Friday, April 30, 2010

Kucing Tuan Kurus mati dibelit ular sawa.

Aku baru je baca dari blog Papa Meow. Kawan dia Tuan Kurus, telah kehilangan kucing warna oren. Kucing dia mati dibelit ular sawa. Kesian sangat.

Harap2 tuan kurus tak bersedih lama2. Ni sebahagian gambar yang di ambil dari blog Papa Meow.

Ni la ular sawanya. Dah mati di bunuh oleh orang kampung Papa Meow.

Keadaan kucing Tuan kurus yang dah kaku. Berdarah sana sini.

Tuan kurus memeluk kucingnya sebaik saja tiba ditempat kejadian. Menangis sambil memeluk kucing nya. Bertabahlah tuan kurus.


Cerita penuh di SINI.

Wednesday, April 28, 2010

Besday Party & Potluck

Kul 12 tadi kat ofis sambut harijadi 3 org ofismate. Masing-masing bawak bekalan daripada rumah. Ada gak yang bawak KFC.. hermm...semua sedap. Tapi takleh nak sumbat semua lagi. Ada yang aku tak dapat nak makan. Full perut aku ni beb.. huhu..

Meh la jamu mata korang semua dgn gambar sepanjang majlis tu... tak banyak pon gambar nak masukkan.. yang penting2 jerla yer.

Ni lah antara makanan yang ada. Banyak kan? .. Huhuhu.. tak terlarat aku nak merasa semua... Oh.sila abaikan 2 org tu yer. Tengok makanan tu jer. hihihi..

Pantang nampak kamera terus nak buat muka kan. Konon cam cute la tu. Huh.. tak kose i.. hahaha

Hahaha.. time ni bos cakap nak masukkan gambar Aida dengan makanan kat dalam blog. Bos sebenarnya jeles ngan ko Aida. Dia sebenarnya pon nak makan banyak2..tu :P..

Apa la yang di cakap kan si Nizaa tu oi.. uhuhu

Majlis berjalan dengan lancar dan semua makanan yang sedap2 telah habis dengan kadar yang segera. Next besday party dalam bulan 6. So, dari sekarang korang plan la yer nak bawak apa pulak :P.. ehehe..

Oleo bunting lagi..

Yer kawan2.. Oleo bunting lagi. Actually benda ni tak dirancang pown. Ntah macam mana arituh Oleo terlepas. Dia pergi merayau plak. Haritu pulak dia tengah gatal miang2. Mungkin haritu jugak dia dah main ngan jantan kat kawasan rumah kitaorg tu.

Kat situ ada 2 ekor je jantan. Satu warna hitam (cantek gak bulu lebat, mix persian) satu lagi kucing biasa jer. Kitaorg tak tahu yang mana satu yang sangkut. Tak kisah la mana pon. Kalo dah kucing apa2 pon comel je bg aku ..ehehe..tapi dalam hati biarla dia kawen ngan yang hitam tu kan.

Dan sebenarnya aku pon tak tahu bila agak2 due date Oleo ni. Herm.. Nampaknya dalam masa terdekat ni kitaorg akan hantar Oleo pergi klinik untuk check dan suh doktor anggarkan bila tarikhnya.

Maap la kawan2. Gambar kucing2 semua kat dalam enset dan tak transfer lagi. Penyakit M datang sejak akhir2 ni. Nak update blog pon cam M M jer.. huhuhu..