Friday, June 22, 2012

Lembap ke lembab?

Tak puas hati betul la dengan orang bahagian gaji ni. 
Bulan 3 hari tu staff sana call aku bagitahu yang tahun 2011 bulan Jun dan bulan Julai diaorang terlepas bayar gaji.
Bulan 6 tahun lepas aku setengah bulan je keje tapi dapat gaji full.
Lepas tu abis kontrak. Maksudnya bulan 7 aku dah tak keje la.
Bulan 7 aku tak terima pon gaji!!.. Huh..
Alasan staff tu dia kata ada bulan 7 ada kuar slip gaji.
Sampai sekarang aku tak terima pon surat yang mengatakan kena bayar balik yang terlebih bayar tu.

Bulan 3 memang dah kena potong..tapi terlebih sebab diaorang potong sekali dengan bulan 7.
Padahal aku dah cakap bulan 7 tu jangan potong dulu sampai aku tunjuk bukti bank statement. Hish..
Tapi dah kena potong nak buat cane..takpela..boleh claim balik.

So, bulan 3 aritu aku pergi sana tunjuk bukti bank statement.
Kena bayar RM12 mintak statement ni kat bank tau.
Lepas dah tunjuk bukti budak tu boleh kata nanti saya call bank untuk confirmkan.
Kan bagus awal2 kau yang call bank.
Takyah la aku kuarkan 12 ringgiittttt!!!.. (geram pulak)
Dia kata dah settle nanti dia call aku balik.

Sampai sekarang tak call2 pon.
Lepas tu tiap2 bulan kena potong RM235 untuk potongan terbayar lebih gaji bulan 7 tu.
Maknanya dah 3 bulan tak ada apa2 perubahan.
Aku memang sengaja tunggu 3 bulan sebab nak tengok diaorg ni buat keje ke tak.
Memang tak la tu kan.

Petang kang aku nak pergi bahagian gaji tu.
Siap la ko kena maki ngan aku nanti.
Apa2 aku nak settle harini jugak.
Dah la terlebih bayar gaji tu korang yang salah.
Lepas tu potong terlebih ni sape yang salah...takkan aku kot.

Harini dengan bukti kwsp sekali aku nak bawak.
Kalau tak percaya jugak..mmg nak kena luku la.


Tuesday, June 19, 2012

Nak tidurrr...


Rasa macam nak membebel tapi tak tahu nak membebelkan apa.
Sekarang ni tengah mengantuk.
Bila mengantuk nak buat kerja pon malas.

Pagi tadi tapau mihun separuh & kuey teow separuh..
Tengahari tadi rasa kenyang lagi lalu aku beli buah je.
Sekarang dah rasa lapar la pulak tapi malas nak turun cafe.
Padan muka.

Bila lapar + mengantuk, lalu aku menjadi KOSONG.
Oh..tidak..

Kalau ada novel best jugak ni kan.
Sekarang ni aku suka pergi blog Novel Melayu Kreatif.
Macam-macam cerita ada.
Tapi aku suka baca cerpen jer.
Sekali baca terus habis.
Kalau novel ni nak kena tunggu sambungannya lagi..tak kose heh..

Pernah jumpa tak lelaki yang suka beli novel dan dah byk koleksi kat rumah.
Aku pon kalah okey.
Pastu nak pinjam tak kasi..huh..
Nama penulis buku pon dia dah hafal dah.

Alamak..tetiba teringat McD.
Takleh jadi ni..

Lurus bendul


Korang pernah tak masa zaman kanak-kanak dulu percaya sesuatu perkara tu lepas tu bila dah besar korang baru tahu sebenarnya yg korang percaya tu salah.

Aku memang selalu macam tu sebab aku ni lurus bendul.
Hahahaha..

Dulu ustazah ada cakap, orang yang sentiasa ada air sembahyang ni dapat banyak pahala.
Tapi disebabkan aku ni lurus,
Aku membayangkan orang yang sentiasa ada air sembahyang tu maksudnya..
Jangan lap atau jangan dikeringkan air tu selepas wuduk.
Lepas amek air sembahyang jangan lap okey sebab nak dapat pahala sampai la air tu kering sendiri. Hahahaha... bengong.

Ustazah pon cakap perkara yang membatalkan wuduk tu bila bersentuhan dengan lelaki dan perempuan dan bla bla bla..
Yang aku ni pulak, lepas amek wuduk tersentuh bapak aku.
Aku pon cepat2 amek wuduk balik.
Pastu kena bantai gelak.
Hahaha.. selenger betul.
Tu la..bila ustazah mengajar mengelamun byk.

Aku rasa banyak lagi benda yang aku buat tak betul masa kecik2 dulu.
Tapi elok jugak kan.
Sekali dah buat salah, sampai bila2 la ko akan ingat benda tu.
Kan kita belajar dari kesilapan kaaann.. hehehe..*nak cover malu la tu*

Dulu masa sekolah rendah ada sorang budak ni cakap(bukan kwn aku)..
waktu tu aku terdengar masa tgh amek wuduk kat toilet
Tak silap aku waktu tu ada kelas mengaji Al Quran kat surau so kena la amek wuduk dulu kan.
Budak tu kata 'Masa amek air sembahyang biarkan air wuduk tu menitis, berapa banyak titisan tu, sebanyak tu la dosa kita diampunkan'..
Hoh..aku ni kan lurus bendul, so aku percaya la.
Kah kah kah..
Aku tak sure la dia dapat dari mana benda tu.
Mungkin dia ada terbaca mutiara kata tentang wuduk ke apa kan.
So dia pon salah mentafsir ayat tu.. Aku agak la..

Mungkin ada yang tertanya2 bila masa aku sedar benda tu tak betul.
Jawapannya bila aku dah sekolah menengah la..

K bai.