Friday, July 20, 2012

Riak itu syirik kecil..



Riak ialah menampakkan ibadah dan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapat pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad) 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Orang tidak tahu jika kita riak. Kita juga tidak boleh mengatakan orang lain itu riak. Ini adalah kerana riak adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat dan hasrat di hati kita. 

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk menilai kemungkinan terjadi riak. 

1. Rajin beramal jika mendapat pujian atau sanjungan dan malas atau berkurang amal jika mendapat celaan dan kecaman.
2. Rajin beramal apabila bersama-sama dengan orang lain dan malas atau tidak beramal bila bersendirian.
3. Menjauhi larangan Allah jika bersama orang lain dan melanggar larangan-larangan-Nya jika ia sedang sendiri dan jauh dari penglihatan manusia.

Ibadah orang yang riak akan DITOLAK serta tiada nilai disisi Allah.

Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Firman Allah, "Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak." ( Al Ma'un: 4-6)

Nabi saw. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat ganjaran sesuai dengan niatnya.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 

Nabi saw. bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (menceritakan amalnya), maka Allah akan menceritakan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 

Abu Hurairah yang berkata, ”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 
“Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?” Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?” Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.” Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?” Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Muslim)

Jadi sama-samalah kita betulkan niat kita. Hindarilah riak. Selamat beramal ;)

Thursday, July 19, 2012

Hai hai..

Sebenarnya pagi tadi dah nak post entry kat blog tapi tergendala sebab tak habis lagi cerita.
Takpe tu sambung esok jelah. Petang ni kita cerita benda lain.

Harini aku dah bebas dari batuk dan selsema...yeaaahhh..
Tapiiiii...tak period lagi ...OMG
Aku memang takde plan apa-apa lepas bersalin haritu. Kalau ada, ada la. Kalau takde pun takpe.
Berserah je...sekarang pun dah rasa macam sengal2 nak period tapi tak tahu la betul ke tak.

Ha! Wife abang aku dah pregnant dah...sekarang dah 4 bulan kot kalau tak silap perkiraan.
Mak aku cakap "Abang menang la kali ni" Ceeesss.. 
Aku cakap "Takpelaa..dah rezeki dia." tapi dalam hati......"aku dah ada dua dah pun. Cuma satu tu dah simpan" Hahahaha...naaaak jugak menang kan..

Esok last day bulan Syaaban. Rasa macam sekejap je dah nak puasa.
Puasa tahun lepas macam masih terasa lagi.
Aku tak tahu lagi bila nak balik Johor ni.
Minggu depan kot...lagipun dah lama tak balik Kluang.
Kat sana berbuka puasa awal 10 minit dari Shah Alam.. Hahaha...motif?

Bapak mertua aku teringin nak makan nasi impit puasa hari pertama ni.
Esok nak pergi shopping barang dapur.
Yang penting kena beli barli dan kurma. Menu wajib bagi bapak mertua ku. Huhu..
Dia suka minum air barli di bulan puasa. Aku pulak suka air teh or soya panas.
Air sejuk aku memang kureng sikit bulan puasa. Nanti perut sebu.

Mak bapak mertua aku ni suka bangun sahur awal. Kul 4 dah bangun.. 
Aku pulak suka bangun lewat2 sikit..kul 5 la biasanya.
Lepas ni kena bangun awal sikit la kot.
Memandangkan sekarang aku tido pun dah awal sekarang ni. Sebelum kul 10 dah tido.
So nak bangun kul 4 tu takde masalah kot.
Banyak sikit air aku boleh minum kan. Hahaha..
Bukan nak beramal ke baca quran ke apa...air yang aku fikir..ish ish..

Tahun lepas puasa time pregnant. So memang la tak uzur.
Tahun ni tak tahu lagi camne. Huhuhu..

Ok bye...

Wednesday, July 18, 2012

Interview dan lawatan kerja.

Semalam aku interview. Jawatan Pen. Peg. Teknologi Maklumat.
Aku kan kontrak kat UiTM. Ni kali ke 4 aku interview untuk try dapat tetap.
Memang mula-mula tu malas bebeno nak apply. Aku takut kecewa lagi dan aku rasa macam nak jadi suri rumah je kot. Hahaha..

Selama aku interview kat sini banyak juga pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat.
Contohnya sediakan portfolio.
Interview tahun lepas aku siap buat portfolio segala. Memang bersemangat waja.
Tapi...kontrak juga aku dapat...setahun pulak tu
Yer..aku paham rezeki tu Allah yang bagi.
Aku redha jer..

Interview semalam lain dari yang sebelum ni. 
Sebelum sesi interview, orang pendaftar datang nak buat personality test.
Soalan kena jawab secara spontan hokey. Ada 160 soalan. Cuma jawab Ya atau Tidak jer.
Itu takpela. Setakat nak tahu personaliti kita je kan.

Bila dah masuk bilik interview haaa...menggagau aku nak jawab soalan.
Kena selesaikan masalah guna programming.
Tak kisah ada error ke tak janji ada konsep yang betul la.
Aku rasa aku failed tu. Kecewa di situ.

Lepas tu panel tanya 'Apa persediaan awak untuk interview ni? Ada bawa resume ke portfolio ke?'
Aduuuuh.. memang takde la kalau dah aduh tu.
Nasib baik la panel tu baik.
Dia kata lepas ni kalo dapat 2nd interview buat portfolio, bla bla bla....
Aku angguk angguk jela.
Dulu masa bawak portfolio takde pulak panel tu nak tengok sangat. Pembantu je yang tengok.
So, kali ni aku rasa macam takyah la bawak. Macam beria la pulak.
Beria-ria pon tak dapat kan. haha..

Tapi aku tak tahu lah dapat ke tak 2nd interview. 
2nd interview 27hb ni. Dapat ke tak..takpelah...

Okkk..
Lepas interview semalam terus pergi Tabung Haji kat KL ada lawatan kerja.
First time aku masuk bangunan tabung haji tu.
Tetiba teringat tabung aku dulu masa kecik-kecik.. hihi

Chief IT kat situ kata kalau nak kerja kat Tabung Haji kena ada akaun tabung haji
dan kena pergi haji. Waaahh..best seh..
Staff kat situ kebanyakannya dah Haji n Hajah.
Tetiba berangan nak mintak kerja kat tabung haji kaann.. hahaha.berangan jela..
Interview kat uitm poooon tak lepas. Hoh..

Eh..dah kul 5 la.. Nak baliiikkkk...
Sebelum hujan ni baik aku balik..dah la naik motor. Kang ada plak yang sampai rumah malam.
Bersambung esok............


Friday, July 13, 2012

Durian..

Dulu tetiap tahun family aku dapat makan durian dari kebun.
Takyah pergi beli kat tepi jalan.
Nenek sedara aku duduk Simpang Renggam, Johor. Duduk kat Kg Hj. Salam.
Belakang rumah dia ada kebun durian.
Lepas tu bila aku sekolah menengah nenek aku buat rumah sebelah rumah nenek sedara aku ni.
Dia pun tanam pokok durian.

So, memang dari dulu tetiap tahun banyak gila durian kat rumah sampai busuk-busuk
sebab tak larat nak habiskan.
Aku bukannya hantu durian pun. Lepas tu tak suka tempoyak (masa sekolah dulu la)
Duduk kat universiti berkawan dengan ramai orang..terus suka pulak tempoyak ni.
Budu pon aku suka.

Duduk dengan mak mertua pulak..mak mertua yang gila tempoyak.
Sepanjang tahun walaupun durian dah habis musim...tempoyak still ada dalam peti ais. 
Berbalang-balang dia simpan.
Nasib baik la dia dapat menantu yang tak kisah bau durian.
Kalau dapat menantu yang tak boleh bau durian, dah sudah. Hahaha..

Malam ni plan nak pergi makan durian dekat SS2.
Ni gara-gara tengok kat FB ramai pulak yang share gambar durian.
Tak boleh tahaaaannn...

Tak boleh tahan sebab nenek aku dah takde kebun durian....uwaaaaa
Semua dah kena tebang.. tengah nak buat rumah untuk anak-anak dia
Haiiii...untuk cucu takde ke nenek.. hehehe..

Oklah... sape nak pergi SS2 malam ni.. JOMMMM...

Thursday, July 12, 2012

Ayam masak cencalok

Siapa suka makan cencalok angkat dua dua tangan tinggi tinggi!!   \o/

Aku pandai makan cencalok ni sejak duduk dengan mak mertua la.
Dulu mak aku memang jarang buat. Sebab kalau ada pun dia makan sorang je. Membazir je beli.
Sekarang aku tersuka sangat kat cencalok. Boleh menambah selera la katanya.
Kalau biasa makan sepinggan boleh tambah lagi satu pinggan.
No no no...tak bagus untuk perut. Nanti muncit. Hehehe

Semalam aku menyinggah ke blog Mat Gebu.
Sekali ternampak resepi ayam cencalok. OMG.. nampak menyelerakan.
Harus aku terai buat hari Sabtu ni.


Tak tahu la rasanya macam mana. First time dengar ayam cencalok ni.
Orang Melaka mesti tahu la kot. Sebab ni resepi Baba Nyonya katanya la.

Kalau yang suka makan cencalok macam aku mesti suka kaannn..
Tak sabarnya nak tunggu hari Sabtu. Harap-harap plan tak tergendala.
Laki aku nak makan ke tak ntah :p

Dulu dia ikan pekasam pon takmo makan. Rasa sikit je pun nak muntah. Apee la..
Sekaraaannngg ikan pekasam tu kalau boleh makan sekor sorang sorang pon dia sanggup.
Hahahaha.. siapa lagi yang ajar dia kalau bukan aku. kuikuikui..

Dulu cheezy wedges pon dia tak makan.. haa..sebab aku suka, dia pon terikut suka. Baguss..
Dulu dia tak suka sarapan pagi..memerut nanti katanya... sekarang sarapan pagi tu mestiii...
Semua aku jugak yang mengajor.

Oklah..tengah nak hafal resepi ayam cencalok ni.
Malas nak salin salin.
Aku tak suka masak sambil tengok resepi.
*berlagaksiot..

Kah kah kah...

Wednesday, July 11, 2012

Budak comot...



Anak aku sehari tukar baju 3 4 helai.
Bila makan jer habis dengan baju-baju dia sekali pun kena.

Semalam pagi dia makan roti canai.
Tengok orang cicah kari dia pon nak cicah gak.
Bila makan dia cuma hirup kuah yang kat roti tu je..rotinya dia tak makan. Ciss..
Lepas tu, dah la dia pakai baju baru.
Actually bukan baru sangat pun.
Ada orang bagi hadiah birthday dia haritu, tapi tak muat lagi.
Sekarang dah muat.
Muat tapi longgar jugak la.. lengan dengan kaki pun kena lipat-lipat.
Tapi ok lagi la. Tak nampak besar sangat.

Aqeef ni bila tangan dia kotor suka sangat kesat kat baju.
Tapi semalam bukan sebab dia kesat kat baju tapi kuah kari tu menitis kat seluar dia pulak.
Kalau dah kari tu confirm la susah sikit nak hilangkan.
Geram jer.

Dah pakai vanish pun tak hilang gak.
Hilang sikit jer.

Hampir semua baju baru beli, dah ada kesan-kesan kotor.

Yang peliknya aqeef ni kalau seluar kotor, baju tak kotor.
Kalau yang baju kotor, seluar pulak tak kotor.
Aku plak suka beli baju budak yang sekali dengan seluar
Kalau baju dengan seluar yang elok lagi tu boleh matchingkan takper jugak.
Nampaknya lepas ni kena belikan dia seluar dengan baju lain-lain.

Sekarang ni kalau aku balik je benda pertama kena susukan dia dulu.
Barulah aku boleh makan.
Lepas tu bila dah pukul 6 petang kena bawak dia keluar jalan-jalan.
Jalan kat depan rumah jer.

Sekarang dah pandai kayuh basikal.
Senang sikit. Takyah aku menolak.
Lepas tu dah nak dekat pukul 7 tu memang masak la nak ajak dia balik.
Memang kena paksa jelah. Nangis tu perkara biasa.
Kadang-kadang je ok.

Hari-hari tu lah yang aku buat bila balik kerja.
Kecuali kalau hujan ataupun nak pergi jalan-jalan tempat lain.
Malam biasanya tidur sebelum pukul 10.
Hahaha..

Gaduh

Sekarang tengah batuk.
Aku rasa dah 3 bulan kalau nak period je aku diserang batuk ataupun selsema.
Kenapa ek. 

Bila batuk ni minum air pun berbotol-botol.
Lepas tu asyik ulang alik ke toilet jelah.
Letih siot.

Takpelah..

Dua tiga hari ni kan aku asyik mimpi bergaduh dengan suami (sopannya guna suami..puuii).
Malam tadi pun aku mimpi bergaduh dengan dia.
Tapi aku tak ingat pulak gaduh pasal apa.
Sebab tengah-tengah bergaduh tu anak pulak terjaga.
Waktu tu kul 12 lebih.
Tu yang terlupa kot.

Dalam mimpi bukan main lagi aku menjerit-jerit marah.
Yang dia pulak diam jer.
Selalunya mimpi memang macam tu.
Terbalik.. kan? hehehe..

Tapi kalau betul-betul memang tak terkeluar suara aku.
Kalau nak cakap pun cakap sekali je.
Kau dengar ke tak dengar lantak lah.
Pastu diam jer.
Yang banyak cakap adalah encik suami. Hehe.. (jangan dia baca ni sudah)

Tapi biasanya yang pujuk balik dia jugak.
Aku ni belum terer lagi bab pujuk.
Kesian laki aku. Hahaha..

Korang tengok tak cerita Dejavu di Kinabalu.
Si Bazli tu kan, baik tersangat-sangat kan?
Ada lagi ke orang macam tu ek.
Tunang pergi rumah lelaki lain pun masih rileks lagi.
Tak marah pun.

Aku yang tengok ni pun naik bosan.
Bercinta kalau takde bergaduh sikit macam tak best kan?
Sebab pada pandangan aku la, bila bergaduh lepas tu berbaik semula, 
waktu tu lah kita lebih menghargai pasangan dan hubungan kita.

Tapi mungkin la si Bazli buat macam tu sebab takmo tengok tunang dia sakit lagi.
Kang tiba-tiba tengah marah-marah tunang dia pengsan pulak kan. 
Hahaha..memandai je aku kan. Padahal drama je pun..hihi

Lepas tu Uzma tu memang annoying lah.
Watak ni memang ada dalam real life.
Huhuhu...

Sebenarnya aku nak cakap, kalau mimpi gaduh ni pun bagus jugak.
Bila terjaga jer sedar-sedar 'Oh..mimpi rupanya. Nasib baik' 
Kaaaaaannnn,....