Tuesday, June 26, 2012

Nasi ambang

Cara sebut dia bukan nasi ambang tapi ambeng.. sebut beng tu bukan mcm bengkok.. tapi bengkak..
Ha..paham tak? tak paham sudah..



Sebenarnya aku pernah cerita pasal nasi ambang ni kat SINI.
Tapi tak detail sangat.
Makanya harini aku nak cerita sikit la pasal nasi ambang.
Kalau orang johor especially jawa mesti pernah makan dan tahu buat.

Biasanya kat dalam nasi ambang ada :

AYAM
Ayam masak merah

atau
Ayam masak kicap

MEE
Mee Goreng
atau

Bihun Goreng


LAIN-LAIN
Ikan masin bulu ayam
Sayur Goreng Jawa

Serunding Kelapa

Ada jugak yang letak ayam goreng jer.
Ada jugak yang letak bergedil.
Tapi yang kat atas ni adalah yang mesti kena ada.

Yang buat sedap tu sebenarnya serunding dengan ikan masin tu.
Kalau berniaga untuk bulan ramadhan nanti mesti laku kan.
Huhuhu..

Korang pernah makan nasi ambang ker?
Kalau belum meh datang rumah aku buatkan.. Hihihi


p/s: entry orang tengah lapar.

Dulu lagi...hehe

Dulu..
Aku suka pakai baju kurung kedah. 
Tetiba nak raya ni kan aku teringat pasal fesyen baju raya....hahaha
Puasa tak lagi dah berangan pasal baju raya kan...teruk betul aku ni.

Seumur hidup aku, aku pernah ada 2 pasang je baju kurung kedah.
Tapi sekarang takde lagi la.
Yang aku tahu, bila aku pakai baju kurung kedah, aku nampak tinggi sikit.
Sikit laa...imaginasi sendiri jer. 
Orang lain tengok ko sama je rendah macam biasa. Hahaha..

Kan aku ni lebih rendah dari adik perempuan aku kan.
Selalu jugak la aku dipermainkan oleh dia.
Tahu la aku ni rendah dari dia, tapi still aku ni rendah tahap biasa2 je..
Takdela rendah sampai nampak aku ni petite.
Yang petite jangan terasa pulak.. anda tu comel okey..

Dah dah...berbalik cerita pasal baju kurung kedah ni ok.
Tetiba aku teringin pulak nak pakai balik.
Tapi bukan baju kurung kedah pakai dengan kain batik tu.
Oh tidak tidak.
Ni baju kurung kedah macam biasa je.



Gambar baju ni aku cilok kat SINI. Lawa-lawa pulak baju dia.
Tapi semua ni dah sold out.
Maknanya, kenala tempah kat tukang jahit (READ: mak aku)
Hahaha...

Apa kata kita buat baju kurung kedah moden pulak kan.
Aku ingatkan baju kurung biasa je yang ada moden.
Rupanya baju kurung kedah pun ada okeh..
Tengok ni..



Yang ni aku cilok kat SINI pulak.
Cantik kan. 
Satu buat yang macam kat atas tu.
Satu lagi buat yang moden.

Alaa..apa salahnya berangan nak pakai baju raya apa sekarang ni kan.
Kalau bulan puasa kang confirm entry makanan lebih banyak kot.
Lagipun sekarang dah ada orang start dah bagi sample kuih.
Ada yang dah order kuih dah pon.
Awal betul.
Bahang raya tu dah nak terasa kan.
Kat mana-mana dah banyak dah poster, banner, flyers pasal promosi raya.
Hoh..awal sungguh. APTB

Oklah, aku nak sambung buat keje.

Friday, June 22, 2012

Lembap ke lembab?

Tak puas hati betul la dengan orang bahagian gaji ni. 
Bulan 3 hari tu staff sana call aku bagitahu yang tahun 2011 bulan Jun dan bulan Julai diaorang terlepas bayar gaji.
Bulan 6 tahun lepas aku setengah bulan je keje tapi dapat gaji full.
Lepas tu abis kontrak. Maksudnya bulan 7 aku dah tak keje la.
Bulan 7 aku tak terima pon gaji!!.. Huh..
Alasan staff tu dia kata ada bulan 7 ada kuar slip gaji.
Sampai sekarang aku tak terima pon surat yang mengatakan kena bayar balik yang terlebih bayar tu.

Bulan 3 memang dah kena potong..tapi terlebih sebab diaorang potong sekali dengan bulan 7.
Padahal aku dah cakap bulan 7 tu jangan potong dulu sampai aku tunjuk bukti bank statement. Hish..
Tapi dah kena potong nak buat cane..takpela..boleh claim balik.

So, bulan 3 aritu aku pergi sana tunjuk bukti bank statement.
Kena bayar RM12 mintak statement ni kat bank tau.
Lepas dah tunjuk bukti budak tu boleh kata nanti saya call bank untuk confirmkan.
Kan bagus awal2 kau yang call bank.
Takyah la aku kuarkan 12 ringgiittttt!!!.. (geram pulak)
Dia kata dah settle nanti dia call aku balik.

Sampai sekarang tak call2 pon.
Lepas tu tiap2 bulan kena potong RM235 untuk potongan terbayar lebih gaji bulan 7 tu.
Maknanya dah 3 bulan tak ada apa2 perubahan.
Aku memang sengaja tunggu 3 bulan sebab nak tengok diaorg ni buat keje ke tak.
Memang tak la tu kan.

Petang kang aku nak pergi bahagian gaji tu.
Siap la ko kena maki ngan aku nanti.
Apa2 aku nak settle harini jugak.
Dah la terlebih bayar gaji tu korang yang salah.
Lepas tu potong terlebih ni sape yang salah...takkan aku kot.

Harini dengan bukti kwsp sekali aku nak bawak.
Kalau tak percaya jugak..mmg nak kena luku la.