Sori kawan². Jumaat lepas saya cuti balik kampung. Boleh je nak online. Tapi dah kat kampung tak ingat dah nak online. Asyik berjalan jer.. hehe..
Hari khamis lepas aku hantar Oleo pegi boarding dekat veterinar Sek13. Ingat nak bawak balik Johor. Tapi dia tak biasa lagi jalan jauh². Paling jauh pon pegi Ikano je bila antar dia grooming.huhu..Meon ngan anak² dia dah biasa kena tinggal rumah. Mesti pandai jaga diri punyer. Aku tak risau sgt.
Ni la vet yang aku hantar Oleo. Nurse n doctor kat situ boleh tahan cute n hensem..hehe.. tapi sori ler Oleo tak reti beza hensem dengan cute ni. Kalo manusia boleh gak sejukkan hati.. Hihihihi... Kat vet ni kena satu hari RM10. Kira ok la. Tapi keadaan tempat tinggal kucing tu kureng sket. Agaknya sbb dah banyak sgt kucing kot.
First time sebenarnya hantar dia kat vet 13 ni. Sebelum ni hantar dekat
Petknode masa raya ritu. Servis boleh tahan jgk la kat situ.. Siap amik n hantar kucing kat rumah. Pastu siap MMS lagi keadaan kucing kita. Terkagum sekejap la masa dapat MMS diaorg. huhu..
Oleo tengah menunggu doctor amek dia. Huhu.. Kesian Oleo kena tinggal 3 malam. Takpe..kawan² ramai kan.
Semalam aku collect dia dalam pukul 2 camtu. Balik tu mengiau². Sampai² rumah jer terus dia jadi miang. Miang nak kawen yer kawan². Adeh.. lama² tgk kesian jgk la. Yelah..dah berapa lama plak dia menahan tu.
Kesian punyer pasal cik abang sanggup pergi amek kucing jantan kat auntie yang baik hati kat kedai Klang. Hehe..
Ni la kucing jantannyer (nama je jantan tapi suara mcm betina).. Semalam bukan main lagi Oleo ngan dia berkejar kejaran. Baru nak kenal². Aku dgn cik abg yang letih tgk diaorg ni. Paling² amek masa seminggu ni diaorg nak berhenti berkejar kejaran.
Ni kat rumah apa jadi pon tak tahu la.. harap² dah settle la.. hehe.. Meon plak tak suka kucing jantan ni.. Marah betul Meon kalo kucing ni dekat ngan dia. Marah dia dah mcm bunyi ular jer. huhu..aku gelakkan jela..
Apa² perkembangan terbaru pasal Oleo ngan kucing jantan ni akan diberitahu kemudian yer. Hehe