Monday, February 8, 2010

Cokolat & survenior mereka mereka itu

First of all, nak ucap terima kasih la banyak2 tak terhingga kat member2 ofis ni ha. Diaorg baru balik dari Langkawi.. katanya ada kursus kat sana.huhu.. Jadinya harini semua org dapat coklat.

 
Ha itu dia.. tak baper minit lepas tu aku dapat lagi cokolat..
 
Nampak tak kipas warna biru tu.... eh..mana pergi selipar kecik yg kat atas tu... haaaa... jeng  jeng jeng...
 
Dengan pantas aku terus sangkut kat sini.. nampak comel kepinkngan.. hehe.. kalo bg kat anak2 bulus aku ni confirm rabak.. haha.. 
Tapi semua coklat yg korang bagi tu mmg sedap yummy2...especially yang kisses tu.. tu feveret en hubby aku tu.. aku bawak balik bg kat dia.. confirm ar liiicciiiiinnn.. huhu

Tapi sebenarnya aku bukan penggemar coklat.. tapi kalo org dah bg..aku makan jer la kan..tapi mmg sedap la coklat yg korang bg tu.. sedap.. hehe

Friday, February 5, 2010

Berakhirlah sudah contest...

Yess...nampaknya hanya 7 orang sahaja yang betul-betul mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dan yang betul-betul berminat nak join contest..yang kata nak join tu punyer la ramai..huhu.
Okey, mereka itu adalah :
  1. Shaf lina
  2. Qisha
  3. sI tEDI
  4. meera^da cute..*_*
  5. en. AMD 
  6. My A,B,C,D......
  7. Hello Kitty
    Disebabkan hanya 7 orang sahaja yang mempunyai blog yang join, jadinya hadiah untuk "2 org pemenang bagi slogan yang paling kreatif atau menarik" telah pon digugurkan.

    Pengumuman pemenang akan diberitahu secepat mungkin disebabkan ramai sangat juri nak kena tanyer ni.. hehe..
    Aku dan en. hubby hanya akan jadi juri untuk pilih nama yang sesuai jer.. dan pemenang untuk entry paling creative akan dinilai oleh orang-orang terdekat kami seperti adik beradik.. ;) Aku harap minggu depan iaitu hari selasa aku boleh umum pemenangnya. Tak sabar nak bg hadiah :P hahaha

    Oh ya, harini aku telah terima berita sedih daripada Qisha iaitu salah seorang peserta, bahawa kucing kesayangannya Flex telah pon meninggalkan dia buat selamanya. Aku doakan semoga dia tabah dan kucing-kucing yang lain kat rumah dia selamat daripada jangkitan FIV. Jangan sedih2 sgt key.

    Ok..daaaa

    Contest Namakan dan Menang!!

    Yer..inilah masa yang ditunggu2 oleh semua org. :P [ poyo jer kan ]. Semalam aku dah berbincang dengan encik hubby nak korang namakan salah sorg sekor anak Oleo. Akhirnya, dia bersetuju untuk korang namakan anak Oleo yang berjantina betina. Yeaahhh... ini dia gambar2nyer..

     

    Yang jantan tu encik hubby aku ckp nak namakan Tomei.. pastu dia kata nak namakan yang betina ni pulak Habib.. hahaha.. takde takde..aku tidak setuju.. Ada ke nak dinamakan nama kedai jual barang kemas tu.. takmolah. huhu.. Jadi dengan ini,  aku nak korang namakan anak Oleo yang betina ni la.. Ha, boleh? hehe..

    Ok ok..Syarat-syaratnya mudah jer:
    1. Untuk kawan-kawan yang ada blog..
      • Jadi Follower blog ini.
      • Korang mestilah create satu entry berkenaan contest ni. Ataupon korang copy paste je entry aku ni. Jangan lupa tinggalkan nama anak kucing yer dalam entry tu. Buatlah secreative yang boleh. Nak edit gambar kucing tu pon boleh. No problem ma.
      • Tinggalkan link anda di dalam ruangan komen yer. Nanti aku jengah2.
    2. Untuk kawan-kawan yang takde blog tu jgn risau, korang hendaklah tinggalkan komen beserta slogan " Saya nak namakan anak Oleo dengan nama ..... kerana .... ". (buat ayat sendiri pon boleh).. tidak lebih dari 50 patah perkataan.
    3. Tarikh tutup adalah 5hb February 2010.
    Korang ajak la kawan-kawan lain join. Lagi ramai lagi bagus...huhu.

    Kategori pemenang :
    1. Seorang pemenang dengan nama yang telah dipilih oleh pihak juri..
    2. 2 org pemenang bagi blog entry yang paling kreatif atau menarik.
    3. 2 org pemenang bagi slogan yang paling kreatif atau menarik.