat tu pendek macam SMS takde la aku pening nak baca dek non. Tapi kalo dah entry tu panjang lebar bagai, boleh buat aku jadi pening dan lembap sesaja nak baca tau dak. Tapi aku rasa orang yg seangkatan dengan umor2 gitu takde masalah la kan.

Korang ada rasa apa yang aku rasa tak. ke aku sorang je yg pening.. ahaks..

Sunday, April 11, 2010

Perkara yg perlu anda tahu sebelum memiliki kucing.

Ramai member-member aku tanye macam mana nak bela kucing. Nak bela betina ke jantan? Nak kucing biasa ke kucing yang berbulu tebal? Huhuhu... macam-macam lagi soalan. Kalo aku senaraikan soalan je dah lebih satu muka surat agaknya.
Nak bela kucing ni sama jugak macam getting into a marriage. Kuang kuang kuang... tapi serius beb.. nak bela kucing ni bukan senang. Macam-macam kena fikir. Pertama sekali DUIT.

Kewangan
Kalo duit menjadi masalah pertama, so batalkan jela hasrat tu ea.. hahaha.. Oh kejam sungguh aku ni kan. Yela..bela kucing ni perlukan kos tau. Sangkar kucing, mangkuk, makanan kucing ...ha tu baru kos yang pertama. Kalo dia sakit, nak bawak pergi klinik plak. Duit lagiiiiii... 

Budak kecil
Kat rumah korang ada budak kecik tak. Yang bawah dari 5 tahun. Ha. kalo ada kena consider jugak. Budak-budak ni sensitif sket kan. Sistem immune diaorg tak cukup kuat lagi. Nampaknya sape2 yang ada anak kecik tu kena la tunggu beberapa tahun lagi yer.

Furniture
Ha, ni pun penting gak ni. Kucing ni kan suka mencakar2 kan. Takut nanti dia cakar sofa kulit korang kan. Mahu korang menjerit satu rumah. Silap2 dengan kucing2 tu korang pekik2 kan. Kucing tu plak buat dek je macam tak bersalah. Hahaha.. Mesti geram kan. Sebenarnya ada je cara nak train diaorg. Tapi perlukan kesabaran. Nanti aku bgtau camne nak train.

Travel
Orang yg kerja dia selalu kena outstation dan jarang duk rumah memang tak sesuai la tuk bela kucing. Melainkan kat rumah ada org gaji atau ada orang lain yg boleh jaga sama. Kalo tak memanjang la korang kena hantar boarding. Tak ke membazir tu namanya. Kalo ada kawan yg boleh jaga pon, sampai bila kan.

Jenis kucing
Bila semua kat atas dah ok, baru lah korang fikir kucing yang mcm mana korang nak bela.


Korang nak kitten ke kucing dewasa?
Jantan ke betina?
Lepas tu nak kucing spesis apa. Persian ke bengal ke kucing biasa ke.. fikir fikir..byk lagi jenis kucing.. Korang kena study betul2 kucing punyer personality dan macam2 lagi lah. Sebab lain spesis lain diaorg punyer personality.
Dah habis fikir baru la korang survey2 carik yg cantek2 dan murah2.
Kalo tak nak beli, ramai org yg nak bagi je kucing diaorg. Free aje. Boleh survey kat petfinder.my dgn mudah.my .

Oklah.. itu je kot aku nak share. Kalo ada yang kurang tu korang tambah2 la ea.. hehe

Wednesday, April 7, 2010

Try post using BB.

Yeah.. Akhirnya aku berjaya post guna beri hitam. Huhu.. Lepas ni senang la aku nak update blog. Hihi..
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 6, 2010

Very Poor..

Oh lama giler aku tak post entry. Agak busy dan blur akhir2 ni. Huhuhu..

Minggu lepas pergi Port Dickson duk kat Selesa Beach Resort. Biasanya kat dalam bilik mesti ada borang feedback kan. So, aku saja la tengok2 kononnya nak bg feedback. Sekali borang tu sudah ada org tanda pulak. Cuba tengok ni

Korang klik lah kalo nak nampak lg besar yer. 

Sebenarnya aku pon nak isi mcm tu jugak. Sekali dah ada org isi dulu pulak kan. So aku amek jela gambar.
First time aku jumpa feedback mcm ni.. huhuhu