Friday, June 22, 2012

Lembap ke lembab?

Tak puas hati betul la dengan orang bahagian gaji ni. 
Bulan 3 hari tu staff sana call aku bagitahu yang tahun 2011 bulan Jun dan bulan Julai diaorang terlepas bayar gaji.
Bulan 6 tahun lepas aku setengah bulan je keje tapi dapat gaji full.
Lepas tu abis kontrak. Maksudnya bulan 7 aku dah tak keje la.
Bulan 7 aku tak terima pon gaji!!.. Huh..
Alasan staff tu dia kata ada bulan 7 ada kuar slip gaji.
Sampai sekarang aku tak terima pon surat yang mengatakan kena bayar balik yang terlebih bayar tu.

Bulan 3 memang dah kena potong..tapi terlebih sebab diaorang potong sekali dengan bulan 7.
Padahal aku dah cakap bulan 7 tu jangan potong dulu sampai aku tunjuk bukti bank statement. Hish..
Tapi dah kena potong nak buat cane..takpela..boleh claim balik.

So, bulan 3 aritu aku pergi sana tunjuk bukti bank statement.
Kena bayar RM12 mintak statement ni kat bank tau.
Lepas dah tunjuk bukti budak tu boleh kata nanti saya call bank untuk confirmkan.
Kan bagus awal2 kau yang call bank.
Takyah la aku kuarkan 12 ringgiittttt!!!.. (geram pulak)
Dia kata dah settle nanti dia call aku balik.

Sampai sekarang tak call2 pon.
Lepas tu tiap2 bulan kena potong RM235 untuk potongan terbayar lebih gaji bulan 7 tu.
Maknanya dah 3 bulan tak ada apa2 perubahan.
Aku memang sengaja tunggu 3 bulan sebab nak tengok diaorg ni buat keje ke tak.
Memang tak la tu kan.

Petang kang aku nak pergi bahagian gaji tu.
Siap la ko kena maki ngan aku nanti.
Apa2 aku nak settle harini jugak.
Dah la terlebih bayar gaji tu korang yang salah.
Lepas tu potong terlebih ni sape yang salah...takkan aku kot.

Harini dengan bukti kwsp sekali aku nak bawak.
Kalau tak percaya jugak..mmg nak kena luku la.


5 comments:

Aidanisme said...

tak setel lagi ke weh? eh dorang ni klu ada audit macam mane? ke takde audit? gile betul rm235 bukan sikit tu...

Eliss Mie said...

bengom betul diorang ni. dulu bahagian gaji salah bayar gaji kwn aku jugak.kwn aku buta2 dapat gaji 2 kali :p

iela said...

A'a..tak setel lagi.
Tu la pasal mcm takde audit je.

iela said...

eliss : yeke? wah..masyuuukk :P

Atia Adina said...

bab2 duit ni kene berhati2 sangat......apa dah...boleh plak tersilap.....macam tak wat kije je