Masuk bulan Mac tahun ni (dah nak habis bulan Mac pon) dah cukup 4 tahun aku duduk rumah mak bapak mertua. Selama aku duduk dengan diaorg dan adik beradik ipar, macam² dah berlaku. Bersuka ria sama², berduka sama², bergaduh pon ada juga. Hahaha.. biasala gaduh sikit² kan. Takde la sampai bercakaran or gaduh2 mulut. Setakat merajuk² terasa hati sikit tu ada la.
Aku bersyukur sebab dapat mak bapak mertua yang baik. Diaorg takde terlalu control kitaorg. Apa nak buat, buat la. Janji tak susahkan diaorg. Kan ada sesetengah mak mertua yang terlalu control menantu. Buat ini tak boleh buat itu tak boleh. Rasa macam semua benda tak betul je pada dia. Semua nak ikut cara dia je.
Mak mertua aku ni pulak, bila aku ajak shopping barang² dapur, nak amek barang apa pon dia tanya aku dulu. Padahal aku dah cakap amek jela apa yang nak amek takyah tanye. Pastu bila dah sampai counter nak bayar je, tengok² tak banyak barang. Rupa²nya segan nak amek banyak². Hahahaha.. baik tak mak mertua ku. Tapi kalau dah baik sangat, orang kata nanti orang lain pijak kepala kita. Macam tu lah mak mertua aku..selalu je kena dengan orang lain. Nasib baik la aku tak amek kesempatan di atas kebaikan mak mertua ku itu. Ceh..puji diri sendiri nampak. Hahaha..
Bulan 6 ni InsyaAllah adik ipar aku(lelaki) nak kahwin dah. So, aku dan husband plan nak pindah. Bagi menantu baru pulak duduk situ. Huhu..
Aku dah usha² dah rumah..eh silap, apartment. Harap² plan kitaorg takde sebarang masalah. Korang doakan ya.
Oleo pon akan dibawa pindah sekali. Sekarang dia tengah pregnant. Kesian kat dia, dah banyak kali pregnant. Lepas ni nak kurung je kat rumah. Duduk rumah mertua ni takleh nak kurung dia, rumah dah padat dengan barang. Nak letak cage pon takde ruang yang luas.
Harap² bulan Mei nanti kitaorg boleh pindah ke apartment yang diidamkan tu. Huhuhu...Harap² jugak Oleo suka dengan tempat baru nanti.. wuhu!
2 comments:
duduk rumah sendiri tentu lebih seronok....boleh buat sesukahati mak bapak kita jerk...
akakpun dah 6 tahun duk sepenuh masa ngan mertua... sebelumtu on off sebab diaorang duk selang2 duk rumah adik ipar ngan rumah sendiri.. lepaih anak akak lahir diaorang duk ngan akak sampai ler sekarang...
kalau tanya siapapun mesti best duduk sendiri2kan.. tapi dah takdirnyer hidup kita gini terimalah... tp betoiler tu kalau mertua kita ni baik okjer kot yang tak tahan tu kalau cerewet... ish tak bolehler kot...
Post a Comment