Monday, April 23, 2012

Berbelah bagi...

Sejak ada anak ni terasa malas betul nak kerja. Rasa macam nak jadi suri rumah sepenuh masa je ataupun buat kerja dari rumah. Agaknya sebab tu la Allah bagi aku jawatan kontrak je kat UiTM ni. Setahun je pulak tu. Huhuhu..

Sekarang ni tengah berkira-kira nak sambung ke atau tak. Haritu bos dah tanya. Aku cakap nak sambung jelah. Tengok dulu keadaan macam mana. Husband pon cakap..kalau sambung ni setahun je takyah la teruskan. Kalau 2 tahun boleh dipertimbangkan lagi. Tapi dalam hati aku cakap takmo plak..cane nih.

Bukan aku tak suka kerja sekarang ni. Tapi hati ni teringat kat anak jer. Bila balik tak dapat nak layan dia lama-lama. Hati aku ni tak berapa kuat macam wanita-wanita lain yang bekerja kot. Sebab tu kalau boleh bila dah pukul 5 je..cepat2 kemas beg. Suruh husband amek awal. Haha..Nasib baik sekarang naik motor..cepat sampai ke destinasi. Huhu...

Bila sampai depan rumah je..Aqeef terus lari terkedek-kedek bukakkan pagar. Tersenyum gelak2 suka sangat. Lepas tu tak sempat lagi masuk rumah dah selak tudung ummi nak mintak susu.. Huhuhu.. Macam tu la rutin aku bila hari bekerja.

Aku tahu, macam tu la perasaan wanita lain yang ada anak dan bekerja. Tapi nak buat macam mana kan. Macam aku ni, masih ada pilihan lagi. Samada nak teruskan atau tak. Sebab tu la hati ni berbelah bagi. Hihihi..


Friday, April 20, 2012

Paku dulang paku serpih,mengata org dia yang lebih

Aku tak paham dengan orang yang berperangai macam ni. Asyik nak memburukkan orang laiiiiinnn jer. Dengki orang sana..dengki orang sini.. Yang kuar dari mulut tu lebih banyak yang negatif dari positif lah.

Bila ditengok2 balik..dia tu pon sama jugak..dan aku rasa lebih teruk ada la. Paling tak boleh terima bila orang yang dia dok buruk-burukan tu orang yang dah pernah tolong dia masa dia susah. Bukannya sekali orang tu tolong..banyak kali kot. 

Hoh.. bila la orang macam ni nak sedar.. kan?

Korang pernah tak jumpa orang yang macam ni?

Wednesday, April 18, 2012

Memo Plus Gold



Memo Plus Gold merupakan makanan tambahan bagi minda. Antara khasiat yang tersembunyi adalah :-
1. Mengurangkan stress dan tekanan
2. Membantu menguatkan ingatan
3. Mengekalkan tumpuan di dalam kelas bagi pelajar
4. Memberikan kecergasan kepada fizikal dan mental
5. Membebaskan Nitrik Oksida khusus bagi mempercepatkan proses penyembuhan dan pembesaran pembuluh darah yg menolong menghindar penyakit.
6. Menghindarkan penyakit seperti migrain, strok, dimensia, parkinson, alzheimer serta nyanyuk
7. Membantu anak yang kurang tumpuan dan lembab
8. Membantu orang dewasa yang selalu lupa @ badan yang tidak cergas
9. Membantu warga tua yang selalu kemurungan dan mengasingkan diri.

Klik imej dan zoom untuk baca

Bahan yg terkandung dalam Memo Plus Gold adalah herba Brahmi. Kalau rajin korang google la apa tu Brahmi. Memang banyak kebaikannya.

Sekotak ada 60biji.
Kanak-kanak (7 - 12 tahun) : 1 biji sehari
Orang dewasa (13 ke atas) : 2 biji sehari

InsyaAllah dengan memakan Memo Plus Gold masalah di atas akan dapat di atasi dalam masa 3 bulan.


Hari isnin haritu ada kuar testimoni dekat Harian Metro. 
Sepupu husband aku pon dah try makan. Dia tu memang jenis slow sikit. Sekolah rendah. Dulu dalam kelas selalu dapat no 20 ke atas. Tapi start dia makan Memo Plus Gold tahun lepas, exam dia dapat no 4. Alhamdulillah.. 
Eh lupa nak cakap, sesiapa yang makan Memo Plus Gold, lepas tu nak share atau nak jadi testimoni macam budak yg kat dalam paper ni boleh la contact2 ai. huhu.. Siapa yang sudi share testimoni akan mendapat RM500 tau. So, belum terlambat lagi kalau korang nak try.

Harga promosi (SAH SEHINGGA 31MEI) : 
1 kotak - RM57
3 kotak - RM165
10 kotak - RM500
(Kos penghantaran RM6)

Sesiapa yang berminat boleh SMS : 012.390.7185 atau email : iela7382[at]gmail.com