Wednesday, June 13, 2012

Nazar..


"Sebenarnya dalam dunia memang banyak benda yang berlaku tanpa kita duga. Kita fikir setiap apa yang kita rancangkan akan berjalan seperti mana yang kita harapkan.


Tapi mungkin ada masanya kita terlupa. Kita merancang, dan pada masa yang sama Allah turut merancang.


Bezanya ialah perancangan yang diaturkan oleh Allah swt untuk kita adalah lebih sempurna. Dia Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk kita, dan apa yang buruk untuk kita.



Boleh jadi kita sangat suka akan sesuatu, padahal perkara itu adalah buruk bagi kita, dan boleh jadi kita sangat benci akan sesuatu.. walhal perkara itu baik untuk kita.

Bersabarlah, dan teruskan berdoa agar Allah sentiasa memberikan kita yang terbaik."


Tetiba aku teringat masa sekolah dulu, 
ustazah aku ada cakap kalau bernazar mesti kena tunaikan. 
Kalau tak apa yg kita amat hajatkan takkan kesampaian.
Bernazar tu jangan la benda yang merepek-repek dan menyusahkan diri sendiri.

Ustazah aku citer dulu ada budak tu bernazar kalau lulus exam, 
dia nak cium tiang lampu (tak tahu la tiang lampu yg mana)...huhu.. 
Ustazah tu kata lepas budak tu dapat result, dia tak buat pon..dia lupa kot.
Lepas habis belajar kat U, dia mintak keje satu pon tak sangkut.
Padahal result dia not bad la.
Lama jugak dia menganggur.
Entah macam mana dia ada jumpa sape ntah, 
Orang tu kata mungkin dia pernah bernazar tapi tak tunaikan lagi.
Dia pon teringat dia pernah la bernazar nak cium tiang lampu.
Lepas je dia tunaikan nazar dia tu, tak lama lepas tu dia dapat dah keje.

Sebenarnya aku pon tak pasti betul ke tak apa ustazah aku tu cakap.
Mana la tahu dia mereka-reka cerita kan. 
Sebabnya time tu aku sekolah rendah lagi..darjah 5 ke 6 macam tu.

Korang rasa betul ke tak? Hihi


Kalau nak tahu hukum bernazar boleh tengok kat SINI dan SINI.


2 comments:

Atia said...

aku selalu bernazar....biasanya nazar puasa...ni ada nazar puasa 1 hari tak buat lagi...hehehehe...

Eliss Mie said...

aku tak pernah nazar pelik2 selain puasa..