Friday, July 20, 2012

Riak itu syirik kecil..



Riak ialah menampakkan ibadah dan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapat pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad) 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Orang tidak tahu jika kita riak. Kita juga tidak boleh mengatakan orang lain itu riak. Ini adalah kerana riak adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat dan hasrat di hati kita. 

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk menilai kemungkinan terjadi riak. 

1. Rajin beramal jika mendapat pujian atau sanjungan dan malas atau berkurang amal jika mendapat celaan dan kecaman.
2. Rajin beramal apabila bersama-sama dengan orang lain dan malas atau tidak beramal bila bersendirian.
3. Menjauhi larangan Allah jika bersama orang lain dan melanggar larangan-larangan-Nya jika ia sedang sendiri dan jauh dari penglihatan manusia.

Ibadah orang yang riak akan DITOLAK serta tiada nilai disisi Allah.

Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Firman Allah, "Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak." ( Al Ma'un: 4-6)

Nabi saw. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat ganjaran sesuai dengan niatnya.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 

Nabi saw. bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (menceritakan amalnya), maka Allah akan menceritakan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 

Abu Hurairah yang berkata, ”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 
“Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?” Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?” Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.” Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?” Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Muslim)

Jadi sama-samalah kita betulkan niat kita. Hindarilah riak. Selamat beramal ;)

Thursday, July 19, 2012

Hai hai..

Sebenarnya pagi tadi dah nak post entry kat blog tapi tergendala sebab tak habis lagi cerita.
Takpe tu sambung esok jelah. Petang ni kita cerita benda lain.

Harini aku dah bebas dari batuk dan selsema...yeaaahhh..
Tapiiiii...tak period lagi ...OMG
Aku memang takde plan apa-apa lepas bersalin haritu. Kalau ada, ada la. Kalau takde pun takpe.
Berserah je...sekarang pun dah rasa macam sengal2 nak period tapi tak tahu la betul ke tak.

Ha! Wife abang aku dah pregnant dah...sekarang dah 4 bulan kot kalau tak silap perkiraan.
Mak aku cakap "Abang menang la kali ni" Ceeesss.. 
Aku cakap "Takpelaa..dah rezeki dia." tapi dalam hati......"aku dah ada dua dah pun. Cuma satu tu dah simpan" Hahahaha...naaaak jugak menang kan..

Esok last day bulan Syaaban. Rasa macam sekejap je dah nak puasa.
Puasa tahun lepas macam masih terasa lagi.
Aku tak tahu lagi bila nak balik Johor ni.
Minggu depan kot...lagipun dah lama tak balik Kluang.
Kat sana berbuka puasa awal 10 minit dari Shah Alam.. Hahaha...motif?

Bapak mertua aku teringin nak makan nasi impit puasa hari pertama ni.
Esok nak pergi shopping barang dapur.
Yang penting kena beli barli dan kurma. Menu wajib bagi bapak mertua ku. Huhu..
Dia suka minum air barli di bulan puasa. Aku pulak suka air teh or soya panas.
Air sejuk aku memang kureng sikit bulan puasa. Nanti perut sebu.

Mak bapak mertua aku ni suka bangun sahur awal. Kul 4 dah bangun.. 
Aku pulak suka bangun lewat2 sikit..kul 5 la biasanya.
Lepas ni kena bangun awal sikit la kot.
Memandangkan sekarang aku tido pun dah awal sekarang ni. Sebelum kul 10 dah tido.
So nak bangun kul 4 tu takde masalah kot.
Banyak sikit air aku boleh minum kan. Hahaha..
Bukan nak beramal ke baca quran ke apa...air yang aku fikir..ish ish..

Tahun lepas puasa time pregnant. So memang la tak uzur.
Tahun ni tak tahu lagi camne. Huhuhu..

Ok bye...

Wednesday, July 18, 2012

Interview dan lawatan kerja.

Semalam aku interview. Jawatan Pen. Peg. Teknologi Maklumat.
Aku kan kontrak kat UiTM. Ni kali ke 4 aku interview untuk try dapat tetap.
Memang mula-mula tu malas bebeno nak apply. Aku takut kecewa lagi dan aku rasa macam nak jadi suri rumah je kot. Hahaha..

Selama aku interview kat sini banyak juga pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat.
Contohnya sediakan portfolio.
Interview tahun lepas aku siap buat portfolio segala. Memang bersemangat waja.
Tapi...kontrak juga aku dapat...setahun pulak tu
Yer..aku paham rezeki tu Allah yang bagi.
Aku redha jer..

Interview semalam lain dari yang sebelum ni. 
Sebelum sesi interview, orang pendaftar datang nak buat personality test.
Soalan kena jawab secara spontan hokey. Ada 160 soalan. Cuma jawab Ya atau Tidak jer.
Itu takpela. Setakat nak tahu personaliti kita je kan.

Bila dah masuk bilik interview haaa...menggagau aku nak jawab soalan.
Kena selesaikan masalah guna programming.
Tak kisah ada error ke tak janji ada konsep yang betul la.
Aku rasa aku failed tu. Kecewa di situ.

Lepas tu panel tanya 'Apa persediaan awak untuk interview ni? Ada bawa resume ke portfolio ke?'
Aduuuuh.. memang takde la kalau dah aduh tu.
Nasib baik la panel tu baik.
Dia kata lepas ni kalo dapat 2nd interview buat portfolio, bla bla bla....
Aku angguk angguk jela.
Dulu masa bawak portfolio takde pulak panel tu nak tengok sangat. Pembantu je yang tengok.
So, kali ni aku rasa macam takyah la bawak. Macam beria la pulak.
Beria-ria pon tak dapat kan. haha..

Tapi aku tak tahu lah dapat ke tak 2nd interview. 
2nd interview 27hb ni. Dapat ke tak..takpelah...

Okkk..
Lepas interview semalam terus pergi Tabung Haji kat KL ada lawatan kerja.
First time aku masuk bangunan tabung haji tu.
Tetiba teringat tabung aku dulu masa kecik-kecik.. hihi

Chief IT kat situ kata kalau nak kerja kat Tabung Haji kena ada akaun tabung haji
dan kena pergi haji. Waaahh..best seh..
Staff kat situ kebanyakannya dah Haji n Hajah.
Tetiba berangan nak mintak kerja kat tabung haji kaann.. hahaha.berangan jela..
Interview kat uitm poooon tak lepas. Hoh..

Eh..dah kul 5 la.. Nak baliiikkkk...
Sebelum hujan ni baik aku balik..dah la naik motor. Kang ada plak yang sampai rumah malam.
Bersambung esok............