Tuesday, June 26, 2012

Nasi ambang

Cara sebut dia bukan nasi ambang tapi ambeng.. sebut beng tu bukan mcm bengkok.. tapi bengkak..
Ha..paham tak? tak paham sudah..



Sebenarnya aku pernah cerita pasal nasi ambang ni kat SINI.
Tapi tak detail sangat.
Makanya harini aku nak cerita sikit la pasal nasi ambang.
Kalau orang johor especially jawa mesti pernah makan dan tahu buat.

Biasanya kat dalam nasi ambang ada :

AYAM
Ayam masak merah

atau
Ayam masak kicap

MEE
Mee Goreng
atau

Bihun Goreng


LAIN-LAIN
Ikan masin bulu ayam
Sayur Goreng Jawa

Serunding Kelapa

Ada jugak yang letak ayam goreng jer.
Ada jugak yang letak bergedil.
Tapi yang kat atas ni adalah yang mesti kena ada.

Yang buat sedap tu sebenarnya serunding dengan ikan masin tu.
Kalau berniaga untuk bulan ramadhan nanti mesti laku kan.
Huhuhu..

Korang pernah makan nasi ambang ker?
Kalau belum meh datang rumah aku buatkan.. Hihihi


p/s: entry orang tengah lapar.

Dulu lagi...hehe

Dulu..
Aku suka pakai baju kurung kedah. 
Tetiba nak raya ni kan aku teringat pasal fesyen baju raya....hahaha
Puasa tak lagi dah berangan pasal baju raya kan...teruk betul aku ni.

Seumur hidup aku, aku pernah ada 2 pasang je baju kurung kedah.
Tapi sekarang takde lagi la.
Yang aku tahu, bila aku pakai baju kurung kedah, aku nampak tinggi sikit.
Sikit laa...imaginasi sendiri jer. 
Orang lain tengok ko sama je rendah macam biasa. Hahaha..

Kan aku ni lebih rendah dari adik perempuan aku kan.
Selalu jugak la aku dipermainkan oleh dia.
Tahu la aku ni rendah dari dia, tapi still aku ni rendah tahap biasa2 je..
Takdela rendah sampai nampak aku ni petite.
Yang petite jangan terasa pulak.. anda tu comel okey..

Dah dah...berbalik cerita pasal baju kurung kedah ni ok.
Tetiba aku teringin pulak nak pakai balik.
Tapi bukan baju kurung kedah pakai dengan kain batik tu.
Oh tidak tidak.
Ni baju kurung kedah macam biasa je.



Gambar baju ni aku cilok kat SINI. Lawa-lawa pulak baju dia.
Tapi semua ni dah sold out.
Maknanya, kenala tempah kat tukang jahit (READ: mak aku)
Hahaha...

Apa kata kita buat baju kurung kedah moden pulak kan.
Aku ingatkan baju kurung biasa je yang ada moden.
Rupanya baju kurung kedah pun ada okeh..
Tengok ni..



Yang ni aku cilok kat SINI pulak.
Cantik kan. 
Satu buat yang macam kat atas tu.
Satu lagi buat yang moden.

Alaa..apa salahnya berangan nak pakai baju raya apa sekarang ni kan.
Kalau bulan puasa kang confirm entry makanan lebih banyak kot.
Lagipun sekarang dah ada orang start dah bagi sample kuih.
Ada yang dah order kuih dah pon.
Awal betul.
Bahang raya tu dah nak terasa kan.
Kat mana-mana dah banyak dah poster, banner, flyers pasal promosi raya.
Hoh..awal sungguh. APTB

Oklah, aku nak sambung buat keje.

Friday, June 22, 2012

Lembap ke lembab?

Tak puas hati betul la dengan orang bahagian gaji ni. 
Bulan 3 hari tu staff sana call aku bagitahu yang tahun 2011 bulan Jun dan bulan Julai diaorang terlepas bayar gaji.
Bulan 6 tahun lepas aku setengah bulan je keje tapi dapat gaji full.
Lepas tu abis kontrak. Maksudnya bulan 7 aku dah tak keje la.
Bulan 7 aku tak terima pon gaji!!.. Huh..
Alasan staff tu dia kata ada bulan 7 ada kuar slip gaji.
Sampai sekarang aku tak terima pon surat yang mengatakan kena bayar balik yang terlebih bayar tu.

Bulan 3 memang dah kena potong..tapi terlebih sebab diaorang potong sekali dengan bulan 7.
Padahal aku dah cakap bulan 7 tu jangan potong dulu sampai aku tunjuk bukti bank statement. Hish..
Tapi dah kena potong nak buat cane..takpela..boleh claim balik.

So, bulan 3 aritu aku pergi sana tunjuk bukti bank statement.
Kena bayar RM12 mintak statement ni kat bank tau.
Lepas dah tunjuk bukti budak tu boleh kata nanti saya call bank untuk confirmkan.
Kan bagus awal2 kau yang call bank.
Takyah la aku kuarkan 12 ringgiittttt!!!.. (geram pulak)
Dia kata dah settle nanti dia call aku balik.

Sampai sekarang tak call2 pon.
Lepas tu tiap2 bulan kena potong RM235 untuk potongan terbayar lebih gaji bulan 7 tu.
Maknanya dah 3 bulan tak ada apa2 perubahan.
Aku memang sengaja tunggu 3 bulan sebab nak tengok diaorg ni buat keje ke tak.
Memang tak la tu kan.

Petang kang aku nak pergi bahagian gaji tu.
Siap la ko kena maki ngan aku nanti.
Apa2 aku nak settle harini jugak.
Dah la terlebih bayar gaji tu korang yang salah.
Lepas tu potong terlebih ni sape yang salah...takkan aku kot.

Harini dengan bukti kwsp sekali aku nak bawak.
Kalau tak percaya jugak..mmg nak kena luku la.


Tuesday, June 19, 2012

Nak tidurrr...


Rasa macam nak membebel tapi tak tahu nak membebelkan apa.
Sekarang ni tengah mengantuk.
Bila mengantuk nak buat kerja pon malas.

Pagi tadi tapau mihun separuh & kuey teow separuh..
Tengahari tadi rasa kenyang lagi lalu aku beli buah je.
Sekarang dah rasa lapar la pulak tapi malas nak turun cafe.
Padan muka.

Bila lapar + mengantuk, lalu aku menjadi KOSONG.
Oh..tidak..

Kalau ada novel best jugak ni kan.
Sekarang ni aku suka pergi blog Novel Melayu Kreatif.
Macam-macam cerita ada.
Tapi aku suka baca cerpen jer.
Sekali baca terus habis.
Kalau novel ni nak kena tunggu sambungannya lagi..tak kose heh..

Pernah jumpa tak lelaki yang suka beli novel dan dah byk koleksi kat rumah.
Aku pon kalah okey.
Pastu nak pinjam tak kasi..huh..
Nama penulis buku pon dia dah hafal dah.

Alamak..tetiba teringat McD.
Takleh jadi ni..

Lurus bendul


Korang pernah tak masa zaman kanak-kanak dulu percaya sesuatu perkara tu lepas tu bila dah besar korang baru tahu sebenarnya yg korang percaya tu salah.

Aku memang selalu macam tu sebab aku ni lurus bendul.
Hahahaha..

Dulu ustazah ada cakap, orang yang sentiasa ada air sembahyang ni dapat banyak pahala.
Tapi disebabkan aku ni lurus,
Aku membayangkan orang yang sentiasa ada air sembahyang tu maksudnya..
Jangan lap atau jangan dikeringkan air tu selepas wuduk.
Lepas amek air sembahyang jangan lap okey sebab nak dapat pahala sampai la air tu kering sendiri. Hahahaha... bengong.

Ustazah pon cakap perkara yang membatalkan wuduk tu bila bersentuhan dengan lelaki dan perempuan dan bla bla bla..
Yang aku ni pulak, lepas amek wuduk tersentuh bapak aku.
Aku pon cepat2 amek wuduk balik.
Pastu kena bantai gelak.
Hahaha.. selenger betul.
Tu la..bila ustazah mengajar mengelamun byk.

Aku rasa banyak lagi benda yang aku buat tak betul masa kecik2 dulu.
Tapi elok jugak kan.
Sekali dah buat salah, sampai bila2 la ko akan ingat benda tu.
Kan kita belajar dari kesilapan kaaann.. hehehe..*nak cover malu la tu*

Dulu masa sekolah rendah ada sorang budak ni cakap(bukan kwn aku)..
waktu tu aku terdengar masa tgh amek wuduk kat toilet
Tak silap aku waktu tu ada kelas mengaji Al Quran kat surau so kena la amek wuduk dulu kan.
Budak tu kata 'Masa amek air sembahyang biarkan air wuduk tu menitis, berapa banyak titisan tu, sebanyak tu la dosa kita diampunkan'..
Hoh..aku ni kan lurus bendul, so aku percaya la.
Kah kah kah..
Aku tak sure la dia dapat dari mana benda tu.
Mungkin dia ada terbaca mutiara kata tentang wuduk ke apa kan.
So dia pon salah mentafsir ayat tu.. Aku agak la..

Mungkin ada yang tertanya2 bila masa aku sedar benda tu tak betul.
Jawapannya bila aku dah sekolah menengah la..

K bai.

Monday, June 18, 2012

Selsema...


Aqeef selsema aku pon nak selsema jugak.
Tapi selsema kali ni aku sangat tidak suka.
Selsema aku mcm orang morning sickness.
Takleh bau makanan.

Lalu kedai makan sepatutnya tengah lapar lagi bertambah lapar.
Tapi aku lalu kedai makan aku rasa mcm busuk sangat okeh.
Terbantut selera nak makan.
Tahan jela hidung ni.

Tetiba aku teringat time aku pregnant dulu mcm ni la.
Tapi kali ni mmg aku tak pregnant.

Tak suke perasaan dan bau niiiiii...
Bila nak ok ni. Selsema tak teruk sangat pon.
Tapi tak tahu la kenapa boleh jadi macam ni.
Kuat betul virus ni..uhuhu..

Batuk plak sikit2 jer.
Dulu aku pantang kena batuk susah nak baik.
Bila aku batuk tu bunyi teruk betul.. Kong kong..
Pastu laki aku cakap 'Batuk tu cuba tahan sikit. Kalau gatal tekak tu tahan. Tak pon tarik nafas dalam2. Kalau tak tahan sangat batuk sikit kasi lega je.'
Aku pon ikut jela, aku ingatkan dia nak cakap aku batuk tak sopan.
Rupanya macam tu la cara nak elak batuk berlarutan.
Buah pon takleh makan. Ni doktor yg cakap.

Aku pernah terbaca kat blog sape ntah,
dia kata batuk boleh menyebabkan rahim jatuh.
Terus aku takut nak batuk kuat2. *seram*

Cakap pasal seram tetiba aku teringat.
Anak akak ipar aku kat Kedah jari tengah (tangan kanan) putus lebih kurang 1 inci..
Actually tak la putus terus tapi daging dia yang tercabut..
Tinggal tulang je..
Sebabnyaaaa... main basikal.
eee...seram.

Kalau aku ada ditempat kejadian confirm kaki aku ni jadi longgar terus.
Terus jatuh pengsan disitu.
Takleh nak bayang aku. Nasib baik la dia jauh.
Mak mertua aku jela yang pergi sana melawat.

Doktor kata kalau daging dia tumbuh, takyah potong la.
Tapi kalau tengok2 tak tumbuh kena la potong tulang tu.
Aduh..harap2 la tak kena potong.
Kalau tak kecik2 dah cacat.
Sian Auni. Baru 7 tahun tu.

Nasiiiibbb...


Wednesday, June 13, 2012

Nazar..


"Sebenarnya dalam dunia memang banyak benda yang berlaku tanpa kita duga. Kita fikir setiap apa yang kita rancangkan akan berjalan seperti mana yang kita harapkan.


Tapi mungkin ada masanya kita terlupa. Kita merancang, dan pada masa yang sama Allah turut merancang.


Bezanya ialah perancangan yang diaturkan oleh Allah swt untuk kita adalah lebih sempurna. Dia Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk kita, dan apa yang buruk untuk kita.



Boleh jadi kita sangat suka akan sesuatu, padahal perkara itu adalah buruk bagi kita, dan boleh jadi kita sangat benci akan sesuatu.. walhal perkara itu baik untuk kita.

Bersabarlah, dan teruskan berdoa agar Allah sentiasa memberikan kita yang terbaik."


Tetiba aku teringat masa sekolah dulu, 
ustazah aku ada cakap kalau bernazar mesti kena tunaikan. 
Kalau tak apa yg kita amat hajatkan takkan kesampaian.
Bernazar tu jangan la benda yang merepek-repek dan menyusahkan diri sendiri.

Ustazah aku citer dulu ada budak tu bernazar kalau lulus exam, 
dia nak cium tiang lampu (tak tahu la tiang lampu yg mana)...huhu.. 
Ustazah tu kata lepas budak tu dapat result, dia tak buat pon..dia lupa kot.
Lepas habis belajar kat U, dia mintak keje satu pon tak sangkut.
Padahal result dia not bad la.
Lama jugak dia menganggur.
Entah macam mana dia ada jumpa sape ntah, 
Orang tu kata mungkin dia pernah bernazar tapi tak tunaikan lagi.
Dia pon teringat dia pernah la bernazar nak cium tiang lampu.
Lepas je dia tunaikan nazar dia tu, tak lama lepas tu dia dapat dah keje.

Sebenarnya aku pon tak pasti betul ke tak apa ustazah aku tu cakap.
Mana la tahu dia mereka-reka cerita kan. 
Sebabnya time tu aku sekolah rendah lagi..darjah 5 ke 6 macam tu.

Korang rasa betul ke tak? Hihi


Kalau nak tahu hukum bernazar boleh tengok kat SINI dan SINI.


Monday, June 11, 2012

Roti najwa latif?

Haritu tiba-tiba je laki aku tanye...

"Yang, roti najwa latif tu apa?"..
Aku pon jawab " Entah...kenapa?"
"Roti najwa latif tu roti kosong la.." lepas tu dia nyanyi.. "kosong kosong..ooo"
Huh.. apa daa laki aku ni..
Ingatkan najwa latif ada kuarkan produk roti la tadi.

Tapi lagu Najwa Latif tu best jugak kan.

Lepas ni boleh order roti najwa latif kat mamak.
Hahaha.. tak kose heh..