Thursday, August 30, 2012

Oleo

Akhirnya tuan baru Oleo dah upload gambar kat FB. Terlepas jugak rindu kat Oleo.
Kelmarin aku mimpi Aqeef boleh cakap..
Yang kelakarnya dia cakap "Mana Oleo..nak main dengan Oleo." Huhuhu..
Punya la rindu kat Oleo sampai mimpi macam tu.



Kurus je Oleo..mesti sebab rindu kat kitaorg. huhu
Muka Oleo memang macam tu..nampak garang tapi sebenarnya manja sesangat.
Nampak bulu dia dah semakin pulih.
Cuma tinggal kaki dia je tu tak lebat lagi.
Dulu bulu dia lagi nipis sebab baru lepas beranak.

Haritu pergi rumah makcik kat puchong..dia dah bela anak kucing. Baru 2 bulan.
Terlupa plak nak amek gambar. Comel sangat.
Warna oren. Long hair.

Hmmm..bila nak start bela kucing balik ek.
Kalo bela pon kucing biasa2 je kot.
Long hair ni kena perhatian lebih kat bulu dia tu. Takut tak sempat pulak.
Ada ke orang yang nak bagi kucing dia kat diriku ini.. hehehe

Sambung esok plak lah..dari tadi tergendala je nak sambung cerita..
Banyak kerja kena settlekan cepat.
Daaaaa...

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA DARI SAYA DAN KELUARGA!!!



Berhati-hati dijalan-raya bagi mereka yang drive. Beraya nanti jangan makan berlebihan yer.. Hihihi..
Harini aku nak shopping baju raya sebab baju raya cuma ada satu jer. *muka monyok*
Laki ku dengan anak ku sudah settle semua tinggal aku je.
Duit raya nak diagihkan blom masukkan lagi dalam sampul. Takpelah..itu kacang jer. haha

Tetiba teringat kat kucing ku OLEO...rindu kat dia.
Harap-harap dia sihat la dengan tuan dia sekarang. 
Abang tu kata nak masukkan gambar oleo kat fb tapi sampai sekarang takde pon aku tengok.
Gambar kucing-kucing lain ada la.
Tapi haritu dia ada cakap oleo pregnant lagi. Adeh..sian oleo...subur sangat.

Oklah..tak nak bebel banyak sangat sebab ada keje.. Kat ofis ni..esok pon masih keje lagi.
takpe..kan raya hari ahad.. haha.. saje sedapkan hati..padahal dlm hati dah terasa nak cuti jer ni. 

Ok babaiiiiii

Friday, August 10, 2012

Sesuatu betul.. huhu

Dari semalam aku terasa macam sesuatu jer perasaan aku ni. Huhuhu.. Lama jugak aku fikir apa yang aku rasa. Macam perasaan gembira pun ada. Tapi aku rasa aku takde benda yang nak digembirakan sangat pun.

Fikir punya fikir baru la harini aku tahu...rupanya aku dah terasa suasana nak beraya. Pelik jugak aku sebab aku tak dengar pun lagi lagu raya sebab dah lama tak dengar radio. Baru je harini aku dengar radio. Pagi ni jer dah lebih 8 lagu raya aku dengar kat radio HOTFM.. hahaha.. Best giler.

Raya tahun ni aku balik naik keretapi sebab ayah aku kata nak beraya kat sini. Aku beraya kat sini dulu. Balik kampung raya ketiga pagi. Tak sabarnyerrrr....

Sebenarnya raya ni dua tiga hari je yang paling best pun kan. Lepas tu dah boring. 

Pada pendapat aku bulan puasa lagi best. Sebab macam-macam ada. Time puasa la kita beli baju raya, time puasa la ada bazar ramadhan. Bulan ni jugak la kita tengok ramai orang pergi masjid dan surau. Jalanraya pulak setiap hari sesak time balik kerja. Bulan ramadhan pun ramai orang balik kampung sebab nak berpuasa kat kampung. Lagu raya pun awal2 ramadhan dah main kat radio. Macam-macam lagi yang best dalam bulan Ramadhan ni kan. Ha..best ke tak.*angkat kening terbeliakkan mata*

Mari kita sama-sama dengar lagu raya ni.. hihi



Wednesday, August 8, 2012

Menitis air mataku..

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tentu ramai yang dah pergi menjengah ke blog Alia Haryanie.
Kesakitan yang ditanggung tak dapat aku bayangkan.
Melihat raut wajah anak-anak Puan Yanie lagi aku bertambah sedih.
Puan Yanie nampak tabah dan kuat.
Kalau aku ditempat beliau belum tentu aku akan kuat dan setabah itu.

Dulu aku patah tangan je, tapi bila mak aku datang kat aku, aku nak nangis.
Dulu aku kehilangan bayi dalam perut pun sedih yang amat.
Inikan pulak kalau aku sakit macam Puan Yanie.

Yang aku tahu dia ada penyakit saraf..dan sakit tu semakin teruk.
Hidup 3 beranak, tiada pendapatan tetap.
Ditinggalkan suami tanpa khabar berita. Tergamak suami dia...hmmm..
Orang kata sudah jatuh ditimpa tangga lah.
Sedih kan?

Jadi di bulan Ramadhan yang mulia ni apa kata kita menghulurkan sedikit bantuan kepada Puan Yanie. 
Semoga bantuan itu dapat meringankan beban Puan Yanie dan anak-anaknya.


BANK : Maybank
NO AKAUN : 164034266923 
NAMA : Haryani Binti Mat Hussin


Nabi saw. bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)


Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)

Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmidzi)


Sekian...wassalam.



Tuesday, August 7, 2012

Sains Solat...patut baca!

Haritu (tak ingat bila). Aku rasa hari Sabtu kot. Pagi tu tengok cerita Nasi Lemak Kopi 'O'. 
Ada satu slot tu cerita pasal kelebihan solat dari segi kesihatan mengikut sains.
Bila kita duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.. kan hujung ibu jari kaki tu kena bengkok kan..



Sebenarnya ada kelebihannya dari segi sains. Dr. tu kata bila kita bengkokkan jari kaki kita tu, secara tak langsung lemak dalam badan terbakar.

Solat berjemaah pon ada kelebihannya. Sebenarnya setiap pergerakan di dalam solat ada kelebihannya.


Sumber dari BERITA HARIAN :


KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi marilah kita sama-sama beli buku untuk menambah ilmu di dada... hihihi


Ini la bukunya.
Ada banyak lagi buku. Kalau nak boleh tengok kat sainssolat.com