Friday, December 30, 2011

Kerja gila


Masih teringat2 lagi cerita Tentang Dhia semalam. Sedih wo.. tapi kena control air mata. Kang ada pulak org yang gelakkan...kaann. Aku rasa ni la salah satu drama yang paling ramai orang meninggal. Betul tak? huhuhu..

Lepas tu malam pulak, layan sambungan citer 3 Idiots. Best ar citer tu. Tiba2 aku teringat zaman aku study dulu kat uitm. Pastu terus aku teringat kerja bodoh yang pernah aku buat dgn kawan aku, Zai. 

Time tu citer hindustan tgh meletup2 kat wayang. Kabhi Khushi Kabhie Gham kalo tak silap. Masa tu kitaorg tengok kat Sunway Pyramid. Naik bas lagi ko dari Shah Alam. First time tu. Sampai kat sana dah petang. 

Tujuan sebenar mmg nak tgk cerita tu sambil jalan2. Tapi bila tgk showtime dia, tinggal pukul 7:20pm je. Maksudnya pukul 10 la baru abes kan. Biasa la citer Hindustan.

Aku kesian kat Zai ni sebab dia tak tengok lagi citer tu. Pastu aku cakap.."Takpelah.kang kul 9 kita cabut la". Sebabnya tak nak tertinggal bas. 

Lagipon kitaorg TAK PERNAH lagi naik bas dari Sunway Pyramid. Dah la kena masuk UiTM sebelum pukul 11 malam. Kitaorg ni pulak dengan confident je fikir akan sampai UiTM sebelum pukul 11.Padahal ko tak pernah pon naik bas kat situ. Ntah ada ke tak bas nanti.

Kitaorg dapat seat paling depan sekali. Pening aku tengok. Dah la menari2 berpusing2..nak baca subtitle lagi. Memang buat keje la kitaorg haritu. Tengok2 jam dah kul 9... tapi kitaorg ni pulak tak pernah lagi kuar cinema sblm citer abes. Dah..macam mana ni? Aku tanye Zai, Zai tanye aku. Last2 kitaorg tgk sampai HABIS. hahaha..

Kuar cinema dah kul 10.Terus laju pergi naik bas. Sebelum tu tanya kat konduktor bas tu, lalu federal tak..sbb kitaorg nak turun kat bus stop dekat federal highway tu. Dia kata turun.. Hah lega..ada bas.

Tiba2 bas tu corner ke tempat lain. Lama2 tinggal kitaorg je dalam bas tu semua org dah turun. Alamak! Buatnyer diaorg rogol kitaorg dalam bas..MAMPUS! Terus kitaorg turun ntah kat mana ntah.. Lagipon tgk diaorg dah jauh haluan dari federal. Bodoh punyer konduktor.

Nasib baik la ada teksi lalu kat situ. Tu jelah satu2 kenderaan yang lalu situ. Korg bayangkan. 
Dia hantar sampai kat bus stop federal tu..tapi bas dari KL ke Shah Alam dah takde dah. Kalo ada duit byk dah lama dah naik teksi. Fikir punyer fikir, last2 boifren(skrg hasben) zai dtg amek kitaorg kat situ. Memang kerja giler betullah. 

Itu baru kerja giler aku ngan kawan. Belum lagi kerja giler aku buat sorang2. Adeh..Bila fikir2 balik, aku ni mmg bernasib baik tau. Kalo tak dah lama aku masuk dlm surat khabar kena samun ke kena rogol ke. Oh tidak.. Takmo ingat balik lah. Seram ni. Hahaha.. 

Thursday, December 29, 2011

Meon hilang...uwaaaa!!

Sejak minggu lepas langsung tak nampak Meon. Ke mana la dia hilang. Sedih gak sebab dah 4 tahun bela dia. Husben ckp mesti ada orang yang buang dia. Aku malas nak tuduh sape2.. Cuma aku harap walau kat mana pon Meon berada, dia selamat dan masih hidup.

Kadang-kadang rasa nak nangis pon ada. Hmmm... 

Wednesday, December 28, 2011

Shampoo 100% Herba

Ni nak promote kat korang. Shampoo Nutri M Anti Hair Loss Regimen (panjang betul nama). Shampoo ni baru je dilancarkan pada 7hb Disember 2011 ritu. 



Syampu ni untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Tapi sebenarnya dia jugak bertindak melambatkan proses uban dan menghalang kelemumur. Semua yang pertama kali pakai syampu ni kata, rambut diaorg jadi lembut dan mudah diurus. 

Wanita yang bertudung memang sesuai sangat pakai shampoo ni. Aku memang confident sangat nak promote sebab syampu memang bagus. Ramai cakap kelemumur semakin kurang, kulit kepala gatal pon dah kurang. Rambut pon dah kurang gugur.

Sekarang ni ramai yang muda2 dah ada uban. Biasanya sebab syampu yang dipakai tak sesuai. So, bertukarlah kepada syampu yang 100% herba ni yer. Yang penting ia HALAL dan ada kelulusan KKM.

Untuk menambah pengetahuan korang, apa kata korang baca ni :-

Sesiapa yang berminat nak beli boleh email ke iela7382 [at] gmail.com


Wednesday, December 7, 2011

Pos motor guna Nationwide Express

Kenapa pos motor guna Pos laju lagi mahal dari Nationwide express ek? Kalo ikut feedback yang aku google tadi, ramai kata kalo hantar motor guna pos laju tu teruk, motor calar2 lah. Adakah kalo dia naikkan charge tu service dia bertambah bagus? Huhu.. takpelah.. dah guna Nationwide Express pon. :p

Adik aku nak pos motor (modenas karisma 125cc) ke kampung kat Johor dari Bandar Baru Bangi. Kena charge RM132.50 jer. Kalo guna pos laju kena charge RM187.50.

Nationwide express akan mintak salinan ic pengirim dan roadtax. Tapi kalo roadtax dah mati kena bawa geran.   Minyak kena tinggalkan sikit jer untuk keselamatan. Takut terbakar ke apa kan. Huhu.. Yang lain2 aku tak tanye plak. 

Aku nak tahu jugak condition motor tu kalo dah sampai Johor nanti.. Ok ke tak ok ke nanti aku update kat sini.

UPDATE : Motor bercalar balar jugak. Tapi takpelah..lagi murah berbanding pos laju. Huhu..

Tuesday, December 6, 2011

I'm Back

Rindu betul dengan blog ni. Setelah lama menghilangkan diri.. Hilang la sangat kan. Hahaha.. Kucing dah beranak pinak 3 4 kali..tapi blog tak update2. Adeh..

Sekarang ni yang masih setia berada kat umah tu Meon, Oleo dengan Hitam jer. Yang lain semua dah dibagi kat orang. Tak larat nak jaga banyak2. Sekarang ni pulak Oleo bunting lagi. Adeh..aku rasa dah sebulan kot tu. Baru je nak bela elok2..nak antar g vaccin semua..dah bunting lagi pulak. Oleo ni kalo lepas beranak bulu dia semua nak luruh. Botak balik la jawabnyer Oleo oiii.. takde la botak sgt tapi dah nipis la bulu dia. Macam tak terbela plak.

Kucing2 kat umah tu semuanya dah tak dibenarkan masuk dalam rumah sejak aku bersalin aritu. Tapi kadang2 diaorg ni degil. Dah dihalang pon masuk jugak. Bapak mertua aku tu dah la pantang tengok kucing masuk. Dia la yang selalu halau kucing2 tu. Kadang2 kesian gak kat diaorg. Tapi nak buat camne kan.. Bukannya rumah aku pon. Kalo rumah sendiri dah lama aku letak kat dalam rumah jer.. jaga elok2. Hmmm..

Wednesday, April 13, 2011

Giveaway : Samsung Galaxy Tab


Sape nak menang Samsung Galaxy Tab angkat tangan macam saye (sambil buat tangan macam Usop Wilcha). Yeah... ini diaa...


Korang mesti tahu pasal Tupperware kan. Tupperware tengah buat contest sekarang ni. Dorang nak bagi tiga ko diulangi... TIGA.. Samsung Galaxy Tabs.. kalo tak menang Samsung Galaxy Tabs dapat hamper Tupperware pon jadi la kan.

Kalo korang nak tahu lebih lanjut macam mana nak sertai contest ni,  boleh la melayari Facebook Tupperware dan jangan lupa Like okey ;)

Thursday, March 31, 2011

Facebook membayar $8.5 juta untuk mendapat domain fb.com!

Nasib baik bukan aku yang mempunyai domain fb.com tu, kalo tak, senang2 je aku mendapat duit sebanyak tu. Macik kaya macik kaya.. hahaha.. berangan je lebih.

Ok..sekarang ni kita takyah dah taip panjang2 (facebook.com) kita hanya perlu taip fb.com je.  Senang kan. Untuk tahu lebih lanjut boleh pergi ke OMGFacts.

Wednesday, March 30, 2011

3 ekor anak Meon

3 ekor anak Meon yang aku katakan haritu.. Inilah gambar2 nya.




Dan untuk pengetahuan korang dah ada orang amek tiga2 sekali semalam. Mula2 tak rela gak nak bagi tiga2 sekaligus..tapi sebab tengok budak lelaki tu memang suka sgt dengan kucing, so aku dan hubby pon bersetuju..

Aku tak sempat lagi nak main2 ngan tiga2 ni..tapi takpelah..takde masa nak main dengan kucing sejak ada baby ni. Kalo bela pon takut tak terjaga. Semoga korang bertiga bergembira dengan tuan baru..hehe..

Friday, March 25, 2011

Kluang Rail Coffee tak halal


Hari rabu lepas kecoh pasal Kluang Rail Coffee ni tak halal kat FB. Ramai kawan2 aku yang kebanyakannya pengunjung setia kat situ bgtahu kopi Kluang Railway Station ni tak halal. Sampai kan ada yang siap call Pejabat Agama Johor nak confirmkan pasal benda ni.


Harini dah kuar dah kat Metro pasal benda ni. Boleh baca cerita selanjutnya kat myMetro.

Aku pon dah banyak kali jugak pergi cafe ni. Tapi tak pernah lagi minum kopi dia. Tak minum kopi pon aku terasa yang makanan lain pon belum tentu halal. Hoh.. dah tauke dia cina watpe fikir halal haram kan. Kita ni pon dengan yakin je g kedai dia minum2 makan2.

Pengajarannya di sini adalah.. pastikan ada logo halal.

Wednesday, March 23, 2011

Dunia baru kucing2 ku

Ha..korang dah jengah blom blog aku yang baru tu. Singgah2 la yer kalo nak tahu pasal cerita terbaru aku (mcm la korang nak tahu sgt kan :p ) 

Sejak ada baby kat dalam rumah, kucing2 aku ni tak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki ke dalam rumah. Kalo terlepas masuk, mmg kena sembur dengan air. Kesian diaorg. Dah dianak tirikan pulak.

Beberapa hari selepas aku bersalin, kalo tak silap 5 hari selepas, Meon plak beranak. Ada cerita lawak pasal Meon ni tau.. nnt aku cerita. huhu..Anak dia calico tu takde perkembangan terbaru. Masih macam dulu. Sehat walafiat. Bulu dia pon lebat.

Oleo pulak semenjak beranak haritu bulu dia makin lama makin teruk. Sekarang ni pulak aku dah tak dpt nak membela Oleo nih. Bulu ekor dia dah kurang. Bulu kat badan plak dah berserabut dah lama tak disikat. Kat halaman luar rumah tu bulu dia pon bersepah2. Byk betul bulu dia yang gugur. Terpaksa la tunggu anak aku besar sket baru aku bela dia ni elok2.

Dalam byk2 ni Oleo je yang paling degil. Orang tak bg masuk rumah, lagi dia nak masuk. Pantang leka sekejap, tahu2 je dah ada kat dalam. Jenuh nak menghalau dia. Kadang2 tu geram jugak. Bila ditutup pintu dia mengeow2 pulak suruh dibukak pintu. Siap cakar2 lagi kat pintu tu nak suruh bukak. Jangan dia merajuk sudah. Huhu..

Ha..Anak Oleo iaitu Tummy dah selamat bagi kat orang. Takpe..Lepas dah bela Oleo balik, kitaorg kawenkan dia. Sekarang ni tak mampu nak jaga banyak2. Yang ada ni pon asyik kena halau kuar je..Anak meon yang baru ni pon dah 3 ekor. Sape nak? Gambar dia nnt aku tunjuk. Ada sapa mau?

Monday, March 21, 2011

Blog baru..

Kengkawan..marilah ke blog aku yang baru.  


Jom jom... ngeeee :D 

p/s : Blog ni akan di update seperti biasa jugak.