Wednesday, December 12, 2012

Budak-budak

Sebenarnyakan aku ni tak suka budak-budak dalam lingkungan umur 3 tahun sampai 7 tahun. Aku tak boleh nak terima perangai diaorang. Aku rasa rimas, menyampah dan menyusahkan. Hahaha..Gile jahat aku ni..

Sebenarnya bukan semua budak aku tak suka. Kalau jenis yang pendiam...baik dan sopan santun aku boleh la layan. Tapi kalau jenis yang tak faham bahasa tu yang aku tak boleh nak control amarah sikit.. hehehe..

Ok. Contohnya la kan. Nak mintak tolong tapi tak kena tempat. Aku memang tak suka kalau aku tengah buat keje..contohnya basuh pinggan. Lepas tu, budak ni mintak aku tolong masukkan straw kat air kotak tu. Adoyyy... Dengan segera aku akan cakap " Tak nampak ke tengah buat apa ni. Suruh orang lain boleh tak?" Dalam nada yang garang. Hahaha..

Aku pon tak tahu la sifat siapa yang aku warisi ni. Huhu...Dari aku sekolah sampai la sekarang, sikap ni aku tak boleh nak buang. Memang aku tak boleh jadi cikgu tadika la kan. Mesti aku jadi cikgu yang paling garang kat tadika tu.

Budak-budak ni kadang-kadang suka mendesak aku. Mungkin dah nasib aku jumpa budak-budak berperangai macam ni.. hahaha.. nasib korang la tak dilayan dengan baik. Lepas tu nanti bila anak aku dah besar..anak aku plak kena dengan orang lain. Baru padan muka aku. Hehe..

Lagi satu, aku paling pantang kalau budak-budak ni main ambil je hak orang tak mintak kebenaran. Tapi aku jugak pantang kalau budak ni nak apa yang kita ada...contohnyer handset atau makanan..diaorg tengoooookkk je lepas duduk depan kita. Bila mintak kebenaran aku plak tak bagi.. hahahaha...

Bila aku fikir-fikir balik budak yang umur macam ni la kita nak ajar diaorg jadi budak yang bersopan santun, sebelum nak buat atau mintak sesuatu tu cakap dengan elok-elok. Tapi masalahnya, aku ni pulak yang tak boleh cakap elok-elok. Boleh tu boleh..sekali je la..lepas tu budak tu mesti tak paham bahasa. Bila tak paham bahasa aku terus tak layan. Ko mintak la apa pon..aku buat macam dia takde depan aku je.  Kalau agak-agak tak paham jugak lagi aku buat jelingan maut. Hahaha..

Berbeza la dengan husband aku..dia pandai nak elak dari budak-budak mintak macam-macam kat dia. Walaupun budak tu mintak beribu kali..dia dengan sabarnya melayan je karenah diaorang.

Kadang tu aku sendiri yang malu dengan sikap aku ni. Husband aku yang lelaki tu pon boleh bersabar.. Aku ni kenapa nak cepat marah-marah kan? Diaorang tu kan budak lagi. Mana la tahu mana betul mana salah. Hadeh...tapiiiiii aku tetap tak boleh berubah..dah cuba dah...hmmm *buat muka duckface.

Yang kesiannya adalah anak-anak buah aku la. Diaorang la yang selalu kena. Bila kecik-kecik aku layan elok. Bawak pergi jalan sana jalan sini. Bila dah 3 tahun ke atas..aku dah start jadi garang kat diaorang. Bila dah sekolah rendah baru la aku boleh melayan diaorang balik. 

Sekarang ni aku ada anak buah (anak kakak ipar).. 4 tahun. Dia la sekarang ni yang selalu kena dengan aku. Nama dia Dania.

Semalam masa kat rumah mak mertua aku. Si dania ni main ambil je biskut yang aku beli untuk Aqeef. Langsung tak mintak kebenaran. Nasib baik la mak mertua aku yang sound dulu. Kalau aku sound kang diaorang cakap apa pulak. Pastu husband aku suruh dia pergi ambil mangkuk kecik kat dapur.

Datang-datang kat aku, aku tengok dia pergi ambil bekas besar penutup merah macam buat isi biskut kuih raya tu. Adoii.. aku pon cakap la.. "Takde mangkuk lain ke?" sambil buat muka tak puas hati...

Pastu husband aku terus sound.."takpela..dia tak tahu..dah tu yang dia jumpa kat dapur".. 
Waktu tu jugak aku terus insaf. Huhuhu..

4 comments:

Unknown said...

aku pun tak suka! #sekian

Atia Adina said...

hehehe....budak 3 tahun ke atas memang cam tu....memang menguji kesabaran....aku pun selalu gak marah2...hahaha...pas marah pikir balik....eh dia kan budak....memang lah macam tu....lum panjang lagi akalnya.....

Sky said...

Salam,

Contohilah Rasulullah S.A.W yang sangat menyayangi dan lemah lembut dalam melayani kanak2...

Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia (kanak2) itu sendiri...

Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya...(kanak2 tau ke perintah Allah dan Rasul-Nya?)

Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri...

Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

Jom terapkan sabar dalam diri dan lebih mendidik kanak2 (dan diri sendiri)...

Bersabar itu adalah yang terbaik untuk kamu dan kita semua...

Moga dipermudahkan segalanya...

Wassalam.

Window Blinds said...

hmmm.. nice entertainment story..