Friday, May 7, 2010

Rumah baru..

Yeah... akhirnya dah dapat dah rumah baru. Seminggu kitaorg survey2. Nak cari yang murah, besar dan tahan lasak. huhu..

Eh.. bukan rumah untuk aku. Tapi rumah untuk anak-anak bulus dua ekor tu la. Aiko dgn Tomei. Kesian aku tengok Aiko n Tomei duduk dalam sangkar kecik. Nak berjalan pon dapat 2 3 langkah jer.. huhu.. Maklumlah dah besar dah budak2 ni.

Sangkar ni aku beli RM490 after discount. Huhu.. tawar punya tawar dapat la kurang sket. Oh...aku bab tawar menawar ni kureng sket, tak berapa nak reti lah. Husband pandai la. Terbalik pulak kan. Bukan perempuan ke selalu terer bab2 macam ni.. Hahaha..

Hoh.. berpeluh kitaorg pasang sangkar ni.. kalo buat sorang2 memang lagi lambat la jawabnya... Kitaorg pasang siap semua dekat 2 jam lah. Dari proses bukak kotak tu sampai la kotak tu dilipat2 dan dibuang.. ahahaks..


Aiko dengan Tomei ni time orang nak amek gambar time tu la dia nak main2. Susah bebenor la korang ni nak amek gambar. Saje je nak suh kitaorg beli kamera canggih kan. Huh..

Cage ni tak sebesar cage Oleo yang dulu. Tapi ni pon dah ok sgt la 2kaki x 3kaki x 4kaki++. Besinya pulak tak mudah karat. Okla kan.... Aiko ngan Tomei berdua jer pon...

Tengok tu.. susah betul nak amek gambar diaorg ni. Sebelum aku amek gambar tu duduk diam elok jer. Bila dah set nak amek gambar, time tu la diaorg tak reti dok diam.

Ha... hujung minggu ni plan nak mandikan diaorg. Dah busyuk masham dah. Bulu pon dah serabai. Hari2 sikat pon nampak macam dah berapa hari tak sikat. Kalo boleh mandikan hari2 dah lama dah hari2 kitaorg mandikan. Nasib baik la tak boleh. Huhuhu..

Ok...gadego.. ;)

7 comments:

ItaJeff said...

wahh...selamat pindah ke rumah baru Aiko & Tomei...:)

sI tEDI said...

dah besau dah aiko n tomei!!

Misz Pinkie Winkie said...

wahhh,,
besarnya..cantiknya...
huhuhu...sesuai jugak dengan harganya.
tapie kira ok lah, murah.
si comel dah besar...geram.

meowwmania said...

cantek nyeww rmh baru 2 tingkat dier...

saya said...

amboii..dapat rumah baru ye..bukan main suka lagi budk2 tu. gebu2 belaka..

My A,B,C,D...... said...

Rumah baru.....bestnya...eiger,fifi,gelap,hitam and indi still x dapat lg rumah baru...tengah mencari lg mana yang berkenan.....huhuhuhu

GhOsToNe said...

chumel nyew rumah baru diowg!