Monday, December 21, 2009

Melawat Taman Orkid

Haritu, hari apa aku tak ingat.. hehe.. sebelum aku nak pergi keje.. aku pergi melawat taman orkid. Oh taman orkid tu kat depan rumah jer. Mak mertua aku punyer taman.. takde maknanya nak pergi taman orkid kat KL tu.. huhu

Mak mertua aku ni minat sesangat dengan bunga orkid. Kat rumah tu aku rasa ada lebih dari 50 pokok lah. Pantang nampak org jual pokok orkid murah-murah, dia pon nak beli.. padahal kat rumah dah melambak2.. huhu.. Sampaikan waktu dia nak beli tu dia cakap kat aku.. "iela, mak nak beli orkid tau. Ni last". haha.. last la sangat :P esok-esok beli lagi.. haha.. takpelah..asalkan dia happy..


Ini baru sikit.. ni baru depan rumah.. belakang rumah tak kira lg. Yang korang tengok tu yang besar2.. yang anak2 pokok pon ada beb.. :p huhu.. ada terselit-selit antara pasu-pasu besar tu..

Minggu lepas pokok orkid dia banyak yang dah berbunga.. Aku paling suka bunga yang kat bawah ni..warna putih. Suci bersih bak...bak apa ek? hehehe


 Sebelum aku pergi kerja sempat lagi aku ambil gambar beberapa pokok orkid yang dah berbunga. Yang blom berbunga tak lama lagi kang berbunga la tu.. aku tengok dah banyak dah yang dah kuar anak-anak bunga tu..



Ni baru sikit... kang kalo sumer dah berbunga aku rasa baru betul dinamakan taman orkid. Mak mertua aku bleh jadi pengusaha orkid yang berjaya la kiranya. Huhu..

Ha! Esok aku tunjuk perkara kedua yang mak mertua aku minaaatt sangat..selain dari orkid ni.. hehe..Kalo aku citer semuanya harini, esok aku nak cerita apa pulak kan.. huhu.. daaaaa....

P/S : Oh ya.. Peraduan Namakan dan Menang dah semakin dekat. Aku bagi info sket pasal peraduan ni. Aku cuma nak korang namakan anak Oleo yang bakal keluar nanti. Huhu.. So hebah2kan la kat kawan2 yer pasal peraduan ni.. ;) Lagi ramai lagi bagus..

3 comments:

nizaa said...

rajin betul mak mentua hg tanam orkid...aku rasa mcm leceh jer tanam orkid ni...

iela said...

dia mmg minat sangat bunga orkid ni..
aku tengok dia tanam pokok orkid ni menjadi jer.. berbunga jer.. kalo bg kat aku dah kering kontang kot :P

e.l.i.s.s.m.i.e said...

bleh geng ngan mak aku.dah macam taman bunga dah umah aku.bunga apa ko nak? Insya Allah ada..kalo orang nak buat bomoh, selalu datang mintak bunga ngan mak aku for free.hampeh!