Wednesday, December 28, 2011

Shampoo 100% Herba

Ni nak promote kat korang. Shampoo Nutri M Anti Hair Loss Regimen (panjang betul nama). Shampoo ni baru je dilancarkan pada 7hb Disember 2011 ritu. 



Syampu ni untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Tapi sebenarnya dia jugak bertindak melambatkan proses uban dan menghalang kelemumur. Semua yang pertama kali pakai syampu ni kata, rambut diaorg jadi lembut dan mudah diurus. 

Wanita yang bertudung memang sesuai sangat pakai shampoo ni. Aku memang confident sangat nak promote sebab syampu memang bagus. Ramai cakap kelemumur semakin kurang, kulit kepala gatal pon dah kurang. Rambut pon dah kurang gugur.

Sekarang ni ramai yang muda2 dah ada uban. Biasanya sebab syampu yang dipakai tak sesuai. So, bertukarlah kepada syampu yang 100% herba ni yer. Yang penting ia HALAL dan ada kelulusan KKM.

Untuk menambah pengetahuan korang, apa kata korang baca ni :-

Sesiapa yang berminat nak beli boleh email ke iela7382 [at] gmail.com


Wednesday, December 7, 2011

Pos motor guna Nationwide Express

Kenapa pos motor guna Pos laju lagi mahal dari Nationwide express ek? Kalo ikut feedback yang aku google tadi, ramai kata kalo hantar motor guna pos laju tu teruk, motor calar2 lah. Adakah kalo dia naikkan charge tu service dia bertambah bagus? Huhu.. takpelah.. dah guna Nationwide Express pon. :p

Adik aku nak pos motor (modenas karisma 125cc) ke kampung kat Johor dari Bandar Baru Bangi. Kena charge RM132.50 jer. Kalo guna pos laju kena charge RM187.50.

Nationwide express akan mintak salinan ic pengirim dan roadtax. Tapi kalo roadtax dah mati kena bawa geran.   Minyak kena tinggalkan sikit jer untuk keselamatan. Takut terbakar ke apa kan. Huhu.. Yang lain2 aku tak tanye plak. 

Aku nak tahu jugak condition motor tu kalo dah sampai Johor nanti.. Ok ke tak ok ke nanti aku update kat sini.

UPDATE : Motor bercalar balar jugak. Tapi takpelah..lagi murah berbanding pos laju. Huhu..

Tuesday, December 6, 2011

I'm Back

Rindu betul dengan blog ni. Setelah lama menghilangkan diri.. Hilang la sangat kan. Hahaha.. Kucing dah beranak pinak 3 4 kali..tapi blog tak update2. Adeh..

Sekarang ni yang masih setia berada kat umah tu Meon, Oleo dengan Hitam jer. Yang lain semua dah dibagi kat orang. Tak larat nak jaga banyak2. Sekarang ni pulak Oleo bunting lagi. Adeh..aku rasa dah sebulan kot tu. Baru je nak bela elok2..nak antar g vaccin semua..dah bunting lagi pulak. Oleo ni kalo lepas beranak bulu dia semua nak luruh. Botak balik la jawabnyer Oleo oiii.. takde la botak sgt tapi dah nipis la bulu dia. Macam tak terbela plak.

Kucing2 kat umah tu semuanya dah tak dibenarkan masuk dalam rumah sejak aku bersalin aritu. Tapi kadang2 diaorg ni degil. Dah dihalang pon masuk jugak. Bapak mertua aku tu dah la pantang tengok kucing masuk. Dia la yang selalu halau kucing2 tu. Kadang2 kesian gak kat diaorg. Tapi nak buat camne kan.. Bukannya rumah aku pon. Kalo rumah sendiri dah lama aku letak kat dalam rumah jer.. jaga elok2. Hmmm..