Friday, February 12, 2010

Berlaku perubahan pemenang....

Herm... suspen tak korang..semalam sebelum aku balik kerja.. tiba-tiba aku nak buat perubahan...
Perubahan apa tu.. haaa.. bukan perubahan pemenang la.. hihihi.. perubahan template blog ni jer.. ehhehe..

Tiba-tiba aku boring dengan template aku yang lama..
Tiba-tiba aku pening tgk template aku yang lama..

Jadinya.. dari aku pening-pening nak cari template berwarna-warna bercorak-corak bagai.. aku fikir baik aku biarkan ia kosong dan kemas.. macam bilik tidur aku yg kemas itu.. hehehe..

Aku sebenarnya masih mencari-cari template yang sesuai dengan jiwa aku ni.. so buat sementara ni aku pakai la template yang dah sedia ada... aku dah tak boleh tengok dah yg lama punyer tu.. BOSAN mcm nak MENYAMPAH dah.. hihi..

Korang bleh tak suggest template apa yang best2.. kot kot la ada yang terkenan dihatiku ini.. TQ

Thursday, February 11, 2010

Pemenang Bagi Contest Namakan dan Menang!!

Pemenang bagi nama yang terpilih ialah :


Pemenang bagi entry paling creative, pihak juri telah pilih..
*****************************
    Tahniah tahniah..!!hehe.. pada yang tak menang tu jangan la bersedih yer. Apa pon kittymitty dengan gembiranya nak berikan saguhati tuk korang jugak sebab sudi join contest.
    Diharap semua peserta dapat emailkan alamat untuk penghantaran hadiah.
    Lepas tu, PEMENANG SAHAJA jangan lupa pilih hadiah mana korang nak, samada untuk diri sendiri ke atau untuk kucing.
    Boleh emailkan kat yahoo.com atau gmail.com (id : iela7382).

    Ucapan terima kasih sangat2 kat semua yer..

     
    Untuk semua peserta ;)

    Tuesday, February 9, 2010

    3 nama yang terpilih buat masa ini..

    Salam, selamat pagi semua. Dah breakfast ker?

    Key, nak cepat ni sebab sat jer lagi aku dah takleh duk depan PC lama2..banyak keje dah menanti.. Selama 3 hari aku telah memikirkan 3 nama yang sesuai dan terbaik utk anak Oleo iaitu..

    • CREAMIEY
    • CHIKI
    • AIKO 

    Haa... siapa la yang bagi nama2 ni kaaaan.. korang cari la sendiri :P aku dah bagi pon senarai nama peserta haritu kan..

    So, tuan punyer badan..sila bergembira yer.. korang dah dikira sebagai top 3 la.. untuk pilihan nama yang kitaorg suka.

    Untuk entry paling creative tu pulak.. masih dalam perbincangan.. tunggu jer.. mungkin harini atau pon esok aku bgtau yer.. daaaa...

    p/s : eh...apesal aku pilih warna pink tetiba ni.. hihihi..