Thursday, December 31, 2009

Inilah dia..anak2 Oleo

Hoho.. akhirnya aku amek gak gambar anak-anak Oleo sebab ramai yang dah tak sabar nak tengok rupa dia..
Jadi sebelum habis tahun ni (apa kena mengena pon aku tak tahu ) ...aku tunaikanlah hasrat mereka2 itu..



Setelah ditilik-tilik semalam, yang pertama itu adalah betina dan yang lain itu adalah jantan.. haha..




Inilah dia untuk lebih dekat lagi.



Nampak tak yang putih hitam tu tengah buat per.. huhu
Dia tengah mencari susu la tu.. yg lain sumer dah sedap jer..

Nah tengok rupa putih hitam tu... yang lain2 rupa cam biasa je.. hehe



Muka hitam putih ni dah macam rambut belah dua jerk.. hahaha.. mcm langsir pon ada.. keke..

Ok ok.. kalo dah tengok tu korang boleh la start fikirkan nama yang sesuai. Tapi aku blom decide yang mana satu aku nak korang namakan. Tunggu jelah kemunculan contest aku nanti yer..  hehe..

Wednesday, December 30, 2009

Laporan penuh

Takdela laporan penuh sangat pon.. hehe.. aku just nak share gambar sewaktu Oleo melahirkan anak dia yang 4 ekor tu...


Seperti yang aku baca dalam buku tentang kucing, diaorg suruh sediakan sebuah kotak lebih kurang mcm ni la.. Lebih afdal rumah ni dikenalkan lebih awal supaya dia rasa selesa. Memang dah nak dekat deliver tu dia terus masuk dalam kotak tu seperti yang kitaorg harapkan... (tak sia-sia aku beli buku kucing tu okey) haha..

Ada jugak yang suruh kurung je dia dalam sangkar dengan kain2 takut dia beranak kat tmpt lain.. tapi aku kesian kat Oleo. Yelah..kan pregnant kena exercise kan (memandai aku jer).. lg pulak masa dia deliver, perlukan perhatian. Sebab kucing parsi tak mcm kucing kampung. Kalo kurung dalam cage aku takut dia stress takleh ke mana2 dia nak. Akhirnya dia beranak dalam kotak tu jer.. tak ke mana2 pon. Pandai Oleo.. huhu

 Tulah gambar anak dia. Aku terlupa plak nak bagi nombor kat gambar tu.. ah..takde masa nak edit skrg ni.
Habis darah kat sana sini.. Rupanya kucing pon ada pecah air ketumban..huhu.. baru la aku tahu..lebih kurang manusia jer..lepas tu ada kuar darah.. samala.. huhu

Ni gambar belakang dia yang kotor.. busyuuukk!!



  Dia beranak pagi lebih kurang kul 8 macam tu.. malamnya dia dah pindahkan anak dia bawah katil kitaorg.. tu la sifat2 semulajadi kucing. Pindah2kan anak kalo diaorg rasa tempat tu tak selamat. Hmmm..
Kitaorg buang kotak tu..sbb dah penuh darah n bau busuk. Oleo pon dah tak nak letak anak dia dlm kotak tu. Lantak lah..
Semalam, anak dia sekor mati. Anak yang ke 4. Yang ke 4 ni mmg lemah dr awal lahir lg. Aku dah perasan. Tapi semalam bukan sbb dia lemah. Tapi Oleo dah hempap anak dia. adeh.. Takpelah..takde rezeki nak hidup lama. Aku pon bukan 24 jam boleh jaga Oleo.

Lagi 3 ekor tu sihat dan dah membesar sket. Buat masa ni aku blom nak amek gambar anak Oleo.. biarlah diaorg duduk bawah katil tu dulu. Kang bila diaorg dah kuat baru la aku ambil gambar mcm2 gaya..hehe

Ok..adiosss... ;)

Monday, December 28, 2009

New Born Kittens..yeahhh

27hb December 2009

Akhirnya Oleo telah pon selamat melahirkan 4 ekor anak. Hoyeaahh.. hihi
Pagi-pagi pukul 6 lebih Oleo dah start strong contraction. Kesian jgk tgk dia. Tak senang duduk. Kejap-kejap menahan nafas sambil mulut terbukak, kejap-kejap meneran.
Tapi paling aku takleh lupa...bila dia dah dekat nak deliver tu, dengar dia meneran mcm budak kecik meneran tu..lepas tu dia mengeow-ngeow 2 3 kali.
Tak lama lepas tu dia terus masuk dalam rumah kotak dia. Aku pon bukak lampu bilik. Tengok-tengok dah kuar sekor. Fuh..aku terpegun kejap. hehe
Aku terus menjerit ke luar ckp kat husband.."yang, dah kuar sekor!!". Mak mertua aku pon menyampok " Ni nurse dari mana ni.. dari hospital johor ea" sambil gelak-gelak..ahaha..

 Anak pertama dia aku rasa warna oren, yang kedua hitam putih (aku suka ni), ketiga mcm brown tp tak confirm lg dan terakhir oren jgk mcm first.

Harini nampaknya aku tak sempat nak upload gambar anak-anak Oleo. Esok i will try my best lah yer.. hehe
Sejak dua menjak ni asyik busy jer. Nak abeskan cuti pon takleh dah. Dah la takleh bawa ke tahun depan.. sadiss... :D

Dan sekarang aku nak balik.. tak sabar nak tengok Oleo dan anak-anaknya..hihi..
Tataaaaaa.... hihi

Tuesday, December 22, 2009

Pecah Kaca Pecah Gelas.. Sudah Baca Harap Balas

Huhu.. semalam aku kan janji ngan korang nak bgtau pasal mak mertua aku punyer feveret kan.. Balik keje semalam aku ingat nak amek gambar.. tapi tup tup sampai rumah aku dah terbaring pening paler.. terus terlupa nak amek gambar. Hehe.. jangan marah ar..

Harini aku sibuk sket buat flash. Edit sana edit sini. Tengah dok syok buat kerja tiba-tiba aku dengar seperti seseorang terlanggar kaca dan terjatuh dan pecah dan berderai.. oh! sangat menyeramkan bunyinyer.. aku dah dok terfikir org tu dah berdarah sana sini.. paling-paling kaki atau tangan dah terkoyak..ehehe..

Aku pon cepat-cepat bangun pergi ditempat kejadian.. Oh rupa-rupanya pintu kaca ofis dah pecah hancur berderai.. aku cari org yang pecahkan..takde plak.. rupa-rupanya pintu tu pecah dengan sendirinya..
sila tonton gambar di bawah.

Nasib la waktu dia pecah tu takdak org lalu kat pintu ni.. Kalo tak, tak tahu la nak kata apa.

Ramai yang sama-sama tengok keadaan kaca tu.. dan ramai jugak yang ambil gambar nak dimasukkan dalam blog termasuklah aku.. huhu..



 
Semua dok tengah kecoh-kecoh ni..

Aku teramat la musykilnyer macam mana pintu ni boleh pecah.. Aku rasa la kan.. pemegang pintu yg kat atas tu dah longgar kot. Ntah la... Sungguh bernasib baik takde sape yg tercedera.

 Sekarang ni sume org pon tgh seram je nak lalu semua pintu kaca kat ofis ni :p kesian kat kitaorg kan.. hehe

Monday, December 21, 2009

Melawat Taman Orkid

Haritu, hari apa aku tak ingat.. hehe.. sebelum aku nak pergi keje.. aku pergi melawat taman orkid. Oh taman orkid tu kat depan rumah jer. Mak mertua aku punyer taman.. takde maknanya nak pergi taman orkid kat KL tu.. huhu

Mak mertua aku ni minat sesangat dengan bunga orkid. Kat rumah tu aku rasa ada lebih dari 50 pokok lah. Pantang nampak org jual pokok orkid murah-murah, dia pon nak beli.. padahal kat rumah dah melambak2.. huhu.. Sampaikan waktu dia nak beli tu dia cakap kat aku.. "iela, mak nak beli orkid tau. Ni last". haha.. last la sangat :P esok-esok beli lagi.. haha.. takpelah..asalkan dia happy..


Ini baru sikit.. ni baru depan rumah.. belakang rumah tak kira lg. Yang korang tengok tu yang besar2.. yang anak2 pokok pon ada beb.. :p huhu.. ada terselit-selit antara pasu-pasu besar tu..

Minggu lepas pokok orkid dia banyak yang dah berbunga.. Aku paling suka bunga yang kat bawah ni..warna putih. Suci bersih bak...bak apa ek? hehehe


 Sebelum aku pergi kerja sempat lagi aku ambil gambar beberapa pokok orkid yang dah berbunga. Yang blom berbunga tak lama lagi kang berbunga la tu.. aku tengok dah banyak dah yang dah kuar anak-anak bunga tu..



Ni baru sikit... kang kalo sumer dah berbunga aku rasa baru betul dinamakan taman orkid. Mak mertua aku bleh jadi pengusaha orkid yang berjaya la kiranya. Huhu..

Ha! Esok aku tunjuk perkara kedua yang mak mertua aku minaaatt sangat..selain dari orkid ni.. hehe..Kalo aku citer semuanya harini, esok aku nak cerita apa pulak kan.. huhu.. daaaaa....

P/S : Oh ya.. Peraduan Namakan dan Menang dah semakin dekat. Aku bagi info sket pasal peraduan ni. Aku cuma nak korang namakan anak Oleo yang bakal keluar nanti. Huhu.. So hebah2kan la kat kawan2 yer pasal peraduan ni.. ;) Lagi ramai lagi bagus..

Monday, December 14, 2009

Pasangan Oleo...Raja

Siapa yang ada baca entry aku bulan Oktober yang lalu mesti kenal ngan kucing ni...


Ini la kucing yang aku kata nak matingkan ngan Oleo tu. Raja..
Kalo korang nak tahu, kucing ni dah kena curik!! Kalo tak silap 2 3 minggu selepas kitaorg matingkan dia dengan Oleo. Kitaorg ingat nak simpan je kat rumah. Tapi disebabkan keadaan yang tak mengizinkan kitaorg hantar balik kat kedai yang kitaorg amek suh dia simpan dulu.
Tahu2 dah kena kidnap.. huh..kat kedai tu ada dalam 5 ekor kucing dalam sangkar yg berkunci boleh kena kidnap??.. Tuan kedai tu pon tak tahu dah nak cakap apa. Terima je la dengan seadanya. Huhu..

So, anak Oleo nanti memang tak berkesempatan la nak tengok bapak dia. Kitaorg memang sangat2 tak sabar nak tengok macam mana la rupa anak Oleo tu nanti. Huhu.
Sekarang ni pon Oleo dah tak berapa larat nak berlari dengan jalan lama2. Asyik terbaring jer.
Apa2 berita terbaru, aku akan update ok! Daaa..

Thursday, December 10, 2009

Rumah Kotak Oleo

Hoho.. Semalam aku ada cakap encik hubby nak cari kotak untuk rumah Oleo kan. Jadi harini aku nak tunjukkan rumah kotak yang dah siap dibuat.. huhu..
Sebenarnya, rumah kotak ni dibuat untuk Oleo beranak/bersalin nanti. Selalu kan kucing bila dah dekat je tu, dia pon mula la mencari tempat sesuai nak beranak. Aku ada baca dalam buku pasal kucing. Dalam buku tu kata, seeloknya buat rumah yang kecil tapi selesa untuk kucing tu beranak untuk elakkan dia beranak kat tempat yang tersembunyi dan kita pon tak tahu kat mana. Kalo tak jadi la mcm Meon beranak bawah katil jer. Tahu2 dah ada kucing mengeow2 kat bawah katil. Lepas tu dah satu keje nak angkat tilam yang berat ntah bape kilo tu.. nak amek anak Meon.
Jadinya ni lah sebab musabab encik hubby buat rumah kotak ni.. huhu.. bukan susah pon nak buat.. ikut creativity sendiri jer.


Siap ada pintu lagi tu. Oleo pon mcm suka jer dengan rumah kotak dia tu. Aku ingat nak balut ngan pembalut kertas tapi tak jadi sebab Oleo suka cakar-cakar dekat kotak tu.. kang buang tenaga aku jer dok gam-gam bagai. Tengok la tu.... dengan gembira dia masuk kuar dari kotak.



Aku ada amek gambar kat belah dalam..tapi gelap gulita plak :p hehe.. Kat dalam kotak tu aku ada letak kain satu. Kot kot la dia sejuk kan nanti..boleh la dia buat selimut..
Dah siap buat tu aku pon baring2 la.. tiba2 aku nampak dia duk ketuk2 kat kotak tu. Nak tergelak plak aku. Macam ala2 budak2 kecik jakun dengan barang baru.. haha..



Sebenarnya dia dok ketuk2 benda yang dia nampak tu la.... Time tu aku tak nampak lagi sebab tak pakai spek.. Aku tak puas hati..aku tgk dekat2 apa la yg dia dok cuit2 ketuk2 dekat kotak tu...Rupa-rupanya dia ketuk benda ni.. [ Gambar bawah ni ]


Agaknya sebab apa dia suke sangat ngan logo ni ek :p huhu..


Wednesday, December 9, 2009

Berita tergempar!!!

Owh.. apa yg tergempar sangat ni.. Hehehe
Nampaknya dah 2 minggu aku tak update2 blog ni.. Padahal banyak je cerita aku nak bagitau kat korang sume. Tapi aku busy sampai terlupa nak update.. hehe.. [ yeke? ]

1hb haritu aku dan husband pergi hantar Yellow yang sakit haritu untuk kali kedua. Inilah dia klinik yang aku pergi hantar. Klinik Haiwan Yap. Aku rasa klinik ni better la service dia dari klinik yang dekat seksyen 13 tu. Doktor tu sangat tidak kedekut bagi info. Sumer kitaorg tanyer sumer dia jawab. Sepatah kitaorg tanyer , berpatah2 yang dia jawab..hihi


Keadaan klinik tu pon amat memuaskan hati pelanggan..
BERSIH DAN SELESA [ Wah huruf besar tu..hehe ]
Tapi aku terconfius plak.. aku ni nak amek gambar kete tu ke atau nak amek gmbr signboard klinik tu.. huhu

Sebenarnya aku bawak jugak Oleo pergi klinik. Kitaorg suspect Oleo tengah pregnant. So, kitaorg saje bawak sekali suruh doktor tu check. Dan keputusanya mmg Positive!! Yeah.. nampaknyer bertambah lagi la anak2 buluss ku.. hihi.. Nampaknyer project kitaorg yang haritu menjadi. Hahaha...Cayalah. Husband aku plak sibuk nak mencari kotak nak buat rumah untuk Oleo dan anak2 dia nanti. huhu.. Aku akan cerita kemudian.

Doktor kata Yellow banyak sangat improved. Dah pulih hampir 70%. Berat badan dia pon dah naik 2 kilo dalam masa 2 minggu. Ada peningkatan oke. [ Tengok la sape yang jaga...sape lagi kalo bukan hubby ku...hihi ]



Niza.. ko ingat tak benda atas kepala kucing ku ini? :p Yer..itu lah dia hasil tangan Niza yang sudah dijadikan barang permainan kucing ku itu.. kekeke.. [ eh cantek lagi tau reben tu..keke ]

p/s : Awal tahun depan ada contest Namakan dan Menang!!.. Hadiah lumayan menanti anda.. Tungguuuuu...