Tuesday, October 5, 2010

First time buat ujian pap smear...

Semalam aku ada first appointment dekat PPUM. Menggagau jugak la. Maklumla baru first time checkup kat situ. Nasib baik nurse2 kat situ baik dan peramah.

Mula-mula ambil spesimen air kencing, timbang berat, tekanan darah. Pastu amek darah untuk check Hepatitis. Yang lain2 tu dah check kat klinik kerajaan. Lepas dah amek darah masuk pulak bilik 8 untuk dengar ceramah penyusuan bayi. Best jugak la. Sekejap je pon. Aku rasa ada la dalam setengah jam je. Macam2 info berguna yang aku dan husband aku dapat.

Lepas dah abes dengar ceramah, tunggu untuk jumpa doktor pulak. Tak lama pon tunggu. Vontot pon tak sempat panas lagi. Masa jumpa doktor tu, macam biasa la doktor tanyer itu ini.. Last2 dia ckp "awak belum buat ujian pap smear kan? Nak buat ke?" Pastu aku fikir..kenapa doktor kena tanyer aku nak buat ke tak. Huhuhu.. pastu aku cakap buat jela doktor.

Aku ni plak tak tahu macam mana ujian pap smear tu dibuat. Doktor suruh baring aku baring. Doktor suruh bukak suar dalam aku pon bukak.

Doktor dengan nurse tengah sibuk2 sediakan peralatan..aku pon macam blur la apesal mcm byk sangat benda nurse ni amek. Huhu..seram sket la masa tu. Pastu doktor suruh angkat kaki macam org nak bersalin tu.

Tiba-tiba aku nampak doktor pegang benda alah ni. Korang seram tak tengok. :P
Doktor masukkan kat bahagian bawah tuuu... mula2 tu cam pedih sikit la..pastu ok la..cuma kurang selesa je. Aku rasa ada dalam 3 minit gak la doktor check.

Macam ni la keadaannya. Result ujian tu tak tahu la bila boleh tahu.. next visit kot. Aku pon lupa nak tanye.

Apa itu Ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Kalo nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat SINI dan SINI.

Korang dah buat ke ujian pap smear?

8 comments:

Aidanisme said...

nak buat tapi takut...

iela said...

Huhuhu..takut apa.

sweetsal said...

xpernah buat..takut jugak..huhu

m.q said...

scary nye tools yg doc guna tu
ayooo...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tak pernah buat...

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

takutt jugak.... huhuhu

Atia Adina said...

pernah buat dulu....sakit ar...pas ni tak nak buat lagi

aizuemi said...

hehehhee... tak buat takpe kan.. cam elis.. hehehe~