Friday, December 30, 2011

Kerja gila


Masih teringat2 lagi cerita Tentang Dhia semalam. Sedih wo.. tapi kena control air mata. Kang ada pulak org yang gelakkan...kaann. Aku rasa ni la salah satu drama yang paling ramai orang meninggal. Betul tak? huhuhu..

Lepas tu malam pulak, layan sambungan citer 3 Idiots. Best ar citer tu. Tiba2 aku teringat zaman aku study dulu kat uitm. Pastu terus aku teringat kerja bodoh yang pernah aku buat dgn kawan aku, Zai. 

Time tu citer hindustan tgh meletup2 kat wayang. Kabhi Khushi Kabhie Gham kalo tak silap. Masa tu kitaorg tengok kat Sunway Pyramid. Naik bas lagi ko dari Shah Alam. First time tu. Sampai kat sana dah petang. 

Tujuan sebenar mmg nak tgk cerita tu sambil jalan2. Tapi bila tgk showtime dia, tinggal pukul 7:20pm je. Maksudnya pukul 10 la baru abes kan. Biasa la citer Hindustan.

Aku kesian kat Zai ni sebab dia tak tengok lagi citer tu. Pastu aku cakap.."Takpelah.kang kul 9 kita cabut la". Sebabnya tak nak tertinggal bas. 

Lagipon kitaorg TAK PERNAH lagi naik bas dari Sunway Pyramid. Dah la kena masuk UiTM sebelum pukul 11 malam. Kitaorg ni pulak dengan confident je fikir akan sampai UiTM sebelum pukul 11.Padahal ko tak pernah pon naik bas kat situ. Ntah ada ke tak bas nanti.

Kitaorg dapat seat paling depan sekali. Pening aku tengok. Dah la menari2 berpusing2..nak baca subtitle lagi. Memang buat keje la kitaorg haritu. Tengok2 jam dah kul 9... tapi kitaorg ni pulak tak pernah lagi kuar cinema sblm citer abes. Dah..macam mana ni? Aku tanye Zai, Zai tanye aku. Last2 kitaorg tgk sampai HABIS. hahaha..

Kuar cinema dah kul 10.Terus laju pergi naik bas. Sebelum tu tanya kat konduktor bas tu, lalu federal tak..sbb kitaorg nak turun kat bus stop dekat federal highway tu. Dia kata turun.. Hah lega..ada bas.

Tiba2 bas tu corner ke tempat lain. Lama2 tinggal kitaorg je dalam bas tu semua org dah turun. Alamak! Buatnyer diaorg rogol kitaorg dalam bas..MAMPUS! Terus kitaorg turun ntah kat mana ntah.. Lagipon tgk diaorg dah jauh haluan dari federal. Bodoh punyer konduktor.

Nasib baik la ada teksi lalu kat situ. Tu jelah satu2 kenderaan yang lalu situ. Korg bayangkan. 
Dia hantar sampai kat bus stop federal tu..tapi bas dari KL ke Shah Alam dah takde dah. Kalo ada duit byk dah lama dah naik teksi. Fikir punyer fikir, last2 boifren(skrg hasben) zai dtg amek kitaorg kat situ. Memang kerja giler betullah. 

Itu baru kerja giler aku ngan kawan. Belum lagi kerja giler aku buat sorang2. Adeh..Bila fikir2 balik, aku ni mmg bernasib baik tau. Kalo tak dah lama aku masuk dlm surat khabar kena samun ke kena rogol ke. Oh tidak.. Takmo ingat balik lah. Seram ni. Hahaha.. 

Thursday, December 29, 2011

Meon hilang...uwaaaa!!

Sejak minggu lepas langsung tak nampak Meon. Ke mana la dia hilang. Sedih gak sebab dah 4 tahun bela dia. Husben ckp mesti ada orang yang buang dia. Aku malas nak tuduh sape2.. Cuma aku harap walau kat mana pon Meon berada, dia selamat dan masih hidup.

Kadang-kadang rasa nak nangis pon ada. Hmmm... 

Wednesday, December 28, 2011

Shampoo 100% Herba

Ni nak promote kat korang. Shampoo Nutri M Anti Hair Loss Regimen (panjang betul nama). Shampoo ni baru je dilancarkan pada 7hb Disember 2011 ritu. 



Syampu ni untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Tapi sebenarnya dia jugak bertindak melambatkan proses uban dan menghalang kelemumur. Semua yang pertama kali pakai syampu ni kata, rambut diaorg jadi lembut dan mudah diurus. 

Wanita yang bertudung memang sesuai sangat pakai shampoo ni. Aku memang confident sangat nak promote sebab syampu memang bagus. Ramai cakap kelemumur semakin kurang, kulit kepala gatal pon dah kurang. Rambut pon dah kurang gugur.

Sekarang ni ramai yang muda2 dah ada uban. Biasanya sebab syampu yang dipakai tak sesuai. So, bertukarlah kepada syampu yang 100% herba ni yer. Yang penting ia HALAL dan ada kelulusan KKM.

Untuk menambah pengetahuan korang, apa kata korang baca ni :-

Sesiapa yang berminat nak beli boleh email ke iela7382 [at] gmail.com


Wednesday, December 7, 2011

Pos motor guna Nationwide Express

Kenapa pos motor guna Pos laju lagi mahal dari Nationwide express ek? Kalo ikut feedback yang aku google tadi, ramai kata kalo hantar motor guna pos laju tu teruk, motor calar2 lah. Adakah kalo dia naikkan charge tu service dia bertambah bagus? Huhu.. takpelah.. dah guna Nationwide Express pon. :p

Adik aku nak pos motor (modenas karisma 125cc) ke kampung kat Johor dari Bandar Baru Bangi. Kena charge RM132.50 jer. Kalo guna pos laju kena charge RM187.50.

Nationwide express akan mintak salinan ic pengirim dan roadtax. Tapi kalo roadtax dah mati kena bawa geran.   Minyak kena tinggalkan sikit jer untuk keselamatan. Takut terbakar ke apa kan. Huhu.. Yang lain2 aku tak tanye plak. 

Aku nak tahu jugak condition motor tu kalo dah sampai Johor nanti.. Ok ke tak ok ke nanti aku update kat sini.

UPDATE : Motor bercalar balar jugak. Tapi takpelah..lagi murah berbanding pos laju. Huhu..

Tuesday, December 6, 2011

I'm Back

Rindu betul dengan blog ni. Setelah lama menghilangkan diri.. Hilang la sangat kan. Hahaha.. Kucing dah beranak pinak 3 4 kali..tapi blog tak update2. Adeh..

Sekarang ni yang masih setia berada kat umah tu Meon, Oleo dengan Hitam jer. Yang lain semua dah dibagi kat orang. Tak larat nak jaga banyak2. Sekarang ni pulak Oleo bunting lagi. Adeh..aku rasa dah sebulan kot tu. Baru je nak bela elok2..nak antar g vaccin semua..dah bunting lagi pulak. Oleo ni kalo lepas beranak bulu dia semua nak luruh. Botak balik la jawabnyer Oleo oiii.. takde la botak sgt tapi dah nipis la bulu dia. Macam tak terbela plak.

Kucing2 kat umah tu semuanya dah tak dibenarkan masuk dalam rumah sejak aku bersalin aritu. Tapi kadang2 diaorg ni degil. Dah dihalang pon masuk jugak. Bapak mertua aku tu dah la pantang tengok kucing masuk. Dia la yang selalu halau kucing2 tu. Kadang2 kesian gak kat diaorg. Tapi nak buat camne kan.. Bukannya rumah aku pon. Kalo rumah sendiri dah lama aku letak kat dalam rumah jer.. jaga elok2. Hmmm..